How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Wednesday, May 23, 2012

Exam ATC A29

Sabtu lepas dah selamat mommy abbie nie menduduki peperiksaan untuk jawatan Penolong Pengawal Kawalan Traffic Udara di PICC, Putrajaya. Mak oiiiii punya lah ramai umat yang memohon, sampai penuh 4 dewan besar u. Sebilangan besarnya adalah kaum adam dan sebilangan kecilnya pulak kaum hawa.
Sampai2 je naik bukit PICC tu jem kereta penuh & padat nak masuk basement parking.
Hai mujurlah mommy Abbie nie bernasib baik senang je dapat parking, dekat dengan lift pulak tu.

Exam ni adalah tapisan awal je, kalau berjaya nanti baru mereka panggil untuk interview.
So exam ni mempunyai 4 bahagian,

  1. Pengetahuan Am  50soalan [40minit]
  2. Daya Penyelesaian Masalah / Mathematic & Problem solving   45soalan  [40minit]
  3. Kefahaman Bahasa Inggeris  25 soalan [30minit] 
  4. Ujian sahsiah  185soalan [1jam]

Exam bermula jam 9am dan tamat jam 1pm. Saje create this entry mana tau ada orang lain yang turut tercari2 info tentang exam ATC ni macam mana kan, macam saya dulu, puas jugak nak cari hint apa yang akan mereka tanya especially dalam paper Pengetahuan Am tu huhu alahaii......

Pengetahuan Am
Soalan ni untuk menguji sejauhmana pengetahuan korank tentang sistem penerbangan malaysia, hal ehwal semasa, sukan, teknologi ,politik dan macam2 soalan yang tak terfikirkan. Ia soalan objective dengan 4 pilihan.

Antara contoh soalan yang ditaja (saya share mana yang saya ingat lah yer)

  1. apa website kementerian penerbangan malaysia? jawapannya:  http://www.dca.gov.my/
  2. apa tugas seorang penolong kawalan traffic udara? 
  3. dimana tempat seorang penolong kawalan traffic berkhidmat? jawapan: menara kawalan.
  4. apa maksud runaway? landasan kapal terbang ako jawap hohoho
  5. rotor blade dikaikan dengan? hok soalan ni memang ako tembak jew, pilihan jawapan yang ada langsung tak ku tahu kaitannya.
  6. sukan sukma diadakan berapa tahun sekali? jawapan: 2tahun sekali
  7. LIMA di Langkawi diadakan berapa tahun sekali? jawapan: 2tahun sekali
  8. Apa fungi bluetooth? jawapan; menghubung & menukar infomasi dari satu peralatan ke peralatan yang lain.
  9. Apa maksud 3G? jawapan: 3rd generation
  10. Yang mana antara teknologi dibawah adalah betul?
          A - IMac adalah product keluaran Apple.
          B - Galaxy Notes dan Iphone adalah product keluaran Samsung.
          C- Galaxy Tablet & Ipad adalah dari pengeluar yang sama.
   11. Alat apa yang digunakan untuk mengukur kelajuan angin?
           A- Barometer
           B- Thermometer
           C- Aerometer
           D- 

    12. Yang manakah antara pulau di bawah yang tidak mempunyai landasan kapal terbang?
          A- Pulau Pangkor
          B- Pulau Tioman
          C- Pulau Kapas
          D- Pulau Langkawi

   13. Apakah jenis pesawat yang digunakan oleh FireFly?
   14. Yang manakah diantara syarikat penerbangan di bawah yang beroperasi di KLIA?
         A- Qatar Airlines
         B- Finn Airlines
         C- Iran Airlines
         D- Columbia Airlines

  15- Yang manakah antara berikut bukan negara komenwel?
  17- Malaysia mengamalkan system pemerintahan apa?
  18- LRT adalah singkatan untuk apa?
  19- Kene tahu organisasi kedudukan menteri dalam kabinet.
 20 - Berapakah amount bantuan 1 Malaysia?
 21- Apakah perkhidmatan yang diberikan oleh Penolong Kawalan Traffic Udara?
 22- Dalam penerbangan pesawat komersial terdapat?
     1- Pilot
     11- Pramugari
     111 - Assistant Pilot
     1V - Penunjuk arah

 23- Piala apa yang dimenangi oleh pasukan batminton yang mengharumkan nama negara?
ada lagi  soalan yang ako dah luper huhuhu kira mencabar jugak la soalan dari paper ni, sampaikan minit2 terakhir tu adalah masa untuk menembak jew....rasanya banyak yang tak kene pada sasaran huhuhu

Daya Penyelesaian Masalah/Mathematic & Problem Solving
Ada 45 soalan yang harus disiapkan selama 40minit. Dengar cam mudahkan?Calculator tak dibenarkan, soalan nya hanya melibatkan simple calculation, hok PMR & SPM level je tapi sebab takde calculator semua kira2 kami conteng dalam kertas soalan. 
Soalan agak tricky sebab banyaknya memerlukan pemikiran yang creative & logic thinking. Bukan semua soalan memerlukan pengiraan, ada hok yang dengan melihat sahaja dapat jawapan.
So disebabkan soalan yang tricky, walaupun masa dah tamat, ako hanya mampu menyiapkan 25soalan ajew huhuhu 
tapi sebab majority yang lain pun macam ako jugak, tak sempat siap, kami diberikan masa tambahan kecemasan selama 15minit extra. fuuuhhhhhh
sempat la jugak ako menghabiskan semua soalan dengan tembakan yang ku harap tepat hahahahhaa

contoh soalan:

1 1 3 2 6 3 x 4    soalan: X mewakili nombor?

ha soalan yang macam ni memang banyak dan berulang2

lagi soalan famous yang agak sukar soalan yang melibatkan gambarajah.

Kefahaman Bahasa Inggeris
Ha....paper ni je la yang ako mampu siapkan kurang dari masa yang ditetapkan. Kira2 soalan basic english la.

Ujian Sahsiah
Ujian sahsiah ni punya lah banyak, tapi ia tidak memerlukan jawapan yang betul atau salah. Ia lebih kepada untuk mengetahui perwatakan dan sikap kita, adakah kita layak untuk jawatan yang dipohon.
Banyak jugak soalannya 185 soalan tapi macam math juga, soalannya berulang2.
Rata2 bertanyakan adakah kita selesa bekerja secara berkumpulan atau seorang diri, adakah kita suka mengasingkan diri atau beriadah dalam satu kumpulan, adakah kita suka duduk dirumah atau pergi menonton atau kepusat hiburan, apakah hobby kita dimasa lapang, antara kerjaya sebagai arkitek dan kaunselor yang mana menjadi pilihan, kalau orang kutuk kita apa tindakkan kita, adakah kita berpuas hati dengan diri kita, adakah kita akan berasa segan apabila bertemu dengan orang yang baru dikenali dan byk lagi soalan yang lebih kurang berulang2 kali ditanya dalam pelbagai bentuk soalan.
Tujuannya untuk memastikan kita menjawap dengan jujur & ikhlas dan mempunyai perwatakan yang sesuai untuk jawatan yang dipohon.

hohohoho
so kita tunggu la sebulan lagi untuk menentukan samada saya layak atau tidak untuk interview.
Kalau tak berjaya, tak mengapa sebab berat hati juga kalau saya dapat job ni sebab nak kene tinggalkan abbie for 1yr training & kemana saya dipostkan & shift job yang buat hubby saya tak setuju, Nanti kami tak dapat lagi spent time as whole family huhuhu.

No comments: