How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Friday, January 20, 2012

Bayi meninggal akibat tersedak susu...ia boleh dielakkan!


Salam Jumaat mommies....hari ini saya stucked 2 jam perjalanan dari Kajang ke Petaling Jaya akibat hujan & kemalangan dan entah apa-apalah...asal hujan mesti jem...tapi bukanlah niat hati untuk menyalahkan hujan...
Didalam kereta saya terdengar berita sedih tentang kematian 2 bayi secara serentak di sebuah nursery yang sama di Taman Permata, Ulu Kelang....berita lanjut di bharian

Ia mungkin ketentuan ilahi kerana ajal maut jodoh pertemuan telah ditentukan olehNYA, namun jika kita di tempat ibu bapa si kecil itu kita pasti tidak dapat menerima kenyataan sedemikian....tentunya pemergian bayi yang dikandung selama 9bulan memerlukan jawapan atas apa yang terjadi...ya kenapa? apa puncanya?
saya amat bersedih....bimbang dan bersyukur kerana ia tidak berlaku ke atas diri saya....namun disini saya ingin berkongsi apa yang saya tahu demi untuk mengelakkan ia terjadi kepada saya or anda di masa akan datang.
Yes...setiap yang berlaku kita mampu mencegahnya.....sebelum itu, kita haruslah mengetahu punca /rootcause kenapa ia terjadi

Antara punca-punca baby tersedak susu:

1- Milk flow is too fast :
    ketahui size/speed nipple yang anda berikan kepada baby anda.

2- May be a reflux:
    anda boleh menbaca detail apa itu reflux disini -->  acid-reflux

3- May be ada lubang pada G.I tract :
    bagi baby yang kerap mengalami choking/tersedak semasa minum susu, paed boleh membuat  pemeriksaan melalui x-ray jika terdapat lubang pada Human_gastrointestinal_tract

4- Posisi baby semasa menyusu:
    Posisi kepala baby semasa menyusu juga memainkan peranan menyumbang kepada tersedak. Oleh itu letakkan bantal untuk meninggikan kepala semasa penyusuan.

5- Kecuaian penjaga:
     Untuk point ini saya tidak mahu menundingkan jari kepada sesiapa namun berdasarkan kejadian sebelumnya, kebanyakan kes yang terjadi di nursery mereka meninggalkan baby menyusu sendirian dan menyendalkan bantal untuk menyokong botol susu tersebut.

6- Kekurangan ilmu :
    Ibu bapa atau pihak nursery tidak didedahkan dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi untuk menangani masalah tersedak untuk mengelakkan ia menjadi serius yang membawa kepada kematian.


Jika di selami punca-punca diatas kita akan nampak kebanyakkan ia adalah faktor yang kita mampu ubah, mampu mengelakkan kejadian tak diinginni dari berlaku. Ibu bapa & penjaga juga memainkan peranan.
Antara langkah pencengahan yang mampu kita lakukan adalah:

1- Pastikan kita menggunakan nipple size yang sesuai untuk baby mengikut umur dan keupayaan mereka. Gunakan NB nipple untuk slow flow terbaik gunakan Mr Brown teats kerana size nipple nya yang kecil.

2- Jika sebelum ini pernah berlaku mild choking or baby tersedak di rumah (mungkin reflux or what so ever) pergilah membawa bayi anda berjumpa Paed untuk pemeriksaan lanjut, kita tidak mengharapkan doktor menjumpai sesuatu yang buruk namun, mendapat nasihat doktor adalah terbaik.

3- Ibu bapa dan pihak nursery haruslah (wajib) dibekalkan dengan ilmu CPR demi menangai kejadian seperti tersedak dari menjadi serius. Di SINI terdapat step-step bagaimana melakukan CPR ke atas bayi yang tersedak/choking. 
Video INI boleh membantu menyelamatkan nyawa bayi tersebut. Ia mungkin terlambat jika anda mengharapkan paramedic datang ke rumah. Sekurang-kurangnya anda mampu mengembalikan pernafasan bayi tadi sebelum berkejar ke mana-mana pusat perubatan yang berhampiran.

4- Elakkan memasukkan cereal ke dalam susu baby. Memasukakn cereal ke dalam susu akan memekatkan susu tersebut seterusnya menyumbangkan kejadian baby tercekik semasa menyusu.


Setakat ini yang saya tahu untuk di kongsikan disini sebagai tauladan & panduan bagi saya dan semua. Selebihnya kita kena tanya doctor yang menangani kes ini. Mereka tahu apa yang terjadi si sebalik kejadian tersebut.

