How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Wednesday, June 1, 2011

Lets learn about baby weaning

Bila anda patut memperkenalkan solid food ke pada baby anda?

- Seawal 4 ~ 6 month dengan syarat your baby is ready. Jika tidak, berikan baby anda HANYA breast milk or formula milk.
-  Terbaik diperkenalkan sehingga baby berusia 6 bulan untuk memastikan baby mendapat sepenuhkan khasiat susu ibu atau susu formula (saranan kerajaan Malaysia)
- Jangan memperkenalkan baby anda solid food pada umur less than 4month kerana usus baby yang masih belum matang bimbang akan menyebabkan masalah longterm pada sistem penghadaman mereka.



Bagaimana anda tahu yang baby anda ready untuk menerima solid food?

Antara tanda-tanda & clue dari baby anda :

- Kawalan kepala : meaning baby anda mampu menegakkan kepala nya sendiri tanpa sokongan. ada yang kata leher baby dah kuat.

Kehilangan "reflex penghasilan" : Ape kebenda tu? huhu maknanya lidah baby tu ready untuk menerima masuk makanan/benda ke dalam mulutnya. Kalau baby tak ready, he/she tend to push out food from he/her mouth. Tu yang ramai mommies complain baby tak mahu makan bubur dengan sudu, tapi masuk dalam botol campur susu dia mau..ini kerana lidah baby masih belum bersedia huhu

- Baby boleh duduk tanpa atau dengan sedikit bantuan: Maksudnya baby boleh duduk tegak ie masuk dalam baby chair or walker semasa memberi makan baby. Kenapa? supaya baby boleh menelan makan dengan mudah. Kalau baring kan ke tersedak or tercekik nanti huhu

- Baby menunjukkan tanda-tanda mengunyah : Mulut & lidah baby berkembang seiring dengan pertumbuhan sistem penghadaman mereka. Ini bagi memastikan baby mampu menolak makanan dan menelan makanan tersebut.

- Perubahan berat badan: Kebanyakan baby bertambah berat 2 kali ganda dari berat semasa lahir, lebih kurang umur 4 bulan menandakan baby sedia untuk memulakan solid food.

- Baby cepat lapar : Baby anda akan kelihatan lapar even anda baru sahaja selepas menyusukan baby anda. Iaitu 8 to 10 kali menyusu dalam sehari. Dan kerap bangun untuk menyusu pada malam hari.

- Keinginan untuk mencuba makanan yang dimakan oleh orang dewasa :  Baby anda akan mula menunjukkan minat terhadap makanan yang anda makan dengan memerhatikan anda memegang makanan, memasukkan & mengunyah makanan. ada baby yang meniru cara anda dan cuba mencapai makanan di tangan atau pinggan anda. hahaha biasa alami nya kan ;P



Apa itu 4 DAY WAIT RULE ?

The "4 Day Wait Rule" adalah satu cara mudah untuk melihat jika ada tanda-tanda reaksi allergy or sensitif baby terhadap sesuatu makanan. Antara tanda-tanda allergy atau ketidak sesuaian makanan terhadap baby adalh seperti sakit perut, kembung perut atau masalah membuang air besar ( tak boleh poo poo).  
Pemperkenalkan makanan baru, 1 jenis makanan dalam 1 masa pada tempoh 4 hari. Contohnya, memperkenalkan avocado pada hari Isnin dan tunggu sehingga hari Khamis untuk memperkenalkan 1 lagi jenis makanan yang lain. ( Sila refer table di atas)
Adalah perlu untuk mematuh 4 day wait rule ini terutama bagi baby beginner with solid food & terdapat family history yang mempunyai food allergy.
Soalan rutin: Sampai bila anda harus mematuhi 4 days waiting rule ini?
Jawapan: Bila baby berusia 9~10 bulan.

Jika anda atau pasangan anda mempunyai allergy kepada sesuatu makanan, cuba elakkan untuk memberikan makanan tersebut kepada baby anda kerana besar kemungkinan baby anda juga mewarisi sifat allergy tersebut.

TANDA-TANDA ALLERGY:
Ruam di muka (terutama di sekitar mulut) , bersin, selsema, batuk, bengkak bibir atau kesukaran bernafas (jarang sekali berlalu)
tanda makanan sukar di process : perut kembung, kentut, cirit birit atau muntah beberapa jam atau beberapa hari selepas menikmati sesuatu makanan.
(berhenti dahulu memperkenalkan makanan tersebut dan cuba lagi few weeks later, if still cannot...try avoid such food huhu)



JANGAN BAGI BAGI BABY SALT/SUGAR, DAIRY PRODUCT, EGG. WHEAT, CITRUS FRUITS, MAKANAN BERCENGKERANG & KEKACANG
kerana makanan tersebut cenderung untuk membuat baby allergy.
Bijan & kekacang elakkan diberikan kepada baby anda sehingga berubur 3tahun.


Bagaimana cara penyediaan makanan baby?

Method: Steam (cara terbaik) , Merebus (elakkan merebus terlalu lama untuk mengelakkan kehilangan zat-zat yang berkhasiat &  Puree (blend)

Peralatan Memasak : Steamer, Blender  & Slow Cooker atau dengan lebih mudah & ringkas gunakan baby food processor yang terdapat di pasaran ie: Philip Avent, Mebby Baby Chef Food Processor dll

Keperluan Baby : Bowl, Spoon, Bibs , Baby Chair



Apa yang harus anda perkenalkan sebagai makanan pertama baby?

 6 bulan :
- Tujuan memperkenalkan makanan pada baby ketika ini ialah untuk membiaskan baby anda dengan perubahan pelbagai rasa & struktur makanan.
- Mulakan dengan 1 meal time sehari dengan hanya memberikan kuantiti kecil makanan (1sudu makan) pada mid-morning (lebih kurang jam 10am or 11am) dan kita tengok penerimaan baby terhadap makanan tadi.
- Jika baby menolak/reject makanan tadi itu bermakna baby masih belum ready untuk makan solid food. Jangan campurkan nestum/cereal ke dalam botol susu baby.
- Jika baby anda menerima makanan tadi, maka selepas beberapa minggu (let put 2 weeks) jadikan 3 times meal per day dengan meningkatkan kuantiti makanan tadi.
- Antara cara untuk melihat baby anda bersedia, cuba oleskan makanan tadi dengan jari anda dan lihat jika baby anda mampu menelan makanan tersebut maka teruskan menyuapkan makanan baby dengan sudu. Jika tidak itu tanda baby masih belum bersedia.
- Antara makanan awal yang boleh di intro kan kepada baby anda ialah  Brown Rice (gluten free & more iron),  Avocado  & Banana (baik untuk sistem penghadaman baby tanpa perlu di masak) , Apple , Pear , Sweet potato, labu air & Green bean (semua makanan ini bersifat lembut & senang untuk dihadam oleh perut si tecik )



7 ~ 8 bulan :
Brown Rice, Oat, Barley , Avocado , Apple , Banana, Appricot, Manggo , Peaches, Pear , Plum , Prune, Pumpkin, Sweet potato , Dates, Green bean, Carrot , Peas, Timun Jepun, Labu air, lobak putih & Peas , Chicken, tauhu ,


8 ~ 10 bulan :
Brown Rice, Oat, Barley , Wheat, Pasta, Sesame, Flax  Avocado , Appricot, Blueberry, Cherry, Cranberry, Apple ,  Figs, Grape, KiwiStrawberry, Manggo, Papaya, Perssimmon,  Banana, Manggo , Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Peas, Timun Jepun, Labu air, lobak putih , Peas ,asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, pepper,  Chicken, tauhu , beef , egg yolk & fish , plain unsweetened yoghurts, butter & cheese (dont give unpasteurized cheese)

selepas baby 8bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery , halia atau daun parsley ke dalam bubur baby. (atau cinnamon or paprika)



10 ~ 12 bulan :
Semua jenis grain , Avocado , Appricot, Blueberry, Cherry, Cranberry, Apple , Dates, Figs, Grape, Kiwi, Manggo, Papaya, Perssimmon,  Banana, Manggo , Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , berries, citrus, Green bean, Carrot , Peas, Timun Jepun, Labu air, lobak putih , Peas ,asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, pepper,jagung, timun, bayam , tomato,  Chicken, tauhu , beef , whole egg & any fish (soft cheese only after 12month) huu


Elakkan menambah garam atau gula ke dalam bubur baby, elakkan fruity yoghurts, baby rusk & makanan terprocess yang terjual di pasaraya sehingga baby berusia 1tahun ke atas.
** Cheese, yoghurts and other dairy product ialah sumber Calsium yang baik namun ia merupakan penyumbang lemak juga (susu adalah sumber calsium terbaik)

 Sumber Rujukan , boleh didapati di MPH
Page for "when to wean" very usefull for newly mommies


Finger Foods Ideas
- Biskut beras
- Cheese ie Cheedar
- Cube kecil tembikai susu/banana/papaya or others fruits
- Sepotong roti lembut

5 comments:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan... blog yg infomatif.. teruskan sharing ilmu... if ada masa, jenguk la blog saya ;)

Ainul said...

Hy best sgt blog ni.... Dpt mcm2 resepi...
Sy nk minta idea, baby sy 7month bila mkn bubur nasi blend yg sy buat dia mcm
Nk termuntah. Sy risau dia xnk mkn... Apa pendapat puan?

surijunior said...

best! izin copy ke blog saya ye :)

surijunior said...

best! izin copy ke blog saya ye :)

Anonymous said...

blog yg sgt berinfomatif sgt sesuai sbg rujukan para ibu. i hv 2 sons. ms anak yg sulung sy kurang sgt pengetahuan ttg makanan bby terutamanya dr segi penyediaan. anak yg kedua ni br 2 bln. rasa tak sabar nak tunggu dia 5 bulan untuk start bg solid food.