How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Thursday, January 31, 2013

Mengigau & kencing malam

Bagi korank, untuk umur budak 2y6m tu biase la kencing malam kan...sebab tu ada yg masih berpampers, tapi untuk anak teruna saya yang dah lama tak berpampers, sesekali terjadinya "kemalangan" macam ni kelakar jugak. Malam tadi, seperti malam2 biase, sebelum tidur mesti suh dia kencing dulu, tapi bukan setakat kencing, dia kata nak berak pun ada. ada la sikit, pastu malam tadi dia minta minum air ribenna dalam botol air tommee tippee yang cute tu, sampai ke atas tilam dibawanya.
Kesudahannya, elok dah lama tak "ngompol" kata orang jawa, malam tadi 3 x mommy kene tukar seluar Abbie. Yang pertama sekitar jam 12malam, ye...kami train Abbie utk tidur jam 9pm, so asal masuk kul 7 ke 8 ke dia kata "mommy...clock" and i will said not yet... 9pm we go up, so bila naik atas, took about +-30minit la dia nak tidur, dok layan nak shi shi dia, dok nak nanyikan lagu twinkle2 little star la, or main dgn toys dia baru tidur.

Berbalik kepada cerita tadi, kul 12malam, ai sedar seluar, selimut & quilt Abbie wet. (yes...Abbie still tidur beralaskan quilt sebab bila ngompol, tak le tilam tu basah).
Mommy memang dah standby sepasang persalinan baju tidur kat dlm bilik, so mommy tukar seluar aje.
Mommy suh dia g toilet shi shi langsung tak sedar.
Mommy tukarkan quilt & toto tadi (tidur dlm kelambu moden), mommy alaskan dgn selimut mommy. Selimut Abbie pun ada 2 spare.

Pastu jam 2pagi sekali lagi, pegang Abbie seluar dia basah...terkencing lagi...kali ni, seliemut Abbie basah, seluar basah, t-shirt basah,  kali ni dia sedar, dia cakap "t-shirt wet" nak suh tukar la tu... mommy tukar seluar, baju & selimut baru...mommy suh lagi Abbie g toilet....kali ni Abbie jawap "i want sleep..." and terus tidur. Mommy punya la bijak...dah tau Abbie minum air banyak, terkencing 2 x, ada pulak mommy bagi lagi Abbie minum susu 6oz :P
Bila jam 4pagi, dia terkencing lagi... kali ni dia kata "mommy...wo yau shi shi" ha... baru nak g toilet...
ai said "chi lai...walk..."
kencing banyak dlm toilet, pastu tdo dah tak pakai seluar, sebab mommy malas nak turun bawah amik seluar. dicarinya daddy dia (daddy ada cough so he sleep diff room), terjerit la panggil daddy nk hug katanya.)
30min awake, pastu dia sambung lg tido sampai kami sent to nanny hse still sleeping....

Ini gara2 kes over tired la ni...tu yg sampai terkencing mase tdo.

Mengigau:
Ini cerita lawak malam semalam....boleh pulak yang selalu tidur pusing2 360 darjah tu, tetiba pusing melekat tidur celah ketiak mommy, pastu boleh dia gigit tangan mommy (sakittt wooo) and continue sleep again...
adeiii sib baik hang tgh tdo, kalau tak mau ke slap sekali... dalam hati nak marah pun ada, nak gelak pun ada...
siang tu cerita dengan daddy, daddy pakat gelak ajew...sakit x? of coz la sakit, taring Abbie cam tiger!
Agaknya dia mimpi tengah marahkan siapa la dlm mimpi tu sampai menggigit...
kalau setakat mimpi tergelak tu biase la kan....

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Wednesday, January 30, 2013

Increment oh increment $$$

Good Morning....
Wah macam good mood ajew mommy pagi ni yer hehehe
Sebab semalam dapat beli kerepek CNY yang mommy idam2 nak makan, 1 balang kecil RM13.50 youu
Kalau compared dgn raya puasa, mahal lorrr but since mommy dah semakin hampir ke labour day, and CNY kami besar kemungkinan tak balik Johor, so semalam hubby benarkan mommy beli, so today tapau bawa g opis, dapat pulak makan dalam kereta semasa jem teruk tu.... hilang la sikit stress :)

Pagi-pagi dah memblogging? free? tak ler, ade keje melambak menanti kat bawah nun..cuma berat sikit nak mula keje, sebab bila dah mula keje...busy tak hengat. Give me 5minit to blogging, sat g ai turun bawah wat keje sampai lunch ya ekekeke

Owh membebel sebagai introduction itu perkara biasa bila mommy memblogging, hahaha
Semalam bos datang, bagi surat increment, patutnya kami kene duduk face to face sebelum bos bagi review, tapi tah bos ai ni, dia bagi surat kenaikan gaji macam pass payslip ajew.
Tapi syukur lah isi dalam itu memuaskan hati lalalala~
Bila dah tau gaji baru, cepat2 mommy IM daddy, daddy kata wow... u dapat upgrade ke? mommy kata mana ada upgrade, increment biase je ni huhuhu
So, do u still want to resign? adeiiii ape punya soalan la daddy ni....
kata nak suh mommy resign after deliver, now bila tgk figure new salary dia 50-50 pulak....
Daddy kata, kalau nak continue keje, kene cari new baby sitter...
Mana nak carik?

Entahlah., money is important ke anak more important?
Tentulah anak kan,,,, tambah jalan jem makin teruk, mommy memang rasa nak resign, tapi sayang jugak dgn gaji baru tu huhuhu

Semalam, mommy singgah klinik gyne yang mommy selalu wat check-up tu, since now i oredi booked at KPJ, ai dah takde hati nak wat check-up kat situ, so last saturday ada call clinic mintak report tentang history pregnancy check-up kat situ (requested by KPJ doc). Actually kalau takde pun takpe, sebab masa Abbie dulu dah emergency kami tak provide pun.
Tapi kali ni, sebab tak urgent, i mintak la.... ingatkan depa charge few ringgit la to print the report, so mommy bawa lah RM20 sajok...
Tau tak berapa doc charge utk harga sekeping report yang ditulis dengan tulisan tangan cakar ayam?
RM45! geram pulak mommy, dasar doc buat duit!
Sib baik dah gaji & bank dekat, pegi la cucuk duit dulu... (sebab daddy parking jauh, nearby takde parking).
Pastu rasa tak puas hati, mommy ckp dgn daddy, doc melampau...kalau type takpe la jugak, ni mommy nak baca pun susah, rm45 memang tak berbaloi!
Lain kali check-up gomen ajew la....
Tapi hubby cakap, dari u spent half of your day kat clinic gomen, takpe la pegi situ, boleh claim kan.....
adeeiiiii

okey lah...dah 10am, mommy nak buat keje... daaaa :)

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Tuesday, January 29, 2013

week 33 - 2.5kgs sudah :)

Good morning.... eh no dah tengahhari pun huhuhu
1st day masuk keje selepas 5hari MC ( total 8hari termasuk cuti weekend & PH)
Kami keluar awal pagi nih sblm jam 7pagi dah sent Abbie, tapi tetap clock in 9.05am huhuhu
Jem punya la teruk dan bertambah teruk... makin lama perut semakin mengeras (agaknya punca jem ni la yang buat ako bakal bersalin awal huhuhu)
Mujur from now on kami akan drive Toyota Camry my bro in law yang dia tak guna. He drive Honda Accord company car, so his camry he park at my hubby hometown, balik Johor bebaru ni, my FIL suruh kami drive kereta tu sampai kami get new car.
My MIL willingly to support 10k for downpayment, tapi mr hubby ni masih wondering kereta apa mau beli
yang pasti its MPV, is either Alza, Exora, Avanza or Innova.
Katanya nak amik Alza, jimat minyak & tak besar sangat, so mommy boleh drive. Kalau kereta besar, mommy tak reti drive ...
Kalau tanya mommy, mommy nak Toyota hehehe

Neway, semalam mommy dah pegi repeat check-up kat KPJ (tak sangka pulak specialist clinic buka on replacement PH), Doc Lee kata, baby memang besar, kompom lebih besar dari koko Abbie, last week scan baby baru 2.2kgs, but dalam masa 1 week baby dah naik 300gm jadi semalam dh 2.5++ kgs (5lbs9oz) kalau tak silap,(kertas scan tertinggal lak kat ghumah).
Katanya kurangkan berjalan & buat keje berat, he estimate I akan deliver after CNY which is end of Febuary... hohoho 36week la tu.
Bila ditanya, agak2 berapa berat baby bila lahir, he can't estimate it, sebab baby sedang membesar dengan riang & cemerlang.
Kedudukan baby dah engage tapi still jauh, muka baby pun dah pusing belakang , which is good position for delivery (so semalam tak jadi la nak buat 4D scan, sebab dah tak nampak muka baby).
Berat mommy baru 68kgs (naik 13kgs) tak secemerlang Abbie.... (Abbie dulu mommy naik 20kgs hahahaha) now confirm berat mommy ni berat baby bukan berat lemak mommy :P

So far kami dah book Dr Lee, but package apa blm confirm kan lagi... daddy kata tunggu the day mommy masuk labour room, kalau ada single beded yang kosong, daddy amik... (which is biasanya penuh) kalau tak 2 or 4 beded pun ok, sebab sekarang KPJ dah tukar policy mereka. Zaman Abbie dulu, hanya jika kami amik single beded baby boleh roaming dgn mommy, but now baby memang akan dibiarkan bersama ibu supaya berjaya breast feed.
Kalau zaman Abbie hanya few minute aje masa yang diberikan sebaik sahaja melahirkan baby utk mommy menyusukan bayi, but now they give 1 hour utk mommy menyusukan newborn baby sebelum mereka proceed to check the baby. Baguskan...
Itu lah penjelasan dari "Mak Yam" jururawat yang akan handle/educated mommy tentang breast feed baby dalam labour room & ward. (katanya....)
sebab masa Abbie dulu takde semua benda ni... bila mommy mintak tolong nurse yang bertugas, mereka kata susu banyak, breast bengkak tapi tak keluar...no solution, but this time i really hope Mak Yam can help me.
Itu la main concern for this 2nd baby "berjaya direct feed baby & breast feed till 2yrs old" since I oso going to resign soon hehehehe *happy & cant wait! LOL

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Wednesday, January 23, 2013

Lagi update for 32weeks pregnancy


salam dan kembali bersiaran dari my home sweet home.
last monday yg i complaint sakit perut and muntah tu,sampai la ke petang.
mkn breakfast lepas tu vomit, mkn lunch pun vomit, dinner i x berani mkn hanya drink milo and oat saje. sama la dgn smlm huhu.

dari pagi menahan sakit yg come and go,nk blk hubby busy, stay kt opis ingat leh tdo.. sekali bos dtg suh mcm2 ai told him up front i tgh sakit perut ni, tau apa dia ckp?
i pun sakit perut.... aiyoooo bos, u sakit perut pegi jamban hilang la sakit.
ai terus jd sakit hati pulak lps tu.

hubby said he only can sent me bck after 3pm lps habis miting, tu pun ade lg miting at 4pm 
mommy jumpa doc sensorg jew la huhu
kali ni mommy terus ke kpj book doc sekali.
mommy amik doc yg sama sambut kelahiran abbie and wat d&c mommy tahun lps.
doc tu pun bimbang if mommy akan pre-mature labour sbb masa abbie dulu pun awal, 36w dh kuar, kali ni pulak katanya baby lebih bsr, based on scan bb dh mcm 34w even mommt br 32w, berat bb pun dh 2.2kgs, last week scan br 2kgs.
patut lh this time my left rib sakit sokmo, kantung bb bsr sgt sampai menekan tlg rusuk mommy.
tambah dgn perut yg dok asyik mengeras, adoiii

doc bg mommy mc 1minggu sbb x mo mommy travel jauh kajang-pj and bedrest elakkan wat keje berat. keje berat? xde la berat mana selain mendokong abbie tu.
kan abbie lately super manja hohoho



Take care & comb your hair,
 From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Monday, January 21, 2013

week 32 - not feeling so well

Morning....
if my hubby is not busy today, tmw & almost everyday.... mesti skrg i oredi in clinic or hosp seek for med help and get MC to rest at home.
Morning start as usual but when monday as usual there have major jemmed on the road that took us almost 2hours journey to work, my stomach started to pain (earlier i thought i am hungry) and feel dizzy.
Luckily i bring some cheese craker, so i eat them all in the car. But my stomach still pain.
I didnt tell my hubby, he oso look stress with the traffic.
Once reach office, we straight go to cafe & take breakfast.
My face really look bad & walk oso damn slow!
Its really pain, i just told my hubby like normal pain.
I have no appetite to eat my breakfast, and after breakfast i go to ladies in case its help to reduce the pain, but after have a bowel, its still pain!
Really pain, its hard for me to walk. my belly is harden. (its normal during this 2nd pregnancy)
2nd pregnancy i feel more challanging compare with the 1st one, this time even i dont have water retaintaion, but i feel pain in my lower left rib since 2nd trimester. Doc keep saying its bcoz of angin (gastric), but yesterday i found its becoz of the uterus yang menekan my rib or the baby kicked it.

I barely can walk & talk. really weak and just now i walk to the ladies & vomit all my breakfast that i took this morning..... huhuhuhu
but i feeling a bit better than before.
But the stomach pain still there.
Its same during my 1st pregnancy, 3 days before i give birth to Abbie.
Dah nak bersalin ker?
I tried to google why my stomach always hard and found it actually Braxton Hick...... again!
Actually i having braxton hick all the time. I never inform this to my gyne... should i?

Masa Abbie, i never have this experience, never feel what is braxton hick... but this time i have all the time.
And my precious son always wanted me to carry him. Can u imagine?
Daddy said, i wish the baby can born early like Abbie, pity u mommy...
Yeah me too.... huhuhu

Even i have braxton hick all the time but the baby is super active inside. More active than Abbie time.
And i guess this baby will b bigger than Abbie. Daddy said Abbie is S  size hahaha

My hubby, he very understanding one, very helpfull until recently when i measure my weight (mine 68kgs), Abbie 12kgs and daddy yang sebelum ni 102kgs dah tinggal 96kgs only!
WOW.... Can you see how much weight he lost just to help mommy with house core & taking care Abbie.
Bukan senang utk dia turunkan berat bawah 100kgs, tapi tanpa sedar, dia dah hilang 6kgs tanpa buat any senaman or diet! Tahniah daddy, thanks to Abbie & soon dapat 2nd baby hope daddy boleh turun berat 80kgs pulak deh :P

Take care & comb your hair, From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Friday, January 18, 2013

Baby full moon gift pack

Lagi 8minggu mommy dijangka due our 2nd baby, segala kelengkapan baby Alhamdulillah mommy dah sediakan & cuci bersih. Begitu juga persediaan mommy sendiri, cuma belum pack masuk dalam beg utk ke hospital ajew.
Hujung bulan ni, maybe mommy mula buat appointment di KPJ.
Pastu Confinement lady pun mommy dah booking, cuma tukang urut saja belum... mungkin 4 weeks or dah bersalin baru mommy call ahaks
Nama baby mommy dah finalize (even daddy complaint panjang sangat, I dont care bior sama panjang macam koko dia)
So apa lagi yang nak mommy fikirkan melainkan menunggu saat kelahiran...
Hari ni mommy free, tekak teringin nak makan cake... so mommy cuci mate tengok2 gambar kek, pastu mommy teringat tentang package full moon baby nanti.
Bukan apa, since mommy berpantang di kajang, mommy tak buat majlis potong jambul untuk baby, cuma akan buat full moon bila baby berusia 30hari (membalas kepada mereka yang memberikan hadiah) dan bila baby setahun nanti (macam Abbie dulu) mommy buat kenduri kesyukuran kat rumah nenek.

Masa zaman Abbie, kami amik package dari UniqFullMoon , package traditional chinese but halal. Its contain pulut kuning, kari ayam, angko kuih & telur merah.
But nowadays orang dah tak suka makan pulut, lagi pun pulut tak leh simpan lama, kang sampai malam dah mula nak basi.
So this time, we plan to make it modern.
Mommy nak bagi cupcakes... saje gugel design hok comel2 kat web, nanti mommy boleh ler tempah dengan kak Umi. Mommy plan to customize 1 box ada 4biji cuppies, tadi tanya harga kalau 4 biji tu ,sekotak jatuh RM10 so ok la.
Kami tak untung mana kalau kawan2 hubby buat collection RM10 seorang ... yang penting niat ikhlas..
Orang bagi, kita membalas. Nak buat majlis full moon kat rumah memang tak mampu, takde siapa nak handle & melayan tetamu, budget lagi lebih.
Its more to appreciates orang yang sudi memberikan hadiah...semua bergantung pada poket masing2.
Masa Abbie dulu orang bagi RM10 tapi package kami RM13 sekotak. Kalau diikutkan rugi kan...
tapi kalau niat kami berkongsi kegembiraan bersama, so jangan kira figure tu. Yang penting kami happy, dan ingin berkongsi kebahagian bersama2 anda.

This is one of the design yang mommy suka, cuma tolak angko kuih tu & tukar kaler biru jadi pink...
lalalalala~

Take care & comb your hair, From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Refuse to go nanny house & skool

Semalam baru mommy plan nk puji anak sayang mommy ni yang telah improve dari segi bahasa dia sejak pegi skool ni. Cakap dah macam orang besar..
Kalau sebelum ni nak suruh salam, kami cakap "Amin", but lately dia sendiri cakap "shake hand" bila mommy sent him to nanny house.
Pastu bila nak panggil mommy or daddy come to him, dia akan jerit "daddy, come! come lar"
ish macam budak besar sudah...

Tapi lately Abbie jadi super manja, everything mommy, balik nak ada mommy jemput dia di rumah baby sitter, kalau tak ada dia nangis sepanjang jalan kata daddynya.
Bila balik nak mommy hug, kissed & play with him 1st before mommy able to do routine work - cook dinner for family.
Everything want mommy, he said mommy can, daddy cannot, mommy nice daddy not nice.
Dah la mommy sarat marat ni, tengah malam nak mommy jugak buat susu, mommy jugak yang sent him to toilet for shi shi... nak mommy jugak to carry him dengan perut memboyot ni.
adeiiii

Terbaru, semalam masa pickup Abbie, baby sitter cakap, dia tak mahu tukar baju ke sekolah, menangis2 tak mahu sekolah, baby sitter try to call us, but tak perasan pulak both mommy & daddy phone is switched OFF, so baby sitter tetap paksa him go to skool la.
Kami tanya why Abbie dont want go to skool? He said " want mommy, want daddy".
Bila kami tanya ada nangis tak kat skool? Dia jawap "yau..."
we ask again, why? dia jawap "wo yau mommy, wo yau daddy"

Pagi tadi lagi la drama, sebab semalam dia tak mahu ke skool, daddy suh mommy cuti, tunggu Abbie kat skool, Alamak...mommy dah langsung takde cuti, rasanya bulan 1 ni dah ada 1 hari unpaid leave. Bukan daddy punya company suka2 mommy amik cuti huhuhu
So pagi tadi, kami keluar keje lambat, kami sengaja tunggu dia bangun, bawa Abbie breakfast kat mamak makan tosei telur (best!!) tapi Abbie prefer nasi lemak yang daddy makan (makan nasi putih sajok!)
Pastu bila kami nak sent Abbie ke rumah baby sitter, dia nangis.... "pu yau auntie, pu yau skool.... yau daddy house!"
Adeiii dia tak mahu langsung ke rumah baby sitter or skool, Dia nak balik.
Even kami terpaksa amik uniform sekolah kat rumah baby sitter & pakaikan dalam kereta sebab Abbie menangis tak mahu masuk rumah auntie.
Pastu kami tipu dia yang mommy akan tunggu kat skool. so dia happy la...
Tapi bila sampai skool, sekali lagi dia menangis, "pu yau skool...yau daddy..."
huhuhuhu
Kami tanya dengan Teacher Mok (cikgu Abbie), macammana keadaan dia di sekolah semalam?
Teacher said, kat sekolah dia baik, happy aje main takde nangis..
So tadi kami tinggalkan Abbie yang sedang menangis bersama teacher mok & pergi kerja.

Dalam perjalanan, kami talk about Abbie behavier ... pastu diam... diam bukan bermakna conversation is end, but we stop talking about him but never stop thinking about him.
Daddy oso same, he look worried.
Mommy said, kalau dia tak mo sekolah, apa salahnya skip skool sekali sekala, but daddy said never practise that, nanti terbiasa.
Lagipun masalah sekarang, bukan sahaja skool yang dia tak nak, rumah baby sitter pun dia taknak.
Dia nak mommy & daddy at home with him.

Kami relized yang Abbie semakin manja, adakah sebab dia manja atau dia manja sebab nak dapat adik?
Daddy said, Abbie should learn independent, salah kami jugak, yang terlalu memanjakan dia, never let him play alone at home.

Mommy pray & always pray, Abbie will happy, safe & protect by Angel while traveling from skool to nanny house vice versa.
Be good, healthy & smart little boy.
Mommy & daddy will always love him & want the best for him.
Pray ALLAH will protect & guide him, Ameen.

p/s- Daddy baru IM mommy, he just called up Teacher Mok, asking about Abbie, katanya Abbie dah tak nangis, his playing now...happy! Great! Thank you Allah.


Take care & comb your hair, From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Thursday, January 17, 2013

Bertukar!!

Masih dalam mood new year,
belog saye pun telah berwajah baru & bernama baru...tapi masih lagi mengekalkan Ohara
Love the slogan : Ohara means family, family means nobody left behind

Sengaja mommy tukar blog link sejak another personal blog dah tak boleh access, mommy tak nak jadikan blog ni terlalu formal, terlalu menonjol.
Biorkan low profile macam dolu-dolu...
so mommy tukar blog link, tukar blog name & ubah suai sikit (tapi maap ler, i still bute IT, so takde la chantek or grand sangat mcm belog org lain hehehe)

Maap jugak pada mereka yang bagi email utk access ke blog mommy dulu, secara puratanya mommy perasan, kalau perlukan log-in utk access blog, mesti korank rasa leceh, so at the end, korank tak masuk gak blog ni, so sebab tu la mommy tukar link ni, siapa yang setia, mesti dia akan jumpa jugak belog ni ekekeke

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

Wednesday, January 16, 2013

Kurma owh Kurma

Last weekend kami jenjalan ke Alamanda, tempat biase la yang dekat untuk kami pergi... pegi pagi2 jam 1030am pun parking dah penuh... ape diorg putrajaya ni takde tempat lain nak p ker? Pagi2 pun parking dah penuh, meriah betul orang kat sana.
Tujuan kami tadop lain la, nak bawa Abbie drive ambulance yang membawa stiches bear yang sakit tu ke spital.
Pastu mommy ni nak beli buah kurma, konon-konon nak beli sekotak sampai bersalin nanti, untuk tenaga dalam labour room nanti.
Tapi kurma yang mommy cari tadop lak pulop... very limited choices, so mommy beli yang timbang gram tu.
Beli la rm5 lebih sikit dari 100grm, tau berapa biji mommy dapat?
12 biji sajokkk adeiii
si salesgirl tu pun satu, 1 atau 2 biji kurma pun berkira, sibuk dok asyik keluarkan balik kurma dari plastik yg dah di timbang tu....
Cakap kat hubby, banyak ni ajew RM5 huhuhu
Ingat masa Abbie dulu mewah kurma, baru mommy teringat, masa Abbie mommy bersalin dah dekat bulan puasa, patut banyak buah kurma kat pasaran.
Ni pun masa mommy memula lekat sajok puas makan fresh kurma, dah hujung2 trimester ni makan kurma kene beringat sebab mahal... hok murah2 tu manis.... mommy tokseh

Tuesday, January 15, 2013

Braxton Hick (week 31)

Semalam for the 1st time mommy merasai apa itu Braxton Hick.... masa pregnantkan Abbie mommy memang sihat walafiat, even dah masuk labour room pun tak sakit. sign of labour only a blood... sebab tu mommy boleh tahan stay kat ward sampai bukaan 10cm baru masuk labour room.

Semalam keje cam biasa, plan to go for check-up after work la as usual.
Tapi masa nak keluar lunch, lepas keluar dari ladies nak menunggu lift tu tetiba my right lower abdomen sakit, pegang ajew la perut tu sambil berdiri & berjalan macam takut perut jatuh.
Lagi jalan lagi sakit. Jumpa daddy, mommy cakap dengan daddy yang perut sakit, daddy macam cuak, tapi mommy cakap, sakit sikit la... baru je tadi...
so kami keluar la makan...bila daddy parking kereta, mommy tak boleh nak jalan...sakit la sangat.
Lagi mommy gagahkan jalan lagi sakit, but since kami dah sampai tempat makan, daddy cakap kita makan dulu lepas tu ai bawa you jumpa doctor.
Masa dalam kereta, sempat mommy gugel, ni la namanya Braxton Hick. Masa Abbie dulu x penah merasa.
Bimbang pulak kalau berlaku pre-mature labour kan...
so makan pun ala kadar sebab sakit, macam pucat gop la muka semalam.
Bila nak berjalan balik ke kereta, memang tak sanggup dah.... sakit. Sampaikan mommy cakap, "daddy, u drive car here, i wait here...i cant walk...pain"
Then tunggu la daddy dalam kesakitan & kepanasan tengahari tu huhuhu
Kene balik opis sebab daddy nak amik laptop dia & laptop mommy, mana boleh tinggal atas meja, kang hilang kang, sapa nak ganti??
,Mommy sms bos and terus drive back to kajang. Sorry, kereta kene drive slow ya...jangan langgar any hump kalau tak sakittt....
Perjalanan dari PJ ke Kajang amik 40minit, sempat la sebelum klinik doc bedi tu tutup at 3pm.
Sampai klinik dah boleh jalan dah, sakit sikit bila di tekan ajew.

So mommy jumpa doc, cakap la, mmg hari ni check-up tp ai datang awal sebab lower abdomen pain.
Doc tanya, still pain? mommy said now no more. so buat regular check-up...berat mommy dah naik ke 68kgs... meriahkan....
scan baby inside pun dah 2kgs.... doc kata mungkin braxton hick, mungkin angin, and check takde bukaan apa2 lagi... fuhhh selamat dr pre-mature labour. Doc kata banyak najis inside , u berak keras tak?
mommy said, berak hari2 la..tp keras la jugak.
So doc bagi ubat lembutkan najis & mc.

Mommy balik rumah, sambung wat keje & 3pm mommy tido sampai 530pm hahahaha
Hari ni patutnya mommy MC, tp mommy nak tukar date MC tu dr 15-Jan kepada 25-Jan :P
Kira Maulidur Rasul cuti terus sambung sampai Thaipusam ekekeke

Friday, January 11, 2013

week 30

Sebenarnya most of the update for week 30 dah terkeluar masa entry week 29, sebab kelewatan saya menghupdatekan week 29 hari tu hohoho
Kalau masuk isnin depan, dah week 31...
cepatkan masa berlalu... 9 bulan bukan lah lama sangat...
cuma bila lagi kita menghitung hari masuk labour room tu la yang jadi lama..
macam sekarang ni, bila tidur dah mula susah, pusing kiri tulang rusuk sakit, pusing kanan perut senak, tidur terlentang gak yang best tapi tak digalakkan nanti menyebabkan sakit belakang, dengan anak manja ambo yang suka tidur pusing 380 degree tu silap2 perut atau muka mommy ni pun kene tendang huhuhu
Tak kira lagi bangun tengah malam nak kencing or susu nak mommy yang buat, "daddy not nice katanya..
mommy can..." terlebih manja dia mintak dokong pulak masuk ke bilik air... adoiiii
pada masa ini lah saya rasa...cepatlah bersalin, supaya ringan sikit badan nak bergerak2
Now nak berjalan pun macam gajah gemok dah....setapak2, kakak saya tegur perut saya nampak besar this time... ye ker? kalau ikut berat, baby kali ni kalah dengan abbie, sebab masa abbie dulu mommy lagi berat & siap pakej bengkak kaki & bp high.
This time...berat mommy tak la secemerlang abbie, bengkak kaki pun takde.
Tapi rajin tetap macam abbie dulu.,...mommy hari2 masak makan malam utk daddy & family. 730pm dah ready, by 8pm dah siap makan...
Agaknya anak perempuan kan...rajin terlebih pulak...
cumanya utk week30 ni, mood menjahit dah kelaut.... bawah meja jahit, segala stok kain mommy dah tidy up simpan kemas2, cuma atas meja masih semak, mungkin weekend ni mommy kemaskan & bungkus terus mesin jahit tu.
Mommy need more energy & rest before go to labour.

Nafsu makan, memang terbaik...makin last trimester makin macam2 yang mommy teringin nak makan,
lately gian nak makan bubur pulut hitam... tak dt lagi,,,,weekend ni mommy plan buat sendiri aje
nak makan kuih onde2 buah melaka, 2 hari berturut2 ni dh makan 10biji suda.... cukup alhamdulillah.
Korean food dh makan byk kali, sampai muak pula...
cumanya taiwan beef glass noodle kat ampang tu masih blm dt huhuhu

Baby kat dalam ni, semakin membesar dgn jayanya i guess, next monday is another check-up with gyne.
kita tgk berapa kg berat baby now.
Baby sangat la active, gerak sana sini, but i guess she oredi enggage.
Mommy rasa cam nak wat 4D scan sekali lagi la pulak.... hohoho

Next following week dah kene check-up smeinggu sekali, so masa tu mommy dah kene book doc kat KPJ Kajang.
memula rasa cam nk pilih doc perempuan melayu tu, tp bila tgk paper smlm ttg kes kat KPJ Ipoh melibatkan doc melayu yg tercuai (tak tahu la salah doc ke salah nurse).
Mommy rasa nak pilih same doc yang sambut Abbie dulu, Dr Lee.
Pakej apa pun kami masih tak finalize kan lagi....
Daddy pun sama, macam tak sabar nak tengok baby girl kami lahir... hehehe
Sebab bila baby lahir, berakhir la satu penantian, dan mommy boleh ler resign.

Saya tahu pasti ada yg kata saya kejam sebab resign time confinement, tp saya harus fikirkan yg terbaik utk saya & keluarga juga :)

Thursday, January 10, 2013

Kenapa awal sangat hantar anak ke sekolah?

Mesti ramai yang tertanya-tanya & berkata belakang..... Si Anne ni awal sangat hantar Abbie ke skool, Abbie baru je 2thn6bulan dah nak kene naik van sekolah. Tak kesian ke kat anak dia. Kenapa awal sangat nak hantar ke sekolah? Bukan tak de masa lagi nak belajar, tunggu2 la umur 4tahun nanti baru hantar.
Kesian budak kecik tu nak bermain dihantar ke sekolah. Patutnya biarlah dia main puas-puas....
Dan mungkin pelbagai lagi andaian & omongan orang dibelakang.... yang saya listkan ni yang saya dengar dengan telinga saya sendiri.

Nak tahu apa alasan saya?
Saya nak yang terbaik untuk anak saya.

Untuk ibu yang bekerjaya yang mungkin menghantar anak ke nursery, anak mungkin tidak merasainya kerana di nursery anak anda ramai kawan-kawan. Dan i m not sure if that nursery provide early education to your toddler or just hanya tolong menjaga makan, pakai & membiarkan anak bermain bebas.

Untuk ibu yang menghantar anak ke rumah baby sitter, anak anda mungkin tidak terdedah kepada kawan-kawan sebaya atau pelbagai peringkat umur. Anak anda mungkin hanya disajikan tontonan TV sepanjang mereka berada di rumah pengasuh. Sementara pengasuh sibuk membuat kerja rumah & memasak, anak tadi dibiarkan bermain sendirian & ditengok2kan sekali sekala jika ada keperluan yang perlu di penuhi.

Begitu juga ibu-ibu dirumah yang mengasuh anak sendiri, anda mungkin sibuk menguruskan kerja rumah, ditambah pula jika anda mempunyai ramai anak.

Sebab itu ada ibu-ibu yang mengadu anak mereka masih tak boleh bercakap walaupun usia sudah mencecah 2tahun, ataupun ada anak yang tak boleh bergaul dengan orang asing, dengan alasan jarang jumpa orang. Ada baik & buruknya, yang baiknya...keselamatan anak tadi terjamin, yang buruknya...sangat susah kalau kita nak berkunjung ke saudara-mara, teman atau menghadiri kenduri sebab si anak tadi takutkan stranger.

Apa pun alasannya, ia terletak di tangan anda sendiri, bagaimana mencorak & mendidik anak masing2.

Bagi saya, kalau diikutkan tahun , Abbie sudah 3tahun, sudah 2thn4bulan dia tinggal dirumah baby sitter bila mana kami keluar bekerja, Kami cuma tak galakkan Abbie hanya duduk menonton TV sepanjang hari (ia tak bagus untuk kesihatan mata anak kita), dan bergaul dengan budak yang hampir sebaya dengan dia sahaja  (perempuan pulak tu) nanti abbie balik asyik nak main masak2 & peralatan mainan budak perempuan.
Percakapan yang tidak berapa jelas, kadang2 boleh mendatangkan stress kepada anak & parent, sebab mereka cuba berkomunikasi dengan kita, tapi parent tak faham. Thats y dulu Abbie suka hantukkan kepala ke lantai atau dinding - stress.
But lately bila dia dah mula bercakap dengan terang, tabiat itu telah hilang.

Tujuan kami menghantar Abbie ke sekolah awal, bukanlah mengharapkan Abbie jadi hebat & pandai, Cuma pendedahan kepada ramai kawan-kawan berperingkat umur. Ia membantu mengimprovekan communication skill dia. He look happier than before. And we choose Apple King as CDC- Child Development Centre  bukan sekadar pusat jagaan kanak2 dimana mereka mempunyai jadual aktiviti/pembelajaran setiap jam sepanjang Abbie di sekolah.
So masa Abbie tidak terbuang begitu sahaja, its fun time learning w/o stress for them.
We didnt expect much more than that.
Sebab tu sebagai permulaan kami hanya menghantar 1/2 day session, supaya another halfday he have enough rest, sebab kami faham, bila sepanjang hari di sekolah, ramai kawan2 ada kalanya mereka sukar untuk tidur. Bermain ajew kejenya..,tak caye tengok bila balik kampung during raya, with a lot of cousin, memang susah nk suruh tdo siang.

Tapi terpaksa naik van sekolah!
Its our last min plan, we cannt avoid that, wait few month after i habis pantang, I resigned and I will sent & fetch back my son. So halfday for him to "social time with frens & learn" and another half play and spent time with adik and family.
Its not hard and difficult for him.
Bila tiba usia 4tahun, he maybe can catch-up more than the children yang baru nak start sekolah, start social with other kids.
Thats what we want, advance in his education.
Think a head, nowadays eduction dah tak boleh nak compare dengan zaman kita, zaman sekarang everything is fast, siapa lambat dia ketinggalan.

And now we plan to sent him to Chinese skool, we even need to start register his name at skool and start thinking about his tuition for mandarin class.

My x-bos, she oso have son same aged with Abbie, earlier I ask her, did u sent ur son to skool next year?
She said, no sebab kesian anak kene bangun awal. She prefer anak dia stay with maid at home, mayb 2014 baru nak enrolled . she ask me, abbie dah nak sekolah ke? and i said yes, half day session only, sebab tak mahu dia waste time duduk nothing watching TV whole day at nanny house, pegi sekolah mix with children with multiple age blh improve communication skill dia, cakap lebih terang.
Tetiba, semalam, I notice in her FB, yang dia pun dah start enrolled anak dia masuk kindi...mayb halfday jugak. hehehe
So, mom.... never blame why  i sent my son too early to CDC.

Setiap ibu ada pilihan & perancangan masing2

Cheers :)

Wednesday, January 9, 2013

Abbie @ 2y6m


Good morning...encem tak baby boy saya? hehe ni picture taken malam tadi untuk kegunaan sekolah Abbie.
Teacher need 4 keping passport photo's & copy of birth cert by this Friday.
Actually Abbie tengah nangis masa kami odw ke kedai gambar, dia sibuk nak tengok helicopter dlm notes, dia tak mo keluar rumah after dinner tu. Tapi kami bawa jugak, sebab masih awal..baru jam 8pm.
Tapi dalam kereta, untuk alih perhatian dia, mommy dah pesan, nanti snap photo Abbie smile tau. smile like this :)
even sampai dlm kedai gambar pun still crying. Bila masuk bilik studio tu baru dia diam, sebab tgk byk gambar & ada uncle. Malangnya uncle tu kata tak boleh senyum... sebab budak tak reti nak control, nanti matanya terpejam katanya.
Tapi Abbie tak faham, bila uncle nak amik gambar dia, dia senyum hahaha
memula senyum molot terbuka nampak gigi macam dia selalu buat tu...
tapi lepas few shoot, dia mula senyum manis macam gambar ni, Ha, uncle tu pulak encourage Abbie to smile.
Maka dapat lah gambar passport yang sweet mcm mommy ni hahaha

Tuesday, January 8, 2013

sambil menyelam minum air.... ekau boleh??

Jumaat lepas kami bergerak ke Temerloh, bandar ikan patin menziarah nenek yang ditahan wad akibat serangan Jantung. Just nice sampai spital lagi 15minit pukul 5ptg, iaitu waktu melawat sesi petang. Kebetulan kakak, adik & wife serta Abah pun memang hari2 datang melawat. So dapat la kami berjumpa mereka.
Tapi maap ler, takde gambo kami dalam ward, bila dah jumpa mak...sembang2 tanya kabor, takde ingat nak amik gambo. Lagi pun Abbie tak dapat masuk dalam ward sebab budak bawah 12tahun tak dibenarkan masuk. so mommy & daddy bergilir la tengok nenek. Tunggu sampai 630ptg, pastu kami bergerak cari bilik hotel.
Abah suggestkan kami bermalam di rumah sepupu saya di Kg Bangau Tanjung tu,..tapi tak mahu la menyusahkan orang, kami lebih selesa bermalam di hotel.
So kami check-in at Green Park Hotel, Temerloh RM93 semalam. Hotelnya ok lah, ada bath tub,ada tv, ada set kerusi tp tadop ubat gigi mahu pun sikat.
Sib baik la ubat gigi, berus gigi & shower foam Abbie mommy bawa, cuma rambut la tak bersikat. Pastu tadop breakfast.... kira mahal gop la...
Tapi puas ati, tido kami lena.... (bab hotel di small town ni mommy seram sikit, takut ada gangguan memandangkan kalau pilih hotel yg tadop org, "orang lain" pulak yg memenuhi hotel tu... kang beremang bulu roma teman hohoho

Pagi2 selepas sarapan, mommy terjah ward nenek, bawakan sarapan, sebab nenek kata hospital bagi sarapan bihun goreng yg plain. So mommy bawakan nasi goreng kampung , sandwich & teh O panas.
Sembang2 & mommy bagi sikit duit poket kat nenek, nenek kata, kalau nak balik balik la...tak pe... nenek dah sihat, tah esok boleh balik.... lagipun susah sebab Abbie tak leh masuk ward.
Abah pun akan datang ptg ni..
So bila nenek ckp mcm tu, kami pun balik bilik hotel, takde la menunggu waktu melawat 12tghari, kami terus menghala ke Deerland, Lanchang. Tak jauh mana dari temerloh pun...hajat hati mommy nak lunch di tepi sg temerloh makan ikan patin masak tempoyak tak kesampaian...daddy tak mahu tunggu sampai lunch...pagi tu ajew dia bawa ronda town temerloh, tinjau gerai pak usop tu huhuhu

Deerland buka jam 1030pagi, kami sampai 1045pagi hahahaha masa odw ada la hujan sikit, bila kami tiba di deerland tu macam baru lepas hujan...basah ajew tanahnya...tp sib baik dah berhenti.
Entry fee hanya RM5 seorang, Abbie free,  kami menziarah tempat yang 9tahun dulu kami kunjungi.
Masa tu mommy & daddy masih pattoh..baru kenal... (nanti ada masa mommy upload photo kat sini) cer compare gambar mommy & tempat ni dulu vs sekarang...memang banyak beza....

Ternyata tempat ni dah banyak berubah, dulu 1 kedai pun tadop...berlapar kami, kali ni kami tapau McD breakfast, rupanya kat sini ada la kedai runcit setakat nak alas perut... tandas pun selesa...siap ada trek lagi nak melihat animal ni. Sebab baru lepas hujan, kandang deer lecak, kami tak ler masuk.
Kami merupakan pengunjung pertama, animal dalam ni pun masih belum bersarapan hahahha
So kami la yang memberikan sarapan kat deer yang lapor ni...sampaikan jari abbie pun kene gigit hohoho

Yang tak best is, no more honey bear... kalau dulu ada honey bear yang boleh kita sentuh, tp mengikut kata bro  kat situ, bear tu dah kene rampas dgn perhilitan long time ago...huhuhu
nasib la abbie tak dapat pegang bear.
So jom saksikan photo Abbie @ Deerland Lanchang.




 its me @ 30weeks pregnant
huge tak my peyott?

This is picture yang I love the most...
our happy family picture
dah lama tak amik gambar ber3, tak lama lagi ber4 pulak ngeee~

Ini video Abbie feed deer

                                                 
 Hok ni dari dulu mommy geli...
reptilia adalah binatang yg ai tak suka
Payton ni br lepas makan seekor ayam,..gemok & berat perut dia
katanya dia makan 1~2 ekor ayam utk 1 bulan


                                                

Kat bawah ni pulak ferret, ada 2 ekor, satu kaler ni satu lagi kaler kuning mcm kucing tu
Ai tak pengang sebab busuk la bau dia
Tapi si tecik saya selamber aje pegang aih,...






Okey, lepas puas di Deerland, kami ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary. Dulu masa pattoh kami tak pergi ke sini, sebab ingatkan jauh ke dalam lagi...rupanya idok la kedalam sangat pun, lagi pun ticket masuk free ajew....











Happy bebenor la si tecik saya dapat melihat deer, elephant, ferret, python, bird, & mcm2
Hasrat & hajat mommy selama ni pun dah terlaksana secara tak langsung.
Kalau ikut plan mommy...kami nak bertolak dr kajang terus ke lanchang, melawat deerland, elephant sanctuary, then balik naik ke bukit tinggi, pastu bermalam di genting, keesokkannya baru blk kajang.
Tapi tah bila la terlaksana macam tu sebab mak buyong semakin tak larat nak berjalan, so kebetulan pegi melawat nenek, separuh dari plan dah tercapai.
Next time, tunggu baby adik dah 7~8bulan baru start balik cuti2 malaysia/singapore kami ;D

Confinement lady....

Alhamdulillah....
tadi baru lepas call bakal my confinement lady yang di datangkan khas dari my hometown... my fren punya sister. Dia umurnya dalam 40tahun, anak sorang tapi dah bujang pun...dah 19tahun umurnya...widow bila suaminya meninggal dunia.
So tadi call dia, tanya tentang gaji & tugas ok ker? She said ok la... dari duduk kampung takde income kan...
Memang orang macam ni la yang saya cari, saya nak bantu...dia bantu saya, saya bantu dia...
dia pun nampak tak berkira sangat, we plan to pay her around rm700 ~ 800 sebulan (30hari) stay kat rumah kami. Kenapa range gaji macam tu? Tgk performance..... basic 700 kalau end of the day kami sangat berpuas hati, insyaALLAH kami tambah lagi 100 or sepasang kain pasang. Itu memang dah niat saya.

Apa tugas-tugas confinement lady di rumah saya nanti?
Saya ada listkan di sini :)

Pagi:
  • Menyediakan air mandian ibu
  • Menyediakan sarapan ibu
  • Memanaskan batu untuk ibu bertungku
  • Menyediakan air mandian & memandikan bayi
  • Menjemur bayi (jika perlu)
  • Cuci pakaian ibu berpantang & bayi  (cuci & sidai)
Tengahari:
  •  Memasak utk ibu berpantang
  • Menghidangkan makanan utk ibu berpantang
  • Melakukan tugas-tugas am menjaga ibu & bayi

Petang:
  •   Menyediakan minum petang utk ibu (optional)
  •   Angkat kain jemuran
  • Menyediakan air mandian & memandikan bayi
  • Menyediakan air mandian ibu
  • Memasak utk ibu berpantang & keluarga.
  •  Menyajikan makanan malam utk ibu berpantang.


Malam:
  •   Melipat baju ibu & bayi
  • Memanaskan batu untuk ibu bertungku
  •  Menyediakan supper utk ibu (optional)
  • Melakukan tugas-tugas am menjaga ibu & bayi




*** Confinement lady required to sleep with ibu & bayi
*** Suami akan membawa confinement lady pergi ke pasar seminggu sekali untuk membeli barang keperluan dapur.
*** Penggunan TV adalah diminimakan dengan volume yang rendah untuk mengelakkan gangguan ke atas bayi.
*** Confinement lady boleh memasak apa sahaja menu yang dikehendaki semasa makan tengahari & diperlukan memasak utk suami ibu dalam pantang untuk dinner sahaja (simple menu – not oily and not spicy).

