How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Wednesday, March 16, 2016

Resepi Homemade Kimchi yang simple tapi sedappppp

homemade kimchi 

Assalammualaikum...
nak recipe homemade kimchi tak? bagi tenung puas gambar kimchi tu sampai kecur air lioq baru cheq bagi recipe ya hehehehe

okey, sapa yang tak pernah makan maybe wonder apa rasanya, sedap ke tak? kalau yang memang sejak azali tak makan sayur tak yah nak kepo kat sini erk hihihihi
sebab kimchi ni diperbuat daripada sayuran, sayuran mentah lagi...takde masak2.
ade yang cakap kimchi ni homemade probiotic, tang tu cheq tak kaji lagi
yang cheq tau, cheq memang HANTU kimchi.
cheq ratah je makan kimchi ni. selalu pegi makan kat korean restaurant sebab nak makan kimchi ni.

kali ni cheq buat sendiri, so kat sini cheq share recipe mengikut sukatan yang cheq buat. nak buat lebih pun boleh, double kan dan adjust la sos kimchi/bahan perap nanti.
malas nak membebel panjang, jom tengok bahan2 membuat kimchi ni ya...

Bahan2:
1.5kgs kobis panjang (kobis napa)
1/2 cup garam
3/4 cup tepung beras
1/4 cup gula
2 cup water
2 biji bawang putih (bukan 2 ulas tau)
2" halia
1 biji bawang holand
1/2 cup fish sauce (ada macam2 perasa -ikan bilis, ikan bawal atau sotong ikut suka - saya guna sos ikan bawal)
1 cup serbuk cili babas
seikat leek (kalau tak ada atau tak jumpa gantikan daun kucai pun boleh)
seikat daun bawang
1 batang carrot
1 batang carrot putih (radish)

caranya:

1- potong kobis tadi ikut bite saiz...tak mo besar tak mo kecik, sekali boleh ngap masuk molot je. cuci bersih,  buang air, make sure kering.

2- dalam besen besar gaulkan rata dengan garam. make sure gaul rata supaya keseluruhan kobis tadi kene garam. biarkan. ada orang biarkan selama 4 jam untuk keluarkan air dari kobis tadi, tapi saya hanya tunggu dalam 1jam or 1.5jam.

3- buat bubur kimchi. dalam periuk kecil, masak air dengan tepung beras sehingga pekat (dalam 5 minit) , kacau sentiasa dan tambah gula (ikut kemanisan kita nak). sejukkan

4- blend bawang putih, bawang merah, halia dan fish sauce.

5- meanwhile, setiap 30 minit,  gaul semula perapan kobis tadi supaya garam digaul rata.

6-  tambahkan bubur kimchi tadi di dalam bahan kisar dan gaul mesra.

7- tambahkan serbuk cili babas tadi ikut kepedasan yg anda suka. tak makan pedas boleh skip serbuk cili (tapi tak pernah lak rasa yang tak ada cili. kalau nk extra  pedas boleh letak 2 cup , kalau nk super pedas boleh letak 2.5 cup serbuk cili....terbakor bibir jangan marah cheq naaaa hahahaha

8-  ketepikan sos kimchi tadi, now move on to sayuran.

9- cuci leek tdi dan potong serong, begitu juga dengan daun bawang dan daun kucai.

10- mayang halus atau sagat halus memanjang carrot dan radish tadi.

11- gaul kesemua sayuran tadi (kecuali kobis belum lagi). kemudain tambahkan sos kimchi tadi dan gaul mesra.

12- selepas 1.5jam perap kobis tadi, cuci 3 kali untuk mengurangkan kemasinan dan make sure kobis tadi betul2 bersih. toskan.

13- gaulkan kobis tadi serata dengan sayuran lain yg telah digaul mesra dgn sos kimchi tadi.

14- siap. simpan dalam bekas bertutup, make sure untuk tekan kimchi tadi. kimchi tadi boleh dah makan, tapi kebiasaannya afer 3-7 days baru lebih sedap. (jika disimpan dlm peti sejuk) kalau simpan di luar lagi cepat boleh makan.

kalau nk lebih jelas boleh refer video kat sini



selamat mencuba.....

Handmade by Annie Tay ~L.O.V.E in every stitches~

No comments: