How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Tuesday, January 10, 2012

Qaseh Ohara Homestyle Bread Pudding

Qaseh Ohara Homestyle Bread Pudding

Itu lah nama yang tercipta bila mommy menderhakakan original recipe dari SINI
Bread pudding ini merupakan desert kegemaran kami sekeluarga dari dulu sampai lah kelahiran si tecik kami yang aka tong sampah jr. nie hehhe
Since kami ada pelbagai jenis buahan yang di rembat di Tesco sabtu lepas, so bread pudding ini turut mendapat tempiasnya... :)
Mommy just tambah cinnamon powder, blueberry & raspberry di dalam puding ini menyebabkan ia lebih sedap, lazat & berkrim di sukai ramai....wahahahha

Bahan-bahannya:

Untuk sos kastard:
1 tin susu cair
2 tbsp tepung kastard
2 tbsp gula halus
1 kotak kecil kismis hitam

Untuk pudding:
10 kpg roti putih dikerat 4
500ml  marigold fresh milk atau apa-apa susu segar
4 tbsp gula halus
2 tbsp olive butter
2 biji telur
1 tsp esen vanila
1 tsp cinnamon powder
t tbsp tepung jagung
sedikit blueberry & raspberry (optional)

Cara-caranya membuat puding:

1- sapu loyang dengan butter
2- susun potongan roti di dalam loyang di selang selitkan dengan buah-buahan seperti blueberry & raspberry.
3- Combine semua bahan puding tadi & pukul sebati.
4- Tuangkan bahan yang di gaul sebati tadi ke dalam loyang berisi roti tadi dan biarkan terendam seketika lebih kurang 30 minit.
5- Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 30minit . Bila sudah masak keluarkan dan sejukkan.


Cara-cara membuat kuah kastard:
1- Combine semua bahan membuat kuah kastard & masak di atas dapur dengan api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
2- Sentiasa mengacau pelahan bahan-bahan tadi untuk mengelakkan hangit di dasar periuk & berketul.
3- Bila sudah pekat , tutup api dan tuangkan ke atas pudding tadi & sejukkan.

Bila dah sejuk simpan dalam peti sejuk, nak makan baru keluarkan dan potong....peerrrghhh memang marveles....saya tapau ke opis habis licin..kawan-kawan pun suka :)

menambah raspberry di dalam bread pudding ini menimbulkan rasa masam-masam manis
dengan kuah puding & tekstur yang lembut tu sesuai utk si tecik sebab sungguh berkrim
walla


~yummy with mommy~

2 comments:

Nanak said...

sy pon suka dessert ni malangnya hubby tak suka..jenuh i nak habiskn..ahha

Annie Tay said...

hehe takpe Fredo boleh makan and jangan lupa share dgn kwn2...pasti cepat je licin ;)