How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Monday, May 14, 2012

Poor Man Food


Salam monday laling.....
Last week ai teringin nak makan masakan cina ni...hubby ai panggil "Poor man food"
sebab makanan ini berasal dari kalangan keluarga orang miskin, mereka tak mampu membeli mee yang merupakan makanan ruji masyarakat cina kuno zaman dahulu kala...
so mereka menggunakan tepung bagi menggantikan mee.
Bahan-bahan asas hanya tepung, ikan bilis & sawi.
Tapi lama-kelamaan makanan ini meluas hingga ke kalangan orang kaya pun makan jugak
maka namanya "Meehun Kue soup".
Meehun kue dalam bahasa hokkien bermaksud tepung doh  (meehun = tepung, kue = doh).
So untuk kami, orang kebanyakkan [bukanlah orang kaya] saya memodified kan dengan menambah udang & fish ball, dua bahan yang merupakan kegemaran si tecik kami.ngeee~~


Bahan-bahannya:

1 cawan Tepung gandum
2~3 batang sawi
1/2 cup ikan bilis yang digoreng rangup
3 tbsp ikan bilis yang digoreng (diblend halus) ini bagi menggantikan ikanbilis/chicken stock sebab si tecik pun makan bersama, kalau hanya orang dewasa makan, you all boleh la menggunakan separuh cube chicken stock 
1/2 cup udang yang dibogelkan kulitnya
10 biji fish ball
cili padi
kicap cair
bawang goreng
tepung jagung
pepper
1/2 periuk air untuk kuah


Cara-caranya:

                                             
Tepung gandum ini di uli dengan sedikit demi sedikit air sehingga menjadi doh.
Jangan lupa letakkan 1/2 tsp garam sebagai perasa.
Bila dah jadi doh mcm ni, simpan sekejap di dalam peti sejuk lebih kurang 2jam.

 Ha...macam ni la rupa doh yang dikeluarkan dari peti sejuk, kita boleh carik2kan nipis nipis macam play doh yang anak kita main tu hehehe

  1.  rebus air 1/2 periuk dengan serbuk ikan bilis yang diblend tadi sehingga mendidih.
  2. Bila dah mendidih carik-carikan tepung doh tadi nipis2 dan kecil2 [sebesar duit 50sen) ke dalam periuk tadi. buat sehingg habis doh tadi. Pada mulanya tepung tadi akan tenggelam, dan lebih kurang 30saat ia akan terapung naik [maknanya tepung itu sudah masak].
  3. Bila dah habis mencarik tepung, masukkan fishball & udang [udang bogel tadi kita gaulkan dengan 2 tbsp tepung jagung & sedikit pepper]
  4. Kemudian masukkan sedikit garam & campakkan daun sawi tadi.
  5. Biarkan masak selama 5minit dan tutup api. jangan lama-lama kang sawi tu layu pulak.
  6. Cili padi tadi dipotong kecil2 dan direndam di dalam kicap cair.
  7. Bila nak makan, taburkan bawang goreng & ikan bilis goreng sebelum dimakan dengan cili potong tadi
  8. Untuk anak kecil, sila skip cili potong tadi, kalau tak kompom melalak huhuhuhu                                        

Ini la rupanya carikan tepung di dalam soup ini....simple recipe tapi cukup sedap dimakan sehingga air hidung pun meleleh kepanasan & kepedasan...
ya...sedap dimakan semasa ia masih panas.

selamat mencuba :)

No comments: