Jumaat lepas kami bergerak ke Temerloh, bandar ikan patin menziarah nenek yang ditahan wad akibat serangan Jantung. Just nice sampai spital lagi 15minit pukul 5ptg, iaitu waktu melawat sesi petang. Kebetulan kakak, adik & wife serta Abah pun memang hari2 datang melawat. So dapat la kami berjumpa mereka.
Tapi maap ler, takde gambo kami dalam ward, bila dah jumpa mak...sembang2 tanya kabor, takde ingat nak amik gambo. Lagi pun Abbie tak dapat masuk dalam ward sebab budak bawah 12tahun tak dibenarkan masuk. so mommy & daddy bergilir la tengok nenek. Tunggu sampai 630ptg, pastu kami bergerak cari bilik hotel.
Abah suggestkan kami bermalam di rumah sepupu saya di Kg Bangau Tanjung tu,..tapi tak mahu la menyusahkan orang, kami lebih selesa bermalam di hotel.
So kami check-in at Green Park Hotel, Temerloh RM93 semalam. Hotelnya ok lah, ada bath tub,ada tv, ada set kerusi tp tadop ubat gigi mahu pun sikat.
Sib baik la ubat gigi, berus gigi & shower foam Abbie mommy bawa, cuma rambut la tak bersikat. Pastu tadop breakfast.... kira mahal gop la...
Tapi puas ati, tido kami lena.... (bab hotel di small town ni mommy seram sikit, takut ada gangguan memandangkan kalau pilih hotel yg tadop org, "orang lain" pulak yg memenuhi hotel tu... kang beremang bulu roma teman hohoho
Pagi2 selepas sarapan, mommy terjah ward nenek, bawakan sarapan, sebab nenek kata hospital bagi sarapan bihun goreng yg plain. So mommy bawakan nasi goreng kampung , sandwich & teh O panas.
Sembang2 & mommy bagi sikit duit poket kat nenek, nenek kata, kalau nak balik balik la...tak pe... nenek dah sihat, tah esok boleh balik.... lagipun susah sebab Abbie tak leh masuk ward.
Abah pun akan datang ptg ni..
So bila nenek ckp mcm tu, kami pun balik bilik hotel, takde la menunggu waktu melawat 12tghari, kami terus menghala ke Deerland, Lanchang. Tak jauh mana dari temerloh pun...hajat hati mommy nak lunch di tepi sg temerloh makan ikan patin masak tempoyak tak kesampaian...daddy tak mahu tunggu sampai lunch...pagi tu ajew dia bawa ronda town temerloh, tinjau gerai pak usop tu huhuhu
Deerland buka jam 1030pagi, kami sampai 1045pagi hahahaha masa odw ada la hujan sikit, bila kami tiba di deerland tu macam baru lepas hujan...basah ajew tanahnya...tp sib baik dah berhenti.
Entry fee hanya RM5 seorang, Abbie free, kami menziarah tempat yang 9tahun dulu kami kunjungi.
Masa tu mommy & daddy masih pattoh..baru kenal... (nanti ada masa mommy upload photo kat sini) cer compare gambar mommy & tempat ni dulu vs sekarang...memang banyak beza....
Ternyata tempat ni dah banyak berubah, dulu 1 kedai pun tadop...berlapar kami, kali ni kami tapau McD breakfast, rupanya kat sini ada la kedai runcit setakat nak alas perut... tandas pun selesa...siap ada trek lagi nak melihat animal ni. Sebab baru lepas hujan, kandang deer lecak, kami tak ler masuk.
Kami merupakan pengunjung pertama, animal dalam ni pun masih belum bersarapan hahahha
So kami la yang memberikan sarapan kat deer yang lapor ni...sampaikan jari abbie pun kene gigit hohoho
Yang tak best is, no more honey bear... kalau dulu ada honey bear yang boleh kita sentuh, tp mengikut kata bro kat situ, bear tu dah kene rampas dgn perhilitan long time ago...huhuhu
nasib la abbie tak dapat pegang bear.
So jom saksikan photo Abbie @ Deerland Lanchang.
its me @ 30weeks pregnant
huge tak my peyott?
This is picture yang I love the most...
our happy family picture
dah lama tak amik gambar ber3, tak lama lagi ber4 pulak ngeee~
Ini video Abbie feed deer
Hok ni dari dulu mommy geli...
reptilia adalah binatang yg ai tak suka
Payton ni br lepas makan seekor ayam,..gemok & berat perut dia
katanya dia makan 1~2 ekor ayam utk 1 bulan
Kat bawah ni pulak ferret, ada 2 ekor, satu kaler ni satu lagi kaler kuning mcm kucing tu
Ai tak pengang sebab busuk la bau dia
Tapi si tecik saya selamber aje pegang aih,...
Okey, lepas puas di Deerland, kami ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary. Dulu masa pattoh kami tak pergi ke sini, sebab ingatkan jauh ke dalam lagi...rupanya idok la kedalam sangat pun, lagi pun ticket masuk free ajew....
Hasrat & hajat mommy selama ni pun dah terlaksana secara tak langsung.
Kalau ikut plan mommy...kami nak bertolak dr kajang terus ke lanchang, melawat deerland, elephant sanctuary, then balik naik ke bukit tinggi, pastu bermalam di genting, keesokkannya baru blk kajang.
Tapi tah bila la terlaksana macam tu sebab mak buyong semakin tak larat nak berjalan, so kebetulan pegi melawat nenek, separuh dari plan dah tercapai.
Next time, tunggu baby adik dah 7~8bulan baru start balik cuti2 malaysia/singapore kami ;D
No comments:
Post a Comment