How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Tuesday, May 11, 2010

Auntie Anne Bake Makaroni Cheese

Bahan-bahan


250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega



Bahan inti

500 g daging cincang – boleh juga diganti dgn daging ayam cincang
30 mentega
1/2 labu bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil oregano kering atau parsley kering
175 g buah tomato } buang biji, potong dadu
2 putih telur
500 ml sos putih
125 g keju cheddar } diparut



Cara membuat

1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.
3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.
4. Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.
5. Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega

Terdpt 2 cara utk memasukkan pasta dan inti kedlm loyang, pilih salah satu cara


Cara I:

Campurkan kesemua pasta dgn inti kemudian masukkan kedlm loyang.

Tuang sos putih diatasnya, ratakan.

Akhir sekali tabur keju parut .

Cara II:

Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut., lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta dan atasnya tuang sekata sos putih dan akhir sekali tabur keju parut.

Bakar didlm oven pd suhu 180′C selama 30 min atau sehingga keju keperangan

Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan

Nota: Boleh tambah sayuran spt cendawan, capsicum hijau/merah didlm inti jika suka


Sos Putih :

30 g mentega
1 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar
2 kuning telur
125 g keju cheddar } diparut
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada sulah


Cara membuat sos putih:

1. Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.
2. Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
3. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur. Kacau sebati ketepikan.

No comments: