How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Monday, December 3, 2012

Memenuhi permintaan si kecil

 Salam & good morning....the very very lazy monday today.... tiring weekend sebab bawa abbie enjoy naik train to Mid Valley membuatkan Abbie menangis sampai tarik tarik baju mommy pagi tadi tak mahu pegi rumah baby sitter huhuhu cian dia.
Pagi tadi keluar rumah lewat sikit, 715pagi baru keluar, masa daddy nak amik abbie dalam bilik, daddy kata Abbie dah bangun, duduk sambil menangis diam diam atas tilam... so bila dia dah bangun, dia ingat kami nak bawa dia keluar breakfast (this is our routine weekend, breakfast makan kat luar), he so excited to see moon & train pass by our taman. Ye rumah saya berdekatan dengan rel keretapi kajang ni, memang setiap train yang lalu boleh nampak....Abbie dengan riang nya berkata... "mommy, take train..."
I said, yes next time we take train again.
Macam pagi-pagi biasa nak ke rumah baby sitter, kami akan melalui depan sekolah yang Abbie bakal attend next january, bila sampai junction nak masuk taman rumah baby sitter, mommy pesan "abbie must be good boy ya, dont cry.." dia terus merengek " dont want auntie" adoiii sampai aje rumah baby sitter terus dia nangis, bila baby sitter amik dia, dia tarik baju mommy huhuhu
Selalu dia tak nangis, mungkin sebab he enjoyed that weekend tu yang dia tak mahu berpisah dengan mommy huhuhu

Abbie teringin nak naik train memandangkan dia selalu tengok train pass by our taman, so kebetulan cryocord ada sent letter to us yang mengatakan mereka buka booth kat Mother & Baby Expo kat Mid Valley last weekend, so kami amik kesempatan untuk ke expo tersebut dengan menaiki train.
Abbie super happy. He wake up as early as 530am sampai kul 1pm tu dia nak ngantuk, on the way balik dlm train dia dh tidur hohoho
                                             

                                                  

                                                  

                                  

Okey kat sini mommy nak komen sikit tentang service KTM kat Malaysia ni. Almaklum dah bertahun2 lamanya tak menggunakan public transport, demi memenuhi permintaan si kecil, walaupun tgh sarat preggy ni kami bawa jugak abbie naik train. Station KTM Kajang ni nampak sangat tak di selengara dengan baik, semua mesin tiket tidak berfungsi, hubby terpaksa menyeberang ke kaunter tiket yang hanya buka 1 kaunter & Q panjang untuk beli tiket & cross back to other terminal menyebabkan kami terlepas satu train, menunggu lagi 30minit huhuhu
Tiket yang ada pun digunakan secara manual, pintu tiket (yang besi tu) tak berfungsi,  di biarkan terbuka & tak ada orang yang jaga or verify that ticket.
Bila menunggu, kat platform tu tak de pulak tulis platform ini utk coach ladies sahaja, bila kami tunggu, sekali coach ladies pulak yang muncul, kebetulan ada pulak pengawal yang menjaga & menghalang kami naik ke coach ladies, nak tak nak kene lah berlari cari ke coach mix. kebetulan kami berdiri di tengah2 platform, 3 gerabak tengah tu untuk ladies, yang mix kat belah tepi... ngam-ngam masuk pintu train pun tutup.
Kalau dulu setahu mommy, kalau LRT yes pintu tutup secara automatic, but KTM mereka akan tunggu sehingga semua penumpang naik, but now no more, mereka akan tutup bila sampai masa.

Bila nak naik macam tu, kompom la penuh & tak de tempat duduk, daddy dok carry Abbie, mommy berdiri sebelah seat yang diduduki oleh 2 orang perempuan muda. Sorang chinese & sorang malay. Terjeling-jeling jugak la mata ni cari seat kosong or orang yg sudi bagi seat kan...al maklum mommy preggy, keutamaan tempat duduk bukan ke utk orang yg mengandung, carry baby, org tua & org yang cedera?
Patutnya mommy & daddy dt tempat duduk kan, tapi pompuan 2 orang tu buat dekkk jeww... nak buat mcm mana, berdiri la... pastu dah few minit baru 1 of the lady...chinese yang duduk seat dalam tu bagi mommy duduk, yang pompuan duduk kat seat luar tu buat muka dekkk jew....
Alhamdulillah ada jugak yg prihatin kan... tapi seriusly, bangsa cina ni lebih perihatin dari bangsa ako sendiri... peduli apa ako nak kutuk bangsa sendiri,.,,memang kenyataan....
so dapat la mommy duduk but daddy & standing carry abbie. bila sampai next station baru daddy manage to hand over abbie to mommy....Abbie punya la excited.
Sampai di Mid Valley sekali lagi manual, ada pekerja yang collect ticket, bila kami kata kami beli ticket 2 hala, dia langsung tak amik ticket kami, pintu gate ticket tu memang sentiasa dibiarkan terbuka.
Bila nak balik, langsung tak de orang jaga, sampai kajang pun sama, pendek kata, kalau kami tak beli ticket balik pun tak de siapa yang tahu.... huhuhu
macam mana la KTM nak maju...patutlah station mereka macam terbiar, memalukan kat pelancong luar betul huhuhu

Alhamdulillah, hala balik lenggang sikit train tu, kami masuk je dalam ladies coach, kebetulan yang ada tu most chinese ladies, hubby minta izin utk berdiri dalam coach tu mereka kata tak kisah, malah one of the ladies beralih tempat untuk bagi peluang hubby duduk, so dapat la mommy snap photo dengan Abbie dalam train sambil molot abbie bising buat bunyi train.... "dootttt dootttttt" hahaha

Okey, 2 picture ni taken semasa kami sedang sign up package with cryocord, that the main point why we are here....orang memang ramai.... kalau tak sebab cryocord, jangan la harap daddy nak bawa kami ke mari. Sesampai aje kat Mid Valley daddy dah komplain penat, terus ajak makan ohoho kebetulan kami makan kat Manhattan Fish Market jam 1130pg....kene menunggu dekat 45 minit baru dpt makan...punya la lama...dari perut mommy tak lapar jadi lapar...apa lagi...daddy naik angin la... dia tanya berapa lama lagi makanan mau siap, waiters cakap sekejap lagi....no, i ask how many minit? kalau lambat sangat i nk cancel order! ha.... gitu ler kalau daddy dah marah hohoho
lepas makan, kononnya nak cari durian pancake, tapi sebab dah lama sangat dalam restaurant tu, kami terus ke Mother & Baby Expo., tak merayau ke mana pun terus jugak ke Cryocord booth. Semasa penerangan tu mommy & abbie cabut sekejap pusing2 sekitar booth, takde rasa nak beli apa pun walaupun sale nya sangat menarik, sebab most of the item kami dah ada.... lagi pun naik train, so tak le rasa nak membeli belah pun...
So jam 1pm one of chinese local artise datang ke booth cryocord, ha sempat la kami bergambar dengan dia, he come to our table tau, bukan kami yang dtg kat dia :P


Kami amik basic package ajew....sama package yang kami plan for Abbie dulu, tapi masa Abbie harganya murah sikit, overall baru dalam 4k, but now dah 5k huhuhu
We pay lum sum dengan 0% installment plan, rm460 a month for a year, siap dengan maintainace fee untuk sehingga 21 tahun. lepas 21 tahun, terpulang pada anak tadi nak sambung simpan ke tak.
Sebab bayar full ni kami dapat free MaxiCosi baby carrier yang bernilai RM899. Tapi kalau terjadi case macam Abbie bilamana volume darah unbilical cod tak mencukupi, min requirement is 50ml, masa Abbie hanya mampu dapat 45ml, so kami terpaksa terminate & money yang dah dibayar direfundkan...
Kali ni, kami pray darah akan mencukupi, so kami boleh teruskan menyimpan & dt percuma baby carrier tu, kalau tak deposit 300 kami burn huhuhuhu
Mommy tanya jugak, macam mana nak ensure darah dalam tali pusat tu cukup? huhuhu ke sebab mommy dulu anemia mereka pun tak dapat nak menjawapnye...katanya ia bergantung kepada setiap individu.
Antara factor volume darah yang tak mencukupi, darah terdapat bacteria or fungus pun tak boleh proceed.

 So sebaik sampai Mid Valley kan sekarang tengah mid of celebrating Christmas, the decoration superb chantek... kami tak lepas peluang mengambil gambar disana.



Sebelum balik, sempat singgah masuk Mothercare (kebetulan same floor with KTM enterance) mommy memang dah niat nak beli pinky sleeping bear for our new baby, ada sale murah sikit. happy
.
.
..
.
..
.
.
.
.balik tu si tecik saya pengsann sampai jam 7malam hahahaha
konon-konon ada hati nak pegi zoo on sunday, tapi tak jadi sebab tengok abbie kepenatan sangat tambahan pulak he just recover from fever kannn

                                       

No comments: