How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Tuesday, November 6, 2012

Jom belajar menjahit baju kurung

Step 1: Ketahui asas baju kurung


Step 2: Cara mengukur kain (dalam inci)

UKURAN
BILA POTONG, LEBIHKAN UNTUK JAHITAN
ai, aii Ukur bahu (ai) dan bawah (aii) - biar sama ukuranLebihkan 3/4" kiri, 3/4" kanan
aii Ukur Labuh Baju, kadang - kadang depan labuh sikit dari belakangLebihkan 1 1/2 " - 2 " bawah
bi Ukur Panjang TanganLebihkan 1" bawah dan 3/4" atas
biii Ukur Lebar Tangan Atas (ukur depan aje(separuh))Lebihkan 3/4 "
bi Ukur lebar tangan bawah (separuh)Lebihkan 3/4"
cUkur kekek, ini 4 segi samaLebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
di Ukur lebar pesak atasLebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
dii Ukur lebar pesak bawahLebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
ei Bulatkan elok-elok leher baju tu, ukur macam ni , luasanya sama aja.
biasanya 4 3/4", tak payah lebih, ngam2 atau kecikkan sikit dlm 2 mm
eii Ukur labuh leher baju tubiasanya 4 - 41/2"


Step 3: Cara memotong kain


AI ialah labuh Baju (+ lebih utk jahitan), Kemudian kain dilipat dua, mengikut ukuran labuh baju tadi



A1 - ialah labuh baju, A2 ialah bahu (Jangan lupa lebihan untuk jahitan)

Ha, Dah tandakan dengan kapor, potonglah., bila dibuka jadi satu bahagian badan, panjang sebab depan dan belakang sekali.,
Kemudian, badan tu dilipat 4, dan di gosok, untuk menandakan bahagian bahu kiri dan kanan, dan juga tengah, untuk potong leher nanti.


Potong bahagian tangan
Kita ambil Bahagian B untuk Tangan

Ini lebih kain yang telah dipotong badan. B untuk tangan.
Ambil ukuran biii (tangan atas), katakan 8". campurkan 3/4" untuk lebihan jahitan. kalikan 2 (untuk depan belakang) -    8 3/4 + 8 3/4 = 17 1/2 .
so, B = 17 1/2 "
Lipatkan B, dan ukur panjang tangan pula (bI)





Potong Bahagian tangan, lipat dua, buat garisan sambungkan tangan atas dan bawah, potong ikut garisan tersebut.

POTONG PESAK (4 keping)

kita akan ambil Bahagian D untuk Pesak

Cara saya mengukur pesak .



OK, katakan pesak atas (di) ialah 2" dan pesak bawah (dii) ialah 4 ". saya perlu lebihkan 3/4" setiap kiri kanan pesak, so, kiraan saya ialah 3/4" + 3/4" + 2" untuk pesak atas, dan 3/4" + 3/4" + 4" untuk pesak bawah
Di gambar P1, kita akan lipat bahagian dx untuk dijadikan pesak
Ukuran dx ialah 3/4" + 3/4" + 2" + 3/4" + 3/4" + 4" =  9 "
Lipat dx sebanyak 9 inci . Potong Pesak (4 segi )
kemudian, ukurkan di dan dii . Buat satu garisan lurus menyambungkan di dandii. potong garisan tersebut, dan potong kiri dan kanan pesak.


Jangan lupa tandakan dengan kapur di bahagian yang lurus, supaya senang apabila hendak cantumkan semasa menjahit. tandakan depan dan belakang. Lebih mudah sepasang tandakan bahagian pesak bawah dan sepasang lagi ditandakan dipesak atas. apabila sambung untuk menjahit, satukan yang bertanda kapur.




POTONG KEKEK
Cari kain lebihan, potongkan kekek 4 segi. jangan lupa lebihkan untuk jahitan 3/4" kiri dan 3/4" kanan. Contoh 3" , so, 3"+3/4"+3/4" = 4 1/2"

Step 4: Persediaan buat leher

Ambil bahagian badan tadi, kan dah suruh gosok, so, adalah bahagian tengahkan? potongkan sikit untuk tandakan bahagian leher.


tadi ukur leher? katakankan 5"

Ambil kertas suratkhabar, lipat separuh, buatkan macam ni, gunting pelan tersebut



Lepas tu, ambil kain badan tadi, buka panjang dan lipat dua.

Letakkan pelan leher di tanda guntingan. lekatkan dengan jarum peniti, atau jahit jelujur, potong betul2 ikut pelan tu.



ambil satu kain lebih (perca), guna pelan leher tu, potong satu lagi sama macam potong kat badan tu.


Cantumkan leher pada badan dengan leher pada kain perca tadi. jahit jelujur halus-halus sekeliling leher tu. kemudian diterbalikkan, kain perca jadi bahagian dalam badan. jelujur kasar pulak untuk jahit bunga/ mata lalat.. apa-apalah.


Step 5: Cantum Badan

Pesak yang sudah ditanda.

1. Ambil sepasang pesak, tadi kita dah tanda dengan kapur, bahagian atas pesak dan bahagian bawah pesak., ambil yang kita tandakan tu.

2. Ambil satu kekek


Cantumkan, merah dengan merah, biru dengan biru dan kemudian hijau dengan hijau


Cantumkan pesak yang telah sambung dengan kekek tadi pada tangan mengikut biru dengan biru, depan dan belakang. kemudian cantumkan tangan, hijau dengan hijau.

Buat kan kedua-dua belah, kiri dan kanan.


Badan sudah, pesak, kekek dan tangan sudah. Sekarang ini kita cantumkan kedua-dua bahagian pulak


cantumkan bahagian tengah badan dengan bahagian tengah tangan. Jahit depan kiri dahulu, kemudian belakang kiri..., atau kanan, belakang dulu..., mana-manalah, asalkan sesual.


Step 6: Kain baju kurung

UKURAN
1. Pinggang
2. Ponggong + 4 inci
3. Labuh

Katakan Ukuran ialah:
1. Pinggang = 34 inci
2. Ponggong =  42 inci + 4,
    kemudian dibahagi 2
    = 42+4 = 46 bahagi 2 = 23 inci
3. Labuh = 40 inci



Dari kain yang buat baju , 2 m utk baju,  2 m lagi untuk kain

Kain dilipat 2
Biasanya , ukuran dalam 30 - 33 inci




1. Mula-mula kain dilipat 2

2. Ukuran lebarnya dalam 30-33 inci
3. Ukur labuh dari bawah labuh kain + 1/2 inci (untuk lipat bawah)
4. Tandakan dengan kapur bahagian labuh di atas (seperti gambar)
5. ukur Zip (Zip 8 inci, atau terpulang kepada anda), 1 inci dibawah dari tanda kapur (no. 4) 
     tadi., kemudian tanda kapur dibawah tempat zip.
6. Jahitkan dengan mesin (garisan hijau) , dari tempat ukur zip ke bawah)
7. Kemudian, lipatkan 1/2 inci dibahagian kaki, dan jahit dengan mesin ( garisan oren), jahit 2
    kali, mulakan bahagian atas dan kemudian, baru bawah kaki




8. Gosokkan bahagian jahitan kain tadi.

9. Jahitkan Zip dari bahagian kain yang betul




10.
A - Ukuran lebar (30 - 33 inci)
B- Ukuran Ponggong (23 inci)
C - Baki dari lebar kain dengan  ponggong
C - Katakan lebih ialah 12 inci.
      kalikan dengan 2.   12 x 2 = 24 inci. (lebih senang jika tengok dalam cm, 24 inci = 61 cm)
      okey, dari 24 inci, anda agak berapa lipatan anda boleh buat. (kadang2 lebih bahagian ini
       kecil sahaja,       mungkin hanya dapat 1 atau 2 lipatan sahaja.)

      Kita katakan buat 3 lipatan.    So,  24 bahagi 3 =  8 inci




11. Tandakan dengan kapor setiap 8 inci, dan 3 bahagian (untuk 3 lipatan.)

12. GOSOKkan dengan seterika tanda lipatan tadi.



13.  3 lipatan tersebut disatukan, dan dijahit 3-4 mm dari tepi. Jahit dalam panjang sama
       atau lebih sedikit dari  zip

14.  Kemudian, baru dicantumkan dengan zip. Jahit dalam jarak 1 - 1 1/2 cm dari tepi/ dari zip


Gambarajah Y
                                                                             
15. Buat satu jahitan serong seperti gambarajah Y.

16. Dari tanda kapor di atas, ukur dalam 1 1/2 inci  atau 2 inci.

17. Tandakan dan potong.

18. Jahit tepi bahagian atas yang dipotong itu, atau biarkan.


gambarajah X
                                                       
19. Kemudian, bahagian 1 1/2 inci (atau 2 inci) di LIPAT ke dalam. Sekiranya telah
      dijahit tepi,  anda hanya perlu lipat. Jika tidak, lipat sorokkan bahagian tepi ke dalam
      agar tidak berbulu. (camno nak cakap ye...)
20. Dah lipat ke dalam, jahitkan dalam anggaran 1 1/4 inci  daripada atas, 1 inci ni
      bergantung  kepada lebar getah pinggang elastik yang akan dimasukkan.
     (ada jugak getah yang berukuran 3/4 inci .. sesuai untuk  kain budak)


Masukkan Getah

(saya guna getah semua, senang sikit!)
Ukuran pinggang = 34 inci
UKURAN GETAH  kurangkan dalam 2 1/2 hingga 3 inci
 = 31 inci.
21. Kemudian buatkan satu lebihan kain dalam ukuran seperti rajah berikut.  kain ini
      diambil dari kain perca, dan buat 2  - 3 lapis biar tebal sikit.

Gambarajah Z


22. Kemudian, masukkan getah dalam kain (gambarajah X) tadi. Masukkan dari bahagian
      getah  yang  dilekatkan PIN. dan dimulakan pada kain, yang ada kain lipatan tadi.

23. Tarik sikit-sikit sehingga sampai penghujung.  Kemudian Sematkan dengan jarum peniti
      kedua2 hujung supaya tak Terlepas masuk semula getah tersebut.

24.  Ingat tak bahagian yang dijahit serong dalam gambarajah Y?. Pastikan jahitan tersebut
       di tengah2, tarik getah bagi balance.

25. Lebihan kain (Gambarajah Z) biarkan keluar.. ( nak bubuh cangkuk) 

26.  Bila dah balance, JAHITKAN di tengah2 kain yang dah masuk getah tadi.
       CARANYA - Tarikh Kain bagi tak berkedut dengan getah dan jahitkan.
       Buat sehingga Penghujung.




27. Kemudian, jahitkan cangkuk (Hook). 

DAH SELESAI CARA BUAT BAJU KURUNG.
SELAMAT MENCUBA.

No comments: