How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Thursday, November 1, 2012

My son recent activities

Mentelah saya tengah takde mood nak buat keje ni, jom memblogging, kebetulan Notes ada kat tangan ni, saya nak share activities at home for my son. Hope ia akan memberikan idea kepada mommy semua material atau apakah bentuk pendidikan tidak rasmi yang boleh di perkenalkan kepada anak anda sebelum melangkah ke alam persekolahan.
Hehehe ni kira2 mommy yang super worried ni, tahun depan Abbie nak nak masuk sekolah, walaupun half day ajew...sekolah jugak kannn :P


Colouring stick ni mommy beli di kedai buku Pustaka Rakyat kat Bangi tu. Kedai kegemaran Abbie & wajib masuk kalau kami singgah makan di restaurant thai berhampiran. Plan asal masuk nak cari kertas manila card, pastu ci tecik tu yang tarik eskrem stick ni. murah aje kalau tak silap baru rm3.50
Ada few choices, nak hok kayu lebau-lebau ke, kayu macam ni ke, nak 12batang ke, 24batang ke... terpulang kepada budget anda. Kalau nak lebih jimat, kalau yang pakai Android phone macam Samsung Galaxy Notes, boleh jew download application for baby... Baby Shape,Colour & Shape & Colour.
Ia mengajar anak anda mengenal & menasingkan object mengikut warna, shape atau warna & shape.
Bagi aktiviti kayu eskrem ni, ia mengajar anak mengenal warna & mengkategorikan warna tadi.

 Saya gunakan bekas pen yang clark saya bagi (guna barang recycle untuk penjimatan) untuk menyimpan stick ini.

 Sebagai permulaan, saya asingkan setiap satu warna dengan satu jarak bagi membezakan warna tersebut.
Kemudian saya demo, how its should work, blue kepada blue, yellow to yellow & seterusnya.
Kemudian saya mintak si kecil pula mengulanginya sehingga habis kayu tadi.
Make sure semasa kita mendemokan & si kecil membuat aktiviti tadi, kita & mereka menyebut apakah warna tersebut, Semoga mereka dapat membezakan secara fizikal & tahu apakah warna2 tersebut.

 Lepas habis activiti ni biasanya disudahi dengan acara menyepahkan ghumah... *amat tak sesuai tau!
Ajar anak tadi untuk menyimpannya semula ke dalam bekas tadi & meletakkan semula di rack sekolah.


Ni pulak acara bebas, bila mommy busy menjahit dalam bilik jahit, daddy pula memainkan peranan mengentertain si kecil. Kan 30min satu hari during weekdays is a must do learning session for the kid.
Daddy ajar Abbie yang dok asyik leka bermain carnya untuk menyusun kereta dalam satu garis lurus.

 Jangan terkejut kalau ia dilakukan di hadapan tangga... adoiii

 Si kecil saya tekun sangat menyusun kereta dari besar ke kecil


 Tara... ini lah hasilnya. :)
Ada juga acara dimana kita lukiskan atau bentangkan tali secara lurus & minta si kecil tadi berjalan sepanjang garis lurus tadi.

Ini pulak new activiti sebaik sahaja balik dari kampung raya haji baru2 ini. Fishing! 
Kat kampung saya ada satu kedai RM2, semua barangan harganya rm2, toys anak2 pelbagai bentuk & rupa semuanya hanya RM2. Jangan terkejut bila masuk kedai ini, mak bapak pulak yang jadi promoter, mempromote toys kepada anak2 tadi... nak tak? nak tak? bukan si anak yang beria nak hahahaha
kelakar betul tengok gelagat mak bapa yang masuk bawa anak-anak ke dalam kedai ni, sebab barangannya murah, maka tak heran kalau anak tadi nak beli 10 toys sekali gus. Sampaikan anak tadi pandai pulak menggeleng tanak toys (Abbie la tu :P)

 This fishing rod harganya RM2, its build concentration, eye coordination & motor skill to your baby.
Abbie enjoy fishing with this toys, tapi awas,....anak anda bijak, jangan bagi mereka main tipu ya.
My son dia pandai... dia pegang ikan tu baru dia catch hahahaha

 Trying to catch fish.
 See, he got it! So happy :)


Ha...ingat lagi tak en3 ini tots homeskool project ? setelah kembali semula ke pustaka rakyat dan membeli blue stack tu, ha...dapat ler ditampalkan di dinding skool Abbie. Tiap2 hari after balik dari rumah baby sitter, ai ask him what is weather today & what shirt he wearing currently. Tapi maklum la, sekarang musim hujan... raining sokmo la status kat situ :P



Ini pulak activiti bebas, bila mommy sibuk menggunting kain di hall, daddy pulak busy dengan akuarium & ikannya, abbie buat activity sendiri with this magnetic wood. Nampak macam build rumah, layankan ajew la... hahaha






Sekian untuk perkongsian hari ni, dah jam menunjukkan jam 5ptg, hari ni saya nk balik awal... jom! :P


No comments: