How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Thursday, September 6, 2012

Catatan sepanjang 1st trimester

Pada entry saya yang lepas saya share bagaimana Shaklee Alfafa mengubah hormon estrogen sehingga boleh menghalang dari kedatangan haid? Betapa cuaknya saya bila period saya lewat 3 hari tapi bila saya test menggunakan pregnancy test keputusannya negatif.
Tetapi setelah saya mengesyaki Alfafa punca saya tidak datang period, saya stop makan alfafa & alhamdulillah period saya datang selepas hari ke3.

Sejak itu saya memulakan lagi usaha saya untuk conceive dan hanya mengambil vitamin C, B complex, Iron+folic asid & Vitamin E.
Vitamin E adalah kelainan yang saya lakukan untuk 2 bulan ini. kalau bulan lepas saya makan Vit E wit Alfafa, hasilnya negatif, tapi untuk bulan berikutnya saya mengambil Vit E tanpa Alfafa.
Saya buat perkiraan ovulation bukan jatuh pada hari ke 14 biarpun kitaran period saya 28hari.
Sebaliknya saya mengambil pendekatan,
10 hari period, 10 hari subur & 10 hari tempoh untuk conceive.

My last period is 8-Jun, patutnya kalau nk check kene tunggu 8-jul, tp sebab saya ni kancong sangat nk tahu, malam 6-Jul tu saya dh check, sebab haritu genap 28hari cycle period saya,
dengan rasa yang teruja & berdebar2 lepas dinner pegi la wat pregnancy test,,,,biasanya orang kata terbaik buat waktu pagi, sebab level HCG paling tinggi pada waktu pagi, tapi kali ni pada malam Abbie turn 2, we get good news...berita gembira dengan kemunculan 2nd line yang sangat terang :)
Inilah yang kami nanti-nantikan, wah super happy! :)

                           
Alhamdulillah...
hubby cakap, even your period cycle is 28days, but my ovulation is not on 14days, its on 10days.
Selalu kami bersama pada kiraan 13 atau 15 hari huhuhu
So kali ni saya gunakan startegi yang sama semasa saya nak dapatkan Abbie, macam mana lah saya boleh lupa huhuhu
Kadang2 masalah kita bukan tak subur, tapi kita bersama pada waktu yang salah especially untuk mereka yang bukan main hari2 hahahahhaa

See.....i never missed my period even a day without pregnant, so dalam masa yang sama, ai learn about how alfafa works.
Doakan kali ini kandungan saya sihat sehingga melahirkan, amin~

Perkembangan kandungan saya sejak week4:

week4:
Saya buat pregnancy test 2 hari sebelum dijangka period dan mendapat keputusan yang positif. Sangat la happy, hubby terus pesan jangan bagi tau sesiapa termasuk my mom. Terus kawal pemakanan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Dapat tahu jew preggy, hubby terus belikan susu Anmum untuk saya.
My EDD will be 15-03-2013, hubby cakap kalau lahir 03-03-2013 lagi chantek date tu, macam Abbie   07-07-2010

week5:
Hubby dah mula keluarkan uniform 9bulan saya, so far semasa mengandungkan Abbie saya memang tak ada langsung membeli pakaian mengandung, kesemua lebih 20 helai pregnancy cloth saya adalah pemberian my SIL dari Singapore. Memang tak sabar nak pakai, tapi agak2 la kan, baru 5 minggu.
Masa ni dah mula ada morning sickness sikit2.

week6:
my hubby dah mula inform mom dia, our baby sitter, sebab dia tak mahu saya carry Abbie. Kalau masa week5 saya masih lagi boleh minum susu,tapi masuk week6 ni bau susu & sebut aje nama susu tekak dah mula kembang. Dah mula uweekkk uweekk di awal pagi . Dan memandangkan week ini bermulanya bulan Ramadhan, saya cuba untuk berpuasa namun tak sampai jam 10am saya dah muntah2, mungkin perut berangin. So hubby melarang saya untuk berpuasa, keselematan baby yang dikandung adalah lebih utama memandangkan saya pernah mengalami 2 kali keguguran.
Untuk pertama kalinya kami berjumpa gyne (23-Jul-12) dan gyne mengesahkan saya mengandung 6minggu.
Gyne menasihatkan saya untuk tidak carry Abbie, tidak banyak berjalan & jaga pemakanan.
Dalam masa yang sama gyne memberikan saya 2 kotak ubat penguat rahim untuk diambil selama 20 hari.
1 kotak berharga RM40. Will meet gyne again when week9, seminggu sebelum raya.

pil untuk menguatkan rahim
1st time scan , Alhamdulillah nampak denyutan jantung :)

week7:
morning sickness semakin menjadi2, alhamdulillah, disebalik kepayahan tu saya bersyukur kerana itu tanda janin sedang membesar dengan sihat, tak sabarnya nk intai baby dalam ni, kene tunggu lagi 2 minggu huhuhu
semoga semuanya selamat sehingga melahirkan YA ALLAH, kecuakkan ku ini bukan hanya saya yang merasai, tapi en suami pun merasai kebimbangannya, dia dengan tiba2 memaksa saya memohon 1 bulan unpaid leave, katanya i need to have enough rest for the 1st trimester, nak taknak saya terpaksa le menebalkan muka memohon cuti dari en bos. Alhamdulillah, bos walaupun lelaki sangat la memahami, dibenarkannya saya bekerja dari rumah bermula 1-Aug sampai 30-Aug.
Alhamdulillah, semoga usaha kami tidak sia2.

memo dr my gyne utk memohon cuti :)

week8:
morning sickness saya semakin teruk, ia lebih teruk dari semasa mengandungkan Abbie (terasa macam serik, cukup la 2 anak hohoho). Mungkin sebab kali ini saya ada mengambil pil utk menguatkan rahim, dimana pil itu membantu meningkatkan hormon estrogen. Sebab kadar hormon yang tinggi, saya tak boleh gosok gigi, tak kira pagi atau bila2 mesti termuntah. Kalau sebut nama susu, bayangkan terasa susu Abbie pun terus termuntah, kadang tanpa sebab pun muntah, sepanjang hari pun muntah. Sampaikan maid depan tu tanya saya "kakak, sudah ada isi lagi ka?" saya dengar akak muntah semalam hohoho
mau tak kuat saya termuntah, lembek. Kerja work from home sepatutnya ia bersifat releksi tapi dh bertukar stress, bila saya semakin weak, dan pada masa itu lah someone in office bagi no hp saya kepada orang lain. Memang bos ada cakap, kalau work from home he will call me (tapi itu bos) saya tak expect entah PE or engineer mana2 simply call saya for more than 5x sekali call, katanya saya tak perlu bekerja seperti normal working hours, nanti ada problem clark nak keyin, katanya tak boleh buat time transfer 8jam sehari, so clark inform saya kerja 2~4jam sahaja. Tapi ini saya clock in dari jam 8pagi sampai 530 ptg jugak. saya keluar pegi beli sayur pun kne call huhuhu....saya dah mulai stress. saya harap sangat dapat buat cookies untuk merelesedkan stress saya ni, tapi ai got no time kalau ada masa, mungkin saya pulak yang lembek.huhuhu
I can't wait for week9, nak jumpa my gyne and scan to peep on my lil baby. doa2kan baby dlm ni sihat ya, sempurna YA ALLAH.
mommy dh mula menabung & mensurvey CD...dalam kepala nak beli 10 kpg baby wombie punya CD, harganya?? rm800 hohohohoho

week9:
hari ni genap 9 minggu ada appointment dengan gyne, aduh debornye...YA ALLAH tuhan sahaja yg tahu, saya doa baby dlm ni sihat & membesar dgn sempurna YA ALLAH, saya sangat takut kalau tetiba scan doc ckp berita yg tak elok mcm dulu...kami riang2 nk peep baby tetiba doc ckp baby xde heart beat huhuhu
YA ALLAH saya mmg fobia, ni tambahan saya dh almost a week dijangkiti batuk, teruk la jugak...penat batuk ni sampai sakit kepala, menekan dari perut... :(
Nak makan ubat takuttt, ni sat lagi nak jumpa gyne, saya nk mintak nasihat dari dia, kalau mengambil ubat itu memudaratkan, tak perlu lah,,,,saya sanggup tahan.
Hari ini jugak pil penguat rahim dah habis...syukur dah tak perlu makan lagi...adoiii saya memang tak lalu nak makan ubat2 ni..susu anmum pun saya minum dengan milo, kalau nk suh minum mcm tu alamat termuntah ler nampaknyer huhuhu
Dugaan nak dapat adik , Abbie kuat meragam, tambahan pulak dia pun tak sihat, dah 2 minggu batuk & flu....adoiii benar2 mencabar kesabaran kami, mujurlah daddy seorang yang strong & bertanggung jawap, he help a lot to released house chores , sieh sieh honey :)
okey...dah balik dari check-up dgn doc bedi.... ini lah hasilnya ubat-ubatan yang banyak sampai bil mencecah rm256 huhuhu
ubat batuk, antibiotic, probiotic, ubat kuatkan rahim, vitamin - asid folic & calsium huhuhuhu
yang lebih melegakan ALHAMDULILLAH my dear baby inside sihat & membesar
YA ALLAH nebes nye mommy semasa doc nak scan, tp bila tgk shape baby tu rasa lega sgt, doc kata ur baby healthy....syukur... tapi sebab history keguguran 2x semasa 9w & 10w, doc still want me to continue take ubat kuatkan rahim tu sehingga kandungan 4 bulan, katanya sehingga rahim betul2 kuat.
Apa yg terbaik utk baby mommy sanggup lakukan :)
tetiba EDD doc boleh jadi 10 march pulak hohohoho umur baby pun teradvance bior la betul doc
next visit will be 3-sept (12week @3mos).

week10:
Raya oh raya... tahun ni raya paling tak best, sebab dah la tak beli baju raya, family kami takde tema...hanya Abbie yang memakai baju raya baru, dah tu penyakit batuk ku yang berpanjangan ni menyebabkan hubby suruh ai jaga mulut. Tak boleh makan itu ini, nak makan biskut raya tak boleh, kerepek raya tak boleh, pedas tak boleh, sejuk tak boleh, buah tak boleh, nak makan ayam pun tak boleh (melampau!!) ai buat tunjuk perasaan jugak makan jugak 2 ketul ayam masak merah...kira ai test dia punya patient la nie...kasi bakar.....
mak buat nasi lemak pun x boleh makan, sambal x boleh, telur tak boleh , ikan bilis tu goreng aiiiiii stress tahap dewa....
Pendek kata semuanya tak puas la...dtg beraya umah jiran & sedara dok pakat tengok ja biskut2 raya depa, kalau ada yg hidang macaroni ka, kek ka, soto ka dengan air panas dapat jugak ai makan, kalau yg hidang biskut raya & air sejuk semata2 tu.... T_T
Balik KL hubby paksa ai jumpa gyne utk consult batuk ai yang berpanjangan ni, ai tak mo pegi,...takkan nak amik ubat lagi,...paling2 gyne akan bg ubat batuk jugak.
Dah la last visit gyne bagi ai antibiotic, habis keluar banyak white discharge kat cik V ai,...dengan suasana panas kat kampung, memang tak selesa, sib baik ada probiotic, habis je antibiotic terus ai makan probiotic...ALHAMDULILLAH....kembali normal. Cuak memang cuak, rasa nk g jumpa gyne dah ni, nak kene masukkan ubat kat cik V tapi ai takut kesihatan baby kat dalam tu... kuatkan juga...pantang makan sejuk2.
Abbie menjadi semakin manja & super manja. Dia dah tau dalam peyut mommy ada baby, selalu ai suruh Abbie usap peyut ai & kiss. Dia ikut, sapu & kiss hehehe ai told him dalam ni ada mei mei (adik perempuan) nanti boleh buat kawan Abbie.
HAHAHAHA Ye kalau boleh saye nak anak girl girl... dengan pengalaman 1st trimester mcm ni, ai rasa macam cukup la 2 anak ako...sepasang jadi lah huhuhu
daddy cakap, tengok dulu,,,kalau ai tak masuk tanjung rambutan boleh tambah sorang lagi kua kua kua
memang ai cukup malas sekarang, ai nk rehat jew...baring sambil layan TV, masak malas tapi nak makan sedap2. Dah makan sedap2 muntah pulak tu....MEMBAZIR!
Pengalaman mengandung kali ini, ai tak makan banyak...tak boleh nak makan banyak...makan nasi lemak sebungkus pun dah muntah balik.... kalau time Abbie dulu...2bungkus nasi lemak tu selambe jew ai belasah :D
tu yang time Abbie i gain 20kg, kali ini kita tengok lerr... orang tua2 kata, kalau mabuk tak sama, tandanya gender pun tak sama...hihihi harap2 girl girl.
Okey next visit with gyne is on 3-Sept (12minggu)

week11:
Last work from home, next week dah mula kene masuk opis....aduh bosannya...hubby mcm agreed ajew ai terus resign, tapi macam too sudden la...nak kene menabung dulu....paling2 tunggu la sampai december, kalau boleh tahan lagi.,.sampai nak bersalin nanti InsyaALLAH. Malas betul nak masuk opis... benci kat satu minah cina tu... kalau tgk muka dia meluat sesaje... jangan kenan anak ako ikut muke die sudah hahahaha
Week ni jugak , ako dah mula gegatal survey name baby.... nama baby girl lagi hahahaha
Kalau mase last pregnant yg gugur tahun lepas, lekat jew ai dah buat senarai utk shopping & list of baby name. Tapi bila dah gugur... hancur bekecai semangat tu...so kali ini ai amik pendekatan macam Abbie dulu.. langsung tak shopping hahaha harap orang bagi ajew. Bila baby dah lahir baru beli baju :P
Tapi kali ni, kalau dt boy, pakai ajew baju Abbie, kalau dt girl dah ada 2 kotak besau romper & dress yang menanti, itu semua pemberian my SIL dr Singapore...branded lagi..cumanya 2nd hand item la.
Tapi last week ai ada masuk Mothercare kat Alamanda... wah wah wah... happy, ai told my hubby, nanti dah dekat2 dlm 7 or 8month ai nk shopping sendiri kat situ... hahaha target ai nak beli overall, sebab nampak apa yg my SIL bg byk short sleeve romper, overall & pyjamas xde... so plan nk shop sampai RM600 so boleh terus jd Mothercare member club... kannn.... ha so mulai sekarang, jangan shopping lagi, simpan dulu duit tu, sampai masa kita buat long list to shop :)

week12:
Dah mula masuk keje, 1st day kat opis pagi2 ade meeting, semua org dlm meeting termasuk bos cakap ai look kurus, pipi nampak cengkung. why? ai cakap la ai tak sihat selama sebulan, batuk & morning sickness yang teruk. Tapi... betul ke dah kurus ni? ai tak sabarnya nak gi check-up doc petang tu.
So pada 3-Sep tu lepas balik keje ai pegi la check-up 3mos kat Klinik Doc Bedi, macam biasa, 2nd pregnancy asyik kene masuk bilik doc sensorang huhu, daddy kata takde parking, ingat dia pegi cari parking, rupanya dia pusing ke rumah baby sitter amik si tecik saya, dan tunggu sampai saya habis check-up...
Doc tanya saya sihat ke tak? saya cakap la tak sihat, batuk lagi tapi kahak dah tak hijau cuma lendir jernih ajew... dia pun check la lung macam Paed check baby, pastu dia suh timbang. Kalau tak silap last 3 week berat ai 55kgs, tapi kali ni berat 54.5kg doc kata "noranni, kenapa berat turun?"
ai pun cakap dengan nada manja... muntah la doc, asal makan jew muntah huhu
doc suh baring nak scan baby...aduihhh part ni yang buat ai dedebor ni...
so bila doc scan ternampak la gambor baby kat bawah ni :)

Doc...baby saya sihat?? itulah soalan wajib tanya tiap kali doc scan peyut mommy ni. Doc kata baby u sihat... ni tangan dia, kaki dia, jantung dia, grow very well...
kalau diikutkan kira2 i am 12week, tapi scan ai dah 13week. boleh jadi cenggitu ker?
Apapun ALHAMDUILLAH yang muncul di bibirku secara perlahan...lega~
Gyne bagi ubat batuk, katanya tak perlu antibiotic, boleh makan gula2 mcm halls utk kurangkan batuk.
Masih kene amik ubat kuatkan rahim sampai 4 bulan. Jumpa lagi next 3week.
total bil RM176 hehehe seperti biase daddy akan claim dgn pihak insurance :D

Setakat ni, masih lagi mual, tak boleh gosok gigi, ni dah 2 hari pegi keje tak gosok gigi hahaha
untuk mengelakkan muntah di pagi hari, terpaksa huuhu
mengidam nak makan apa2 tu takde lagi... masa abbie dulu ai mengidam nak makan ikan pekasam (tersangat teringin), pastu tauhu bakar datuk keramat, taiwan beef glass noodles mcm2
tapi kali ni satu habuk takde teringin nak makan apa2, cuma nak makan sedap2 jew... kalau boleh hari2 nak makan sushi hahaha (kopak hubby den).
Ni waiting for Malaysia Day, nak balik BP, nak makan Nasi Brayni Gam Daging Taman Soga.. hanya di taman soga, taman2 lain tak mo... (mengidam ler kottt) hahaha - kes tak puas makan juadah raya la ni.

the journey will begin.... nantikan catatan seterusnya :)

1 comment:

Hunny said...

congrats annie!take care & jangan lasak2.tdo & relaks je hehe...bagi hubby handle rumah & anak. you'll need it :)

bila pk pasal morning sickness ni.memang rasa tak mo pregnant dh :p bila pk bersalin nanti memang rasa ngeri nak mati.cukup la anak 2 je :p tapi bila anak dah kua..hmmm best jugak kalau tambah lagi 1 ekeke tapi not soon la kan...kasi trauma hilang dlu eheh