How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Friday, September 28, 2012

mengidam


Tak macam masa mengandungkan Abbie, mommy mengidam macam2 makanan contohnya ikan pekasam, tauhu bakar dato' keramat, taiwan beef glass noodle kat ampang dan mcm2 lagi .
Tapi kali ni mommy tak de mengidam pape, cumanya suka kan barang2 yang cantik2... dah cantik mahal la pulokkk... Mommy mengidam nak CD baby wombie, mommy nak baby snuggler tapi tu semua mommy boleh jahit sendiri (ala kadar) tapi kan ada satu benda yang mommy mengidam & takde confident nak jahit sendiri sebabnya its carry my precious one. Kalau la mommy buat dengan jahitan tak kuat, tak ke aniya baby sendiri huhuhu

Mommy nak Orbit SSC ni... regenya tak ler mahal sangat (kata orang yang banyak duit) RM319 ajeeeee
Tapi kalau compare dengan normal baby sling or carrier yang terjual di Manjaku ke memang ternyata harganya jauh panggang dari api. Sebab mommy dah punya 2 ring sling, 1 sling & 1 baby carrier... en suami melarang dengan sekeras-kerasnya niat & hajat mommy nak mempunyai SSC ni huhuhuhu
Selalunya katanya kalau nak baru, letgo hok lama tu... tapi kali ini bila mommy said nak let go yang lama tu (tak de la lama, baru la jugak beli masa Abbie lahirkan, pakai pun sekejap ajew) daddy tak setuju.
Dia kata benda dah ada, masih elok kenapa nak tukar?
I don't like if you keep spending money mommy. If I said don't buy, don't buy. If you buy I will throw that thing or you cannot go inside the house. Tidur kat car porch. huhuhuhu sedey kan kalau hubby cakap macam tu...
Mommy diam ajew bila daddy dah membebel sampai macam tu, telan air liur mata terkebil-kebil.

Serius my hubby is very lovely hubby and bila tang dia serius takut woooo
Kalau langgar jugak perintah, nanti dia diam tak mahu cakap... pastu dia akan cakap you are big enough to make own decision, now no need mine. Dah mommy pulak yang sedih. Serba salah.
Kata-katanya ada kebenaran juga bah..... jangan membazir itu lah sikap daddy.
Tapi married ni kan ibarat workshop, where husband work & wife shop HAHAHA
melawak la pulak untuk melegakan hati yang terkilan ni.

So takde sesiapa ke nak bagi hadiah Orbit ni kat ai? Yang dok nak buat collection baby tu ha, takyah la beli baju baby or stroller ke apa, ai dah ada, bagi la Orbit ni ya (hahahaha permintaan yang melampau) blueekkk :P
Ke nak saya rasuah, saya bagi duit, pastu cakap konon2 nya kawan bagi.... daddy percaya kah?
Hahahaha I pernah buat mcm tu sekali bila I want buy handbag, pastu I keluar dengan my sister, pastu pakat dengan my sister, i beli bila balik ai cakap my sister yang belikan hahahha
Atau pun ai beli dengan harga lets say RM80 then I told him I cheap only RM30 thats worth to buy gagagga
Menipu sunat orang kata untuk elak perbalahan :P

Ade ke korang yang mempunyai hubby yang King Control macam saya? Hubby yang kat rumah suka membebel macam mak nenek... saya yang kat rumah terus jadi pendiam, kat luar molot pot pet gaggaa
bukan takut... hormat suami katakan :P :P

Newborn baby check list

Jangan marah tau kalau hari ni ai buat banyak entry hahaha, sebab Jumaat hari yang saya punya banyak kelapangan... ai loike friday. So dalam kepala ni dok ingat nak prepare newborn baby stuff ajew.
Sekarang dok gila kain, sebab some of the stuff ai nak DIY, so tadi dah make payment ai tempah kain secara GB dari luar negara dengan geng Gila Kain. Bukan apa, actually ai pun malas nak beli kain macam ni, sebab nak kene tunggu 2 ~ 3 weeks, pastu ada handling fee postage tapi kan, bila tengok harga 1yard tu compared dengan same fabric yang terjual di malaysia, rasanya tak rugi saya join GB ni. Contohnya 1yard kat situ baru RM38, tp kalau beli kat sini 1/2yard dah RM25~28 beza sangatkan.
Lepas ni, kita stop beli kain, sebab ai nak shopping pulak kat Mothercare. Nak beli overall & newborn stuff (especially kalau girl... panjang sikit list ai hahaha)

Ok ok berbalik kepada tajuk entry tadi, ada juga yang PM ai if before this ai ada share check list for new born baby? Tak ada , masa Abbie dulu ai do ask my fren yang berpengalaman, mereka ada juga bagi list, tapi masa tu tak rajin blogging, tah mana list tu ai simpan. Now ai make the list again & share with you all here. Mungkin ada yang kekurangan dan mungkin ada yang terlebih, you all may consider which is need & which is want per your own budget ya.

