How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Wednesday, May 9, 2012

Mee Suah Soup

Salam & Selamat Sejahtera semua..
Apa khabar? Huhuhu penat la mencuci sawang kat blog ni , dh semakin kurang masa berfb & blogging , apatah lagi nak tolong mommies dalam gorup solid...
Maap la yer, kalau rasa memerlukan hidmat nasihat saya, just komen dlm blog or PM di Page saya, InsyaALLAH nanti saya akan reply.

Ni pun time lunch, kebetulan hari ni lunch di opis saje, buleh la saya memblogging....

Menu nak share hari ni adalah Mee Suah Soup
Untuk peminat makanan cina atau mee type food macam Abbie memang mudah
Kegemarannya, mee goreng, bihun goreng, spagetthi , pasta , janji ada fish ball, sayur & udang!!
Yess.,...udang adalah kegemaran #1 Abbie,
kalau dah makan udang, lauk lain tak mahu dah huhuhu

Mee Suah Soup ini menggunakan bahan yang terdapat dalam peti sejuk kamik, simple dimple itu memang motto saya dalam penyediaan makanan baik anak atau family.

                                     


Bahan-bahan:
1 keping mee suah
4 biji vegetable fish meatball (boleh ganti dgn isi ayam atau prawn ball ect)
2 batang sayur sawi
1/5 batang kentang
2 ulas bawang putih (ketuk je)
1 biji telur ayam
sedikit garam & pepper
air untuk kuah
sedikit minyak sayuran ie olive,sunflower oil untuk menumis

Cara-caranya:
1- Panaskan minyak & tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2- tuangkan air & jerang sehingga didih.
3- masukkan carrot yang dihiris nipis, vegetable fish ball yang dibelah 2 atau 4 & telur yang telah di kocak.
4- tambahkan sedikit garam & pepper.
5- masukkan mee suah & sayuran.
6- Kacau & tutup api.

Kalau dibiarkan sejuk, mee suah tadi akan menyerap air kuah tadi & sangat sesuai untuk dihidangkan kepada anak anda.
Menu ini bukan sahaja untuk anak, tp untuk seisi keluarga...
selamat mencuba.

No comments: