Tapi waktu bila sesuai pegi terjah ni, owh main terjah ke atau kene mintak izin dulu nak datang melawat?
Ada yang suka melawat kat hospital, orang kata senang jumpa kat hospital ramai2 kawan opis tu, senang, nak pegi rumah kang jauh, dah masing2 dengan hal masing2 tak sempat lak nak datang.
Biasanya korank datang terjah ke atau minta izin nak datang?
Tadi terbaca forum ni, ada ibu yang bertanya waktu bila sesuai nak pergi melawat ibu lepas bersalin ni.
Tu yang terdetik nak buat entry ni. Bukan apa, tak semua ibu yang baru melahirkan selesa dikunjungi pelawat semasa di hospital. Mereka mungkin lebih selesa jika hanya suami dan kalangan ahli keluarga sahaja yang melawat memandangkan mereka mungkin penat, atau masih dalam proses recovery, nak mula start breastfeed baby for 1st time, kalau czer mungkin tube air kencing belum dicabut, malu pula kalau ada orang luar datang melawatkan.
Bila tak dapat melawat di hospital, bila pula nak melawat di rumah?
Saya suka cara orang barat mereka akan buat party Baby Shower terlebih awal sebelum bakal ibu melahirkan, so masa tu diorang dah share gender baby, dan bagi hadiah in advance. Dah ramai jugak orang kita yang follow buat party baby shower ni menjelang bulan terakhir kehamilan mereka.
Bagi kaum cina, mereka akan ada party Baby Fullmoon, iaitu bila genap 30hari selepas berpantang, mereka akan menjemput tetamu yg terdiri daripada sanak saudara, sahabat handai, kawan pejabat , jiran tetangga untuk meraikan kelahiran newborn mereka. Ha masa ni la baru depa bagi hadiah untuk baby, dan menatap newborn tadi. Masa ni, si ibu dah lepas pantang, dah sihat dan segar dah mula ada confidence nak jumpa orang luar.
Bagi orang melayu, kita juga ada kenduri akikah atau potong jambul selepas 44 hari berpantang, rasanya masa tu tak salah kalau ada yang nak datang hadiahkan atau buat collection untuk baby. Dan masa tu si ibu pun dah sihat segar dan lebih berkeyakinan nak berjumpa dengan ramai orang.
Tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh melawat semasa dalam pantang, cuma bagi saya kita kene tahu masa yang sesuai dan adab melawat.
Jangan lah datang seawal pagi tat kala si ibu sedang sibuk di urutkan oleh tukang urut. Kan ke tak manis begitu, atau baru 2 hari balik dari hospital, masih lagi dalam proses adapt dengan orang baru terutamanya yang anak sulung, tambahan baby pulak meragam kuat nangis, ada baby yg siang asyik tidur malamnya berjaga atau menangis, tentunya si ibu perlukan rehat yang cukup disiang hari. Jangan lah terlalu berlama lama melawat sampaikan mendatangkan ketidak selesaan si ibu tadi, serba salah pulak nak bagi hint kan.
Anak nak menyusu badan, tetapi tetamu depan mata, atau dah sampai waktu makan, tetapi tetamu tetap tak mahu berganjak.
Pernah terjadi kepada saya, tetamu berkunjung jam 6ptg, katanya jam 530ptg mau datang tapi terlewat, bila sampai sembang2 sampai jam 730 pun tak balik balik. Yang kita ni belum mandi, belum makan, walhal org dlm pantang tak boleh makan lewat apa lagi mandi lewat kan. Nak tegur kita jaga hati. Bila tetamu balik, kelam kabut la si ibu berpantang tadi huhuhu
Itu bab adab masa melawat, bagaimana pulak dengan kesihatan si pelawat?
Baru baru ni ada kawan saya yang sedang berpantang namun terjangkit chickenpox, sudahnya dengan her newborn dan anak kecil sekali terjangkit.
Bagaimana ia terjadi? Sedangkan kita tahu ibu berpantang ni macam kene kuarantin tak keluar rumah sampai habis pantang, kecuali yang mendatangi tadi ada yang kurang sihat samada chickenpox, selsema, batuk atau demam, cuba la elakkan dari menziarah ibu yang sedang berpantang tadi, dikhuatiri akan menjangkiti si kecil newborn yang sedang membina immune system itu.
Semua yang datang excited nak carry, peluk, cium lagi
Kadang2 jadi ibu, sampai rasa nak breastfeed aje baby tu tak bagi orang pegang. Seriously, which one more important kan,
Sebab tu bagi saya, sebelum kita datang menziarah ibu yang lepas bersalin, pastikan yang kita sihat, waktu yang sesuai dengan orang yang kita hendak ziarah dan jangan lah berlama sehingga mendatangkan ketidak selesaan kepada si ibu tadi.
We Love, We Care & We Share
Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E
1 comment:
beetul tu...jgnlah datang melawat lewat sangat...kesian nnt ibu berpantang tu lari rutin yang dia kena buat...
Post a Comment