1- Kain lampin (tak perlu beli banyak2, cukup 1 or 2 pack only)
2- Cloth Diapers for newborn atau Disposable Diapers for newborn.
3- Wipes/Wet tissue.
4- Nappy liners (kalau plan to wear lampin kain traditional tu then you need this or else tak perlu).
5- Nappy rashes cream.
6- Baby oil ie. minyak telon/minyak yu yi cap limau ect
7- Ubat mandi untuk penyakit kuning (boleh beli di kedai seh seh standby jika baby ada penyakit kuning).
8- Thermometer.
9- Baby bottle (sekiranya anda memberikan formula milk).
10- Bottle detergent.
11- Sterilizer Unit.
12- Bottle drying rack.
13- Bottle brush. (If you buy Avent newborn set, its come with 2units 4oz bottle, 2 units 9oz bottle, bottle brush & pecifier).
14- Bottle warmer. (If you breastfeed baby and plan to continue bf when you away to work.)
15- Breast pump either manual or electric.
16- Breast milk storage (bottle or plastic seal).
17- Tungku baby.
18- Barut.
19- Kain bedung/bedung modern/baby snuggler
20- mitten & botties
21- Cloth bibs.
22- Baby hat.
23- Sapu tangan baby.
24- Baby towel
25- Baby blanket
26- Baby shower set - bath foam/shampoo/baby oil/baby powder/baby lotion/bath sponge/cotton buds ect
27- Baby tub.
28- Bath mat.
29- Nasal aspirator.
30- Baby nail clipper.
31- Baby cloth detergent.
32- Water flask (if baby drink formula milk).
33- Basket to put all the formula milk stuff.
34- Milk powder container.
35- Nursery bag.
36- Travel changing mat.
37- Baby carrier/baby sling/SSC
38- Baby car seat.
39- Baby stroller.
40- Baby cot + mattress+bedding set+
41- Baby pillow & booster.
42- Rocking chair.
43- Baby Mosquito net/Queen mosquito net (senang dlm pantang mak & anak tidur sama dalam kelambu).
44- Buaian (kalau tak nak ajar anak tidur dalam buaian, cukup sekadar beli rocking chair yang net tu... tak panas & ada ventilation).
45- Breast pad (wash or disposable sebab dalam pantang susu akan melimpah ruah).
46- Feeding pillow.
47- Set bersalin.
48- Nipple shield.
49- Tukang urut.
50- Nipple cream.
51- Nursing bra.
52- Bengkung ibu bersalin.
53- Nursing dress.
54- Romper.
55- Overall.
56- Short sleeve shirt.
57- Long sleeve shirt.
58- Baby rattle.
59- Baby play gym.
60- Car seat toys,
61- Disposable panties (wear during stay at hospital).
62- Kain batik.
63- Stokin tebal.
64- Maternity pad.
65- Bean spout husk baby pillow atau Tea leaf baby pilow

Setakat ini saya dapat listkan 65 keperluan ibu & anak. Mungkin lain kali saya boleh share keperluan yang perlu ada dalam back sebelum admitted ke dalam ward pulak (actually those entry is for my self too) :)

Homemade seluar pendek


Ini lah hasil keras tangan mommy malam tadi.... lagi hasil lebihan kain membuat baby snuggler, caranya mommy ikut kat youtube bawah ni. Tapi alahai.... tak muat la pinggang Abbie, muat pinggang new born baby boleh la. Teringat masa raya hari tu ada kwn kat FB yang tunjukkan seluar baju melayu anak dia yang tak boleh pakai sebab pinggangnya terlalu kecik, ai gelakkan and share with my sister yang merupakan seorang tailor. My sister cakap, masa nak potong seluar tu, jangan ikut curve pinggang seluar tu, ukur ikut ukur lilit pinggang baby/toddler tu baru potong kain. part lain boleh copy sample, but part pinggang kene ukur. Atau katanya potong lurus jangan curve ikut shape seluar tu, sebab shape seluar tu pinggang dah tertarik sebab adanya getah pinggang. Tapi kan ai terlupa, malam tadi potong baekk punya ikut shape seluar macam cara kat bawah ni. Hasilnya nampak menarik & tertarik. tetapi......


Tengoklah bila Abbie pakai, hanya muat sampai bawah nonek dia ajew, montot tak leh masuk...pinggang kecik... tapi Abbie tetap nak pakai... agaknya sebab dia nampak mommy buat seluar ni, dia buat main2 la....
sib baik la percubaan pertama dengan lebihan kain. (tapi rasa gop rugi). Tapi at least kita ingat & belajar dari kesilapan kan... next buat lagi bila kain2 yang corak lebih menarik tu sampai :)

Next time we follow step kat sini ya

Columbia Asia ke KPJ

Hahaha tak habis-habis dengan dilemma mommy Annie ni kan..
Lepas set bersalin hospital bersalin pulak gaggaa
Ni semua daddy punya angkara la ni, dah elok dulu mommy bersalin kat   KPJ Kajang , tetiba second baby dia nak suh bersalin kat Columbia Asia pulak.

Tadi terai la masuk website Columbia Asia, mereka tak ada maternity pacakge, so tak reti nak agak how much cost for normal delivery for single/double/5 beded room. So how to kira budget?
Terai goggle pengalaman ibu-ibu yang lain, ada juga yang pernah call mereka kata roughly cost for normal deliver is RM2700 but she didnt mention utk berapa beded. Kalau KPJ memang terang2 depa state the price so kalau that standard should be single beded.
OMG saya dah jumpa rate bersalin di Columbia Asia Puchong punya kat SINI, agak mahal la berbanding KPJ, Bersalin 2 or 4 beded pun dah RM2700++ lagi... kalau bersalin single beded RM3000++ walauweh... itu hanya untuk 2hari 1 malam,,, kalau 3 hari 2 malam?? abes ko pokai lioo....

KPJ Kajang nowaday the price for maternity package pun dah naik, masa I give birth Abbie dulu, ai amik 4 beded dengan harga RM1888 tapi terlebih jugak sebab terlebih tidur 1 malam.
But now harga dah naik ke RM2088 huhuhu
We plan this time to take single beded so baby boleh stay dengan mommy & Abbie & daddy boleh berkampung kat sana. Tapi tengok budget lari sesangat sebab AIA only cover RM2250 kalau tak silap, kalau lebih kene bayar sendiri. Lets say we took single beded yang harganya RM2588 dah terlebih dt RM250, kalau stay longer mcm Abbie dulu extra 1 night, kene bayar extra lagi... erm...

Apa pun actually I prefer KPJ sebab KPJ dekat sangat dengan rumah, ai dah kenal nurse & doctor kat KPJ very well, ai suka service KPJ and now KPJ support breastfeeding. Hope even I take 2 beded or 4 beded I still can bring my newborn baby sleep with me. Kalau dulu mereka tak bagi, mereka kata only single beded boleh bawa baby tidur bersama, yang lain hanya time menyusu atau diperlukan sahaja mereka bagi baby kat kita.Katanya atas faktor keselamatan.. Kan,,, this time we tak mahu macam tu... sebab kalau boleh I really nak success in breastfeeding, letih tau kalau anak tak mahu direct feed, asyik kene pam setiap jam sekali sebijik macam mak lembu,... tambah dengan breast pump ai yang berbunyi tu hahahha

p/s- This time ai want to get new breast pump too, I wish to get Madela Freestyle , ada dt periwinkle dengan harga RM1490 kot boleh main kutu RM200 sebulan, tapi kan daddy ni cerewet banget. Geram,,, online-online no dia tak kasi lah :(
Katanya kita pegi Singapore during year end sale and buy from there... of coz la masa last visit i tengok madela freestyle dengan all the free stuff baru S$400++ murahkan.,...tp tu dlm sing dolar, cuba cocnvert to ringgit, lebih kurang jewwww

Set bersalin yang menjadi pilihan hati


Salam & Good Morning.... yeah.... finally Friday is arrived , happy dapat cuti 2 hari... nak balik Batu Pahat baiki cik Kelly yang kerosakkan gear box tu dan.....
Nak amik kain microfleece dari my MIL.
Wah punya la baik my MIL, early this week bila hubby call nak bagi tahu kami nak balik this weekend, and I ask him to reminder her about the cloth, she said dia dah get ready all the cloth for me! yeay.... happy
Thanks mother :)

But thats not the topic I want to share today, sebab hari ni saya nak share keputusan poll yang saya buat semalam. Topicnya : Brand set bersalin apakah yang menjadi pilihan anda? Kenapa?
Tujuan poll ini bagi membantu saya sendiri & bakal2 ibu atau ibu-ibu lain yang mungkin juga mempunyai dilemma yang sama dengan saya, keliru untuk memilih dengan kepelbagaian product set bersalin yang terdapat di pasaran.


Terima kasih kepada 37 pengunjung blog saya yang sudi menyertai poll ini. Ini lah keputusan atau ranking dari 37 pemdapat:

15 orang vote for Set Bersalin Nona Roguy 
10 orang vote for Tak makan apa2 pun product
4 orang vote for Amway
3 orang vote for Shaklee
3 orang vote for Leesa Formula
1 orang vote for Jamu Orang Kampung
1 orang vote for Sendayu Tinggi

Sekali lagi terima kasih kepada pengunjung blog & rakan-rakan yang sporting dalam menjayakan poll ini.
Its help me a lot! :)

Previously saya menggunakan set bersalin Amway yang hubby belikan. Saya tak tahu harga berapa pun saya tahu guna aja,..bagi saya set bersalin Amway super lengkap dengan bengkung, jamu, teh herba, herba mandian, pilis, herba sapu di perut, minyak urut, minyak baby, dan macam2 sampai tak terhabis product tu saya gunakan. :P
So disebabkan saya tak habiskan product Amway tu, kali ni, hubby tak kasi saya menggunakan product Amway, katanya product Amway dah naik harga & belilah barangan yang hanya saya perlukan. Jangan membazir katanya.
So bila difikir-fikirkan ada kebenaran jugak kan, mentang2 lah the money is not come from my pocket, its doesnt mean I can just simply spent, at the end of the day its our money, family money.

So I consider set bersalin yang simple, since ai dah ada 2 bengkung di rumah, salah satu dari bengkung Amway & satu bengkung pemberian kawan sebelum saya bersalin dulu.
Bila tengok pada vote, lebih ramai yang memilih Set Bersalin Nona Roguy... 
Jika di lihat dari qty setnya pun tidak lah terlalu banyak & membebankan.

Set ini mengandungi:
  • Phytonatal 90 biji - dalam bentuk tablet untuk di makan
  • Akar herbanika 10 paket - dalam bentuk uncang, rebus untuk diminum
  • Minyak herbanika 100ml - minyak sapuan badan dan urut
  • Krim Herbanika Barut 60 g - Sapuan pada perut dan pinggang
  • Uncang Cuci Herbanika 10 paket - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran alat sulit wanita
  • Herbanika Lulur - untuk menyental kulit

Setakat ni best price yang ai nampak is RM280 termasuk post, anyone tau harga yang lebih murah? :)

Thursday, September 27, 2012

Baby cloth shoe


Good morning.... hari ni mommy datang lewat giler ke opis... kul 10am baru masuk, LDP jemmed giler so kami lepak bersarapan kat Esso Puchong tu makan nasi lemak. Untuk mengelakkan di warning oleh bos lagi, ai tak punch in pun gagagaga
Kali ni mommy nak share hasil keras tangan mommy pagi2 sebelum subuh tadi.
Dengan menggunakan lebihan kain dari membuat baby snuggler hari tu, malam kelmarin mommy dah potong2 kain ni sambil melayan Abbie main Lego di hall. So, bila kain dah potong, kegianan nak menjahit pun berkobar2. Mommy tak boleh menjahit kalau Abbie terjaga, sebab dia pun turut sama nak tekan button kat mesin jahit ni, siap dengan kerusi IKEA dia tu duduk berdiri sebelah mommy. Kalau di ignorekan dia bermain sendirian, daddy pulak bising.
So pagi2 bila terjaga selepas menyusukan Abbie lebih kurang jam 4pagi, mommy bangun turun ke bilik jahitan di bawah menjahit kasut baby ni.

Actually malam tu dah dapat kebenaran 15minit oleh daddy untuk menjahit, tapi dapat jahit half way pastu blurrr... tak faham instruction. So sebelum tidur tu ai baca balik instruction tu baru la clear. Bila dah siap 1 belah kasut, nak buat yang lain2 tu semudah 1 2 3.
Tapi tu la, bila dah di matikan jahitan yang terakhir kat luar tu, jadi senget benget la pulak kasut tu. hahahaha
Dalam hati mommy, okey lah... percubaan pertama, so far senang aje buat kasut baby ni, cuma hard part bila nak sambung tapak kasut tu yang kene make sure semua kain sama layer.

 So ini sepasang kasut yang pertama, design girl hahaha

Ini kasut yang kedua....

Lepas ni nak cari kain 1/2 yard or 1yard untuk sambung project baby snuggler lagi 2 pcs & seluar pendek Abbie. Kain lebihan tu nanti boleh le mommy buat kasut lagi & bibs.

Mommy tengah sibuk jugak mencari kain PUL or waterproof fabric untuk membuat CD, weekend ni nak balik BP amik kain microfleece. Wah tak sabarnya nak menjahit CD, mesti kelakar kan hasil tangan yang pertama tu nanti :P

Tuesday, September 25, 2012

week 15

Semalam after work ai pegi check-up kat Klinik Doc Bedi, routine check-up 3minggu sekali... tapi lepas ni jumpa gyne 1 bulan sekali pulak (alamak...windu la mommy nak peep baby adik huhuhu)

Semalam timbang berat dah naik balik, 55kg :) Tekanan darah ok walaupun ada sikit sakit kepala.
Doc kata mommy kene continue lagi amik ubat penguat rahim tu lagi 3 minggu.... alamak! kene amik lagi ker? Daddy kata, amik ajer la mommy, dengar kata doc.
Mommy mengadu dengan doc yang mommy kurang selera makan, makan nasi half ajew tak macam masa preggy kan Abbie dulu... Doc tanya, ada minum susu tak? Mommy  cakap la ade dengan milo (sekali sehari ajew punnn ), doc kata tak apa, janji you minum susu. errrkkkkkkk

Pastu doc suh baring nak scan... seperti biasa... mommy cuak.
Pulak bila memula doc scan tu nampak gelap ajew... erkk.... mana baby???
Bila doc focus baru nampak baby kat bawah ni, baby pusing 180 degree mengadap bawah la....
panic mommy bila tak nampak kaki baby... doc cool aje... dia measure panjang baby dr buttock ke kepala dah 10.13cm Alhamdulillah baby adik membesar sihat.
Doc focus scan kat bahagian kaki/punggung tu... pelik kenapa pulak...
rupanya doc nak intai gender baby.... doc kata saya rasa baby girl, tapi next visit kita confirm kan ya.
Kalau sudah dapat sepasang lepas ni boleh berehat lama... kata doc hahahahha


Masa doc scan ni, daddy & Abbie datang tengok, Abbie nampak baby dan abbie said "baby" hihihi
Kalau sebelum ni ai do share with him inside got baby, now he saw oredi he looked happier.
Mommy rasa nak buat 4D scan tapi daddy kata jangan nak mengada2 la mommy huhuhu

Masa preggy Abbie dulu, 4 month Abbie facing up, kaki pun ke atas so easily doc kata bird2, seawal 4 bulan kami dah tau baby boy. Tapi kali ni baby facing down, kaki berlipat tak mahu kasi tengok...
tu agaknya doc kata baby girl.... pemalu ahaks!

Apa pun gender baby, kami terima dengan hati yang lapang asalkan baby sihat, sempurna & selamat dilahirkan.

So far, daddy stick to his plan agar mommy deliver at Columbia Asia Hospital, Balakong.
Mommy tak pernah masuk hospital tu sebab ia agak jauh dari rumah, biasanya kami pegi KPJ.
Daddy nak gyne mommy ni sendiri sambut kelahiran baby kami kali ini.
Either KPJ or Columbia both are our AIA panel, so claimable. Cuma ai dah tersuka & terbiasa dengan service di KPJ yang peramah, service #1 and sangat la dekat dengan rumah. And I knew KPJ support breastfeeding. Harap2 dah dekat2 nanti, saya mampu mengubah fikiran daddy ngeee~

Sekarang mommy dah boleh gosok gigi, dah takde muntah lagi Alhamdulillah.
Cuma daddy suruh mommy makan lebih banyak demi kesihatan baby kat dalam tu... ya appetite datang la kau... makan sampai termuntah mcm Abbie dulu gaggaga bior berat naik sampai 20kgs ekkkkk :P

Next visit with gyne is next 4week 22-Oct  19week huhuhu lamanya......

Abbie & Lego activities

Last 2 weeks bila kami balik Batu Pahat for 3days holiday there, we found a box of 200pcs LEGO in a box. Rasanya thats belong to Ariel anak my BIL from Singapore. They purposely brought and leave it at BP.
So my son love to play this lego with his cousin Justin koko & Aaron koko, they make a lot of shape from this LEGO termasuk la mommy ni (hahaha masa kecik2 tak dapat main lego, bila dah besau mommy pulak yang excited build robot la, dog la, ship la) :P
One of the activities at one night is build up the highest tower ever!
The kids build using all the pieces available from 200pcs lego.

 koko Justin & koko Aaron

 sedang membina high tower

Abbie pun tak ketinggalan sama membantu gagga


with che che Aalia yang super cute!

So bila balik Kajang, Abbie wanted to build high towel like he did back at hometown. Budak kecik ni memang mempunyai daya ingatan yang tajam, he build the tower with the montessori colour stacked tu.
Kesian dengan efford Abbie yang nak bermain Lego, daddy pun dengan senang hati la membawa Abbie ke Parkson Metro Kajang membeli Lego. Mahal la LEGO ni... yang brand lego super mahal, ni made in Taiwan pun 101pcs sudah RM80++ wallauwehhhh....
Tapi sebab sayang anak punya pasal... daddy tak kedekut tu... (terkejut mommy!)
So happy bukan main la si tecik saya ni.... mommy la jadi mangsa menjadi "engineer" untuk high tower Abbie.
He wanted to build highest tower ever used all the pieces available. Kalau tak sampai pakai "Abbie chair" kalau tak sampai jugak, mommy or daddy kene "pau pau" (dukung) Abbie untuk stacked kat lego block tu.
Alahai....memang enjoy... kalau tower tu runtuh dia akan gelak & jerit... pastu kene repeat build lagi hohohoho
Rumah bersepah jangan la cakap..... macam tongkang pecah dah hall saya huhuhu

Abbie siap guna chair utk stack this tower

 mommy helping baby ke baby is helping mommy?



 dah siap... with 100pcs lego

 hahaha mommy yg over!


Tapi ingat tau, lego ni sepatutnya utk kanak2 3tahun and above, kalau nak bagi anak anda main pada usia yang lebih awal, you should monitor & play together.

Udang salut tepung

 Udang salut tepung aka cekodok udang yang lazat for Abbie morning tea break dengan beberapa hirisan buah mangga epal yang masak manis tu..... Abbie love those so much!

Dengan menyalutkan bancuhan tepung gandum yang di campur dengan 1tbsp tepung beras, sedikit garam & lada sulah & air,
goreng sehingga berwarna keemasan. Memang sedap dijadikan snek pagi atau petang, atau lauk hidangan tengahhari kami.
Manis udang & rasa pepper tu memang memukau. Resipi yang diturunkan oleh my MIL.
Memang sesuai dengan Abbie yang hantu udang ni gagggagaga

Sambil layan video Dibo, Abbie makan dengan penuh selera. FYI Abbie dh 11kgs @ 26month.