Yang penting kita mencuba untuk mengelakkan dari terjadi sesuatu yang buruk.
Anak adalah amanah Allah untuk kita , peliharalah insan kerdil yang tidak berdosa itu
huhu

sekian~

Wednesday, January 18, 2012

Happy CNY & Happy Holiday

Good Morning.....saya ingat hari ini sudah Khamis huhu rupanya baru hari Rabu huhuuhu
Takde mood nak buat kerja, mungkin sebab mood bercuti sudah datang or maybe sebab list pending work saya terlalu banyak namun saya tak boleh nak clearkan....saya rasa yang ppl at production floor work too slow...lot tak move move sampai dah terlalu banyak , new ERF keep coming and people keep chasing especially me yang memang direct contact dengan mereka, orang di prod floor suruh hold...yang nak berjawap tu saya yang kne soal tu saya huhu

so bila semalam my son baby sitter cakap she not available from 21-Jan untill 31-January [actually dia nak sambung sampai 1-Feb sebab dia ingat kami bercuti on Federal day...tapi maaf auntie, kami bekerja di Selangor area, so we work dat day] saya happy sangat walaupun terpaksa unpaid leave 4 hari....ye company saya tak bagi cuti tahun semua sekali, mereka bagi ikut bulan so walaupun cuti saya banyak yg blm masuk, untuk bulan ini, saya kena unpaid.
tak kisahlah...janji hati saya tak sakit, saya happy spend time with my darling son, cook & play with him
urusan kerja di office lantak korank la..memula saya nak juga bawa balik laptop ke rumah, tapi memandangkan dah unpaid, wat apa pulak nak rajin-rajin kerja dari rumah..
mungkin sesetengah dari mereka happy sebab ketiadaan saya maka tiada lot baru load to assy floor tapi bg sesetengah pihak akan jd super busy menerima tempias kerja saya yang pergi kepada mereka hahahaha
nak buek macam mana...tiap-tiap tahun baby sitter saya mesti amik cuti seminggu macam tahun lepas

so untuk minggu ini, saya bekerja sehingga jumaat 12pm sahaja lepas tu balik ke Bt Pahat rumah in law...sampai 25hb, lepas tu jadi baby sitter untuk anak saya sorang ni
saya tak sabar nak tunggu lagi 5 bulan [1 month after my 3rd HPV jab] hubby janji nk bg adik untuk Abbie, dan tahun depan InsyaALLAH dengan izinNYA saya jd fully housewife  :)
sekarang slowly saya dah panggil Abbie "koko" tau hahahaha
mommy gediks!

Ok lah biarlah saya dengan dunia angan-angan saya tu, tak tahu kenapa hari ni macam nak meluahkan isi hati pulak...neway thanks for those yang spent time to read this [kalau ada yg baca, tak baca pun saya sendiri nak relesedkan kepala otak yang serabut ini]

ucapan terakhir...
Happy Chinese New Year & Happy Holiday
kalau nak ang pow jom datang beraya di rumah saya :P
kami keluarga 1Malaysia :)

Monday, January 16, 2012

Leucorrhea

white discharge from vaginal, info to share


sumber : ayurvediccure.com

Homemade potato wedges

Ha....ini snek for family...my faveret hehehe
sebelum tu, ai beli souce tu dengan kawan ai, (Cik Liza) kalau berminat u boleh PM her kat sini --> homemade cheezy KFC
recipe homemade potato wedges nie ai amik dari SINI
Tapi maap ler yer,,,ghupenye agak huduh sikit wahahahaa
len x kalau buat lg ai update photo chantek kat sini :P

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk cili (ai tak guna sebab cheezy KFC tu dh mcm pedas huhu)
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut
  • Garam

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama homemade cheezy KFC tadi :)

Kebaikan memakan jagung


Jagung mengandungi  vitamin B1, B5, C, E, asid folik, magnesium dan fosforus. Ia dianggap rendah dalam protein, yang disebabkan oleh kandungan minimum asid amino lisin dan triptofan. Ia merupakan sumber baik karbohidrat kompleks, serat, dan asid lemak yang sihat.


Jagung adalah makanan membina badan.

1. Jagung membantu dalam masalah buah pinggang termasuk disfungsi buah pinggang. Ini dengan menanam habit memakan jagung rebus setiap hari.  Untuk masalah buah pinggang yang lain; didihkan 4 tsp cornsilk dalam 21 / 2 cawan air selama 20 minit dan biarkan sejuk. Minum ½ cawan setiap 4 jam.

2. Dedak jagung yang menjaga jantung, apabila dimakan setiap hari ia boleh menurunkan kolesterol dalam badan. Serat larut dalam jagung mengikat kolesterol dalam hempedu dari hati. Ia kemudiannya berlalu dari badan

3. Tepung jagung boleh mencegah ruam lampin.


4. Jagung mencegah Anemia.sumber rujukan: mediconews.com 

5. Jangung mencegah Sembelit kerana sifatnya yang tinggi fiber.

6. Jangung membantu penyakit Gout - panaskan 2 batang jagung segar dalam 4 cawan air selama 45 minit, kemudian biarkan sejuk. Letakkan dalam peti sejuk. Minum satu cawan tiga kali sehari. Setelah berasa lega/kurang sakit, kurangkan pengambilan anda kepada satu cawan sehari.

7. Jagung kuning kaya dengan lutein karotenoid, fitokimia dengan ciri-ciri antioksidan yang boleh mengurangkan risiko kehilangan penglihatan yang berkaitan dengan umur.


8. Alzheimer- Satu kajian telah menunjukkan bahawa pesakit Alzheimer yang sederhana teruk mempunyai tahap plasma yang lebih rendah lutein dan beta-karotena, berbanding dengan pesakit ringan Alzheimer. Penemuan ini menunjukkan peningkatan pengambilan lutein dan makanan yang kaya beta-karotena untuk melambatkan kadar penurunan kognitif

9. Jagung mempunyai tinggi beta kandungan cryptoxanthin, karotenoid dengan ciri-ciri antioksidan. Satu kajian pemerhatian di Singapura telah menunjukkan bahawa tahap pemakanan beta-cryptoxanthin yang tinggi dikaitkan dengan mengurangkan risiko kanser paru-paru.

so, jika toddler anda refuse to eat rice sebagai sumber utama karbohidrat, tidak salahnya jika anda mengantikannya dengan potato or sweet corn....adakalanya anak anda mungkin bosan dengan makanan rugi atau mereka mahukan makanan yang boleh dipegang sendiri sambil berjalan2 menikmatinya.
Ada juga yang tidak akan makan makanan di rumah, sebaliknya jika anda membungkus makanan tersebut dan membawa mereka makan di luar, mereka akan menikmatinya sehingga habis....
semuanya berdasarkan pengalaman saya yang setahun jagung! hihihi :)

Pasta with broccoli, tomato & fish


Ini menu lunch Abbie last Saturday..... breakfast with half ripe Avocado [makan macam tu sahaja...Alhamdulillah so far my darl son still love Avocado..his 1st solid food] , the when mommy makan nasi lemak dia pun makan sama...he eat everything except the sambal of coz hahaha mau meraung dia nanti :P
So thats lunch mommy plan to cook bubur nasi for daddy dimakan dengan salt carrot goreng takkan nak bagi abbie makan salt carrot [salt carrot & salt vege memang my fav termasuk la kimchi huuhu]
so macaroni ni ada sikit je...mommy pun masak ler dengan segala bahan yang ada di rumah [recipe asal pasta with spinash, cherry tomato & chicken] tapi yang ada broccoli & tomato gedabak tu ajer...hahaha so mommy ni pun menderhakakan la recipe asal yang tak perlu la ai nak share di sini :P
recipie nie baby below 12mos pun boleh makan as long as no allergy with cheese. sebab ai guna susu abbie dalam nie walaupun tomato puree & carbonara ada dlm peti sejuk tu [saja nak try recipe baru] hihihi
yang bagusnya....abbie buat finger food aja pasta nie :P

Bahan-bahan:
Pasta (macaroni, baby pasta ect)
1 cup fm milk
1tbsp mozarella cheese
1 tbsp parmesan cheese
sejambak broccoli
2 btg baby corn
1 biji tomato (terbaik guna cherry tomato)
sedikit pepper & salt (optional)
1 tbsp olive butter
isi ikan or ayam
1 biji garlic (cincang halus)

Cara-cara:
- boil pasta sehingga lembut
- steam broccoli, baby corn sehingga lembut
- panaskan butter & tumiskan garlic sehingga naik bau
- masukkan isi ayam/ikan masak sehingga lembut
- combine susu dengan mozarela & pukul sebati, tuangkan ke dalam kuali tadi
- masukkan pasta, masukkan sayuran dan gaul
- taburkan parmessan cheese
- letakkan sedikit peper & salt
-kacau & serve

Nasi Ayam mommy Abbie



Salam semua.....hari isnin datang lagi...minggu untuk berbakti kepada company tercinta [cinta sgt la konon...padahal duit tu je yg ako suker] hehehe
Minggu lepas...aka semalam ler percubaan pertama mommy Abbie nie membuat nasi ayam...
yelah....sebab abbie nie suka banget nasi ayam, wajib ler mommy belajar...ala, belajar tanpa tok guru pun wahahaha semuanya follow recipe kat SINI tapi hasilnya....ai loike...
mendapat pujian & ciuman dari en suami...hehehe
Cuma part yang kurang jadi/tak best tu chili dia....mcm tak de kick huhu [tak pe boleh try lain kali, dengan lebih ilmu di dada]


Nasi Ayam mommy Abbie

Bahan-bahan:

Untuk rebus
~1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
2 ulas bawang putih ditumbuk
2cm halia yg ditumbuk
Cara-cara :
Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk


Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1cm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair
Cara-cara:
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.

Untuk nasi
3 ~5 cwn beras
 3 sudu besar butter
1cm halia- ditumbuk
4 ulas bawang putih -ditumbuk
air rebusan ayam tadi secukupnya
sedikit garam.
Cara-cara:
Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.

Bahan sos
5biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu teh cuka, garam, gula
 1/2 cawan air

Cara-cara:
Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)


Untuk sup
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
rempah sup
garam
daun sup yg dihiris.
Cara-cara:
Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

telur rebus ni side dishes memandangkan si abbie tu suka banget telur, so mommy perap kan dengan kicap manis hehe
simple kan :P

Friday, January 13, 2012

Chocolate Avocado Pudding


Salam Jumaat....niat di pagi hari "sahaja ako menjejakkan kaki ke Freescale dengan niat untuk mencari rezeki, semoga ako dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan" amin ;)

hari ini ai drive my self to work sebab hubby taking leave to melaka, nak settlekan kemasukan bekalan air & elektrik ke rumah yang bakal kami sewakan itu huhu
semalam, i wonder what to do with 3 ripe avocado at home. tentulah makan raw macam tu sangat lazat, ai makan half abbie makan half tapi sometimes jemu jugak memandangkan ke3 biji tu masak serentak , takkan hari2 nak makan avocado..takot mual pulak abbie nanti terus boikot tak mahu makan lagi huhu

dalam kepala semalam thinking of to do smoothie...yes dah lama giler ai tak buat smoothie, ni gara2 blender dirumah tu digunakan untuk membelnder chili oleh my sister lah, kes malas nak cuci bagi hilang pijau....tapi nak taknak semalam ai cuci jugak la, hubby kan dah simpankan mebby food processor tu....
sekali tengok rupanya strawberry kat rumah dah habis la, yang ada hanya cherry & raspberry jek....
so terus la ai buat green aplle juice with celery stick untuk abbie & daddy & ai prepare Chocolate Avocado Pudding.
Tu gambar kat atas tu, memang lazat, tapi ai tak makan lagi...just rasa dari hujung sudu sebab it need to keep refregirated for minima 3hrs. so kira ai akan makan petang ni lorr....
untuk mereka yang sukakan coklat, mesti cuba recipe simple dimple mommy nie wahahahha

Bahan-bahan:
1 ripe avocado
4 tbsp fresh milk (atau guna santan pun boleh)
3 tbsp maple syrup
2 1/2 Van Houten cocoa powder
1 tsp coconut oil (i guna sunflower seed oil)
1 tbsp dried coconut for decoration

Cara-caranya:
- blend avocado,fresh milk & maple syrup until smooth
- add cocoa powder & sunflower seed oil & blend untill smooth & no lump
- when done, put in a small bowl or cup & top with dried coconut
- keep in refregirator for 3hrs before serve


gerenti superb sebab avocado tu kan lemak2 tawar, dengan kehadiran coklat powder tu memberikan flaver yg rich especially when you use van houten coklat powder, mmg pekat, pahit....tapi ada manis dari maple syrup tu, so the combination memang perferct and healthy too :)


~ yummy with mommy~

Thursday, January 12, 2012

Why add fat to a baby’s food?

Kenapa kita perlu menambah lemak di dalam makanan bayi?

Terdapat banyak sebab-sebab mengapa anda perlu menggunakan produk full fat di dalam diet bayi anda. Pertama sekali, lemak membekalkan tenaga. Lemak adalah sumber yang paling tinggi membekalkan tenaga dari makanan. Setiap gram lemak memberikan kira-kira sembilan kalori tenaga, berbanding dengan empat kalori setiap gram karbohidrat dan protein. Dan kita semua tahu berapa banyak tenaga kanak-kanak kecil perlu!

Kedua, lemak membina sel-sel yang sihat. Lemak diperlukan untuk membina membran sel yang sihat supaya sel-sel dapat berfungsi. Badan dan otak berkembang dengan cepat dalam 6 tahun pertama khususnya.

Kita semua perlu lemak, tetapi kanak-kanak kecil di bawah usia 6 tahun benar-benar memerlukan pengambilan lemak baik (good fat) yang mencukupi. Ini kerana lemak membina otak. Lemak juga membuat komponen myelin, sarung lemak yang mengelilingi setiap serat saraf, jadi otak anak anda boleh bekerja dengan lebih cepat.

Badan kita memerlukan lemak untuk menyerap vitamin A, D, E, dan K . Kanak-kanak kecil memerlukan banyak vitamin untuk membantu mereka membesar sihat, dengan tulang dan gigi yang kuat dan untuk memastikan sistem imun mereka tetap kuat untuk melindungi mereka daripada virus dan selsema yang selalunya menyerang kanak-kanak.

Lemak juga diperlukan untuk kesihatan kulit dan membentuk kusyen perlindungan untuk organ-organ. Organ-organ penting kita, terutama buah pinggang, jantung, dan usus dilindungi oleh lemak untuk melindungi mereka dari kecederaan.

Adalah penting untuk makan lemak yang baik (Good Fat) dan mengelakkan lemak yang buruk  (Bad Fat) yang boleh membawa kepada masalah berat badan sepanjang hayat .


Benarkah lemak penuh (Full Fat) tidak sihat?

Anda sering mendengar bahawa makanan penuh lemak adalah tidak sihat dan membawa kepada kegemukan. Terdapat banyak penyelidikan yang menunjukkan bahawa lemak bukanlah penyumbang kegemukkan sebaliknya, proses hidrogenasi lemak dan lemak trans, gula dan makanan yang diproses yang membawa kepada peningkatan dalam kegemukan.

Badan memerlukan dua jenis lemak untuk membuat sel-sel otak yang sihat. Ia memerlukan Omega 3 (yang terdapat dalam flaxseeds, walnut, salmon, sardin, tauhu, ikan kakap, avokado) dan Omega 6 (ditemui dalam minyak seperti minyak safflower, minyak bunga matahari, minyak walnut dan minyak bijan serta minyak hem, yang mempunyai kira-kira 3 dan 6).

Diet yang mempunyai  rendah Essential Fatty Acids akan menyebabkan badan anda menggantikan mereka dengan lemak gantian, yang boleh merosakkan badan anda. Diet yang tinggi dalam asid lemak omega 3 juga mampu merendahlan kolesterol level.Pertumbuhan otak yang paling pesat berlaku pada tahun pertama kehidupan. 50% daripada kalori dalam susu ibu adalah lemak. 

DHA adalah komponen utama struktur tisu otak, jadi ia diperlukan untuk fungsi otak yang baik. Ia telah ditunjukkan dalam kajian bahawa bayi yang mempunyai tahap DHA yang rendah dalam diet mereka mempunyai otak pembangunan yang lebih perlahan dan visi yang lebih rendah daripada mereka yang mempunyai paras DHA yang tinggi.

Bayi yang menyusu susu ibu, telah ditunjukkan mempunyai IQ yang lebih tinggi .

"Bad Fat" akan menjejaskan fungsi otak serta berbahaya untuk sistem kardiovaskular. Yang paling teruk adalah lemak hydrogenated buatan manusia / tak tepu lemak trans yang boleh didapati sebagai contoh dalam makanan komersial yang seperti prepared bake food ie baby biscuits, makanan snek dan makanan diproses, termasuk makanan segera.

Tuesday, January 10, 2012

HPV for women 26yrs above

(sila zoom kan untuk lebih clear)

hari ni beren3 en3 saya post kat blog ni,,,,hehe bukan bermakna saya sangat free di office nie tapi saya tengah tersangat STRESS.....awal tahun , production ramp up...banyak request dan semua nak urgent. especially nak cope before CNY celebration, i belive ppl at China they have 2 weeks shutdown for this celebration...so yang jadi mangsa kami di sini, push sana, push sini, lepas tu any issue tak tahu nak throw kat siapa, ai jugak yang kena, terpaksa menjadi tembok china untuk mereka yang sukar dihubungi, tak memberikan respond or mia! (missing in action) huhu
baik memblogging baru rasa ketenangan tu datang , kalau tak semak & serabut kepala nie :(

**maaf buat intro melepaskan tekanan la pulak :P

last saturday ai bring my lil darling Abbie visit doc Wong for 18mos jab, erm....Abbie tak sampai lagi 10kg la...baru 9.5kgs dengan ketinggian 77cm! hahahaha abbie kemetot mcm mommy jugak :P
so far doc wong kata everything is ok, just advice abbie to start brushing teeth..guna First Year tooth paste tu....ok lah, noted doctor.

Di luar sementara menanti turn Abbie, mommy p klinik doc Bedi utk baca info tentang HPV nie....[ada rasa tak puas hati/kurang info nak ditanya kepada doctor bedi tentang jawapan/statement seorang kawan tentang vaccine HPV yang ai ambil sekarang]
the way she mention seems like, there is no use i m taking this vaccine because this vaccine mean for young girl till women before they get married (9 yrs to 26yrs).
Tapi bila ai terbaca rencana ni yang doctor bedi tampal di papan kenyataan, ai guess there is no need to ask him personaly.
I have the answer here.......yes, they have a new vaccine la dear.....trust your gyne, they know what the best for u. they wont simply give something that useless for u kan....
so ai baca kat sini, ai faham & berpuas hati dengan apa yang ai nak tahu.
dan ai happy dengan tindakan yang ai telah lakukan iaitu dengan mengambil vaccine ini.
my last (booster) vaccine is on May 2012 :)

so mommies.,...yang sudah mengambil vaccine ini  TAHNIAH....anda telah melakukan tindakan yang bijak
untuk yang belum....renungkan-kan dan fikirkan orang yang anda sayangi *bluekkk* :P

Steamed egg with Japanese tofu


erm....ini lagi menu simple but healthy dari mommy Abbie....sebab tu ai suka banget weekend coz ai can cook! i love to cook even i dunno how to cook :P
so menu simple ini bukan sahaja utk abbie but for use....
jom tengok apa aja mommy campak dalam bowl ini :

2 biji telur ayam
1 batang tofu jepun
2 btg crab stick
1 tbsp kicap cair
sedikit susu (tak mo letak susu pun xper leh ganti air)

caranya mudah:
- potong bulat tofu jepun tadi dan letak di dalam mangkuk yang tahan panas.
-  kerat 3 crab stick tadi dan letakkan bersama tofu jepun tadi
- di dalam bekas berasingan, pukul telur dengan kicap & susu tadi agak2 kembang dan tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi tofu tadi.
- steamkan sehingga masak dalam 15minit
- serve

Steamboat soup (18mos above)


This menu suitable for toddler 18mos above...why? this is because i am using processed steamboat sell at tesco. it may contain asid boric, so with our control...insyaAllah our baby safe to eat those. (jangan makan berlebihan kerana pengambilan asid boric berlebihan boleh mendatangkan mudarat) jika di ambil dengan kuantiti yang terkawal insyaAllah tidak memberikan kesan sampingan.
Lagi pun Abbie sememangnya telah memasuki fasa "eating family food with family" so tak perlu lah kita tetapkan peraturan yang terlalu ketat kang terus merajuk tak mo makan lagi susah kannn kann
tetapi untuk mommy yang rajin, mempunya lebihan masa sengang untuk membuat homemade steamboat, apa salahnya...itulah yang terbaik :)

Caranya mudah, :
- u just boil water di dalam periuk bersaiz sederhana, bila mulai mendidih, u campakkan steamboat yang cute miut ni (ada nemo, ada bird, kepala bear, dsbg)
- lepas tu u letakkan sedikit garam/pepper
- kalau ada telur, boleh pecahkan telur...saya kehabisan telur pula pada hari tersebut
- bila dah nak masak, u tambahkan 2tbsp homemade bawang goreng (bawang goreng nie akan menaikkan bau yang lebih sedap)
- tutup api & serve

simple & mudah :P

Steamed Chicken


Menu masakan cina atau kalau orang melayunya kata menu sihat or menu untuk orang sakit :P
But even my hubby is chinese tapi he prefer grilled chicken compared with this steamed chicken. Tapi he still puji masakan ini sedap....hahaha mesti lah puji , kalau tak lain kali ai tak nak masak lagi teeetttt :P

Bahan-Bahan:
300gm ayam
2 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1 btg serai (ditumbuk)
sedikit halia (ditumbuk)
sedikit lada sulah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
sayur2an ( brocolli, tomato, cendawan cina dsb....)

Method:
Campurkan semua bahan kecuali sayur2an.
Perap ayam dengan bahan2 tadi selama 3-4 jam.
Kukus ayam dalam kukusan.
Bila hampir masak, masukkan sayur2an dan tutup api.

Qaseh Ohara Homestyle Bread Pudding

Qaseh Ohara Homestyle Bread Pudding

Itu lah nama yang tercipta bila mommy menderhakakan original recipe dari SINI
Bread pudding ini merupakan desert kegemaran kami sekeluarga dari dulu sampai lah kelahiran si tecik kami yang aka tong sampah jr. nie hehhe
Since kami ada pelbagai jenis buahan yang di rembat di Tesco sabtu lepas, so bread pudding ini turut mendapat tempiasnya... :)
Mommy just tambah cinnamon powder, blueberry & raspberry di dalam puding ini menyebabkan ia lebih sedap, lazat & berkrim di sukai ramai....wahahahha

Bahan-bahannya:

Untuk sos kastard:
1 tin susu cair
2 tbsp tepung kastard
2 tbsp gula halus
1 kotak kecil kismis hitam

Untuk pudding:
10 kpg roti putih dikerat 4
500ml  marigold fresh milk atau apa-apa susu segar
4 tbsp gula halus
2 tbsp olive butter
2 biji telur
1 tsp esen vanila
1 tsp cinnamon powder
t tbsp tepung jagung
sedikit blueberry & raspberry (optional)

Cara-caranya membuat puding:

1- sapu loyang dengan butter
2- susun potongan roti di dalam loyang di selang selitkan dengan buah-buahan seperti blueberry & raspberry.
3- Combine semua bahan puding tadi & pukul sebati.
4- Tuangkan bahan yang di gaul sebati tadi ke dalam loyang berisi roti tadi dan biarkan terendam seketika lebih kurang 30 minit.
5- Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 30minit . Bila sudah masak keluarkan dan sejukkan.


Cara-cara membuat kuah kastard:
1- Combine semua bahan membuat kuah kastard & masak di atas dapur dengan api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
2- Sentiasa mengacau pelahan bahan-bahan tadi untuk mengelakkan hangit di dasar periuk & berketul.
3- Bila sudah pekat , tutup api dan tuangkan ke atas pudding tadi & sejukkan.

Bila dah sejuk simpan dalam peti sejuk, nak makan baru keluarkan dan potong....peerrrghhh memang marveles....saya tapau ke opis habis licin..kawan-kawan pun suka :)

menambah raspberry di dalam bread pudding ini menimbulkan rasa masam-masam manis
dengan kuah puding & tekstur yang lembut tu sesuai utk si tecik sebab sungguh berkrim
walla


~yummy with mommy~

Monday, January 9, 2012

TESCO Sale: Fruits Party :)

 Salam mommies......di luar sana orang dok heboh kisah Anwar yang di bebaskan dari tuduhan meliwat...ada yang bersyukur dan ada jugak yang tidak berpuas hati.....apa pun saya percaya Anwar tidak melakukannya...[tapi saya tak mahu komen kat sini hujah saya] bagi saya di dunia ini Anwar harus menegakkan kebenaran untuk beliau meneruskan sisa hidupnya, bagi kita yang lain pulak..ingatlah...bahawasanya dosa memfitnah itu lebih teruk dari membunuh saudara sendiri...renung-renungkan dan selamat beramal :P

Tapi dalam dunia ai nie, ai tak mo peningkan kepala tentang mereka, berkongsi cerita tentang kebahagian bersama si kecil tersayang adalah sesuatu yang begitu membahagiakan hati :)
"dang dang dut tali kecapi, kenyang perut suka hati"
wahahaha..betul ke tu??? salah tolong betulkan ya...walaupun BM saya A2 mase SPM dulu, tapi sejak bergaulan dengan suami cina dan suana kerja macam nie...BM corrot, BI pun corrot wahahahaa
Last Saturday kami ke TESCO Kajang, biase lah membeli barangan dapur untuk dimasak di hujung minggu [ai only cook on weekend ya, walaupun telah berusaha untuk masak on weekday & eat out on weekend tapi tak berjaya huhuhu]
Kali ini kami lepas bebaskan si tecik ni merayau di serata lantai TESCO, macam main hide & seek dan macam ako sorang je ada anak...wahahaha [bahagia nya bagaikan dunia ana yang punya]
Daddy pergi dept lain, mommy and abbie pegi bahagian buah-buahan....[wajib singgah ni]
Dan tau apa yang mommy jumpa?
Tadaaaaa.....tu buah-buahan imported yang selalunya mahal banget tu di jual dengan harga RUNTUH!
memang mengancamkan hati sebab bukan semua packed yang ada rosak tau, kalau pilih2 ada paked yang buahnya masih elok...cuma kalau di ranking kan 5/10 la qualitynya....
so mommy ni dengan rambang mata pun merembat mana2 buah yang masih elok, antaranya:
1 packed green Avocado  RM3 (terus peram sabtu lepas hari ni dh lembut la)
2 packed raspberry  RM4.75/pkt
2 packed fresh cherry  RM5.55/pkt
2 packed strawberry  RM3.25/pkt
1 packed blueberry  RM3.++  (tinggal nie je packed yang takde busuk, kalau tak ai rembat lebey)
Bila daddy datang dia tengok wah banyaknye mommy beli...then ai cakap la, harga runtuh [dia tahu kalau harga runtuh memang berbaloi kalau beli especially buahan import yang mahal sokmo ni]
And he ask...blackberry tu tak beli ker? Alamak....dalam banyak-banyak buah...blackberry je yang tak turun harga,,,harganya still RM18.++ per pkt huhuuhu
Kira kalau bab makanan ni, daddy memang sporting.....*ai loike*
So balik.....fruits party la si tecik tu....
 menjeling sambil menikmati fresh Cherry....
merah darah dah macam baby Dracula la pulops wahaaha

 ha ini lunch...sambil makan plain bubur nasi dengan steam egg with tofu & crab meat
[recipe nanti ai upload buat satu en3, currently photo masih dalam iphone 3G yang hampes nie sebab takde bluetooth huhuhu]
Lepas makan, desert nya buah Raspberry huhu
untung budak tecik sekarang, tecik2 dah makan buah macam tu...
ai nie tua bangka baru dapat matan :P

Lepas kena 18mos jab on dat saturday morning,
badan Abbie suam sikit, dat nite kami tampal la coolfever untuk elak demamnya menular
orang kata "dedar badan dia"
so pagi tu sedikit merengek, dah jadi magnet nak melekat dengan mommy jer...
tapi bila buka peti sejuk, bagi raspberry nie,,terus diam & makan sambil menegok Baby TV
Haahaha


Friday, January 6, 2012

Abbie turn 18mos

Salam mommies & happy weekend for u ols...
seronok akhirnya tiba waktunya untuk bercanda 48hrs non stop dengan my cayunk Abbie.
Yurp.....esok Abbie genap 18bulan..... nak g jab & timbang....betul ke tak berat Abbie dh reach 10kg, kita tengok apa comment doc Wong, paed Abbie.
[regular check-up: doc wongsick on weekend or before 9pm: doc yong, doc pakar/demam lewat malam: doc meena KPJ] 3 doc nie je yg akan treat abbie.

Lately Abbie kuat makan [lepas demam malam yang berturut-turut tu] mungkin sebab gusi nya sudah sembuh atau kesan pemberian Appeton lysine ai tak pasti, yang ai pasti I m happy for that, sampai kene marah dengan daddy sebab asyik2 buka peti sejuk feed Abbie. huhu

Yelah, Abbie dah pandai meminta makan..."mam mam" sambil tunjuk jari ke peti sejuk or balang cookies/cereal. minta air, minta barang....yang comel dan cute bila atas meja tu ada balang cereal,cookies & topi birthday tu...Abbie dengan berbahasa perancis tu pun bercakap2 sambil menunding jari ke arah balang tadi. ai tanya, nak apa? mommy tak faham (telah di alih bahasa dr bahasa inggeris) ....tau apa Abbie respond? dia buat tangan atas kepala, lepas tu tunjuk ke arah balang tadi...la, baru ai faham, dia nk pakai topi birthday tu,,,,suh mommy ambilkan & pakaikan...wahahahaha gelak besau ai tengok cerdiknya si kecil. :)

Abbie juga dah kurang suka makan porridge [ikut mood daddy kata] selalunya dia nk makan nasi menu kami ni...nasi kosong pun dia suka...kalau nasi ayam lagi la feveret dier....dah la mommy dia ni bukan pandai masak...masakan baby pandai la. masakan org tua selalunya kedai tolong masakkan wahaahhaa

malam tadi kami makan nasi, sayur campur, telur bungkus & beef basil.....wow dia boleh makan beef basil tu wahaha dgn kobis besar ibu jari tu pun dia makan [my son hantu buah & sayuran...Alhamdulillah]
malam sebelum tu, nanny dah tapaukan bubur [oh yea sejak selera abbie back to normal, bs tapaukan bubur utk abbie makan di rumah.,...even his last meal at 5pm...7pm tu dia nk makan lagi tau!]
tapi kalau kami makan nasi/nasi goreng, dia tak layan bubur2 ni....ai punya nasi goreng kampung tu dia makan sekali huhuhu.....dah la mommy dia kuat makan, kene share pulak dengan Abbie...tu yang ramai tegur mommy dah kurus [wahahaha happy!!] :p

so lepas ni mommy kne belajar menu masakan esp nasi ayam.....sebab Abbie dah menghampiri level menu "pre-schooler" hehe [tunggu label pre-schooler keluar ya.]

Kalau anda semua ingat saya pandai memasak, anda memang silap...wahahaha
saya tak pandai memasak, dan belajar masak pun sendiri2...balik rumah mak, mak masak, blk rumah in-law makan d luar, blk rmh sendiri makan di luar...nie bila dah ada children baru terhegeh2...
tu yang bila Abbie turn 6mos ai convert my personal blog ni jadi blog makanan, pada asalnya untuk ai collect all the info/recipe and bukak laptop/blog kat dpaur & cook.....supaya kemudian hari senang ai nk refer.
Tulis dalam buku kang lupa letak mana, akhirnya hilang.
Dan seterusnya blog ai ni ai share kan dengan mommies yang memerlukan info mcm ai,
lebih senang, kalau ada mommies yg sama specis dgn ai, sesuai la follow blog ni......sebab recipe yg ai buat sememangnya yang sesimple yang boleh.....yang penting made from fresh ingredient (Motto blog saya kat atas tu) hehehe

So, jangan pelik kalau silap hari bulan recipe nasi goreng pun ada dalam nie wahahaha

ok la....sekian untuk en3 merapu saya kali ini :P

wassalam :)

Tuesday, January 3, 2012

Cheesy Couscous Scramble Egg


erm...ni menu terpijak....hahaha
dapat idea on the spot lepas balik dari kampung ahad lepas
ala2 pancake...(actually i dah lama plan nk buat couscous pancake) tapi tak terbuat2
tapi dat dinner bila abbie nie refuse to eat rice, ai nak masak couscous tapi tengok bahan macam tak mencukupi
so tetiba la datang idea utk chop vegetable soup tu dah campak dalam telur yang di pukul & mix cooked couscous nie...
maka terjadilah recipe mendadak ini
walaupun mendadak, tapi sangat enak...abbie suka daddy pun suka :)

Bahan2 :
3 tbsp couscous (masak ikut belakang pack)
2 biji telur size kecil di pukul
2 tbsp parmesan cheese (kalau ada mozarela pun ok)
steam carrot ( di potong cube)

Cara:
campur semua bahan dalam telur tadi & masak di dalam kuali pancake dengan sedikit olive butter
agak2 gebu dalam 3 minit tu, transfer ke kuali biasa (leper)
ini untuk mendapatkan bentuk pancake yg comel mcm tuan dier :)
masak another side dalam 2 or 3 minit agak2 golden colour then angkat

 
so ini lah hasilnya...actually boleh dt 3 keping tapi sebab si tecik tu dah terjerit2...daddy pun dah asyik panggil "mommy, how long u need?" stress
so kepingan ke2 tu jadi tebal da...tapi tetap enak :P


~yummy with mommy!~