How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Wednesday, October 8, 2008

Resepi Spaghetti & Kek Batik

Salam rabu utk semua, utk jamuan raya yg bakal d adakan 13 Oct nie, Anne plan nk msk kek batik & Spaghetti, so anne nak share d resepi tsbt =)

Spaghetti Cik Annie

Bahan – bahan
1 kotak spaghetti (250 gm) - direbus dahulu bersama sedikit minyak masak. Ditapis dan gaul bersama sesudu butter/marjerin)
sedikit olive oil untuk menumis
1 1/2 cawan air
2 cawan minced beef
1 tin button mushroom (asingkan dari airnya, dan di belah dua)
1/2 tin kecil tomato paste (or tomato puree)
1/2 tin kecil sos tomato
sebiji bawang besar (di cincang halus)
2 biji bawang putih (di cincang halus)
sedikit celery (di hiris)
serbuk oregano dan mixed herbs (basil,paprika)
sebiji tomato (di belah empat)
sebatang carrot (dipotong dadu)
4 or 5 keping cheese (optional)

caranya:

1-Tumis bawang yg dicincang bersama sedikit olive oil sehingga naik bau.
2-Kemudian masukkan minced beef dan kacau seketika.
3- Masukkan sos tomato, tomato puree, oregano dan mixed herbs dan sedikit air. Jangan terlalu cair. Dan kacau lagi.
4- Setelah memdidih, masukkan mushroom, carrot, tomato dan garam secukupnya. Kacau sekali sekala sehingga masak dan padam api.
5-Masukkan cheese dan celery, gaul hingga sebati.
6- Semasa menghidang, letakkan kuah diatas spaghetti.




Kek batik Cik Annie

Bahan-bahan ( 1 loyang )

1 packet milo (packet yg plg kecil)
1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
1 buku buttercup (250gm)
1 cawan gula halus
1 biji telur ayam (dikepuk biasa)
1 sudu besar serbuk koko (optional)
1 1/2 packet biskut marie

Cara-cara:

1-Cairkan buttercup di dalam kuali dgn api yang kecil.
2-Masukkan gula dan kacau sehingga cair. Diikuti dengan susu cair, telur, sebuk koko dan milo.
3- Kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
4- Bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati.
5- Then, masukkan ke dalam loyang dan padatkan.
6- Kendian, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. (takes 2-3hours untuk mengeras)
7- Potong dan hidangkan.

Kanak2 mmg suka banget kek nie
...=)

No comments: