How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Wednesday, August 29, 2012

Kene ganggu

Bila baca title tu korank suspen tak? huhuhu

Ini mengisahkan tentang my lovely son yang sungguh lovely disiang hari tp bila malamnya dia menangis macam orang kene histeria, meracau, habis tangan daddy nya kene cakar & gigit. Mommy Alhamdulillah... i always soothing him even kadang2 ai punya temper kalah gunung berapi Finatubo tu huhuhu

Asal nak masuk maghrib je dia buat perangai, kalau tengah jenjalan kat taman, dia tak nak balik, kalau tengah jenjalan dpn rumah dia tak nak pusing nak terus je even hujan dah turun, kalau jumpa kezennya dia taknak balik, melalak sepanjang2 jalan balik ke rumah, sampai masuk rumah, sampai kene rotan sampai berberkas pun dia melalak yang tahap org kene histeria.

Dengan tabiat baru tak nak berpampers, tak nak tukar baju tidur, dia tidur dengan seluar pendek, baju pendek tak berpampers di hall, kalau masuk bilik melalak pastu ajak turun bawah... tengah2 tidur melalak...asal jam 430pagi je melalak pastu bawa ke hall main2 jam 630pagi baru nak tidur. setiap hari hari2 selama dekat 2minggu.

Itu memang bukan perangai Abbie, kami tahu Abbie seorang yang mendengar kata, mudah di pujuk. Tapi kami ingat sebab Abbie kurang sihat, Abbie batuk flu so dia tak selesa tu yang dia mengamuk.
Bila mak call, cakap dekat mak, mak kata bawaan budak (yer.... saya mengandung 11minggu sekarang) mak kata normal la budak nak dapat adik dia meragam, manja lebih, sebab tempat dia tu dah ada orang lain duduk. So ok kami try bare dengan karenah Abbie.

Sampai kan hubby refuse nak balik raya gara2 Abbie melalak ni, alasan nye abbie kurang sihat. Tapi mak pujuk, katanya kat kampung ada ramai kawan nanti Abbie baik la tak nangis.
So kami balik, 1st day sampai siang tu Abbie memang happy, bermain dengan kezen dia, tapi bila nak masuk maghrib dia mula buat perangai....aiii ingat dah sampai rumah nenek tak buat peragai... dia mulakan dengan tak nak dengan anak buah ai, pastu dia meragam nak naik motor, lepas tu berpanjangan sampai jam 130pagi... dia ngantuk, tak berpampers, tidur2 ayam pastu menangis, tidur kejap nangis.... sampai mak pun tunggu sama, kami macam biasa tidur kat hall, tak boleh nak masuk bilik.... semak jew rasanya...serabut.
Mak tengok cara Abbie nangis, mak kata Abbie nangis takde air mata, dia macam histeria, macam tak sedar, apa kita buat dia tak kisah yang dia tau dia jerit2 jeww....

Pagi2 esok tu mak kata ptg nanti kita jumpa pakcik yang boleh berubat, yang boleh tengok2 kan kot2 Abbie kene ganggu. Kalau dari gayanya tu bukan bawaan budak, mak ingat meragam biasa2 ajew..ni menangis takde air mata. Mujurlah sepanjang malam tu Abbie tak terkencing atas tilam...selamat satu malam tdo tanpa pampers. Pakcik tu orang biasa ajew, tapi dia biasa merawat budak2 yang kene sawan atau menangis malam.

Okey, hubby saya orang cina, dia mana percaya bende2 macam ni, kene ganggu makhluk halus ker apa ker
dia siap warning lagi, jangan bagi pakcik tu sentuh Abbie, makan atau minum apa2 dari dia. adussss
Malam eve sebelum raya, tat kala orang sibuk merendang main mercun, kami berjumpa pakcik ni...
kami bawa sebotol air masak, dengan hanya menggunakan kain hitam & bacaan Al-Quran, di sapukan kain hitam ke muka Abbie beberapa kali, diberikan Abbie air yang telah dijampi tadi...katanya Abbie terkena sesuatu yang dibawa dari mommy atau daddy. Balik nanti bagi minum air tu, dan mandikan dengan air tu dengan duit syiling 10sen dan paku.

Nak tak nak ikut kan la...pagi raya Abbie mandi air paku & duit syiling, 2 hari tu minum air jampi,,,susu pun dibuat dari air jampi...Alhamdulillah malam tu balik dari jampi tu dah tak nangis sampai la sekarang.
huhuhu
Syukur...dan sedih, sebab kami terlambat merawat Abbie, sepanjang kes kerasukan dia tu habis birat jugak kaki & tangannya dirotan daddy,,,,kat rumah nenek berberkas kesan hanger di tangan Abbie gara2 gigit tangan daddy sampai berdarah.
Mak den geleng kepala ajew...garang betul daddy kamu :p
 ini buktinya tangan daddy yang calar balar, baru sebelah

muka yang ensem2 kene calar balar dek cakaran si Abbie

No comments: