Sementara free ni, sengaja saya mencoretkan lebih awal pengalaman di week 25 mengandung ini, kali ini saya sengaja mencoretkan perubahan & pengalaman setiap minggu kandungan di sini....
Perut yang semakin membesar, kadang-kadang saya macam tak percaya i am pregnant again!
Teringat sangat saat-saat saya mengandungkan Abbie, sebab baju mengandung sebiji2 saya pakai masa mengandungkan Abbie, takde sehelai pun yang saya beli semuanya pemberian dari SIL. Bezany sekarang semasa perut membesar ni, saya sudah ada seorang permata hati untuk dilayan karenahnya. Abbie la orangnya.... kalau dulu masa pregnant saya boleh bergoyang kaki kata orang, tapi pengalaman anak ke-2 ni sangat berbeza, walaupun sarat, walaupun sukar nak asyik bangun duduk, namun dalam melayan karenah si kecil, saya gagahkan jugak...tambahan Abbie kelihatan semakin COMEL & BIJAK.
Mulutnya semakin petah membuatkan saya rasa nak menitiskan air mata! Air mata kesyukuran.... anak saya yang saya kandung, lahirkan, belai dari saat bayi itu dah membesar, mulai petah berkata-kata huhuhu
Betapa saya rindukan pengalaman mengandungkan Abbie, betapa kami berusaha untuk mengandung walaupun melalui 2 kali keguguran, kekecewaan & kata-kata yang kurang menyenangkan.... akhirnya kami bersyukur...I am pregnant again now, my tummy getting bigger, my baby is always active kicking inside, and i still carry Abbie dengan perut yang macam ni. I told my hubby, rasa macam tak percaya I m pregnant again huhuhu
Kalau masa tengah mabuk dulu, for those yang really follow my blog, i do mention cukup-cukup la 2 orang, tapi bila sekarang ni, ai rasa, lepas preggy nak preggy lagi & lagi...sampai 4 orang hahahhaa
Cute tau melihat si kecil yang kita lahirkan yang kepalanya tak sampai tapak tangan sekarang dah petah bercakap & beraksi macam orang dewasa. Seolah kita tanam pokok rambutan yang dahulunya dari biji now kita boleh merasai hasilnya, Rasa sangat-sangat berbaloi. Bahagia wallaupun poket kami bolos. :P
Semakin besar perut ni, semakin sukar kalau nak asyik bangun duduk, melayan si kecil sebelum tidur yang asyik nak bermain boat (kaki mommy diselubungi selimut & dikangkangkan , abbie pulak duduk menyelit celah kangkang tu...main sampai rasa ngantuk baru dia bangun ke tempat tidurnya) saban malam macam tu, sebelum tidur permintaannya nak shi shi ada 2~3 kali dan hanya mommy boleh entertain dia, daddy go away katanya huhuhu
Mommy pulak dah tak selesa tidur terlentang, sebab bayi dalam ni dah semakin berat, boleh sakit pinggang kalau tidur terlentang, kene mengiring, tidur mengiring pulak ada risiko nya, ditendang pulak oleh si abang tadi yang tidurnya nak meyelit sebelah mommy & berputar 180 darjah...tilam queen tu dikonker oleh kami berdua ajew...daddy tdo asing at single tilam :P
Tak tahu la nanti bila baby adik keluar, kami kene combine kan 2 queen bed together, we choose to co-sleeping with our baby, kalau tdokan baby d baby cot, mommy kurang alert bila mommy need a milk, tambahan pulak kami bimbang jika baby akan tersedak semasa tidur. Its happen to Abbie, dia sangat baik semasa dalam pantang, tak menangis pun...asyik tidur aje, menguit bila nak menyusu & every 2 hrs mommy kunci alarm to feed him, tapi kadang2 dia akan tetiba tersedak, cepat2 kene tinggikan kepala dia & tepuk belakang, cuak jugak...kami keep alert just becoz of that. So 2nd baby nanti, my mom wont be here so long, so i prefer to co-sleeping since day 1.
Dari segi persediaan, since this is 2nd baby, nothing much we need to prepare, except since mommy dok gila menjahit ni, saya buat sendiri sarung bantal, tilam , blanket,quilt & baby cot cover. Menukar cover & most of the item is 2nd item from my SIL. So bila tukar sarung nampak baru kan....
Sekarang ni menjahit sikit dah penat, sangat2 berharap segala fabric yang mommy order tu sampai cepat, sebab lagi lama lagi mommy tak larat nak menjahit huhuhu project CD dah tergendala, now project sarung tilam pun tergendala sebab dapat broken ruffler foot huhuhu sampaikan mommy merajuk tak mo sentuh mesin jahit lagi, cabut plug, cover nv50 & clean the table. amik ko :P
Nafsu makan, dah semakin baik....sampaikan daddy tanya...mommy ni ada konsep makan utk 2 orang tak? I said NO, y? coz i see you eat a lot!
hahaha
makan buah ajew yang banyak daddy, daddy kata time pregnant tak boleh sangat makan buah banyak2 esp nite time...sebab takut nanti baby lahir ada asma/lelah... tak tahu kebenarannya namun ada baiknya kita ikut & beringat kannnn
Satu lagi, kalau dulu masa abbie time mcm ni kaki mommy dah bengkak dah, tapi sekarang ni Alhamdulillah masih normal... hampir tiap2 hari mommy boil red date with dried longan utk boostkan Hb level,
Berjalan pun dah macam kura-kura, tapi kalau bawa mommy pegi sunway pyramid, mommy sangat bertenaga berjalan merata2...sampaikan daddy kata, daddy pancit mengalahkan ibu mengandung hahahaha
Plan nak pegi kota singa mid next month di batalkan sebab my MIL tak bagi, katanya sarat-sarat macam ni kurangkan travelling, just stay at home huhuhu
so hajat nak makan pancake & mochi durian at four season ku terbantut... nak g cameron highland pun terbantut....segalanya pasti akan hanya boleh pergi bila baby yang dalam perut ni lahir & berusia 7~8bulan!
trust me, hubby always said, which one important, baby or holiday?
rasanya sekian utk coretan kali ni...mentang2 free, panjang lebau entry mommy kali ni :P
happy weekend u ols
Pages
How to order?
WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com
Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.
Siapa saya?
- Annie Tay
- Kajang, Selangor, Malaysia
- I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller
― Richard Buckminster Fuller
No comments:
Post a Comment