So itu sahaja rutin confinement lady, she can have a nap during afternoon hour, bab urut & bertungku, ai will hire another person utk dtg mengurut & bertungku for 3 days only. lepas tu mommy bertungku sendiri.
Habis pantang baru balik kampung untuk sambungan mengurut lagi 3 hari.

Monday, January 7, 2013

update pregnancy week29

Salam & selamat pagi semua....
Alhamdulillah kembali bersiaran & bertugas seperti biasa setelah ON/OFF working last week.
Actually this week ai oredi 30 weekd, but baru manage to update pregnancy check-up masa week29 hari tu huhuhu
Kebusyan dihujung & awal tahun 2013 yang penuh dengan cabaran & dugaan, semoga ia berakhir dengan satu pengakhiran yang begitu membahagiakan.
Sebelum mommy go ahead tentang cerita week29, mek kita flash back apa yang berlaku sekitar 2 minggu kebelakangan ini yang agak membusykan buah fikiran kami sekeluarga.

1- Persekolahan Abbie
    last minit (4 hari sebelum Abbie mula sekolah) baby sitter inform tak boleh hantar & pick abbie to/from skool. pening kami dok pikiq macam mana abbie nak ke sekolah, Day 1 mommy hantar & jemput, day 2 & 3 Abbie pegi naik van sekolah...mommy jadi spy nak tengok pukul berapa van pickup, pukul berapa van hantar, routing perjalanan van tu & how they handle the kids inside the van. So far 2 hari ni Alhamdulillah....nampak semuanya baik2 aja, only 1st day at skool Abbie nangis (tu pun sebab nampak kelibat mommy mengintai)
Moral: Tak payah la amik cuti sampai 1 minggu nak tunggu or intai anak kat skool, lagi depa nampak kita, lagi dia bertambah manja & nangis.

2- MIL admitted sebab sakit kaki.
   Sebenarnya MIL dah sakit kaki dah few weeks before mereka bercuti di Kota Singa, even masa depa enjoy kat USS pun MIL dah sakit kaki, tapi she took pain killer. Agaknya sengaja tak nk bagitau anaknya nanti diorang tak bagi join bercuti di sana. Sebaik sahaja balik dari Kota Singa, MIL jumpa doc, sebab dia tak mahu bergantung pada pain killer, doc admitkan utk buat fisio. Hubby pulak balik terus that week bila tau mak dia sakit & belikan OSIM leg massager yang regenya RM1888 huhuhu
Pastu semalam dengar citer, MIL dah resign dari tempat kerjanya... she said she dah tak larat, bila dah tak kerja duduk sensorang kat rumah, dia mula call anak dia ckp mak dah tua...dah tak boleh jaga u all, so pls take care of your self (its make my hubby super worried). ---- ada sambungan dari cerita ini...nanti ada masa ai cerita kan...hok part ni pulak buat mommy tak tidur malam huhuhu

3- My mom pulak kene minor heart attacked
     Dalam kebusyan amik halfday work & become part-time spy, ai dapat pulak berita mak masuk hospital sebab kene minor serangan jantung. YA ALLAH super risau sampai meleleh2 air mata & air hidung khamis lepas, mana tak nya...atok (abah mak), abg long mak, meninggal akibat serangan jantung...penyakit jantung ni keturunan. my mom oredi 64, my MIL 65. Depa dah tua, tak boleh nak kata mak makan apa? mak ada masalah apa yg buat susah hati sampai kene sakit jantung...takde...its tiba2 datang huhuhu
Just pray yang boleh saya bg utk mak, semoga mak panjang umur, dikurniakan kesihatan yg baik & tuhan mengampunkan dosa2 mak.... I love u mak. So jumaat tu terus mommy amik EL, lepas Amik abbie dr umah bs at 2pm kami gerak ke Temerloh utk visit emak, overnite kat hotel nearby..malangnya Abbie tak leh tengok nenek sebab hospital temerloh melarang budak bawah 12tahun masuk melawat huhuhu
Syukur, mak dah discharge ptg semalam, doc kata jantung emak bengkak...kene amik ubat la....

4- Kereta kelisa ku pulak wat hal
  Ya....mentang2 ASB dividen baru ajew masuk, dan-dan jumaat pagi tu tetiba radiator kereta tu panas melonjak2 tak hengat, panic bukan main lagi, call daddy pulak tak berangkat mcm call public phone, cuaca dah la panas, masa dah nak dekat jam 11am, mommy nak spy Abbie....last2 mommy tak dapat spy abbie balik, mommy gambatih drive dgn temp yang high tu balik rumah.
Bila enjin dah cool down, mommy check tangki air radiator tu kering kontang,
Memula memang nak marahkan daddy, tapi kesian tgk dh 3 hari dia berkejar2 dari PJ-Kajang.
Semalam test drive pegi pasar malam, sekali lagi temp naik, sah radiator bocor, nak tak nak hari ni drive kereta daddy pegi keje. Kereta mommy ni ni park dulu utk sementara waktu sehingga keadaan kami stabil
Tak habis2 dengan kejutan demi kejutan.huhuhu

Semoga lepas ni dah tak ada lagi berita mengejut yang tidak menyenangkan diterima. InsyaALLAH.
Inilah dugaan tuhan yang kami hadapi dengan tabah.


Okey, berbalik kepada check-up dengan my gyne baru2 ni (31-Dec-2012),
Check paras gula dlm darah - normal
protien dlm urine - normal
bengkak kaki - masih tiada (Alhamdulillah)
berat - 66.5kgs (naik 2 kgs in 2 weeks) meriah!!!
berat baby - 1.78kgs (naik 0.78kgs in 2 weeks) oso meriah!!
Problem facing - masa previous check-up mommy highlighted ttg masalah keputihan yang mommy alami, doc kata jangkita kulat & he provide insert med yang harus digunakan utk 7hari.
Tapi bila habis hari ke-7, keputihan dtg blk tp lagi teruk, mulai berketul2 & sedikit gatal huhuhu
Pastu doc bagi lagi ubat insert for this check-up tapi kuat sikit dos nya, hanya guna utk 3 hari sahaja.
Dan Alhamdulillah, sekarang my V terus bersih, sebab doc bagi sekali pencuci & probiotic.
Satu lagi beban di bahu telah hilang.
Next check-up is 14-Jan, pastu dah mula check-up everyweek.
Doc kata uri masih kat bawah, tapi tak la sampai menutup pintu keluar, nanti ia akan naik.
Rasanya maybe 21-Jan (week32 mommy mula wat check-up dengan KPJ).

Setakat semalam, Alhamdulillah semua barangan newborn baby dah selamat di cuci :)
Love the weather last weekend. panas ajew...sangat sesuai untuk menjemur.

And since my mom & mil tak sihat, nak taknak kami terpaksa mencari confinement lady yang sudi menjaga mommy masa dalam pantang.
Memula ingat nak 2minggu ajew, (sebab mak memula agreed to take care 2 weeks) but since dah hire confinement lady, kami nak extend sampai 1 bulan, So Alhamdulillah setakat ni kawan mommy ada suggestkan kakak dia yang janda berusia 40tahun yang sudi menjaga mommy dengan hanya RM700 sebulan. Kalau buat kerja bagus, InsyaALLAH kami bagi la additional 100 bila selesai tugasan nanti.

Hubby siap cakap, kalau kakak dia sudi jadi pembantu, kerja ok, apa salahnya kalau terus hire dia jadi maid kita... RM800 sebulan.... wah...baiknya hati daddy...tapi perlu ker? mommy kan dah tak kerja... hohoho

Thursday, January 3, 2013

saya sedang bersedih :(

semalam saya menangis bila tengok abbie menangis d sekolah... dari keluar perkarangan sekolah, dalam kereta, sampai umah... meleleh jew air mata & air hidung ni....
saya busykan diri kira duit syiling utk mengubat sedih melihat anak menangis.

Hari ni, saya menangis lagi....bila dapat tau emak tersayang dimasukkan ke hospital akibat sakit jantung
YA ALLAH... kalau saya bujang, memang sekarang juga saya pergi drive ke hospital, masalah takde cuti tu belakang kira, janji saya dt bersama emak. Dulu pun masa mak kene viral fever, saya tunggu dekat 5hari... sampai saya sendiri pun demam selepas jaga emak.

Tapi sekarang saya punyai suami, anak & sarat mengandung, saya perlu mendapat izin suami, kelapangan dia. Bila dapat tahu emak masuk hospital tadi , terus saya inform hubby, hubby ckp esok kita melawat, sebab jarak hospital dgn rumah jauh, kesian pulak abbie nanti kalau gerak malam dh la tak leh masuk ward, pastu takde tempat tdo. harap2 mak tak apa2, tadi call emak, mak boleh lagi cakap macam biasa, semoga mak cepat sembuh......
sayang mak, kenapa mak buat keje sampai penat huhuhu

mak, maafkan anak mak ni ya..... anak mak sayang mak sangat2.....
halalkan segala yg termakan, terminum & terkasar bahasa, tak pernah terniat nak lukakan hati mak...
deep in my heart , you r my precious one, the one i love the most!
dah jadi ibu ni, anak mak ni tau sebanyak mana kasih sayang mak pada orang,....
YA ALLAH , panjangkan lah umur emak ku....
ampunkan lah dosa emak, berilah kebahagiaan dunia & akhirat untuk emak.
Amin-amin-amin, Amin Ya Rabbal'Alamin

2nd day Abbie at skool

Hari ni 2nd day Abbie at skool, mommy still took halfday in the morning... hari ni mommy tak sent Abbie ke skool, daddy pulak pagi2 dah keluar kerja. Jam 7am kami sent Abbie ke rumah baby sitter, Abbie fully awake sebab syarat daddy kat mommy, bila Abbie dah start skool, mommy need to ensure Abbie sleep at 9am and can wake-up at 7am. Supaya Abbie dapat cukup tidur, bimbang penat di sekolah & tidak atau kurang tidur di rumah baby sitter.

Alhamdulillah, malam tadi 830pm kami dah naik atas, masuk bilik....as usual.. Abbie suka bermain2 dulu atas tilam, pastu bila dah nak dekat 9pm, mommy ask him to sleep.. every night nowadays he always mention "pu yau auntie... yau mommy".
malam tadi advance sikit... "pu yau auntie, pu yau uncle... yau mommy, yau daddy, yau baby..."
mommy said, if you dont sleep i will sent you to auntie house. Terus dia hisap jari & tidur...
Tiap2 malam mommy jadikan alasan tu kat Abbie, rasa bersalah & kasihan jua sebab menipu anak.
Tak pe ke kita menipu anak ya?

Balik dari rumah baby sitter, mommy cuci pinggan mangkuk yang tersadai malam tdi tak cuci (hahaha sebab tidur awal...pinggan pun terbiar kat sink), pastu mandi ,tengok jam dah jam 8pagi. Cepat2 mommy drive car & park a distance from baby sitter house. Tugasan mommy hari ni adalah jadi spy Abbie naik van.
Semasa sedang menunggu van datang, mommy nampak baby sitter ada amik budak baru... pastu baby sitter juga ada jaga 1 of her grandchild... Oooo kira ramai jugak baby sitter jaga budak. Memang patut la mommy plan tak mau hantar 2nd baby kat dia. Syarat kami... baby sitter only can take care 2 children only...sebab tu fee kami mahal. Tapi kalau dah ramai sangat ni, dengan rumah kecik,,,,rasanya terbaik mommy jaga sendiri.
Pastu 815pg van masih tak datang, mommy call skool, mommy confirmkan yang Dhiya Alexander akan dipickup naik van, & teacher Aileen said yes.
Tunggu punya tunggu sampai 830pagi van pun tak datang lagi. Daddy pun call tanya mommy intai tak? mommy cakap van tak sampai lagi... pastu maybe daddy call skool, then daddy said van on the way.
Pastu 840pagi mommy nampak van sampai... ada assistant & driver yang turun pickup Abbie. Rupanya Abbie ni tercicir dari list, sebab dia sorang ajew dlm van tu. Baby sitter bagi tau memula Abbie nangis nak masuk van, tapi bila mommy tunggu kat depan skool, Abbie nampak kereta mommy.... sempat dia senyum and said "same like mommy car..." sambil tunjuk ke arah kereta mommy hohoho
sib baik dia tak nampak mommy, kalau nampak mesti nangis...
Abbie look happy ajew masuk sekolah...mommy pun dah lapor, baby dlm ni asyik tendang2 ajew... mommy drive to  kedai mamak beli sarapan- roti cheese pisang... yummy.... siap sarapan, sidai baju, kemas rumah, layan fb sat tengok jam dah 1030pagi. Its time to be spy again.
1030pg mommy park a distance from skool gate tunggu Abbie keluar.
Ada jugak parent yang fetch baby at 1045am, ada jugak yang sama mcm mommy, 1030am dah tunggu...
But hari ni mommy tak intai Abbie dlm kelas, sebab i trust he will be okey... takut nanti elok2 tak nangis, bila nampak mommy nangis pulak. 11am ada 1 van datang, tp van tu tak bawa Abbie, masa pagi tu mommy manage to write down van flat #, so jam 1115am, baru van pagi tadi datang dengan assistant dia, amik few kids, agak terlindung but i know abbie is inside the van.
So bila van tu pergi, mommy pun follow la... agak tricky jugak dia hantar Abbie dulu ka, budak2 lain dulu... sebab rumah baby sitter dekat aje ni... sekali van kona kiri pulakk,... kalau kona kanan mesti Abbie dulu...
nak tak nak mommy follow la van tadi...pusing2 1 taman, sampai 2budak yg terakhir (Abbie & another child) mommy dah malas nak ikut, fenat...mommy tunggu a distance from auntie house. Pastu nampak van tadi muncul.... driver & assistant tadi turun, bukakkan pintu, sorang carry Abbie bawa masuk ke rumah baby sitter. Alhamdulillah...lega hati mommy, sempat juga mommy peep Abbie masa dalam van tu, dia duduk baik ajew...tak de nangis, takde merayau atau panjat2.

Jam kat tangan nak tunjukkan 1145am, sat lagi mommy nak kene masuk keje semula.
Masa nampak Abbie balik skool tu, rasa nak ajew mommy hug dia.. tp kalau dia nampak mommy, mesti dia nangis nak ikut mommy balik... nak taknak tabahkan hati ni, kene tunggu kam 6ptg br boleh peluk Abbie.

Esok is 3rd day & last day for orientasi week, mommy rasa cam nak amik half day jugak....
tapi tadikan mommy call mak & kakak, mak masuk hospital sebab heart problem huhuhu
sedih.... mak kata mak sakit dada, mak pegi klinik kesihatan, pastu doc terus suruh ambulance sent mak ke hospital temerloh.
Kakak pun baru tau and now on the way pegi visit mak.
Kebetulan mommy bagi mak duit belanja, tu yang tau mak masuk spital... kalau tak , tak tahu jugak :(

YA ALLAH, kau panjang kan lah umur mak, berilah dia kesihatan yg baik, semoga mak cepat sembuh, semoga mak dapat melihat cucu ke-2 dari mommy ni... amin.

Mungkin esok lepas Abbie skool kami akan rush ke sana, sekarang kalau nak rush pun mak masih dlm emergency & lepas waktu melawat, no point.huhuhu

mak.....I love u! pray u will recover fast!amin

Wednesday, January 2, 2013

Abbie 1st day at skool

Salam & Happy New Year to all my blog reader, yes... started 1st January 2013 I keep my blog for private view only.... The reason is :

1) I terpaksa combine personal blog & jurnal tentang baby progress ie.food, education,pregnancy, motherhood dalam ni sebab ai dah totally forgot password for another blog huhuhu
2) Sebab hati ni sedikit terguris dengan silent reader, yang suka baca blog ai, pastu umpat belakang (dia ingat mulut orang tu bukan mulut tempayan??? ) walaupun telinga i ni bukan telinga gajah, tapi terdengar/terbaca juga & terasa & terhiris juga hati ni.... niat yang ikhlas berkongsi ilmu, pengalaman & pendapat telah disalah tafsirkan. so sekarang saya jadi kedekut ilmu, membuat dasar pintu tertutup macam negara China hohoho
3) Year 2013 punya resolution is to reduce online surfing, FB dah mula kene kurangkan & kene stop once baby born ( hubby kata stop dulu for 6month dia nak mommy focus kepada our new baby), kalau boleh Instagram & blog pun sama...tapi mommy request utk benarkan mommy berinstagram ...blog insyaALLAH kalau ada external keypad kat rumah tu boleh mencuri2 blog d malam hari... kalau tak kene pakai manual diary la hohoho
4) Bila dah resign, dah jadi surirumah dengan 2 anak ni, tanggungjawap adalah lebih berat dari keje yang menghadap laptop, so i dont think i can update blog so often, so takde bende baru yang boleh dikongsi...

Sekian la jawapan utk segala pertanyaan kenapa tiba2 I change the blog setting ni.... 


Okey, entry kita bersambung dengan hari pertama Abbie ke sekolah (half day CDC ajew pun...)
Untuk minggu pertama ni (minggu orientasi) kelas bermula 830am sampai 11am sajok...
Tapi mommy boleh tak perasan notice sampai 11am tu kat gate sekolah, ingatkan sampai 1230pagi.,..
nasib baik daddy suruh mommy peep utk kali ke-2

Begini kisahnya....
Last week kami diserabutkan dengan khabar dr baby sitter yang tak boleh nak hantar & jemput Abbie ke skool. Katanya hubby dia on/off working. kami punya la cuak, macammana abbie nak ke sekolah?
Kami stay di Kajang, bekerja di PJ, kene keluar rumah awal, paling lewat pun kul 7 or 715am.
Nak harapkan van sekolah, Abbie terlalu kecil...kami bimbang dia lasak/memanjat dalam van kan merbahaya.... but we have no choice, our last minit plan is, Kami hantar Abbie ke rumah baby sitter jam 7pg, van akan pickup him at 815am & hantar Abbie ke rumah baby sitter & kami jemput Abbie dr rumah baby sitter around 630 or 7pm.
Tiba2 malam tadi, daddy tukar fikiran, katanya dia sangat risaukan keselamatan Abbie, katanya cancel guna van, instead for today & tmw, mommy yang hantar & jemput Abbie ke skool & sent to baby sitter. Mommy work halfday. Next week, kami terpaksa datang lambat (clock in at 9am - macam company ako jew kann...) and daddy yang akan travel blk jam 1230 utk fetch Abbie sampai mommy resign lps bersalin.

Tiba2 pagi tadi baby sitter bg idea, ada private car driver dt area rmh dia yg juga menghantar budak2 ke apple king, tp fee dia mintak mahal... RM100 utk sebulan walaupun dlm same taman! melampau daddy kata.
So esok, daddy said, cuba terai guna van pulak tengok mcm mana....mommy punya task jadi spy... intip Abbie naik van dr umah baby sitter ke skool. Nak tengok mcm mana gelagat dia dlm van tu huhuhu

Pagi tadi, jam 730am Abbie still sleeping, daddy punya la risau.... dia pun amik halfday (but work from home) utk tau perkembangan Abbie. mommy kejutkan Abbie bangun, celik mata dia tanya... "daddy leh?" 
Pastu kami suh dia tukar baju.... maaf, abbie tak mandi pegi sekolah ahhahaha
Dia punya la excited. tengok tu....
                                               

Lepas tukar baju (Abbie shi shi & cuci muka ajew) kami bawa dia pegi breakfast, pastu 830pagi baru hantar p sekolah... Abbie happy,,,,tapikan kat sekolah tu ramai sangat la teacher yang menunggu murid datang, hajat kami nak masuk sekali dlm sekolah, biarkan Abbie terbiasa baru mommy balik... (Daddy kata, mommy balik amik kereta & dtg balik tunggu) sebab tu mommy amik half day. Tapi si teacher berbangsa hindu ni (bukan teacher Abbie) terus amik dia dr kami & bawa dia masuk.... Abbie pandang mommy, mommy bye bye Abbie terus la dia nangis... Mommy ckp kat teacher lain, Abbie nangis... but teacher tu kata biasa la... 1st week mcm tu, kadang2 sampai few weeks pun ada....
Mommy tanya ada parent yang tunggu tak (sebab cara teacher tu dia mcm x bagi mommy masuk skool), dia kata normally dont have parent yg tunggu.... waaa..... mommy dah sebak...
Pastu bila mommy tengok ada jugak parent yang hantar anak sampai dalam skool, mommy masuk je...intai abbie dr cermin tingkap, nampak teacher mok tengah pujuk Abbie...Abbie nangis tp tak kuat la...daddy pun intai sama,...
So kami balik dulu....
930am mommy datang lagi intai...mommy masuk kawasan skool tp x masuk dlm kelas, sebab x mahu Abbie nampak...apa yg mommy nampak ada jugak few parent yg tunggu kat dlm tu, yg tgu kat luar, dan mommy nampak Abbie tak nangis dah...happy mommy (kalau tak masa 830am mommy balik dengan daddy mommy nangis tau...huuhuhuhu balik rmh mommy kira syiling dlm tabung Abbie utk hilangkan sedih.... sambil air hidung mommy meleleh ajew)
Kalau dulu mase 1st day sent Abbie ke rumah baby sitter, mommy hilangkan sedih dengan bershopping kat JJ (sambil beli baju baru nak masuk kerja) tapi kali ni mommy sarat la...tak larat nak wat window shopping...lagi pun tak tahu nak beli apa...wat habis duit ajew...masuk town pun jalan jem...lagi sedih hohoho
Bila mommy intai Abbie dah tak nangis, pastu turn Abbie nyer aged utk morning tea break, mommy cepat2 keluar dr kaw.sekolah, tapi Abbie sempat nampak kelibat mommy dia terus selak nangis... "yau mommy...yau mommy"
adoiii guilty nye mommy ni....mommy menyorok belakang kereta, belakang pokok, intai Abbie...lama jugak dia nangis, ada juga yg dia nak lari ke gate huhuhu
mOmmy nampak teacher mok dokong Abbie, pujuk Abbie, & ada teacher lain dtg sapu air mata Abbie.
Sedihnya mommy masa tu..... mommy pulak yg tak sabar nak tunggu 1230 nak fetch Abbie balik huhuhuhu
Pastu bila dah nampak Abbie diam atas pangku teacher mok, mommy pun balik dengan doa mengiringi pemergian mommy...semoga Abbie menjadi anak yang kuat, tabah, mommy sendiri pun perlu tabah baru abbie strong. Kata Daddy...mommy manjakan Abbie sangat...
Mommy tengok Abbie the smallest size dlm kelas dia, ada 2 org budak jew yng nangis,,,,,both sama saiz dgn abbie ,mereka silih bergilir2 menangis hohohoho
Balik rumah...mommy tengok toys Abbie sepah2...mommy sengaja tak mo kemas.... itulah pengubat rindu & sedih mommy....
                                          
Salah satu uniform Abbie kat rumah yg jd pengubat rindu mommy

Pastu bila jam tunjuk jam 11am, daddy kata...mommy takde keje tu g la tengok Abbie...intai dia..
La... kawan2 ckp x elok intai...biarkan dia.....
Tapi mommy pegi jugak la, drive ke skool and tau apa mommy nampak
ade jugak kereta yg sama mcm mommy, keep peeping their child kat skool tu hahaha
datang tengok balik, datang lagi tengok balik...hahahaha
Pastu masa mommy tengah intai tu, ada teacher yg perasan, dia tanya...ur baby halfday or full day?
mommy cakap halfday...eh halfday sudah boleh balik maa...
ha? yer ker? bukan sampai kul 1230 ke? no, this week orientasi untill 11am only...
Oooo cepat2 mommy masuk kaw, skool & abbie pun keluar dengan bag dia, dengan seluar lain...
Dia look very happy...siap give 5 to teachers & bye2... tunjuk coklat dlm poket...
bila mommy tanya u happy at skool? he said happy, tmw want to go skool again? he said yes...wo yau skool
teacher kata dia baik....tak nangis...cepat jew dia diam *glup
Yer,...i know my son good boy, tp pagi tadi ada teacher yg terus grab dia dr kami tu yg buat dia nangis...
i told the headmaster. (ada unsur tak puas hati dengan teacher yg terus grab abbie dr kami pagi td)
Sepanjang perjalanan banyak soalan mommy tanya...Abbie got cry or not? earlier he said no, then i said, i saw him cry...yau mommy... how? then abbie senyum ajew.. :P
bila daddy tanya got cry or not, he said yes... hihihihi
pastu mommy tanya, got shi shi or not....Abbie said shi shi oredi, drink water oredi....
Ternyata Abbie suka ke skool, dia dt ramai kawan, dia happy...

Ni kat bawah gambar mommy melepaskan rindu & sedih kat Abbie sayang bucuk!


siap kiss lagi you... :P






Balik punya happy...dapat jumpa mommy , daddy..dapat main mainan dia... bila mommy nak sent ke rumah baby sitter.... sekali lagi sandiwara semasa bermula...menangis tak mahu auntie....
pu yau auntie....wo yau mommy...... huhuhu
Dengan auntie mommy bertabah ajew sebab dah biasa hantar, tak macam hantar ke skool.

Semoga anak mommy ni sihat, selamat menaiki van esok, tak nangis, menjadi anak yang baik & mendengar kata teacher. May Angel guarded you & ALLAH bless u my precious son
mmmuuuahhh

Pets for Abbie

 Sesi tayangan perdana....
Ini lah penghuni baru rumah kami.... Mr. Lobster & twin turtle untuk tatapan Abbie tersayang.
Kalau turtle tu boleh jugak Abbie belai2, Mr. Lobster Abbie takde berani nak belai... kang kene kacip pulak jarinya hohohoho
Mr. Lobster diberikan secara percuma oleh seorang lady dari Putrajaya, dia ada 2 lobster, 1 big & 1 small...sebab yg big tu selalu kacau hok small ni, so dia let go for freeeee dalam Mudah.com.my
Rezeki kami yang dapat siap dengan makanan & aquarium kecil....
Balik rumah daddy buat set baru dengan 1 feet aquarium yang kami ada... happy Abbie...


Ini pulak binatang yang mommy sangat la geli....  ingatkan mommy dah band kan binatang ni dr masuk ghumah, tapi semalam daddy bawa Abbie ke few pet shop utk cari pasangan ni.....
adoiiiyaiii..... Abbie suka sangat pegang & goyang bekas turtle ni hahahaha

Merempit at new year PH

 Tadaaaa.... ini lah hasil merempit mommy pada cuti new year semalam... 3 helai seluar pendek Abbie berjaya dihasilkan..... 2 darinya menggunakan kain yang di recycle.. (1 from mommy pant and 1 from daddy working cloth) creative tak? nampak cam big boy punya design kan :P

Pastu sempat juga mommy menerai buat wet bag, wet bag ni sebagai persediaan bila baby adik outing with CDs... memula ingat nak wat 1 layer ajew dengan PUL, tapi tetiba dtg mood rajin buat 2 layer (PUL kat dalam, cotton kat luar) tapi dalam rajin tu ada gop malasnya... malas nak buat tangkai....
so beg ni tadop tangkai la... sebab mommy ingat tangkai tu idop le penting sgt sbb wet bag ni pun akan di simpan dalam beg jugak sekali dengan wet tissue dsbg....
Maybe percubaan ke2 mommy akan terai buat bertangkai.... hajat hati dapat 2 biji wet bag okey la.... :)