How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Saturday, May 28, 2016

Potluck for my kids mid-year birthday party

Rabu lepas kindergarten anak2 ada buat jamuan pertengahan tahun, kalau tahun lepas mid year party mommy buat chocolate donuts with colourful chocolate rice and mini sosej bread. And end-year birthday party mommy tak sempat so kami just brought 20 pcs chocolate muffins. But this year Alhamdulillah, baby adik dah semakin bijak, mommy diberi kesempatan untuk active membaking semula. Alhamdulillah. memang dah lama oven tu menjadi gajah putih.
So, untuk mid-year party kali ni mommy buat jelly itik, tak banyak pun dalam 15 cups sahaja yg mommy bawa ke sekolah.selebihnya tinggal di rumah buat makan anak2. Depa suka sangat especially hat duck tu sebab rasanya besttt dan cute. Kali ni duck tu perasa jagung dan kolam perasa laici.
Jelly itik 
 Turut tak ketinggalan, selain menjamu bebudak, mommy jugak buat untuk cikgu. Mommy bake last minit midnight tu brownies kedut ni. Tapi tulah sebab after 15min in oven, dahlia nangis nak nenen (ya i still breastfeed my 1.5yrs old baby), so nenenkan dia bila turun balik dah 45min in oven. a little bit dry and tak kedut sangat. tapi still rasanya sedap.
In sha Allah, going to make again to bring it to my sister kenduri. this time i nak buat siang supaya timing tu lebih  tepat hahaha
Brownies Kedut
Homemade by Annie's Kitchen

Resepi lauk sahur yang mudah dan cepat dan gerenti sedap.

Reepi sambal petai cepat mudah dan sedap

Resepi sambal petai instant.
Ko ingat shawl je yg instant, megi mee je yg instant. Sambal petai pun boleh instant tau ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„
Kalau tetiba pagi tu ko terbangun sahur lambat, xde lauk nk mkn, nasi balance berbuka td adalah.. Jangan riso. Selain goreng telo mate dgn kicap dan berulamkan cili padi mentah.
Ko buka peti sejuk keluar Kan stok sambal hitam pedas menangis tu, ko hiris sebijik bawang besar, cuci dan belah petai td. Kalau X sempat ko cuci je la... Kot ade ulat dlm tu kira halal la ulat buah kannn.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Panaskan minyak masak, bukan minyak kereta, tumis bawang merah td, dh layu naik bau.. Masukkan petai, kendian tambah sambal hitam td ikut suka nk kick nk pedas tambah lebey sikit. Pastu taburkan ikan bilis yg ko dh goreng siap2 buat stok. Kacau2. Taraaa siap. X sampai 5min.๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Selamat mencuba.

Kalau nak order sambal hitam pahang atau sambal cili padi goreng garing, boleh WA 0192822328.

Homemade by Annie's Kitchen

Friday, May 27, 2016

Pencils Topper

Pencils Topper murah
 Cun tak? Pencils Topper ni tengah viral among embroiderer like me hehehe
Dah la cute, design terkini, warna menarik, murah lak tu.
Hanya RM10 untuk 3pcs.

Sesuai sangat untuk dijadikan hadiah budget untuk anak-anak dalam kecermerlangan exam mereka, atau dijadikan pemangkin supaya anak2 rajin buat homework.
Cikgu2 kalau selalu dapat hadiah dari anak murid sempena Hari Guru, Apa kata musim lepas exam bagi hadiah kat anak murid yang dapat no terbaik dalam kelas, gerenti yang lain cemburu dan berlumba2 untuk berusaha menjadi yang terbaik semata2 nak dapat hadiah dr cikgu.

Untuk tempahan, seperti biasa WA ke 0192822328

Superhero Pencils Topper 


Tempahan customer untuk cenderahati customer Mary Kay nya.



Handmade by Annie Tay ~L.O.V.E in every stitches~

Menu sambut puasa - Sambal Hitam Pahang Pedas Menangis

Sambal Hitam Pahang Pedas Menangis
 Menangis tak korang tengok sambal hitam kat atas tu??? Idok??
Tapi keco tak ayo lio korank tengok sambal hitam kat atas tu? hahaha
Leleh kan ayo lio korang....jahat tak saye :P
Sambal hitam pahang ni versi mak saya, kami buat tak kering macam yang ori sambal hitam tu, ikan bilis kami goreng dulu, kami tumbuk kasar dan yang penting EXTRA Pedas berbanding sambal hitam ori. Kalau tengok memang tak nangis, tapi ngencesss hehehe

Mak rajin bekalkan saya buah belimbing besi yang dia dah masakkan, kalau balik buka peti sejuk tengok sebesen beso buah belimbing besi yang dah dimasak, maka saya tapau la bawa balik.
Kerap jugak saya masak sambal hitam ni and post kan kat FB hihihi *habit!
Kawan2 yang tengok pun kelior... *purposely
tolong la jangan kecam saya, kan sebab tu la saya buka pre-order sambal hitam pahang ni.
Nak bantu kawan2 yang kelio tu turut sama menikmati kepedasan sambal ni, sama2 keluo air mata, air hidung semua hahahaha

Kalau ada yg teringin, boleh WA 0192822328 (selagi stok masih ada,sebab stock belimbing saya dah nak habis, tak balik2 kampung lagi ni ha. Kalau habis, kami gantikan dengan SAMBAL GORENG CILI PADI PEDAS MELALAK pulak hihihihi)

Harga RM13 untuk 200gm.
Postage ke seluruh Malaysia
Postage Fee RM7 SM/RM10 SS

Nak Self-Pickup sekitar Bandar Kajang pun boleh (BHPetrol Sg Chua/Tabung Haji Kajang/Sate Samury/Plaza Metro Point/Pearl Avenue Condo Sg Chua/JPJ Bangi Seksyen 7).

kami guna ikan bilis yang cantik dan segar.

Sambal Hitam Pahang by Annie's Kitchen
Gerenti Pedas

Customer Order

Alhamdulillah, baru je buka order sambal hitam pahang ni, dah dt tempahan 9 packs. Terima kasih Allah, terima kasih kawan2. In sha Allah isnin ni saya pos ya.





Homemade from Annie's Kitchen.

Alhamdulillah... Tart Nenas kami memang terbaik!

Tart Nenas Gulung by Annie's Kitchen
RM22 35biji
Semestinya Buttercup

Assalamualaikum... Alhamdulillah dah berkesempatan malam ini untuk mengupdate blog ni. Kesibukan siang hari di dapur Annie's Kitchen dengan menu seharian keluarga kami, dengan project sambal hitam pedas menangis untuk menyambut puasa, dengan tart nenas lagi. Alhamdulillah ada kawan2 yang sudi support bisnes saya. Syukur.

Hari Isnin lepas kakak singgah bermalam di rumah sebelum bergerak ke esokkan harinya untuk ke UiTM Tapah, anak buah dapat belajar disitu untuk jurusan perakaunan. Alhamdulillah semoga Pipot belajar bersungguh2. So saya pun mengambil kesempatan untuk mengirimkan pesanan kawan lama saya dari kampung. Kawan saya ni kawan dari kecik, dia memang regular customer Kimchi kami. Terkejut juga kalau setiap 2 minggu dok repeat order kimchi 2-3 jar. Memula katanya nk try 1 jar dulu, nak tengok rasa sama tak macam kimchi yg pernah dia makan, beli kat pasaraya tak sedap katanya. Bila dah pekena Kimchi kami, ha terus terikat dan ketagih hahahaha

La ni nak raya, dia stok-up Kimchi 3 jar, sekali order mini popiah udang kering 500gm dan 1 jar tart nenas gulung kami. Nak buat makan2 katanya. Kakak kata, dia ni memang suka tart, tiap2 tahun di kampung dia akan order berbalang2 tart nenas dari seller kat kampung tu. Saya kata tak apa lah, biar dia cuba tart saya, mana tau dia berubah arah...hehehehe
Rabu tu kakak pun COD kan lah pesanan saya kepadanya.
Petang sikit tu dalam pukul 5ptg, dia WhatsApp saya (tu print screen WhatsApp kami)

Tart nenas gulung yang terbaik!
 Terkejut mak , ingat dia gurau je... tapi Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi. Saya memula cuak jugak mampu ke, In sha Allah, trust to HIM, pasti boleh.
Alaaaa 15 jar je tu pun nak kepoh kannnn (kot la ade senior tart kat sini yg bilang gitu) saya ni baru berjinak so bila dapat bulk order mcm ni mmg terover teruja hihihihi

In sha Allah , tart kami sangat sedap, tidak menghampakan anda jika mencubanya.
Kami buka order setiap masa, bukan raya sahaja. Just place your order in advance.

Kami ada self-pickup di sekitar bandar kajang (BHPetrol Sg Chua/Tabung Haji Kajang/Sate Samury/ Plaza Metro Point Kajang/ Pearl Avenue Condo Sg Chua/ JPJ Bangi Seksyen 7)
Penghantaran di sekitar Putrajaya/Bangi - Addition RM5 charges.
Untuk tart kami tak ada postage sebab tart kami gebus gebas melted in the mouth, risau kalau hancur dalam perjalanan nanti.

Untuk tempahan boleh WA 0192822328 (Annie)






Homemade from Annie's Kitchen.

Thursday, May 19, 2016

We open pre-order untuk tart gulung nenas

Tart nenas homemade yang gebus gebas melted in the mouth

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, kali ni berpeluang lagi mengupdate blog ni dari bersawang dengan cerita baru... product baru kami menjelang tibanya hari raya nanti. 
Mesti ramai yang suka makan tart nenas kan... cer komen sikit anda suka tart gulung ke, tart nyonya ke atau tart mawar yg tgh fofular skrg nih?

Nak habaq mai sini, jika anda suka makan tart gulung yg lembut gebu gebas melted in the mouth, seriously tak tipu, anda mesti cuba tart kami. Tart kami diperbuat dari pada premium ingredient . Apekebenda tu? ha ni nak bgtau, tart kami diperbuat dari buttercup buka marjerin atau planta, malah menggunakan premium jem nenas yg sangat lembut tak liat dan tak manis menyengat.

kalau anda makan tart kami, heaven sangat sebab gabungan jem dan pastry tu memang sangat mesra, depa bff. makan sekali nak lagi nak lagi...tak sedar habis sebalang haahahaha
betui, cheq tak tipuuuu... sebab secret ingredient atau resepi rahsia untuk membuat tart gulung yang super gebu ni adalah....
.
.
ia diperbuat dengan perasaan kasih sayang hahaha
made with love gitew. macam mana saya nak ia sedap ditekak saya, macam tu la saya nak ia juga sedap ditekak anda. so i made it from my heart.

tart gulung waiting to bake

tart gulung nenas in the oven tik tok tik tok

yams! sedapnya....
hanya RM22/ Jar
35 biji


Disebalik tabir pembikinan tart gulung kami, ada tangan kecil yg membantu hihihihi

Baru je acah2 buka order raya, ha menderu dah kawan2 PM mintak tart.
ingatkan joke, tapi bersungguh. Alhamdulillah
terima kasih guys sebab sudi menyokong Annie's Kitchen.
You all mmg rock. lap u xoxo

kawan ni, order kimchi 3 jar (dah 3 kali repeat order), nak popia udang kering kami yang mabeles tu and tak ketinggalan jugak order TART GULUNG NENAS kami yg gebu gebas tuuuu
cukup ke 1 jar bang?

Adik ni dulu keje satu company dgn saya,sekali place order sampai 3 jar you...
Alhamdulillah, terima kasih, rezeki Allah bagi. 


And this one WIN. Saya baru COD jam 2ptg, 24 minit kemudian, she WA me yang tart dah tinggal half jar. nangis tengok.
Walaupun susah2 dia mai collect Kimchi dan tart, terima kasih dear for your support.
Lain kali boleh order lagi ya :)

Jika anda pun dah mula kecur ayaq lioq tu, kesian la hai... mai la order dgn kakak Annie ni ha, jangan risau ai bukan chinese, i malay, hubby je yg chinese, halal tau. In sha Allah ,Allah bg sedap tart kami. Anda pasti suka, kalau suka mesti apa??? mesti apa murid2??
mesti lah repeat order tauuu hihihi
in sha ALLAH kami bukan setakat buka order utk raya, kalau saja2 nak makan atau nk buat buah tangan g melawat atau kasi hadiah kat bos (kipas la sikittttt), WA je ...tapi awal2 kene order la, tamo hari ni order hari ni mau. kalau ada ready stock xpe, kalau xde kena la tunggu sat naaa

Okey....no WhatsApp saya 0192822328 nama saya annie.
dok kajang, cod sekitar kajang/bangi lah.
kalau beli 3 jar, in sha Allah saya boleh bg free delivery sekitar2 sini lah.

Pos tak berani....sebab tart kami gebus, kang abam posmen tu campak2 je balang tart ni ha, hancur jadi tepung balik, naya ke korank. kalau kimchi tak pe boleh pos.
tapi kalau korank nak take the risk hakak tak kisah, jangan mintak refund pulak pastu sudah la hahahaha


Homemade from Annie's Kitchen.

Monday, May 16, 2016

Topeng Jerebu / Topeng habuk {Customer Feedback}

Alhamdulillah Customer feedback.
Jom dapatkan Topeng Jerebu or topeng habuk dari kami.
Many designs to choose. 3 sizes available. Dari kanak2 seawal 1tahun hingga dewasa.
Only RM15/pc
Buy 3 at RM40 
Berminat please WA 0192822328

Testimonial Topeng Jerebu 


Handmade by Annie Tay ~L.O.V.E in every stitches~

Halal Homemade Kimchi {Customer Feedback} Alhamdulillah

Assalammualaikum...
Syukur Alhamdulillah, project suka-suka saya berkongsi makanan kesukaan saya dengan sahabat handai mendapat sambutan dan feedback yang positive. Ramai rupanya yang tidak tahu atau tidak pernah mendengar apa itu KIMCHI. Bila mereka cuba Alhamdulillah ramai yang sukakannya malah ramai juga yang repeat order. Happy saya kerana mereka suka kimchi saya, bukan kerana duit semata2, tetapi saya suka berkongsi khasiat dan kebaikan kimchi itu sendiri.

Pengalaman sendiri makan kimchi, perut rasa kempis, kalau sebelum ni org tegur, ko kurus tapi perut buncit huhuhu Buncit bukan apa, sebab jarang membuang. Ha sejak makan kimchi, hari2 cuci perut, tu yang selim melim aje perut ni ha. Bukan setakat perut je yg selim, malah hubby puji kulit muka halus dan lembut. Saya ni suri rumah, memang bare face sokmo, takde masa nak make up2,

Mak mertua pun suka kimchi, baru ni saya bawakan lagi sekilo kimchi untuk dia, kimchi ni baik utk turunkan kolestrol , turunkan kencing manis,anti cancer anti obes, macam2.
Mak mertua kata sebab tu org korea kurus2, comel2 sebab diorg hari2 makan kimchi.
Selain meratah kimchi, mak mertua saya makan dengan daun salad. beli daun salad tu, cuci, pastu wrapkan kimchi dan makan. kenyang jugak...

Terbaru ada loyal customer saya yang request spicy kimchi, rupanya ramai customer2 lain yang sukakan spicy kimchi. katanya lebih bertepatkan dengan tekak melayu mereka.
Nah sejak itu, saya memberikan anda 2 pilihan KIMCHI BIASA atau KIMCHI PEDAS.
Sebab saya sendiri sukakan kimchi biasa, mild spicy supaya anak2 dan suami boleh makan, MIL pun suka mild. SPICY KIMCHI utk mereka yg memang hantu pedas, khas utk anda.

Kalau anda nak cuba kimchi kami, boleh la WhatsApp ke 0192822328 (Annie)

Kimchi kami hanya RM13 /1 jar (400gm)

Postage ke SELURUH MALAYSIA (postage hanya setiap isnin)
Postage fee RM7 Sem. Malaysia / RM10 Sabah&Sarawak

Kami juga boleh COD di sekitar bandar Kajang, Plaza Metro Point, BHPetrol Sg Chua, Pearl Avenue Condo, Sg Chua, atau sekitar JPJ Bangi Seksyen 7.
 bagi mereka yang tinggal sekitar Sg Way/Petaling Jaya boleh COD from my hubby at his office at NXP ,sg Way Free Trade Zone (Working days & Working hours only).



Customer repeat order kimchi kami, setiap kali order 2jar ! Terbaik!!

Alhamdulillah, first time makan kimchi, customer saya sukakannya

Customer terima kimchi kami yang di pos dalam keadaan baik 

Kebaikkan makan kimchi

Feedback dari customer kami, the only chinese customer selain my MIL, siap repeat order 2 jar lagi tu...terima kasih ;)

Orang kampung saya pun dah pandai makan kimchi. Kami ada cod kimchi ke Felda Chemomoi ya.

Feedback dari customer yang first time makan kimchi. Alhamdulillah she make it!

Feedback from my loyal customer from Johor Baru. Dah 5 jar dia repeat kimchi kami. 

Feedback customer yang makan kimchi kami

This feedback WIN. Kimchi kami sama rasa mcm kimchi di Ichiban Ramen hahahaha

Freshly made kimchi by Annie's Kitchen

Anak buah yang memula tak suka makan kimchi now dan addicted makan kimchi dengan mee goreng. 

this is our secret recipe for making best homemade kimchi in Malaysia 

Basic ingredients to make kimchi.
Homecook from Annie's Kitchen

Monday, May 9, 2016

Khasiat dan kebaikan makan kimchi

testimonial homemade kimchi by Annie's Kitchen

Alhamdulillah. First time makan kimchi and he loved it.
Memang sedap kimchi mommy Annie ni, sebab dibuat dengan rasa kasih sayang ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
Halal homemade kimchi from Annie's Kitchen

๐Ÿ“ฒWhatsApp 0192822328

COD location sekitar Bandar kajang, Plaza Metro Point, Bhpetrol Sg Chua, Pearl Avenue Condo Sg Chua dan JPJ Bangi seksyen 7, NXP Sg Wei. 

Postage ke seluruh Malaysia.
Postage via Pos Laju RM7 sm RM10 SS 
khasiat makan kimchi
Jom kongsi sikit kebaikan makan kimchi. Saya pun baru tahu... Sebab sebelum ni mmg suka sgt makan sebab rasanya. Sekarang lagi lagi la suka makan sebab khasiatnya. Alhamdulillah seisi keluarga suka makan. 

Hanya RM13 /jar (400gm) 
Buy 2 @ RM23 only. 


Pasti sedap. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘


**************************************************************************************************************
<copy-paste >
Kebaikan makan kimchi.
Makan kimchi sakit perut dan mesti akan ke toilet?
Siapa selalu alami situasi macam ni?
Tahu tak sebab apa?
Sebab.... Kimchi adalah anti-obesity atau bahasa kita di sebut anti-gemuk.
Sebab itulah orang korea kebanyakkannya kurus-kurus belaka. kiki emoticon
tahukah anda tubuh badan kita iaitu usus kita menempatkan 85% daripada immune system kita?
Ini adalah disebabkan oleh 100 trilion bakteria yang tinggal di usus kita , yang mana boleh merangsang IgA untuk menyuburkan tindak balas imun kita.
Apabila saluran pencernaan kita tidak seimbang dengan betul , pelbagai masalah kesihatan akan muncul, termasuk alahan dan penyakit autoimun.
Banyak kajian menunjukkan bahawa semua jenis mikrob - bakteria, kulat , dan juga virus - memainkan peranan penting dalam fungsi badan kita. Sebagai contoh , bakteria bermanfaat yang terdapat dalam makanan ditapai membantu:
• Mengatasi keradangan dan mengawal pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit
• Menghasilkan vitamin, asid amino ( pelopor protein) , menyerap mineral, dan menghapuskan toksin
• Mengawal asma dan mengurangkan risiko alahan
• Mengawal mood dan kesihatan mental
• Memberi kesan kepada berat badan kita.
Kimchi kaya dengan vitamin A dan C dan adalah makanan tradisional Korea dihasilkan oleh penapaian sayur-sayuran dengan probiotik bakteria asid laktik ( LAB ).
Banyak bakteria yang terlibat dalam penapaian kimchi , tetapi LAB menjadi dominan disamping bakteria yang menyebabkan pembusukan makanan ditindas semasa peng’asin’an nappa cabbage iaitu kobis panjang dan juga ketika process penapaian.
Oleh itu, kimchi dianggap sebagai sayuran makanan probiotik yang menyumbang manfaat kesihatan dengan cara yang sama seperti yogurt iaitu makanan probiotik tenusu.
Kimchi juga boleh jadi lebih baik dari yogurt kerana mengandungi superfood lain seperti bawang putih, halia, lobak putih dan banyak lagi yang mana superfood ini terkenal dalam meningkatkan tahap kesihatan kita.
Menurut satu kajian dalam Jurnal Perubatan Makanan, menunjukkan Kimchi adalah...
1. Anti-cancer
2. Anti-sembelit
3. Anti-obesity
4. Menurunkan Kolestrol
5. Antioksida
6. Anti-penuaan
7. Meningkatkan kesihatan kulit
8. Meningkatkan imun sistem badan
Dann..Kimchi juga adalah natural induce yang baik untuk ibu-ibu atau bakal ibu yang sedang menunggu hari. Waktu ni makan la kimchi banyak-banyak sebanyak mana yang kita nak. Tapi kalau prengnant baru beberapa weeks, dinasihatkan makan berpada-padalah ya hanya sekadar untuk elakkan sembelit.
Halal homemade kimchi from Annie's Kitchen.
๐Ÿ“ฒ WhatsApp 0192822328

Thursday, May 5, 2016

Alhamdulillah lagi perkongsian testimoni dari customer Kimchi kami

Assalammualikum...
Alhamdulillah walaupun penghantaran pada minggu ini ada delay 1 hari (delay disebabkan pihak pos laju) namun Alhamdulillah kami tetap menerima feedback yang baik2 dari customer kami.
Kami telah mencuba yang terbaik untuk memastikan pelanggan kami mendapatkan Kimchi yang diposkan keesokkan harinya, oleh kerana itu kami memilih pengeposan hanya pada setiap hari isnin.
namun jangan risau, jika berlaku kelewatan sebegini, kimchi ini tidak akan rosak, cuma kadar fermentation atau peraman nya berlaku lebih cepat berbanding jika kita menyimpannya di dalam peti sejuk. Jika anda memilih option pos laju, untuk mendapatkan kelazatan yang maxima (hahaha) simpan dulu di dalam peti sejuk, makan kimchi ini semasa ia sejuk baru lah ada ummmpphhh!



Homemade halal kimci by Annie's Kitchen

Kimchi Annie's Kitchen yg mabeles.
Ha siap dapat gelaran Kimchi Mabeles dah ni by Customer dr Johor ni yg repeat order 2 jars. Mula2 test 1 jar, bila dh terasa sedapnya kimchi yg dibuat dengan kasih sayang ni, ha terus repeat 2 jars. Alhamdulillah terima kasih my dear. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Kimchi kami bukan semata2 fermented kobis, tapi juga ada carrots, lobak putih, leeks dan daun bawang. Ha mau tak Delicious and Nutritious. 
Hang pa tak makan sayur pun terus suka Kimchi.

Lagi nak bagi tau kimchi kami TAK ADA MSG atau pun cuka. Kalau ada rasa masam tu adalah peraman kimchi itu sendiri. Lagi lama kimchi di simpan di dlm peti sejuk lagi sedap dan lagi berkhasiat probiotic.
Selain natural probiotic kimchi jugak membantu melawaskan sistem penghadaman. Lepas makan kimchi dah takde istilah sembelit or berak taik kambing lagi (oopppsss ๐Ÿ™Š๐Ÿ™Š๐Ÿ™Š). Serious X tipu.

Apa kata Anda WA 0192822328 terai test homemade kimchi kami yang Freshly made dan Halal ni.
In Sha Allah, Allah bg sedap kimchi kami pasti nk repeat lagi ๐Ÿ˜„


Annie's Kitchen
Halal, Delicious & Nutritious.
WA 019-2822328

Tuesday, May 3, 2016

Halal Kimchi : Postage hari ni 3May2016

kimchi sedap from Annie's Kitchen

Halal homemade kimchi from Annie's Kitchen. 
Freshly made, Delicious and Nutritious.

Alhamdulillah Terima kasih Allah, terima kasih kawan2 yang sudi support halal homemade kimchi kami. ๐Ÿ˜˜  Selesaikan sudah urusan postage Kimchi untuk minggu ini, in Sha Allah secepatnya esok sampai. Jangan segan2 untuk bagi feedback kepada kami ya.
In Sha Allah, Allah bagi sedap kimchi kami. ๐Ÿ˜Š Jangan lupa promote ke kawan2 ya/ hihiihi


Pada yang tak pernah makan Kimchi, apa kata anda cuba 1 jar sementara masih di harga pengenalan. In sha Allah, kalau tak da aral, next week tempahan sticker kami siap, harga Kimchi kami bermula RM13 / 400gm ya. Jangan risau, ia masih lagi harga terendah di pasaran.

Kimchi kami bukan sekadar "jeruk kobis" atau kimchi kobis semata2, kami mendapatkan resepi asal kimchi dari orang korea sendiri. Kimchi kami mengandungi carrots, white carrots, leeks dan daun bawang. In sha Allah tentu sedap, mereka yang tak suka makan sayur pun akan suka kimchi kami. Pelikkan. tapi itulah kebenarannya. Saya mempunyai seorang sahabat yg tak makan sayur, tapi dia teringin nak cuba makan kimchi, gian betul dia tengok orang korea makan kimchi. Tambahan dia ni kaki movie korea jugak, terkejut sekali order 2 jars, lepas tu cakap nk repeat order lagi. sedap katanya, jangan tak percaya, saya sendiri terkejut sebab setahu saya dia tak makan sayur.
saya sendiri tak suka makan kobis, tapi saya suka makan kimchi, bab sayur krunchy tu memang sedap. 

Bagi saya, saya suka makan kimchi begitu sahaja, buat macam snacks bila mulut kita gatal. hahaha tapi ni healthy snacks tau, kalau ada masalah sembelit, seminggu sekali nak membuang air besar pun payah, cuba lah makan kimchi. In sha Allah, kimchi membantu system pencernaan, melawaskan, mengelakkan sembelit dan memastikan setiap hari anda akan buang air besar. Betul, sebab tu saya sendiri consistently makan kimchi hari2. 

Ada yang tanya, macam mana nk makan kimchi? Ia terpulang kepada tekak individu, ada yg suka makan begitu sahaja, ada yg suka makan dgn mee megi (mcm korea movie tu katanya), ada juga yg suka makan dgn nasi goreng, bihun goreng. ikut tekak masing2.

Masih lagi pada Harga Introduction price 
RM10/400gm

(NP:RM13)

๐ŸŒŽPostage ke seluruh Malaysia.
๐Ÿ“ฎPostage fee via Pos Laju RM7 sm /RM10 SS
๐Ÿ“ฒJika berminat WA ke 0192822328. 


Boleh juga kalau nak COD di sekitar sg.Chua Kajang, kami juga ada FREE DELIVERY di sekitar bandar kajang dan taman2 berhampiran (min 3jars)


#homemadekimchi #halalkimchi #halalfood#koreanfood #bangi #kajang #putrajaya #sgchua#sayajualmurah #bazaarmalaysia #bazaaronline#bazaarpaknil #instashopmalaysia #visitmyig#igshopmalaysia #kimchi #kimchisedap #foodporn#annieskitchen #kimchimalaysia 


Handmade by Annie Tay
 ~L.O.V.E in every stitches~