Monday, September 24, 2012

Baby Snuggler

 Bagi mereka yang tak tahu apa itu baby snuggler, begini la ghupanya baby snuggler yang telah disarungkan kepada newborn baby. Cute kan :)

My idea to sewn this baby snuggler bila ai buat list to shop for my coming newborn baby, I notice 1 snuggler or swaddle cost me about RM40 ~ 55 dengan design yang agak limited.
Since I oredi own NV50, why not I learn how to sew it from internet? Make the purchase worth it and at the  same time boleh ler mengasah hobby menjahit saya yang masih beginner ni.

Ha, percubaan pertama saya dengan mesin jahit Brother NV50 ialah Tea Leaf Baby Pillow, bantal untuk mengelakkan baby terkejut terkejut semasa sedang tidur.

Dan ini adalah project ke-2 iaitu baby snuggler yang merupakan percubaan pertama.

 1st trial

2nd trial


Saya download pattern ni dari Internet & potong kain ikut pattern ini. Yang percubaan pertama tu saya salah pasang hahaha (maap ler BI mommy kurang baik, tak faham instruction dgn betul, bila nak finishkan jahitan tu baru perasan... sib baik la mommy creative so dapat la kaver balik kesilapan tu.)
Yang ke2 ai baca betul2 instruction & faham.... maka perfectos la memasang snuggler ni esp bahagian tepi wing tu.

I plan to make 3 snuggler & 1 swaddle. Bila siap ni, kalau this weekend I balik BP, next project will be making baby CD. Yes...earlier I plan to buy baby wombie CD yang harganya RM90 sekeping... ai need 10pcs... so bila totalkan RM900 kann.. mahal huhuhu
So why not I buat sendiri....ala,....untuk pakai sendiri, simple2 aje boleh la kan....janji menyerap urine, tak berpeluh & selesa.
So can't wait to go back BP to collect the microfleece fabric. Pastu nak cari kain utk buat CD & seluar pendek Abbie.
hahaha Selagi larat, kita jahit2.... sekarang saya sudah 15minggu lebih kurang 4bulan, daddy cakap perut mommy dah besar, cepat jew masa berlalu kan... lagi 5 bulan dah nak bersalin...
ya....cepat sgt so saya kene mula berCD sekarang!

Friday, September 21, 2012

Anak batuk & flu --> Apa perlu saya lakukan?

Ada yang PM saya what should they do with their baby yang batuk, selsema, sukar nak tidur, makan tak berselera. Recently jugak memang ramai baby or toddler yang diserang batuk & selsema.
Ada yang kerap dijangkiti dan ada yang dijangkiti berpanjangan.

My son jugak tidak terkecuali terkena tempias batuk & selsema masa bulan puasa lepas. Sangat teruk dan berpanjangan. Abbie terkena seminggu selepas discharge dari hospital akibat cirit birit.
Pada mulanya kami ingin membiarkan system immune badan Abbie to fight him self. Kami tak mahu batuk sikit, bagi ubat... nanti terlalu bergantung pada ubat. Tapi akibatnya abbie batuk agak berpanjangan sampaikan terjangkit kat mak buyong ini.
Kalau batuk berjangkit ini normally bukan lah batuk biasa, ia biasanya batuk yang dibawa oleh virus yang harus di ambil berat. Kalau dibiarkan ia mungkin akan menyebabkan berjangkit ke paru-paru.

Kali terakhir Abbie kene batuk yang agak lama as mention semasa mula puasa. Kami bawa Abbie jumpa paed semasa follow-up cirit birit paed hanya bagi ubat batuk. Sampai dah habis ubat batuk pun tak baik lagi batuk Abbie. So kami bawa Abbie jumpa paed kat Balakong. Klinik Kanak-Kanak Doc Yong [kalau dari cheras nak ke JJ Balakong, anda akan nampak klinik doc ni kat tingkat 1 berdepan dengan Cavensi tu].
Doc Yong ni dah tua.. sangat la tua tapi dia super good. Buka setiap hari sampai ke malam. Jam 9malam pun masih buka. So bila kami jumpa paed ni, dia kata Abbie dapat infection virus dari hospital. Virus yang ada dihospital lebih dasyat dari virus yang kita dapat di luar, sebabnya semua orang yang sakit tu masuk hospital.. pnemonia, jangkitan paru2 semua yang kene admitted, akan bergaul dengan kanak2 lain di dalam "play room". Walaupun diasingkan ward, tapi kalau ibu bapa anak tadi membawa mereka ke play room dan bercampur dengan kanak2 kes penyakit lain, maka terjangkit la anak tadi dengan virus tu.
Virus ni biasanya nak kene kill dengan antibiotic, kene buat neb baru boleh sihat. Ubat batuk sahaja tak jalan. [psst saya ulang ayat paed tu cakap yer... kalau salah harap maaf lerr sbb saye bukan ler doctor huhuhu]
So Abbie tak perlu nak admit semata2 nak buat nab, sebab Abbie dah batuk berpanjangan (dalam 2 minggu) doc sarankan kami buat neb 2x sehari, pagi & malam sebelum tidur. Kami datang jam 8malam Abbie amik neb... malam tu Abbie dapat tidur dengan lena. Terus sihat selepas 2x neb dan ubatan seperti antibiotic, flu, cough & phlegm .

So, nasihat pertama saya .. kalau anak batuk... ada bunyi di dada dia... iaitu bunyi kahak... sila lah bawa ke klinik kanak2 utk buat neb, tak perlu tunggu nak admit hospital ke. neb tidak lah membahayakan. Kalau sampai kene tahan hospital lagi sensara, mereka akan neb anak tadi lepas tu suck the phlegm...kalau kalian pernah tengok macam mana mereka suck the phlegm, kalian tak sanggup ia berulang lagi... Abbie pernah kene sekali gara2 ada batuk sikit mommy request doc utk buat neb sebelum balik, sampai berdarah bibir abbie gigit sebab x sanggup biarkan kakak misi tu masukkan tube ke tekak abbie utk suck phlegm kat tekak tu.

Yang ke-2: Selain mendapat jangkitan virus batuk & flu dari hospital atau nursary, pemakanan juga memainkan peranan. Makanan sejuk seperti buah-buahan kalau boleh jangan diberi pada waktu malam.
Smoothies kerana mengandungi yogurt yang sejuk cuba elakkan diberi pada malam hari. Biskut2 makanan ringan cuba elakkan. Stop dulu memberikan buah apabila anak batuk terutamanya buah-buahan citrus seperti oren. Banyakkan minum air masak/suam. Jangan mengada2 bagi ais krim pulak sebab tekak baby iritated/luka... sebaliknya terbaik spraykan gengigel untuk melegakan luka di tekak akibat batuk tu.

Yang ke-3: Sebelum tidur, amalkan menyapukan vicks/balm/or minyak panas baby di dada depan, leher & belakang baby. Ini akan membantu baby yang batuk tadi tidur dengan lena.

Yang ke-4: Jangan tidur pakai air-cond, sejak Abbie batuk berpanjangan tempohhari, kami ssampai sekarang dah tak tidur dengan air-cond, sebaliknya kami buka tingkat dan tidur dengan kipas.

Yang ke-5: Batuk juga ada kaitan dengan persekitaran yang kotor & berdebu, elakkan membawa anak ke tempat orang ramai, jauhi kanak2 atau orang dewasa yang kurang sihat. Cuci kain cadar,sarung bantal dengan kerap. Habuk2 & debu dirumah harus dipastikan bersih, Terbaik letakkan humidifier macam uMist Osim baby di dalam bilik tidur atau ruang bermain baby agar mereka dapat menyedut udara yang bersih & tak berhabuk.

Yang ke-6 & terakhir tips dan nasihat yang boleh saya kongsi ialah kuatkan immune badan anak kita dengan memberikan makanan yang berkhasiat & supplement seperti probiotic, scott emulsion, appeton ataupun spirulina.

InsyaALLAH dengan usaha & doa, anak-anak kita akan membesar dengan sihat & ceria.
Sakit adalah satu process yang normal di alami oleh setiap anak-anak, sebagai ibu bapa, kita cuba yang terbaik untuk mencegahnya.

sekian~

Tea Leaf Baby Pillow

Tea Leaf Baby Pillow

This pillow normally used by Chinese parent for newborns who have a natural startle reflex (terkejut semasa tidur). Originally this pillow filled with bean sprout husk, but its hard for me to find bean sprout husk (earlier I thought this pillow filled with green bean hahaha) but then I modified the idea by replaced with tea leaf.
This tea leaf is special, my brother in law brought from Thailand, which is the leaf not process at all. They pluck the leaf & dried it in leaf form. So if you can see below photo, the tea look rough and smell good.

Tea Leaf

I buy piece of cotton cloth and make the pillow size 30cm x 15cm and filled it with 300gm dried tea leaf.
Some people prefer to make a pillow cover for this pillow, but for me, I wanted to keep the smell strong when we put it on baby chest or tummy, so baby will feel calm & sleep soundly.

I believe mommy smell is the best for newborn, especially for breast feeding moms, you can use this pillow first before let your baby use it, so the milky scent can make baby calm.


This Tea Leaf Baby Pillow cannot bring to wash. Just dry it under hot sun and maintain dried.
This pillow is not only for newborn, it also suit for toddler until their grew up as "bantal busuk".

This is my handmade for my coming second baby, even there have retailer sell this kind of pillow but I believe the one who makes with love by mommy is the best ones! :)


HoHoHoliday @ PGH

Happy Friday!!!
Ini kesinambungan dari entry happy and worried, just nak share gambar kami free stay 1 night at Palace Golden Horses (PGH) recently.
This is 5star hotel, kalau tengok dari luar grand you... tapi bila masuk dalam nak check in bilik, bau karpet mak aaiiiii busukk nyerrrr
Rege 1 malam bilik ni kalau tak silap RM500++ kottt, this is our 2nd time free stay here. Ada lagi 1 malam percuma tapi kami boleh pilih either nak tdo di hotel ini 1 malam or others 5star hotel for 3D2N.
I am thinking of hotel Equatorial, Cameron Highland... sebab Abbie love strawberry, boleh bawa dia sekali lagi.,.. kali ini boleh pluck strawberry sebab Abbie dah besar & tinggi :) ngee~

PGH bukan sekadar hotel, tanpa kita sedar terdapat health sanctuary kat situ, so my hubby took the yearly medical check-up kat situ for 10years. So for 10 years we freely to use any accommodation kat situ such gym & swimming pool. 50% Japannese buffet dan bukan kat PGH sahaja, malah kemudahan di Kajang Country Club oso free for 10years. Bestkan....

Okey, jom tengok keadaan bilik tidur kami... so far the room is superb! ai loike 

 terasa macam pegi honeymoon, cuma bezanya ada budak tecik tidur antara kami :p

 bilik ni bukan saiz 4segi, tapi L shape.. memang luas

 Ini ruangan menonton TV yang siap dengan set 3+1+1 sofa, working table

 lampu tidur yang unik, kat mana2 semua design kuda termasuklah perhiasan di dalam tandas, bekas shampoo, shower form ect
Abbie so excited with this horse... keep mentioning HORSE mommy.... horse 

 masuk bilik terus carik remote & menonton TV, siap ada ASTRO lagi tau

 Ini lah buah hati saya yang semakin bijak, semakin tinggi, semakin manja, semakin notty & semakin bam bam 

 Dah la dapat free stay, dapat lagi 2 ticket free for South Lake Cruise kat The Mines,
1 ticket utk 2 orang dewasa, so kami still have ticket valid until Nov this year.
This ticket worth RM22 per person.
Abbie lah orang yang paling excited untuk naik boat, sampai menangis2 tak sabau...huhuhu

 Sebelum ke The Mines kami sempat berpossing dengan kuda kat luar lobby hotel, 
tengok la si tecik saya, nak naik kuda... sib baik tak kene tendang dengan kuda besi tu :P


 Happy permintaan ditunaikan


 Kan.... betapa tak sabarnya nak naik boat, siap tunggu tepi jeti lagi

 Sambil2 tunggu boat sampai, hidung mommy hantu durian ni terbau durian... ku cari2 maka terjumpa satu restaurant yang katanya menjual "pancake durian" tapi bila tengok rupanya mochi durian, harganya RM8++ untuk 3 biji...
walaupun mahal, atas permintaan mak buyong, daddy belikan juga :D

 see how happy Abbie dapat naik boat...
sana sini boat, banyak betul boat

 senyum aja.... happy

 sejak jadi ibu ni, percutian kami lebih bermakna untuk anak2
bukan untuk diri sendiri
kalau nak gi holiday, mesti kene fikir aktiviti untuk anak, adakah percutian itu sesuai untuk si kecil
memang bahagia melihat si kecil enjoy & happy

 we are happy family

 dapat tengok tasik, tengok ikan talapia yang besar2, bangau, burung, swan
semua tu buat Abbie teruja

 Keesokkannya daddy ada medical checkup...sejak jam 9malam daddy berpuasa, so mommy & abbie sahaja yang makan buffet breakfast di cafe hotel.
RM40 untuk satu kepala.
Lepas makan, dengan pakai baju tidur, mommy bawa Abbie berjalan2 sekitar hotel... tumpuan tentulah di padang rumput PGH

 Ternyata Abbie sangat la happy sebab dapat tengok tasik, boat, kejar burung, petik bunga
sayangnya mommy tak bawa ball untuk Abbie bermain
Bumbung hotel yang berbentuk kubah tu Abbie panggil masjid hahaha

 dah penat kejar burung, rehat sebelah tempat daddy check-up

 nampak tak horse kayu dalam cermin tu..
hensem bergaya betul anak mommy ni

 Actually Abbie ada sedikit flu, mommy ingat tak mahu kasi abbie swim... [kalau anak batuk atau flu, elakkan swimming..sejuk nanti jd worst]
tapikan since semalam kami bawa kite untuk bermain di padang tapi hujan,
so abbie so excited to swim...dia dah lupa tentang kite tu
kalau mommy tak bg swim kesian dia kan... hampa.
lagi daddy punya check up habis at 12pm, so kami spent after morning walk at swimming pool
super enjoy

 pandai abbie bersantaikan...

 mommy pun tak ketinggalan sama berswimming
nasib baik swimming suit mommy masih muat
ada ke swimming suit for pregnant lady ya?

check-out time at 12pm
sebelum check-out daddy dapat makan free kat japanese restaurant.
best betul buat medical check-up kat sini...:)