How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Friday, May 11, 2012

Baby teething

Salam Jumaat kalian,
Seronoknya esok cuti....yeay....
Hari Jumaat la yang saya mampu releks sikit, psssst...lunch tadi sempat lagi saya menonton Avengers besttt!!

Neway, last monday (kalau tak silap) saya terjumpa one of my fren status yang bertanyakan pendapat tentang masalah gigi anaknya yang berusia 2tahun.
[harap my fren have no problem ai share her status here huhuhu]
Bukan niat untuk mengaibkan, tapi sekadar pencetus idea untuk saya mencoret di sini, juga membukakan & menyedarkan mata para ibu bapa yang mungkin terlupa tentang pentingnya penjagaan gigi anak sejak dari bayi tumbuh gigi.
Kalau tak suka, pls inform saya ya, nanti ai remove from my page hohoho


Sedikit penerangan tentang pertumbuhan gigi baby.

Gigi pertama bayi anda secara puratanya akan tumbuh pada usia 6bulan, namun ada juga yang tumbuh seawal 3bulan dan paling lewat 1tahun (tapi sangat jarang berlaku).
Gigi bayi yang juga dikenali sebagai gigi susu akan tumbuh sehingga anak itu berusia 3tahun, yang keseluruhannya mempunyai 20 batang gigi susu.

Kebiasannya gigi susu akan tumbuh seperti aturan berikut:

  1. The two bottom front teeth (central incisors)
  2. The four upper front teeth (central and lateral incisors)
  3. The two lower lateral incisors
  4. The first molars
  5. The four canines (located on either side next to the upper and lower lateral incisors)
  6. The remaining molars on either side of the existing line of teeth

Gigi kekal akan tumbuh sekitar usia 6tahun. Gigi kekal tumbuh sama aturan seperti gigi susu. Apabila gigi kekal tumbuh, gigi susu akan tercabut.

Berbalik kepada kisah yang disharekan oleh kawan saya ini, betapa pentingnya penjagaan gigi bayi sejak dari hari pertama gigi mereka tumbuh. Di SINI terdapat beberapa entry yang saya share kan dari segi tips memberus & peralatan mencuci gigi bayi. Tooth tissue sangat sesuai digunakan untuk mencuci gusi, lidah & lelangit bayi walaupun bayi anda masih belum tumbuh gigi. Ini bagi mencuci sisa-sisa selepas minum susu.

Apabila baby anda telah mula makanan pejal, tabiat memberus gigi haruslah ditekankan. Ini bagi memastikan gigi anak anda bersih & juga mulut yang sihat. Bawa anak anda bersama-sama semasa anda memberus gigi bagi memberikan pendedahakan kepada mereka. Seperti yang kita maklum, anak kecil ini umpama span yang baru dibeli, mereka akan menyerap segala yang mereka lihat. So this is the best time to teach. 
Mulakan dengan mencuci dengan tooth tissue, kemudian beralih kepada finger brush & seterusnya menggunakan berus gigi bayi bersama-sama dengan safe to swallow tooth paste.

Selain dari mengajar tabiat memberus gigi dari bayi, cara pemakanan juga memainkan peranan penting terutama kepada si anak yang tak suka memberus gigi. Cuba elakkan memberikan makanan/minuman yang manis kepada bayi anda terutama gula-gula, coklat , ice cream & makanan ringan lain yang bergula.
Makanan bergula ini bukan sahaja tidak baik untuk gigi, malah untuk buah pinggang sikecil dan penyumbang kepada faktor obesiti. 

No comments: