How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Friday, May 7, 2010

Makaroni goreng

Bahan-Bahan:


250g macaroni
200g daging
3 biji telur
2 biji kentang(didadu kecil)
1 batang lobak merah(didadu kecil)
4 ulas bawang putih(dicincang)
2 labu bawang besar(didadu) 2 biji cili merah(dihiris)
4 biji cili padi(dihiris)
2 kiub perasa daging
minyak masak
daun bawang
daun sup
garam secukup rasa

Cara:

1. Didihkan air bersama 2 sudu besar minyak dan rebus macaroni hingga lembut.
2. Setelah macaroni lembut angkat dan masukkan di dalam penapis dan lalukan dibawa air mengalir. Kemudian toskan.
3. Goreng kentang dan lobak merah yang telah didadu hingga kekuningan dan toskan minyaknya.
4. Rebus daging hingga empuk dan didadu kecil.
5. Telur perlu digoreng hancur.
6. Masukka 3 sudu minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan bawang besar,daging dan kiub daging.
7. Kemudian masukkan macaroni,kentang , lobak merah , cili,telur,daun bawang ,daun sup dan garam secukup rasa.
8. Goreng semua bahan sehingga sebati.
9. Sedia dimakan semasa masih panas.

Cadangan Hidangan:

Bawang goreng boleh digunakan untuk ditabur di atas macaroni sebelum dimakan.
Jika suka daging juga boleh digantikan dengan ayam atau makanan laut yang lain.

No comments: