Sebenarnya most of the update for week 30 dah terkeluar masa entry week 29, sebab kelewatan saya menghupdatekan week 29 hari tu hohoho
Kalau masuk isnin depan, dah week 31...
cepatkan masa berlalu... 9 bulan bukan lah lama sangat...
cuma bila lagi kita menghitung hari masuk labour room tu la yang jadi lama..
macam sekarang ni, bila tidur dah mula susah, pusing kiri tulang rusuk sakit, pusing kanan perut senak, tidur terlentang gak yang best tapi tak digalakkan nanti menyebabkan sakit belakang, dengan anak manja ambo yang suka tidur pusing 380 degree tu silap2 perut atau muka mommy ni pun kene tendang huhuhu
Tak kira lagi bangun tengah malam nak kencing or susu nak mommy yang buat, "daddy not nice katanya..
mommy can..." terlebih manja dia mintak dokong pulak masuk ke bilik air... adoiiii
pada masa ini lah saya rasa...cepatlah bersalin, supaya ringan sikit badan nak bergerak2
Now nak berjalan pun macam gajah gemok dah....setapak2, kakak saya tegur perut saya nampak besar this time... ye ker? kalau ikut berat, baby kali ni kalah dengan abbie, sebab masa abbie dulu mommy lagi berat & siap pakej bengkak kaki & bp high.
This time...berat mommy tak la secemerlang abbie, bengkak kaki pun takde.
Tapi rajin tetap macam abbie dulu.,...mommy hari2 masak makan malam utk daddy & family. 730pm dah ready, by 8pm dah siap makan...
Agaknya anak perempuan kan...rajin terlebih pulak...
cumanya utk week30 ni, mood menjahit dah kelaut.... bawah meja jahit, segala stok kain mommy dah tidy up simpan kemas2, cuma atas meja masih semak, mungkin weekend ni mommy kemaskan & bungkus terus mesin jahit tu.
Mommy need more energy & rest before go to labour.
Nafsu makan, memang terbaik...makin last trimester makin macam2 yang mommy teringin nak makan,
lately gian nak makan bubur pulut hitam... tak dt lagi,,,,weekend ni mommy plan buat sendiri aje
nak makan kuih onde2 buah melaka, 2 hari berturut2 ni dh makan 10biji suda.... cukup alhamdulillah.
Korean food dh makan byk kali, sampai muak pula...
cumanya taiwan beef glass noodle kat ampang tu masih blm dt huhuhu
Baby kat dalam ni, semakin membesar dgn jayanya i guess, next monday is another check-up with gyne.
kita tgk berapa kg berat baby now.
Baby sangat la active, gerak sana sini, but i guess she oredi enggage.
Mommy rasa cam nak wat 4D scan sekali lagi la pulak.... hohoho
Next following week dah kene check-up smeinggu sekali, so masa tu mommy dah kene book doc kat KPJ Kajang.
memula rasa cam nk pilih doc perempuan melayu tu, tp bila tgk paper smlm ttg kes kat KPJ Ipoh melibatkan doc melayu yg tercuai (tak tahu la salah doc ke salah nurse).
Mommy rasa nak pilih same doc yang sambut Abbie dulu, Dr Lee.
Pakej apa pun kami masih tak finalize kan lagi....
Daddy pun sama, macam tak sabar nak tengok baby girl kami lahir... hehehe
Sebab bila baby lahir, berakhir la satu penantian, dan mommy boleh ler resign.
Saya tahu pasti ada yg kata saya kejam sebab resign time confinement, tp saya harus fikirkan yg terbaik utk saya & keluarga juga :)
Pages
How to order?
WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com
Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.
Siapa saya?
- Annie Tay
- Kajang, Selangor, Malaysia
- I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller
― Richard Buckminster Fuller
No comments:
Post a Comment