How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Monday, October 8, 2012

Homemade Tungku Bayi



Somel tak tungku baby yang mommy buat ni? hehehe pink lagi you....
Ni kain perca yang mommy beli 3helai RM10 hahaha sajew jew gatal nak buat sendiri, sebab kalau beli paling murah pun harganya RM10, tak termasuk kos penghantaran lagi... ada juga yang jual sampai RM18 wah wah wah.... meriah you....

Masa Abbie dulu mommy takde sediakan tungku baby ni.... sebab mommy buta sikit ilmu baby-baby ni, tapi 2nd baby ni mommy rajin sikit gugel apa lagi keperluan baby (especially sejak ada mesin jahit ni) walaupun buat tungku baby ni tak kene jahit pun.... simpul-simpul & lilit jew....

Apa kegunaan tungku bayi nie yer....kenapa mesti ada?

1. Mengelakkan perut bayi dari dimasuki angin atau kembung perut
2. Mengecutkan pusat bayi apabila dituam di sekeliling pusat bayi
3. Mengelakkan angin pasang bagi bayi lelaki apabila dituam di sekeliling zakar bayi lelaki
4. Memanaskan badan bayi apabila dituam selepas mandi.
5- Mengelakkan lebam selepas terjatuh atau selepas mendapatan suntikan.


Untuk tungku bayi mommy Abbie ni, ai bonjotkan 2 herba sahaja, iaitu biji Habbatul Sauda & Lada Hitam. Thanks to kak Umi Rosmah yang tolong belikan biji habbatul sauda ni yang masih pure belum di process di Ampang, murah ajew... sepeket RM5, kak Umi belikan 2 peket sebab mommy Abbie ni pesan beli lebih-lebih...boleh buat tungku lebih, lebihnya boleh buat makan selepas bersalin nanti. Ada yang kata ia membantu menambahkan susu badan.

Dan tak lupa untuk kawan saya yang Puan Ruby yang memberikan 1 tupperware lada hitam fresh dari ladang mertuanya di Sarawak, dengan itu lengkap la tungku bayi ini.
Kalau mommy lain nak buat sendiri, katanya boleh dicampurkan jintan manis, jintan putih, halia bara & lain-lain herba.

Cara penggunaan:
Boleh dipanaskan tungku bayi  ini pada sterika atau tungku ibu dengan menggunakan suhu suam2 kuku. Sebelum tu, rasa dahulu kepanasan tungku dengan menggunakan belakang telapak tangan sebelum menuamnnya pada badan bayi.

So mommy Abbie buat 2, bau harum dan terasa panas kalau dipegang di bahagian bunjut tu.... mungkin panas lada hitam tu. Tak berapa nak come mommy lilit tali tu, tapi boleh leh buat pegang bila menuam perut baby nanti.InsyaALLAH.

2 comments:

mama chinta said...

time my baby dulu, my mom buat penuam dia dengan masukkan sekali tali pusat anak yang dah tertanggal.. letak sekali lada hitam dengan apa ntah.. then dijadikan penuam tiap kali lepas mandi.. just panaskan seterika, gosok-gosok penuam, rasa tahap panas dan tuam baby....

Annie Tay said...

thanks for sharing mama chinta... really appreciate dat :)