Hari ni mommy bt pretzel dirumah, dh lama sgt ngidam nk bt pretzel sendiri sbb tgk bahan2 dan caranya mudah saje, kalau beli selalu kne kongsi dgn koko or daddy, flavour favourite is coklat , sour cream or ori for koko.
Kt kajang xde auntie anne, kt alamanda je yg ade, since now dh jarang kami ke sana, maknanya dh lama x mkn pretzel.
Tak bley tahan.
Recently mommy make homemade pizza di rumah, excited dgn kejayaan beven 1st trial, ni mommy lanjutkn dgn pretzel utk minum petang dan layan molot yg gatal time hujan2 ni kan.
Gugel sane gugel sini, nah mommy terai yg ini
Tidak menghampakan.
Memula ingat jadik roti tapi tak la
Crunchy di luar soft di dlm,
Rahsianya sbb coat pretzel tu dgn soda bicarbonate yg di campur air panas.
Hahahaha rasa teruja kan.
Memula mommy ingat nk buat original flavour, but since dh ade bahan2 topping kt rumah, blasah je la
Next time blh stanby sour cream or just bt stick and coat with coklat masak omg
Kecur air liur
Ni merupakan percubaan pertama, mohon abaikn bila tgk pretzel yg "gede-gede" itu ya hahaha
Nah resepi pretzel auntie annie ♥
Bahan2
1/2 cup air
1/2 cup susu DL low fat
1 pack (11gm) instant yis
3 tsp sugar
1/2 tsp salt
2 1/2 - 3 cup tepung gandum
2 tbsp butter yg dicairkan
Sedikit minyak sayuran
1 tbsp soda bicarbonate
1 cup hot water
Cara2
Satukan air, susu, gula dengan yis, kacau sebati dan biarkan selama 10 minutes sehingga yis berbuih
Tambahkan garam dan gaul sebati
Tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul dgn senduk
Gaul sehingga pekat or susah nk gaul, then sambung gaul dgn tangan
Tambahkan sedikit tepung gaul sehingga doh tak melekat di tangan atau mangkuk.
Keluarkan doh dr mangkuk, sapukan minyak dlm mangkuk dan masukkan doh.
Golek2 supaya permukaan doh disaluti minyak.
Tutup atau perap dgn tuala basah selama 1jam . sehingga doh kembang 2 x ganda.
Bila dh kembang, bahagikan doh kepada 10 bahagian kecil untuk dicanaikan menjadi bentuk pretzel.
Sementara itu cairkan butter dan panaskan oven 200c
Uli doh panjang2 dan buat bentuk pretzel, kemudian campurkan air panas dgn soda bicarbonate and kacau sebati.
Celupkan pretzel td dlm soda bicarbonate sekejap aje, and keringkn dgn tuala dan letak atas dulang pembakar.
Buat sehingga habis.
Kemudian sapukan melted butter td atas pretzel dan letakkan topping kegemaran anda, contoh cheese, sesame seeds, almond, cinnamon ect
Kalau anda suka manis, taburkan gula atau garam atas pretzel td sblm bakar selama 15 to 20 minutes.
Siap
No comments:
Post a Comment