How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Thursday, May 31, 2012

Jom ajar anak berpotty


Comel tak? Ini gambar Abbie first time using potty, masa ni umurnya baru 5bulan! hahaha 
Naynay yang ajarkan Abbie berpotty, masa tu Abbie duduk pun tak tegak lagi, so naynay ajar mommy support badan Abbie macam picca kat atas tu, gunakan both hand to support his hand and our body to support his back.
Memula cuak jugak muka Abbie , macam nak nangis tapi bila kami semua melihat nya dengan perasaan yang happy dan excited (amik gambo, dan berikan kata2 semangat) Abbie jadi ok .


Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa awal sangat ai teach Abbie potty kan?
erm...jawapannya Abbie putus susu badan when he turn 4month, so sejak Abbie minum susu formula, dia ada problem untuk poo poo. Biasa masa menyusu badan, abbie poo poo hari-harim tapi sejak minum susu formula, abbie poo poo 2 hari sekali. It is not so good kan.
So my MIL ask me untuk menggalakkan Abbie poo poo & mengajar ajar Abbie poo poo pada waktu yang consistent.
Contohnya, terbaik katanya make sure Abbie poo poo setiap pagi, so dalam waktu yang sama setiap pagi, ajar Abbie berpotty, lama kelamaan Abbie akan terbiasa poo poo hari-hari dan waktu yang sama.

 Memula tu memang mencabar sikit, sebab kami kene berikan galakkan dengan sama-sama meneran dengan Abbie "errkkk erkkk.....errkkk....erkkkk......errrrkkk errkkkkk.."
berulang-ulang kali. Sampaikan hubby bagi idea agar saya recordkan dan play aje lain kali hahahhaa
Kami kene tunggu sampai 10 ~20 minit pun ada, kadang2 berhasil kadang2 tidak.
Tapi.....jangan give up tau, teruskan usaha tu.

Kami inform baby sitter untuk ajarkan Abbie berpotty, and alhamdulillah since baby sitter hanya menjaga 2 orang baby, she agreed to do that. glad~

 Ini adalah pertama kali mommy mengajar Abbieberpotty, kekok jugak hahaha
Tapi lama kelamaan dah biasa, abbie pun dah biasa so senang.
Memulakan potty dari awal ni adalah satu pendedahkan kepada anak tadi untuk belajar berpotty.
Kalau nak tunggu dah besar baru ajar, jangan terkejut kalau si anak tadi tak mahu duduk di atas potty dan lebih senang melepas dalam pampers atau atas lantai!
hahaha

So, diatas pendedahan awal tu, sekarang Abbie memang fully poo poo dalam potty, tambahan pula, Abbie dah makan makanan keluarga, maka hasil nya pun dah macam orang dewasa, besar & banyak! bau pun tak kurang hebatnya! hahahha
Dia pun tak selesa nak melepas dalam pampers.
So bila rensangan datang untuk membuang, kalau Abbie tengah leka bermain, dia mungkin akan stop & berdiri sekejap dengan muka feelingnya tu (ada sikit2 meneran).
So as a mom, masa tu ai tanya la, Abbie nak tapien? Nah potty.
Cepat2 saya hulurkan potty & bukak seluar/pampers/CD Abbie.
Dia akan duduk, so bila dia duduk, ai takkan tinggalkan dia duduk sendirian disitu,
kompom kalau ai tinggalkan dia akan bangun dan bermain semula, ha time tu kalau sempat dia nak ke potty ok  la, kalau tak sempat tercicir di atas lantai hahahaa

 So ai akan tunggu Abbie sehingga selesai hajatnya. It s take time oso, so sambil tu layankan dia dengan toys atau menonton TV atau membaca soft book or any book agar dia tak bosan.
Bila dia tengah meneran tu encourage dia meneran & bila selesai puji dia yang dia good & cleaver boy.
Ha mesti dia happy and lain kali dia nk potty lagi.

Kan......sweet & cute je tengok wajah suci & tenang tu tengah berpotty, its real! cuma tak sanggup jew nak snap hasil kumbahan tu kang korank tak lalu makan hahahhaa

Aktiviti menyepahkan ghumah

Malam tadi daddy ada dinner dengan big big bos dia dr US, so mommy kene drive balik sendiri, daddy balik naik teksi. So sharp 530pm terus ai cabut and drive macam siput sedut balik kajang. Sejak 3x accident, ai ada fobia diatas jalan raya lah, kalau nampak kelisa kuning pandu middle lane 80km/j kat highway tu saye la tu, tp jangan honk, kang kene bg jari hantu hahhaha *joking! :P

So bila daddy takde, kami berparty menyepahkan ghumah, pinggan after dinner & botol susu malam tu belum sempat basuh kita penuhkan dalam sink hahaha (daddy balik, daddy tolong basuhkan boley :P)
So malam tadi exclusive mommy & abbie 
Mommy ajak abbie masuk bilik dapur godek2 barang2 mase mommy wat part time study dulu and come out idea nak tampal ABC 123 kat dinding PlayskooL Abbie hahaahaha
Sebelum tu ai dah habis kemas dah hall tu dari toys & books yang bersepah, tapi tak sampai 10minit dia sepahkan semula...alahai....
Alang-alang sepah, jom kita sepahkan terus lah umah ni abbie oiii
yang penting happy kan :P



So mommy bagi Abbie cawan plastik yang transparent (cawan ni cawan model lama yang mommy rembat dari rumah nenek hahaha) nenek pun dah tak guna cawan ni, bagi Abbie wat main la yer
Since Abbie ni suka sangat permainan Montessori nya tu - tuang beras atau air dari satu cawan ke cawan yang lain.
So malam tadi, sebab daddy takde, dapatla abbie bermain di hall [kalau daddy ada, dia tak tahan tengok abbie sepahkan beras tu, dia suh abbie bermain di dapur] la....takkan nak bermain di dapur sedangkan tempat kami lepak di hall.
So malam tadi, rumah ini Abbie yang punya.hahahaha

 Tengok lah tu asyik betul dia main, dari bersih lantai sampai dah berterabur beras tu.
Lagi lama main, habis semua beras berterabur atas lantai.


Sepah? Itu tidak menjadi masalah, sebab dalam Montessori Practical Life ada juga silibus berdirkari dengan mengajar Abbie mengemas rumah.
So sangat berguna dust pan dari Daiso ni, dengan mini dust pan ni la mommy membuli & dengan secara langsung mendidik abbie untuk membersihkan rumah.
ha, ai bukan kijam tau...ada lesson learn kat situ :P


So, malam tu bila daddy balik, rumah dah bersih , selamat dari dileteri hahaha

Project #1 Apron Abbie Part#1


memblogging petang-petang cenggini tanda ai tengah mosan giler ni, mood bercuti dah bersemarak sangat sebab esok kamik cuti replacement Agung Birthday.
Semalam kain yang ai beli dah sampai, abg postmen tu antaq kat receptionist , wah happy betul la ni
Dah tak sabar nak memulakan projectku yang pertama - Apron Abbie.
Kain dipilih2 secara on9 beli pun sekit2 jah tak sampai 1m pun, memula plan nak jahit tangan jew, tapi kebetulan esok nak balik johor, kat umah MIL ada mesin jahit ha, apa lagi.....pinjam la :)

Sebenarnya ai bukanlah pandai menjahit, tapi minat tu ada dari dulu minat sangat, masa form 3 ada belajar buat apron, baju kurung kedah, dan ai still remember few jahitan tangan such jahitan Kia, Insang Pari , Sembat & jelujur. Kalau setakat baju koyak seluar koyak butang tercabut tu memang buat sendiri la, banyaknye guna jahitan kia. Sampai punya gian dulu, ai ada buat sarung bantal Abbie guna jaitan tangan - kia & insang pari.

Recently jaket sesayangan ai koyak kat lengan, so sekali lagi ai guna skill menjahit tu dengan menampal kan dengan jaitan insang pari. Dengan secara tak segaja keinginan untuk memiliki mesin jahit sendiri datang melonjak! Teringin nak buat apron, seluar pendek, CD's, bibs, pantyliner, pad sendiri.
Bukan tu sahaja, nanti alas meja makan, langsir, baju kurung sendiri, baju melayu Abbie semua ai boleh buat sendiri best kan....

Tapi bila disuarakan hasrat nak beli mesin jahit tu kat hubby, [pssssttt....ai nak mesin jahit Brothers nv50 tu jadilah] hubby kata boleh, tapi tunggu sampai you resign baru ai belikan. huhuhu
Alasannya, sekarang ai takde masa, bekerja, sampai rumah hubby nak ai spent time dengan Abbie.
huhuhu sebab tu lah saya dah tak sabar sangat nak resign , best ape duduk rumah, kalau ada aktiviti yang nak dibuat,
Penuh dah kepala ai ni, nak cooking, baking, gardening, teaching abbie, sewing hahahha sempat kerrr :P
kita cuba dulu ya, buat jadual insyaAllah everything go smooth and yang penting kita enjoyed dengan apa yang kita lakukan ya!

Owh ya berbalik kepada project#1 ni, kenapa ada part#1? Sebab part ni sekadar introduction hahaha
kain dah potong subuh2 tadi, kalau ada mesin jahit kat ghumah, sah malam ni ai cantum semua, esok dh siap.
So nantikan next en3 untuk melihat hasilnya , my 1st project hahaha
jangan harap perfect tau, sebab ai tak pandai, tapi memandai2 hahaha

chow!

Tuesday, May 29, 2012

Its all about my precious

I really have a wonderful weekend with my precious son, wish I will always have more time to spent with him (which is I quit my current job la hahaha) pray pray pray my wish come true very soon!
Seronok tak terucap, dapat hug Abbie and wake up a bit late, dapat prepare & accompany Abbie for breakfast & lunch, dapat enjoy snack time with Abbie, play toys & do housework together such keep the laundry clean, gardening & cooking! (dats y i really need to have apron for him hohoho).

Accompany him to potty oso fun hahaha, Abbie now tapien (berak) dah macam adult tau, dari segi bau & rupanya serta quantity nya memang dah macam adult punya, wallauweh....
I always told my hubby, this is the reason why Abbie tak mahu tapien dalam pampers, dia tak selesa. 
He will give us a sign when he want to poo poo then I give him a potty. But I need to accompany him or else he will walking around until dah nak terkeluar sgt br dia nak duduk (kalau tak sempat kang terkeluar pulak dr potty nya hohoho).
So selalunya mommy yang akan cuci montot Abbie & daddy do the cleaning but semalam (sunday) sebab ada 4 batang jongkong emas lembek sepanjang 1 jengkal tu, dengan baunya yang harum, daddy refuse to clean ahahhaha
I told him, Abbie dah makan family food, no surprise kalau tapien dia macam tu.
Why not we get a new cover for potty, so he can use our toilet (cuma lubang tu je kecikkan, so dia boleh duduk selesa), and hubby agreed with dat.
So, in my next wish list, I gonna find that stuff.

ha macam ni, so lepas poo poo terus flush, takperlu "Daddy Indah Water" untuk mencucikan mangkuk potty tu hahaha
Kat mana nak carik nie? Hok come cenggini?

 Tengoklah tu, Abbie makan sayur pucuk keledek yang nenek masak, dia akan makan sayur dulu dalam 1 hidangan (1cup) then only he eat rice for few spoon & others meal such fish/chicken.
Masa makan dengan Adam (my sister son aged 4yrs old) Adam cakap "baby makan sayur? "
Adam pelik tengok Abbie makan sayur banyak, tinggal batang keledek je kat situ hahaha
Then ai tanya Adam tak makan sayur? "tak" kata Adam malu2
Bila ai balik kampung, Adam will spent his time with Abbie, so masa tu ai ajarkan Adam makan sayur, soup feveret Abbie & buah. Alhamdulillah makan juga Adam walau sedikit. sebab my sister told me Adam tak suka makan, tapi bila Aciknya suruh makan, dia makan hehehe

So this is me, entertain my BFF berpotty, tak kisah dimana2 di dapur, hall atau diluar rumah, Abbie tak kisah berpotty, cemas jugak kalau kami outstation tanpa potty, macam mana abbie nak tapien? huhuhu
So, everytime we go outstation (ala, pegi mana pun, blk kampung jew) kami pasti akan membawa 1 small potty untuk Abbie. Play safe orang kata :)

Simple Dimple Vegetable Soup!


Salam,
en3 kali ini ai nak share salah satu soup feveret Abbie.
Vegetables sweet potato soup!
yeay....Abbie hirup kuah 1 mangkuk uuuu.
Sesuai dibuat menu tambahan tengahhari yang panas tak menentu ni, mempunyai khasiat & pelbagai vitamin disamping menjamin si tecik mendapat air yang mencukupi.


Caranya mudah, sedikit2 bahan seperti dibawah, recipe boleh diubah suai mengikut keselesaan sendiri.
Disini kekurangan sayuran hijau seperti broccoli or sweet peas, kalau ada dirumah boleh le letakkan sayuran ini ya :)

Bahan2:

Japanese sweet potato dipotong dadu/cube
carrot dipotong dadu/cube
isi ayam dipotong cube (boleh juga digantikan dengan daging)
dried dates
tomato dibelah 4~6
2~3" halia dihiris nipis
secubit garam jika perlu

Caranya:
Rebus air sehingga mendidih, setelah didih masukkan semua bahan tadi & reneh selama 30minit dengan api sederhana. Kalau nak guna slow cooker pun boleh, pagi2 tu masukkan semua bahan dalam slow cooker, bila masa makan tengahhari, soup is ready :)
Tak semestinya si tecik tadi harus makan semua bahan tadi, cukup sekadar menghirup air rebusan tadi pun ok .
Setap, manis2 sweet potato, masam2 buah tomato.

Selamat mencuba.~

Monday, May 28, 2012

Dah tak ingat huhuhu

Good morning, Salam Isnin & Selamat bekerja,
untuk golongan pendidik, selamat bercuti kalian.....make use your holiday wisely, spent quality time with your family, parent & kids. Cuti lama2 bagus jugak, jalan lengang je hehehe
Hari ini ai clock-in jam 745am you.....dah lama tak datang before 8am, selalu jalam jem teruk, amik 2jam baru boleh sampai opis.huhhu

Kisahnya tadi, sebaik ai turun dari kereta, ai nampak satu amoi ni yang tengah sarat preggy, this is her 2nd pregnancy , jarak 1tahun satu ai notice, she look  very tired and weak to walk. walk very slow and look very difficult. Ai yang dari jauh pun boleh potong dia, hahaha al-maklum ai ni jalan laju jugak.
Dari belakang ai tengok je dia jalan, kesian.
Tapi dalam hati ai berkata, kalau dulu sebelum ai pregnant, ai do pity those mom yang nampak sarat & tak larat nak berjalan ni, rasa cam beban jew kan.
Tapi bila ai sendiri merasai pregnant tu,eh,,,mana ada beban, ok jew....steady jew jalan, tapi ai tak sedar yang ai jalan makin lama makin pelahan hahahaha
sampai kan dulu masa mula kerja kat sini, my engineer tengur ai jalan slow sgt, pastu dia biarkan ai jalan sensorang kat belakang, nak kecik hati? tidak la...cuma ai rasa dia takde perasaan sebab tak fikir yang org pregnant ni memang la jalan slow, takkan nk berlarikan.
Nanti ko pregnant ko rasa lah sendiri hohoho
Ekceli bukan perut yang menjadi beban pun, tapi pengalaman sendiri sebab kaki ai tu bengkak, tu yang nak angkat kaki rasa berat sangat huhuhu

So masa pegi makan pagi dengan en hubby ke cafe tadi, i share la my thought dengan dia, ai kata yang ai dah lupa rasa macam mana pregnant, dulu ai pun jalan macam tu kan esp on last trimester sebab kaki dah bengkak sangat. Hubby senyum aja, dan tetiba excited pula mommy nak get pregnant soon, [padahal itu lah ai wish everyday - to get pregnant]
Semalam one of my fren dah selamat menerima cahaya mata yang ke 2, jam 6ptg di An-Nur hospital, Tahniah Pudin! Boboboi lagi kamu hehehehe
Seronok tengok dia....tumpang gembira & berdoa saya juga akan menerima berita gembira macam tu.
Sekali dapat twin you....wa ai loike laju2!

Hubby dah cakap, kalau mommy pregnant, after pass 1st trimester mommy boleh resign, and my wish to have sewing machine will become true. Hubby akan belikan alasannya, bila mommy dah resign, ai will have more free time, baru boleh sew buat la apa pun nak buat, right now katanya, mommy busy & tak ada masa, sebab tu hubby tak approvekan permintaan mommy skrg .
So ai kena lah bersabar, sabar yang akan membuahkan hasil yang lumayan, tak rugi :P

Thursday, May 24, 2012

Apa itu tonsil?




Tonsil adalah 2 bumps of tissue yang terletak di belakang tekak kita yang terdiri daripada lymphoid tissue . Lymphoid tissue menghasilkan lymphocytes, iaitu sel darah putih yang membantu melawan jangkitan penyakit. Dahulunya ramai doktor berpendapat kehadiran tonsil turut memberikan kebaikan kerana ia membantu melawan penyakit.

Tetapi sekarang, terutamanya kepada golongan kanak-kanak yang tinggal dibandar yang penuh dengan pencemaran, tonsil tidak lagi mampu melawan jangkitan (viral infection), sebaliknya ia akan membengkak dan menggangu pernafasan. Sekiranya kanak-kanak tadi mengalami jangkitan yang teruk, tonsil itu bukan sahaja akan membengkak sebaliknya akan mengalamai iritasi yang menghalang untuk makan & minum selain kesukaran untuk bernafas dengan lancar.

Pembengkakan tonsil yang kronik juga akan menggangu percakapan, tidur berdengkur & masalah tingkahlaku ( ADHD  - Attention Deficit Hyperactivity Disorder) .

Pembengkakan tonsil boleh dirawat dengan menggunakan ubat anti-inflammatory seperti ibuprofen ataupun antibiotic. Namun kebanyakkan, doktor menyarankan agar pembedahan bagi membuang tonsil dilakukan terutamanya kepada mereka yang mempunyai masalah tonsil yang kronik yang dipanggil tonsillectomy .


Jika dibiarkan terus menyimpan tonsil yang bengkak akan menyebakan kanak-kanak tapi suffer dan mudah diserang penyakit jika dibandingkan jika tonsil yang kronik tadi bibuangkan, kanak-kanak tadi akan jarang untuk sakit atau dijangkiti dengan sebarang penyakit. Jangkitan tonsil yang kronik akan hanya melemahkan sistem pertahanan badan dan mudah untuk dijangkiti penyakit.


fyi, my hubby & Abbie masing-masing mempunyai tonsil. My hubby tidak pernah melakukan pembedahan bagi membuang tonsil kerana atas nasihat doktor nya dahulu (when he was kid) tonsil juga mempunyai kebaikan kerana ia membantu melawan jangkitan , so those kid yang ada tonsil bila mereka demam,ia tak akan spark up too high yang boleh menyebabkan sawan. Sampai sekarang jika hubby kurang sihat, tonsilnya akan membengkak, namun tidak lah kritikal.

So, tidak hairan lah kalau Abbie si tecik kami ni kerap demam, namun demamnya tidaklah lah tinggi, tapi bila demam dia akan refuse to eat, drink water or milk, ini kerana tonsilnya bengkak, ini menyebabkan dia akan terdehydrate , so kami terpaksa bawa abbie ke hospital untuk drip. Ubat yang biasanya kami gunakan untuk merawat bengkak tonsil adalah antibiotic & Gengigel spray.

Pernah juga saya mengutarakan tentang idea untuk membuang tonsil Abbie namun hubby tidak setuju, katanya dia juga mempunyai tonsil dan tidak pernah membuangnya. Sebabnya dia masih berpegang & percaya tonsil mempunyai kebaikan. Namun kalau hubby baca ini, tentu dia sedar yang tonsil itu tidak berguna disimpan jika ia hanya akan menyebabkan Abbie mudah jatuh sakit.

Namun, untuk memilih procedure surgery itu mungkin mempunyai risiko yang membuatkan hati ibu saya ini gundah. Mungkin juga hubby risaukan tentang pembedahakan itu. Rasanya ada baiknya saya consult doctor dulu kan, lagi pun tak rasa yang tonsil abbie tu kronik hohoho.



Wednesday, May 23, 2012

Exam ATC A29

Sabtu lepas dah selamat mommy abbie nie menduduki peperiksaan untuk jawatan Penolong Pengawal Kawalan Traffic Udara di PICC, Putrajaya. Mak oiiiii punya lah ramai umat yang memohon, sampai penuh 4 dewan besar u. Sebilangan besarnya adalah kaum adam dan sebilangan kecilnya pulak kaum hawa.
Sampai2 je naik bukit PICC tu jem kereta penuh & padat nak masuk basement parking.
Hai mujurlah mommy Abbie nie bernasib baik senang je dapat parking, dekat dengan lift pulak tu.

Exam ni adalah tapisan awal je, kalau berjaya nanti baru mereka panggil untuk interview.
So exam ni mempunyai 4 bahagian,

  1. Pengetahuan Am  50soalan [40minit]
  2. Daya Penyelesaian Masalah / Mathematic & Problem solving   45soalan  [40minit]
  3. Kefahaman Bahasa Inggeris  25 soalan [30minit] 
  4. Ujian sahsiah  185soalan [1jam]

Exam bermula jam 9am dan tamat jam 1pm. Saje create this entry mana tau ada orang lain yang turut tercari2 info tentang exam ATC ni macam mana kan, macam saya dulu, puas jugak nak cari hint apa yang akan mereka tanya especially dalam paper Pengetahuan Am tu huhu alahaii......

Pengetahuan Am
Soalan ni untuk menguji sejauhmana pengetahuan korank tentang sistem penerbangan malaysia, hal ehwal semasa, sukan, teknologi ,politik dan macam2 soalan yang tak terfikirkan. Ia soalan objective dengan 4 pilihan.

Antara contoh soalan yang ditaja (saya share mana yang saya ingat lah yer)

  1. apa website kementerian penerbangan malaysia? jawapannya:  http://www.dca.gov.my/
  2. apa tugas seorang penolong kawalan traffic udara? 
  3. dimana tempat seorang penolong kawalan traffic berkhidmat? jawapan: menara kawalan.
  4. apa maksud runaway? landasan kapal terbang ako jawap hohoho
  5. rotor blade dikaikan dengan? hok soalan ni memang ako tembak jew, pilihan jawapan yang ada langsung tak ku tahu kaitannya.
  6. sukan sukma diadakan berapa tahun sekali? jawapan: 2tahun sekali
  7. LIMA di Langkawi diadakan berapa tahun sekali? jawapan: 2tahun sekali
  8. Apa fungi bluetooth? jawapan; menghubung & menukar infomasi dari satu peralatan ke peralatan yang lain.
  9. Apa maksud 3G? jawapan: 3rd generation
  10. Yang mana antara teknologi dibawah adalah betul?
          A - IMac adalah product keluaran Apple.
          B - Galaxy Notes dan Iphone adalah product keluaran Samsung.
          C- Galaxy Tablet & Ipad adalah dari pengeluar yang sama.
   11. Alat apa yang digunakan untuk mengukur kelajuan angin?
           A- Barometer
           B- Thermometer
           C- Aerometer
           D- 

    12. Yang manakah antara pulau di bawah yang tidak mempunyai landasan kapal terbang?
          A- Pulau Pangkor
          B- Pulau Tioman
          C- Pulau Kapas
          D- Pulau Langkawi

   13. Apakah jenis pesawat yang digunakan oleh FireFly?
   14. Yang manakah diantara syarikat penerbangan di bawah yang beroperasi di KLIA?
         A- Qatar Airlines
         B- Finn Airlines
         C- Iran Airlines
         D- Columbia Airlines

  15- Yang manakah antara berikut bukan negara komenwel?
  17- Malaysia mengamalkan system pemerintahan apa?
  18- LRT adalah singkatan untuk apa?
  19- Kene tahu organisasi kedudukan menteri dalam kabinet.
 20 - Berapakah amount bantuan 1 Malaysia?
 21- Apakah perkhidmatan yang diberikan oleh Penolong Kawalan Traffic Udara?
 22- Dalam penerbangan pesawat komersial terdapat?
     1- Pilot
     11- Pramugari
     111 - Assistant Pilot
     1V - Penunjuk arah

 23- Piala apa yang dimenangi oleh pasukan batminton yang mengharumkan nama negara?
ada lagi  soalan yang ako dah luper huhuhu kira mencabar jugak la soalan dari paper ni, sampaikan minit2 terakhir tu adalah masa untuk menembak jew....rasanya banyak yang tak kene pada sasaran huhuhu

Daya Penyelesaian Masalah/Mathematic & Problem Solving
Ada 45 soalan yang harus disiapkan selama 40minit. Dengar cam mudahkan?Calculator tak dibenarkan, soalan nya hanya melibatkan simple calculation, hok PMR & SPM level je tapi sebab takde calculator semua kira2 kami conteng dalam kertas soalan. 
Soalan agak tricky sebab banyaknya memerlukan pemikiran yang creative & logic thinking. Bukan semua soalan memerlukan pengiraan, ada hok yang dengan melihat sahaja dapat jawapan.
So disebabkan soalan yang tricky, walaupun masa dah tamat, ako hanya mampu menyiapkan 25soalan ajew huhuhu 
tapi sebab majority yang lain pun macam ako jugak, tak sempat siap, kami diberikan masa tambahan kecemasan selama 15minit extra. fuuuhhhhhh
sempat la jugak ako menghabiskan semua soalan dengan tembakan yang ku harap tepat hahahahhaa

contoh soalan:

1 1 3 2 6 3 x 4    soalan: X mewakili nombor?

ha soalan yang macam ni memang banyak dan berulang2

lagi soalan famous yang agak sukar soalan yang melibatkan gambarajah.

Kefahaman Bahasa Inggeris
Ha....paper ni je la yang ako mampu siapkan kurang dari masa yang ditetapkan. Kira2 soalan basic english la.

Ujian Sahsiah
Ujian sahsiah ni punya lah banyak, tapi ia tidak memerlukan jawapan yang betul atau salah. Ia lebih kepada untuk mengetahui perwatakan dan sikap kita, adakah kita layak untuk jawatan yang dipohon.
Banyak jugak soalannya 185 soalan tapi macam math juga, soalannya berulang2.
Rata2 bertanyakan adakah kita selesa bekerja secara berkumpulan atau seorang diri, adakah kita suka mengasingkan diri atau beriadah dalam satu kumpulan, adakah kita suka duduk dirumah atau pergi menonton atau kepusat hiburan, apakah hobby kita dimasa lapang, antara kerjaya sebagai arkitek dan kaunselor yang mana menjadi pilihan, kalau orang kutuk kita apa tindakkan kita, adakah kita berpuas hati dengan diri kita, adakah kita akan berasa segan apabila bertemu dengan orang yang baru dikenali dan byk lagi soalan yang lebih kurang berulang2 kali ditanya dalam pelbagai bentuk soalan.
Tujuannya untuk memastikan kita menjawap dengan jujur & ikhlas dan mempunyai perwatakan yang sesuai untuk jawatan yang dipohon.

hohohoho
so kita tunggu la sebulan lagi untuk menentukan samada saya layak atau tidak untuk interview.
Kalau tak berjaya, tak mengapa sebab berat hati juga kalau saya dapat job ni sebab nak kene tinggalkan abbie for 1yr training & kemana saya dipostkan & shift job yang buat hubby saya tak setuju, Nanti kami tak dapat lagi spent time as whole family huhuhu.

Tuesday, May 22, 2012

my dilemma

Salam, topic saya hari ni OTT sikit ya, tapi ia melibatkan perjalanan hidup saya dalam memilih antara kerjaya atau kehidupan surirumah sepenuh masa.

Dulu masa belum kawen 1 put my career as #1 but after get married ai nak jadi surirumah untuk my family so ai resign after get married. But while waiting for a baby - Abbie, ai get my current job, tapi masa ai sign offer letter ai dah pregnant 8weeks. Ramai kata itu rezeki baby so ai kerja la sampai Abbie lahir. Kononnya planning Abbie lahir ai nak resign, tapi bila dicalculate semula, macam tak berbaloi daddy kata. 
Hubby cakap dapat 2nd baby baru mommy resign ya, sebab bila dah 2 anak nak di hantar ke baby sitter and mana nak arrange persekolahan Abbie, its best if mommy resign.

Tapi tu lah, dok menanti dan terus menanti, kunjungan orang ke2 tu tak juga sampai2.
Dah lekat tahun lepas gugur pulak, kalau tak la ni ai tentu dah tak bekerja.
Kerja pulak makin menyampahkan huhuhu, gaji ai dah la rendah, std gaji technician ajew pun.
Recently lagi la ai tak puas bila ramai yang resign, takde pengganti, kerja yang tinggal dibagikan kepada ai,
memang tak puas, bos pulak tak de pulak cakap pape pun secara official menyampai kan my new job scope. Memula ai macam tak puas hati, tapi lama kelamaan untuk tak menjadi sakit hati, ai told my self ai buat aja apa yang termampu.
kalau sampai dah tak mampu, baru ai berbunyi.

Tapi lately bos pulak berbunyi pasal timecard ai, katanya merah2 makngah.
he catch bila ai punch in 920am last week, tapi bila ai bg alasan why ai datang lambat dat day, he usik pulak hari2 lain yang ai lewat huhuhu
he want me to stay back if i come late. tapi ai can't do dat.
ai tak boleh datang awal sbb ai need to sent abbie at 7am, then jalan jem tu yang membuatkan delay. it took 1.5hrs to 2hrs for me to reach office. then if ai balik 530pm ai sampai 7pm kat rumah baby sitter, so if u want me to stay sampai 6pm or 630pm pukul berapa ai nak amik abbie??
sedih tau...kalau mengusik perkara melibatkan anak2 ni.
i forward the email to my hubby, my hubby said cannot....just come as usual 8.30am and balik 530pm. as long as cukup waktu berkerja dalam seminggu then ok. 
so, i diam....lebih ai reply balik email my bos, lagi panjang my bos perli ai...

so bila ai diam, tetiba jadi pendiam sebab tak happy dengan sesuatu yg sukar untuk ai lakukan. dah la lately ai busy, sebab busy tu ai jadi penat & kurang selera makan.
so tadi ai tanya hubby lagi, what shd i do? my bos expected like this which is i cannot full fill.,
then,.....hubby said, its ok, after you confirm pregnant, u can resign. haa??
you mean after past 1st trimester? yes
hahahaha ai terus tersenyum, siap cium lagi tangan hubby
nak nangis rasa nya
gembira wlaupun belum lagi disahkan pregnant
sebab menyedari yang hubby seorang yang begitu penyayang & memahami.


                                                     

tentang exam yang ai amik last saturday, hubby cakap kalau perlu training kat sepang but i cannot travel daily from kajang, i no need to go. hubby siap cakap, ai harap you tak dapat dat job wahaahhahaa
yelah dat job even goverment job but kene keje shift rasanya tak sesuai dengan ai.

apa2 jom doakan smoga saya cepat dapat "rezeki" mana tau lepas bonus bulan 7 ni boleh cabuttt :P
amin amin amin.



Monday, May 21, 2012

Homemade Playdough

cute tak tapak tangan Abbie ni? 

Selepas mendapati yang Abbie tak suka bermain finger paints yang kotor tu, seawal pagi ahad tu tat kala Abbie masih lagi lena beradu while daddy pulak keluar berjogging, mommy sibuk mengotorkan lagi dapur comel kami.
Kali ini mommy tak mahu lagi menderhakakan recipe tak kira termasuk sukataan asalnya kerana tidak mahu mengambil risiko membazir kalau Abbie tak mahu bermain dengannya.

 Jom zoom in recipe homemade playdough ini ya:

Bahan-bahan:

1 cup tepung gandum
1 cup air
1/2 garam halus
1 tbsp cream of tartar
1 tbsp vegetable oil
food coloring

Cara-caranya:

  1. Mix kan all ingredient & panaskan di dalam periuk dengan api yang slow & kacau sentiasa.
  2. Bila dah pekat dan boleh diuli [agak2 kenyal] tutup api dan biarkan sejuk sedikit.
  3. Keluarkan dari periuk & biarkan sejuk sebelum boleh dibawa bermain.

## penggunaan garam yang banyak ini digunakan sebagai bahan pengawet untuk mengelakkan ia mudah rosak
## FYI, homemade playdough ini boleh tahan selama 2 weeks


 saya pilih navy blue

 angkut meja abbie kat luar and play 
sepah pun mommy tak kisah ngeee~

 Abbie celik mata je trus mommy ajak main
memula abbie tak mo, geli lembut & lembek jew, almaklum budak penggeli
tapi bila mommy buat design kereta, karipap, ball & face
abbie terus amik ball tu and play
hahahaha

 mommy tanya: where is nose
abbie pun point his finger kat nose tu :P

 mommy tanya lagi: where is car?
abbie point his finger to the cars

 abbie mumbling while hugging his sleeping bear- Max & play with his playdough ball

 cakkkk......yes...mommy happy sebab abbie boleh bermain dengan playdough
tak sia-sia usaha mommy bangun pagi buat playdough ni

 sebelah petang pulak, kami lepak dalam rumah sambil abbie "menguli" doh ini
nak buat karipap kotttt
hahahhaa

 lepas tu tumbuk2 macam mommy tumbuk sambal
hahahaha


ini aje yang mommy pandai buat, nanti kalau abbie besar sikit, bukan setakat abbie, dengan mommy ni pun macam rasa nak attend kelas bermain playdough nak belajar buat design yang lebey hebat

lain kali boleh buat lagi untuk warna2 yang lain 

Homemade Finger Paints versi mommy Abbie

Salam monday yang blues mommies..... 
Owh malas betul nak bangun pagi ke tempat kerja, 2days off rasa memang tak cukup! huhuhu
Saya begitu enjoy setiap kali tibanya weekend, kerana saya akan punya banyak masa untuk bercanda dengan si tecik saya...besttt....
Sedar-sedar, pagi tadi terpaksa menghantar Abbie ke rumah baby sitter walaupun dia masih tidur huhutak dapat la Abbie nak cium tangan mommy & daddy & lambai kami pergi sambil melayangkan "fly kiss" nya itu huhuhu


Ha jom kita story kan apa xtvt yang saya lakukan dengan Abbie last weekend.
Tu kat atas itu adalah salah satu project mengotorkan dapur mommy "homemade finger paints" untuk Abbie.
Balik dari exam sabtu lepas, terus ai drive ke Bagus Bakery Shop di luar Metro Point, Kajang
I beli few food colouring such purple, blue, yellow,green, red & brown and cream of tartar.
Tu adalah project finger paints & playdough. hahahaha

Entry ini, ai nak share hasil tangan saya membuat Finger Paints, Recipenya you all boleh ambil diSINI ya.

Saya suka melibatkan Abbie dalam pembikinan paints ini, supaya bila besar nanti abbie rajin tolong mommy buat kerja ya - macam daddy hehehehe

 Tengok la tu bersungguh-sungguh Abbie menggaulkan aduan tepung tu sampai habis bajunya pun bertepung
Saya mengubahkan sukatan asal recipe ini, saya buat 4 kali lebih dari sukatan asal
Konon2 nak dapat hasil yang banyak la, tak perlu la buat kerap kali

 So bila semua bahan kering dah digaul, masukkan air & tengek kan di atas dapur dengan api yang medium & kacau sentiasa.

 Ikut kesukaan kalian, nak cair2 ke atau nak pekat sini (edible) , untuk saya, saya stopkan disini,
biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam bekas.

                                                
Disini saya menggunakan bekas2 terpakai hasil dari meminum bird nest & pati ikan haruan
cuci & rendam botol untuk membuangkan stiker di botol tersebut.

 Bila dah sejuk sikit saya masukkan ke dalam botol2 kecil ni, sebelum saya membancuhkan warna yang telah dibeli tadi.


 Ini lah ahsilnya,12 botol pelbagai warna tersedia untuk dimainkan. Tapi, my darling son ni hanya menyentuhnya hujung jari sahaja, takut benar tangan nya kotor...
nak suruh dia tekapkan tapak tangannya idok ler dia mahu...kotor!!!
So saya simpan la dulu, kene pegi cari berus lukisan la baru dia nak main ABC hohoho

Lastly yang main finger paints ni adalah mommy & daddy
Daddy kata, this is 1st time dia jumpa homemade paint macam ni,,,,its good, cuma Abbie still not yet ready to dirt him self hohoho

Kuah dah tumpah ke nasi hehehe


Ni memang bakat terpendam mommy yang dah tertumpah ke nasi ahaks hahahaha
betul ke bakat mommy? Bakat mommy hanya dalam bilik air sahaja sambil mandi dan bershampoo.
Tapi ini rasanya bakat dari belah daddy kottt
Naynay Abbie [Hubby's mother] she is very good singer. Untuk kategory veteran dah menyanyi sampai peringkat negeri you...she mewakili negeri Johor. Selalu menang dalam pertandingan menyanyi dan pelbagai piala telah di bawa pulang.
Siap masuk surat khabar lagi...tapi jangan la cari dalam akhbar Utusan atau Harian Metro, memang la tak jumpa, cubalah selak dalam NanYang SiangPau ke ada la kottt ahahahaha

So last weekend si tecik kami ni dengan bersungguh-sunggu [feeling habis] menyampaikan sebuah lagu yang tak dapat dikenali lirik lagunya untuk mommy dan daddy. Siap berjoget-joget & mimik kan mukanya tanda feel gitu hahahhaa

Jom layan video diatas, ia memang membuat kami tergelak besar & tak jemu2 mengulang tayang video ini
terutama di pagi isnin yang blues ini hohoho

Friday, May 18, 2012

Homemade finger paints


Last monday kalau tak silap saya nampak mommy Ipan iaitu kak Fara share gambar kat atas tu di Facebook, wah...terima kasih kak Fara, dengan ini ia menimbulkan idea untuk next activity for playskool Abbie.
So saya pun kumpul recipe cari perbezaan and recipe yang simple to follow haha
And I found few link related as below:

www.creativekidsathome.com
www.theimaginationtree.com
www.icanteachmychild.com
www.kids-crafts-fun-and-games.com

Sebenarnya kalau rajin, ada banyak lagi link , link for this finger paint and also playdough.
Ha.....this 2 recipe ai akan berekperimentasikan [betul ke bahasa rojak saya tuh?] pada hujung minggu ni
excited!!

So sebaik sahaja dapat recipe finger paint ni, terus lepas balik dari kerja terus ke dapur cari kat bawah sink. cari botol2 bird nest yang saya simpan dulu. Wah.....nasib baik masih ada lagi fuhhhh~ lega
Mujur la hubby tak buang.
So saya rendamkan botol2 ini semalaman untuk membuangkan labelnya & cuci bersih.
Now its ready to load all 12 colours of homemade finger paint

comel kan botol2 bird nest ni, memang sesuai la nak isikan homemade finger paint ni 
ngeh ngeh ngeh

FYI, When your toddler reach aged 21mos tu dah boleh play this finger paint, don't worry because it safe sebab ia dibuat dari bahan makanan jugak, tak merbahaya pun.
Kalau tengok one of the link yang ai bagi tu, baby seawal 6mos pun dah didedahkan dengan aktiviti ini.
Ha, untuk daddy Abbie, never say too early for Abbie to play ya.

So tunggu entry minggu depan untuk melihat hasil kerja tangan mommy Abbie & Abbie pulak ya

tata titi tutu~

Khasiat tersembunyi Vitamin E

                                                    
Ingat tak entry saya hari Rabu lepas tentang lawatan untuk 3rd HPV jab? Bila saya usulkan kesukaran untuk saya conceive selepas keguguran yang lepas, gyne saya bagi vitamin E & folic asid.
Seperti kebiasaannya semua orang tahu kalau nak pregnant bagus/mesti amik iron & folic asid tapi tak tahu pulak kena amik vitamin E.
Ape sebab doc Bedi bagi saya Vitamin E ni yer? Setau saye vitamin E ni bagus untuk kecantikan kulit, tak kira la kulit muka atau kulit badan.

So tadi saya pun menggugel la dan terjumpa di SINI, entry dari seorang pengedar Shaklee dari Johor [ha...Shaklee lagi....nampaknya saya kene jadi ahli Shaklee ni hohoho]
Tuan tanah Kak Yati Napi, saya mohon salin sedikit info tentang khasiat vitamin E dalam kehidupan suami isteri ini ya...

Khasiat Vitamin E kepada suami:
  1. Lebih Tenaga (dari segi seksual)
  2. Ereksi yang lebih lama
  3. Lebih mudah teransang
  4. Libido yang lebih kuat
  5. Orgasma yang lebih kerap & bersemangat
## Ha..... banyak sekali khasiatnya untuk en suami you....ai pun baru tahu hohohoho

Tapi point bawah ini untuk ai, ha...baru saya tahu ini lah sebab yang tepat kenapa gyne saya memberikan vitamin E ini kepada saya yang merancang untuk hamil

Khasiat Vitamin E kepada isteri:
  1. Membantu seorang isteri menstabilkan hormonnya.
  2. Meningkatkan citarasa seksual

## ha....kannnnn ada kaitan dengan hormon, i think thats maybe the problem i m facing now, in-balance hormone sebab:
  • masa pregnantkan yang pertama (sebelum Abbie) pun ai lekat sebulan selepas jumpa doktor pakar sakit kulit - pun he give me pill untuk membalancekan hormon.
  • sebulan sebelum pregnantkan Abbie pun sekali lagi ai berjumpa doc untuk masalah kulit and she give me pill untuk membalancekan hormon and after that i pregnant.
so....terima kasih doctor Bedi sebab bagi saya vitamin E, [dulu ada gak amik tablet vitamin E from Amway tapi tak tahu pulak fungi membalancekan hormon ni, tu yang stop makan ] hohoho

Semoga usaha saya kali ini akan membuahkan hasil, apa pun itu perancangan dariNYA yang adalah yang terbaik untuk saya :)

<heart you all readers yang sudi support ai dengan membaca en3 ini>

Saya dan Shaklee

Hello, Salam & Good Morning....
Happy sebab today dah Friday, esok cuti lalalalala~
Esok half day saya ada exam kat PICC, Putrajaya, doakan everything smooth ya....sekurang2nya saya tak la dapat result yang corot. Saya gambateh je dengan ilmu sejengkal yang saya ada ni, nak study lebih2 memang tak mampu hohoho
Terima kasih juga kat baby sitter Abbie yang sudi menjaga Abbie esok, janji akan hantar sampai jam 1.30pm
Nanti kene bodek la nie, kene belikan sebakul buah-buahan hohohoho

                                        
Okey, saya nak share kisah saya dan Shaklee.
Ooppppssss saya bukan jual product Shaklee atau jadi agent Shaklee tapi baru berkenalan dengan salah satu product tersebut iaitu Alfafa Complex.
Saya beli dari blog mommyiskandar.com saja nak cuba try test makan Alfafa, ia bagus juga untuk kesihatan wanita. Selalunya orang makan semasa berpantang, tapi saya makan untuk memastikan diri saya betul2 sihat dan bersedia untuk mencuba mendapatkan cahayamata kedua. Walaupun hubby cakap  masalah keputihan  saya dah tiada, namun sebagai wanita, saya rasa tidak berpuas hati dengan diri saya sendiri, Saya boleh menjadi lebih sihat dari sekarang, saya ingin kembali kepada siapa saya dahulu.

[FYI, untuk sesiapa yang tidak tahu, saya keguguran pada bulan August tahun lepas akibat jangkitan candida , saya lakukan pap smear, amik HPV jab , makan antibiotik dan yang membuat saya kembali sihat apabila saya mengamalkan perubatan Ayurvedic selama 2bulan....cost rawatan??? tak payah la nak kira kan...janji kembali sihat! ]


Oleh itu bermula hari ini...bermulalah kisah saya dan Shaklee....
saya sering mendengar tentang kehebatan product ini terutamanya dari kalangan ibu menyusu yang mengambil product ini, namun saya dahulunya tidak berpeluang untuk merasai kehebatan tersebut.
So InsyaAllah, next baby, kalau ada rezeki, saya pasti akan mencuba....kalau dulu saya dah try product Amway semasa dalam pantang, maybe next time kita bagi peluang kepada Shaklee pulak ya... :)

Sekian~
Doakan yang terbaik untuk saya yer <heart you all>

Wednesday, May 16, 2012

Abbie yang over manja

gambar ini gelap tanpa camera flash, tapi kalau nak tengok dengan terang, sila scroll bawah lagi haha

Ha..... sebelum nak mula en3 ni, nak tanya, anak you ols manja tak? manja sangat2 tak macam anaknda ku yang sorang ni?
Abbie sekarang sudah 1tahun 10bulan, lagi 55hari lagi he turn 2yrs.
Tapi sejak lahir, Abbie memang macam anak burung, dia hanya tau nganga mulut untuk minum susu.
Yes I can said yang Abbie is sleeping baby, sebab dia menyusu sambil tidur. rasanya ini adalah salah satu punca kegagalan saya untuk membreast feed abbie secara direct. huhuhu
Neway, salah saya jugak yang tak bangunkan abbie sebelum feeding.

So, Abbie kalau dirumah memang tak mahu pegang botol susu sendiri, sekarang dia dah pandai cakap, kalau nak susu dia akan minta "nenen" dan pergi ke meja dimana saya telakkan bakul menyusu abbie.
So dia akan tunggu saya membancuh susu, dan bila selesai dia akan pergi berbaring di tilam nya & menunggu saya menyusukan dia.
He will keep sucking his thumb sampai bila saya dekatkan puting botol tu baru dia cabut jarinya. So while saya memegang botol susu tu, tangan Abbie akan diletakkan diatas sambil bermain rambutnya, kadang2 dia korek2 hidung mommy nya....kadang2 dipeluk & belai "baby Max"nya.....
Kalau disuruh pegang , dia akan ikut mood, kalau rasa nak pegang, dia akan pegang, kalau tak tarik tangannya pun dia keraskan tak mo pegang botol.
Kadang2 dia pegang botol susunya, tapi bila dia rasa nak lepaskan , he just lepaskan and let the bottle tergolek2 ke lantai.
So dengan ini, memang susah nak tengok Abbie menyusu secara duduk or sambil berdiri kecuali jika dia terlalu dahagakan susu.

Nak tengok aksi yang daddy rakamkan malam tadi....sebab kebetulan daddy tak tidur lagi, mommy pulak memang dah terbongkang lama...lately bukan mommy yang tidurkan abbie, tapi daddy...sebab mommy yang akan bangun menyusukan abbie.
so are you ready to see this....
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 tara......sila abaikan muka semenyeh saya yang tengah tidur sambil tangan memegang botol susu untuk si tecik, while si tecik tu menyusu jugak sambil tidur hohohoho
begini lah tiap2 malam.....

Ini gambar yang berjaya dirakamkan sewaktu moodnya baik untuk memegang botol susu sendiri.
FYI, kalau dirumah baby sitter abbie pandai pegang botol sendiri, mebi baby sitter tak mo layan sifat kemanjaan melampau si abbie ni hahahha
dirumah aje dia suka membuli mommy nya, hanya mommy yang boleh menyusukan abbie, dengan daddy dia tak mahu huhuhu

3rd HPV jab


 Salam Rabu kalian....kita bersiaran lagi seperti biasa, mencuri time lunch untuk memblogging huhuhu
Semalam after work, seperti yang dah dijadualkan, ai jumpa my gyne untuk 3rd & last HPV vaccine.
Ini merupakan booster dari jab yang ke-2 ,  5bulan  lepas.

Lepas kene jab balik rumah tu lupa pulak nak tuam, alahai....sakit ler sampai ke la ni tempat jab tu..
pastu tangan kiri yang kene jab ni tak bleh nak di angkat, rase berat je.... ia simptom biasa kalau lepas kene jab ni, especially kalau tak tuam lepas jab, tapi its ok, lepas 2 3 hari ilang la huhuhu

So masa jumpa gyne tu hubby tak mo masuk, katanya "you masuk la, tanya kan soalan2 yang you dah prepared tu" he wait outside with Abbie. Mujurlah Abbie tak meragam nampak mommy dier masuk bilik doctor, selalunya dia nak ikut jew hohoho

So dalam bilik doctor, ai pun tanya la soalan2 cepu emas yang ai dah plan nak tanye such as:

  1. In between 2nd & 3rd jab nie tak boleh nak pregnant ker? Doc jawab: boleh, jab ni tak menggangu untuk pregnant. Ia takkan masuk ke dalam womb you and sampai to your baby. Even breast feeding mommy pun boleh take this jab.
  2. Ai tanya soalan balas, "but doctor for past few month I've been trying to conceive but tak berjaya". I m not sure sebab vaccine ini or kesan D&C yang lalu. Doc jawab: Owh takde kene mengena dengan vaccine ini, it just you don't have luck yet. [masa ni, ai dah tak dengar perkataan yet tu, ai dengan tetiba rasa sedey dengan jawapan gyne tu dan tanpa segan silu, mata air mula berkaca-kaca huhuhu - speechless terus!]
  3. Then my gyne do the talking...he selak2 history ai and he said, you dah ada baby sorang kan, miscarrige once at august last year (doc, bukan once ya -twice), ok for this time ai give u vitamin, you take and try again. No need to wait after 1 month or 2month after this 3rd HPV jab, you can conceive any time but....if by August still not successful, then when your 1st or 2nd day period you come and see me. I will provide bla bla bla.... i guess some hormon or suppliment to help me to conceive la. [sebab masa ni kan ai dah sebak, tak dengar sangat apa doc cakap....sedey tahan je kaca tu jangan jatuh jadi air mata huhuhu]


So, inilah supliment yang my gyne bagi tu, asid folic & vit E ker?? tah..amik je lah walaupun kat umah memang dah ada iron+folic tablet and recently ai beli 700 tablet Shaklee Alfafa untuk boost my imune system and at same time amik jugak 2 capsul daily Probiotic yang abbie makan tu.
Doc nak bagi amik je,,,lagipun pas ni hubby buleh claim dengan AIA harharharun salim bachik :P

So bila kuar bilik doctor tu, ai diam je la dulu kan, orang ramai takkan nak kecoh kat situ, bila dalam kereta ai story la kat hubby apa yang conversation yang terjadi dalam tu sambil kaca tadi pun jatuh jadi air mata hohohoho
but...bukan lah sedih, cuma sebak tapi untuk kaver kan balik, ai gelak la sambil bercerita dan air mata yang berjurai,,,,,alahai.....lately ai memang dah jadi pelakon air mata uuuuuu
boleh menang augerah
tapi.......bila ai gelak [ala u tau lah gelak buat-buat] HAHAHAHAHA Abbie pun yang tengak ralit makan roti kaya tu pun tetiba ikut tergelak HAHAHAHA....
dan kami semua tergelak......

itulah dia pengubat duka dan lara saya......Abbie my darling son....
Love him soooooooooooooo much. he cheer me when i feel down & sad.

Jom sama2 doakan yang terbaik untuk saya ya....:)
amin.

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru untuk semua guru2 saya dulu dari sekolah rendah, menengah, university, guru di tempat kerja, guru di internet yang juga indirectly teach me how to cook, how to do this and that.
For me, you are my teacher too.
Thank you kerana sudi meluangkan masa mendidik kami dengan sabar & tanpa jemu.
Sumbangan anda amat2 saya hargai & kenang selagi hayat di kandung badan.


Terima Kasih Cikgu!


Sebenarnya saya tak hengat pun yang hari guru jatuh pada hari ini, ingat dah belated dah hahaha
al-maklum saya hanya menyambut hari buruh, iaitu 1 may sebab dapat cuti tetttttttt
So terima kasih dengan Facebook dengan update dari rakan-rakan saya tidak terlepas untuk mengucapkannya kepada bekas2 guru & rakan2 yang menjadi guru.


Enjoy your day, and ingatlah pengorbanan kalian untuk hari ini demi kejayaan anak bangsa di amsa hadapan kelak, mungkin hari ni mereka membenci kamu, namun percayalah suatu hari nanti mereka berterima kasih dengan ketegasan kamu dalam mendidik mereka.
Macam saye...hihihi