How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Monday, October 29, 2012

Bersederhana itu lebih baik...

Salam Aidil Adha semua.... mesti semua lemau nak masuk keje hari ni kan...
same la dengan saye ni, adeiii tak larat betul bangun tidur pagi tadi...  hubby dah siap2 baru dia kejutkan mommy bangun :P (dalam hati rasa nak MC tp kan hari Isnin ni... dah cuti 3 hari tentu banyak keje tak leh nak cuti...) mak punya faveret day nk MC is either rabu or jumaat hehehe

Seperti biasa, kalau raya puasa or raya haji mesti lah balik kampung ai, takkan nk blk BP pulak... tu celebrate CNY boleh ler :P
Balik kampung ai, ai ler yang pokai, sebelum balik, dah dapat gaji, dalam diam tanpa hubby tau ai transfer dekat 2rat utk GB DC & Minky fabric. As usual I will ask them to post to my office, so I plan bila kain sampai ai tanak terus bawa balik, nak perap dalam opis dulu, masuk bulan 12 nanti or dah siap jahit semua kain kat ghumah tu baru boleh bawa balik kain ni. Kalau tidak.... bernanah la telinga ni kene leteq dengan en hubby hohohoho
Balik kampung ada la bawa duit raya utk anak buah, lebihan duit raya puasa, tapi ai bagi kat budak2 bawah umuq ajew... yang dah bujang/anak dara tu x mo bagi lah. Hubby tanya... how much u give? I said RM5 aje... then he started mumbling to me, dah tau takde duit tu bagi la RM2 sudah, lagi pun hanya raya haji, mak bapa depa bukan bagi kat Abbie pun... adeiiii ai bagi kat 5 orang je pun tu pun yang umur 4 ~10tahun ja.
I cakap dengan hubby, ai bagi ikhlas, sebab ai happy tengok budak2 tu happy dapat duit raya... ai never ask their parent to repay, so ai tak kisah kalau my son dapat duit raya ke tak. I kira sedekah... ai told hubby kita memberi RM5 tuhan akan murahkan rezeki kita dia akan pulangkan RM50 dlm bentuk yang kita tidak sedar. Yang penting niat ikhlas & tak mengharap balasan, hati kita lapang kannn.

My hubby bukan lah kedekut, tapi dia tengah runsing tu, bumbung rumah kami masih belum di baiki (tukang buat rumah tu masih busy), cermin kereta dia yang pecah tu belum ganti, bukan setakat cermin, bonet tu pun kene ketuk, kalau dah ketuk kene lah spray... kebetulan pulak 15-Nov ni roadtax kelisa ai expired, dan pulak ada 2 saman speed trap rm600 kene settle adoiii semua itu money. tu yang tetiba malam tadi hubby suh postpone our trip to Cameron Highland next 2 week. huhuhu
Balik kampung pulak, mak ni masa tu la dia beli tilam baru utk ai, mintak claim 200, ha... dah ako bayar duit tilam ajew tak bagi duit belanja... sampaikan on the way balik kajang semalam berenang air mata ai ni sebab salam tangan abah dengan tangan kosong. Dan ai sms my sister kat kampung suh hulurkan rm50 untuk duit rokok abah. tadi ai bank in kan kat my sister. ala... balik kampung mana la bawa duit banyak2, ingatkan withdraw rm250 tu cukup huhuhu

Malam tadi, hubby bawa ai pegi Alamanda, entah mimpi apa dia bawa mommy masuk kedai kasut Clarks.
Katanya kasut yang mommy teringin nak beli tu.... adeiii dia lupa ke yang dia suh ako berjimat. Ai nak masuk kedai Bata jew... (memang selalu beli kasut Bata ajew) kebetulan sandle ni dah season sangat, dekat 2tahun pakai dah, bila sarung kasut baru,,,terasa sangat selesanya kasut baru. tahap beli kasut baru terus buang aje sandle ni. So bila sampai kedai Clarks tu, daddy cakap, mommy u pilih la kasut mana u nak ye... u ada credit card kan, ai bawa abbie masuk Toy r Us (kebetulan si tecik saya tak mahu masuk kedai Clarks tu)... mommy okey ajew la... belek punya belek... nak cari sandle ajew pun.... tengok rege RM338, RM275 adeii kalau kat Bata kasut mcm tu baru rege 40 or 50, tapi ai agreed kasut kat sini even nampak leper mcm Vinci tapi soft & very comfortable,  so cepat2 ai tanya balik hubby... daddy, what is your price range? (aiyaa... ai know la my hubby, dia jenis berjimat punya olang.... ai tak sampai hati nak simply spent even dh dapat green light.) the he said, how much the shoe? ixit rm150~200? I said no... its 250~400 la... for a sandle only. Then daddy said, no lah kita pegi kedai Bata ajew :P
But I'm not sad.... kalau sebelum ni memang teringin sangat nak pakai clarks tau, tapi bila fikir balik, dari letak 300 kat kaki baik ai beli kasut kat bata, baru 60 paling mahal pun, pastu duit balance tu bagi kat mak abah. sangat la bermakna nilai 50 buat mereka. Tak apa, ai still have a lot of chance to wear such shoe.
Biar pun balik kampung baru ni mak beli solid wood sofa yang regenya rm2k++ tapi bior lah itu duit dia, sebagai anak, maka ada duit ke, tak ada duit ke, ako tetap hulur selagi hayat mereka di kandung badan.
Kalau dah tak ada nanti, InsyaALLAH ako janji nak buat upah haji untuk mereka. YA ALLAH perkenankan lah doa hambamu ini.amin.

Itu lah sesekali balik kampung, ako jadi insaf le pulak... ako sorang jew yang agak senang sikit, keje dlm ekon goyang2 kaki cukup bulan dt gaji, tengok abg ako keje polis bantuan 12jam shift & tolong bini packing kuih & jual kuih...adeiiii ako tak mampu buat mcm tu. Ako bersyukur....susah2 mcm tu abg ako tetap ingat bersedekah kuih2 yang tak habis tu, alhamdulillah semoga tuhan memurahkan rezeki mereka.
Walaupun sedikit kalau kita beringat & berkongsi, InsyaALLAH tuhan akan gandakan nilainya.
So jangan jadi kedekut tahi hidung masin ya :P :P
Dan moral untuk saya: JANGAN JADI BOROS.
Hidup ini ibarat putaran roda, kadang kita di atas, kadang kita di bawah, jika kita tidak beringat, kita sendiri yang akan susah.

Satu yang saya geram (saya harap abg ipar saya tak baca en3 ini), he likes to borrow money from my hubby, walhal title dia GM - deputy General Manager. Setiap bulan kalau tak dapat 500, 200, tak dapat 200, 100 pun jadi... pastu kalau bayar pun penuh.... bak kata orang gali lubang tutup lubang, bayar awal bulan, pinjam hujung bulan. So tak pernah settle, kalau betul susah tak apa, ini gaji dia kompom lebih byk dr hubby, gaji wife dia double dr gaji ako, baru2 ni dia nak pinjam 200, hubby x kasi, dia kata 100 pun ok lah, hubby buat tak tahu ajew... sebab bulan lps kami pun pokai..sampai duit tabung dapur mommy bg kan daddy. Pastu kami dapat tahu last saturday dia bawa anak2 dia pegi Kidzania, kat damansara, pastu sabtu baru ni dia pegi makan angin kat penang. Bengang tak? kalau xde duit buat apa pegi jalan2?
My hubby pun tersedar yang abg dia ni ada hobby suka pinjam duit walaupun berduit. So ai warn my hubby, i told him, their earn more than us, their have 2 kids, and we oso going to have 2 kids, your bro spending like rich people & if you borrow him money, ai will spent my money sesuka hati. Sangat sakit hati bila kita berjimat utk family kita, tapi orang lain amik kesempatan dr kesenangan kita.
We may look senang, tp ada masa susah kita, kita diam2 kita kaver sendiri, ikat2 perut, korek mana yg boleh korek janji tak menyusahkan orang lain.

So sekian luahan hati mommy monday blues hari ni...
jom kita turun line wat keje :P

1 comment:

Nanak said...

hari tu ingt nak beli crocs tapi bila tgk harga..trus tak jadi beli..akhirnya beli sandal bata rm30 je..jom berjimat cermat..