How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Monday, November 3, 2008

Rawatan Spa di rumah

Adakah anda rasa penat & tidak bertenaga?
Anda ingin memanjakan diri dengan melakukan rawatan di Spa, namun budget tidak mengizinkan. Jangan bimbang, anda juga boleh melakukan Spa dirumah, tanpa kos yang tinggi dengan hanya perlu RAJIN sahaja.. Dapatkan produk Garam Bukit dr Cik Annie untuk mencuba cara di bawah. Selamat mencuba…

Rawatan Kaki





Dengan Menggunakan Foot Salt RM 7






Cara Penggunaan Foot Salt: (Simple)
Campurkan 1 sudu makan bersama 1litre air panas suam. Rehatkan kaki anda di dalam air rendaman sambil menonton televisyen, membaca atau bersembang dilaman chat internet. Anda akan dapati kaki kurang sengal dan ianya lebih lembut dan bersih.

Cara Penggunaan Foot Salt: (Untuk yg rajin)
Campurkan 1 sudu makan Foot Salt , sedikit kapur makan bersama 1litre air paip dan kacau . Masukkan kaki ke dalam campuran tersebut dan letakkan ais dalam kuantiti RM1 (dibeli dr 7Eleven). Rehatkan kaki anda di dalam air rendaman dalam 20~30 min sambil menonton televisyen, membaca atau bersembang dilaman chat internet. Jangan bergerak2 kan kaki anda. Hasilnya, anda akan dapati kaki kurang sengal dan ianya lebih lembut dan bersih.(Especially utk yang kaki shopping atau kaki jalan).

Pengelupasan Scrub Kulit
Serbuk Garam Kristal RM 7

Cara membuatnya : (Simple)
Mula -mula mandi air suam untuk membuka liang roma atau pori . Melalui campuran serbuk Garam Kristal dengan minyak terapi ( minyak zaiton atau sebarang minyak asli yang anda sukai ) amat sesuai untuk menyahtoksid . Anda akan alami kesan yang memuaskan seperti hari yang lepas-lepas. Pada masa yang sama , tenaga anda akan ditingkatkan melalui kandungan mineral yang ada dalam garam campuran minyak . Rawatan ini juga dapat melancarkan perjalanan darah dalam badan anda .




Cara membuatnya : (Untuk orang rajin)
Masukan, 3.5 sudu garam kristal asli bersama 1 sudu . minyak kekacang macadamia dan sesuku sudu minyak lavender yang 100% asli . Kacau campuran ini sehingga halus dan sebati . Baring atas sehelai tuala dan sapu seluruh badan anda dengan campuran ini . Untuk lebih mudah dan selesa biarkan orang lain yang melakukannya .




Rawatan Alergy



Dengan menggunakan Salt Soap RM6








Sapu seluruh bahagian yang terkena alergy dengan minyak terapi ( zaiton ) atau apa -apa minyak kesukaan anda. Gosok sabun dan biarkan selama 15 - 20 minit . Basuh dengan air dan lap .
Minyak dan sabun dapat meredakan alergy yang dirasai oleh anda. Disamping itu kulit anda ,menjadi halus dan pada masa yang sama sisa toksin dikeluarkan dari badan anda dan aliran darah lebih lancar dari biasa .





Mandian De-TOX

Dengan Menggunakan Foot Salt RM 7
Atau
Dengan Menngunakan Salt Soap RM 6

Mandian ini juga mempunyai kesan yang sama dengan perawatan pengupasan kulit. Selain itu ia berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada badan , menyahtoksid , melancarkan perjalanan darah , menghilangkan sakit-sakit sendi dan melegakan keletihan yang di alami oleh badan akibat kehilangan tenaga sebelumnya.

Cara membuatnya : (Menngunakan Salt Soap)
Sebelum anda melakukan rawatan ini. Sapukan seluruh anggota badan anda dengan minyak zaiton atau sebarang minyak kesukaan anda . Selepas itu gosok badan anda dengan sabun kristal garam . Minyak ini untuk mengganti air .

Nota: sabun garam ini strukturnya kasar dan tidak licin . Biarkan selama 15-20 minit untuk memastikan segala khasiat garam dan miyak meresapi kulit . Setelah itu bilas dengan air . Untuk dapatkan khasiat berterusan jangan campur bahan kimia selepas mandi. Sabun garam kristal ini amat baik untuk menghilangkan bau badan dan ketiak yang bermasalah . Gunakanlah tanpa was-was.

Selepas menggunakan sabun tu . Ambil sedikit minyak zaitun lumur pada sabun kesat daki atau kotoran yang ada pada sabun . Basuh sedikit pada air. jangan terendam dalam air sebab sabun ni mudah cair kalau terendam terlalu lama. Simpan di dalam bekas yang bersih. Jangan letak ditempat yang lembap . Kalau perlu jemur diterik matahari untuk meningkatkan khasiatnya . Kalau ada lampu garam letak dekat lampu garam dan biar ia kering sendiri.

Cara membuatnya : (Menggunakan Foot Salt)
Campur 2 genggam garam kristal dalam tab mandian dengan air secukupnya untuk melarutkan garam lebih kurang 1 jam . Setelah garam larut isi air panas mengikut suhu badan.

Perhatian : Jangan guna sebarang campuran kimia dalam mandian ini .

Berendam dalam tab selama 15 hingga 20 minit . Anda akan alami perasaan seperti berada dalam perut ibu semasa berendam dalam air garam ini . Selepas mandi jangan terus pakai tuala atau lap badan . Biarkan ia kering sendiri.

1 comment:

Unknown said...

hi cik ani..pekabo? ehehe bisness ye, cm menarik je. cmne kalau nak beli ni? penghantaran percuma ke utk kawan2 lame? ehehe..saya dah jadi follower awak, awak plak? xnak follow blog saye ke? mehle join