How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Thursday, December 18, 2014

3rd pregnancy :38 weeks



And still counting......

As salam semua,
Sukarnya untukku melelapkan mata recently,  perut ni dah semakin kerap sangat mengeras, kadang kala terasaterasa macam dah sampai masanya untuk labour but still tak ada tanda2 untuk bersalin.
Baru2 ni balik kampung, ramai yang dah dok tanya bila due, apa taknya as mentioned before, pregnant kali ini badan mommy tak naik, yang naik hanya lah perut. Disebabkan perut yang membulat dan kerap mengeras, risau betul mak kalau terberanak semasa di kampung. Kalau kebetulan ada yang menyentuh perut mommy ni, amboii kerasnya kata mereka hohoho
Kakak cakap, perut nampak macam fake, macam letak belon dalam baju, pasal badan tetap kurus, cuma perut nampak sangat bulat, round mcm belon.

Mau idoknyer, sarat sungguh dah ni, kalau koko dulu 37 minggu sudah keluar, daisy 38 minggu pun sudah keluar, kali ini baby nampaknya sangat la selesa di dalam. Namun aku bersyukur, ini semua adalah perancangan yang Maha ESa.
Kalau aku bersalin awal pastinya aku tidak dapat menatap wajah abah tersayang buat kali yang terakhir. Ada hikmahnya setiap yang berlaku, oleh itu aku sangat2 bersyukur.
Asalkan anak yang dikandung ini selamat,  sihat dan sempurna,  bila dia mau keluar aku hanya berserah kepadaNYA.

Isnin lepas (Sepatutnya sabtu tapi postponed sebab gyne bercuti), kami pergi weekly check up di KPJ. Berat mommy masih bawah 70kgs iaitu 67.8kgs kalau tak silap. Tak naik banyak dan itulah azam mommy untuk tidak mencecah 70kgs supaya nanti senang nak kurus hahahaha
Berat baby kalau minggu lepas baru 2.78kgs but minggu ni dah almost 3.3kgs
Waaaaa cemerlang kan.
Doctor tanya if mommy dah ada any sign masa memula masuk bilik doc, but takde. Bila scan pun baby head belum engage but dah lurus turun bawah.
Katanya kalau baby cukupbterm 40weeks memang definitely semakin berat and probably boleh cecah 4kgs macam kakak Daisy.
I still can choose to deliver normal, tp if baby too big, doc kata ada risiko luka previous czer akan terkoyak balik, so boleh jugak consider untuk bersalin secara pembedahan.

But macam yang lepas, we like to wait and see. Kalau tak boleh normal baru pegi czer. My next check up is this coming Saturday.  Kalau sempat meaning dah 39 weeks hohoho berapa la berat baby time tu.
Ni dalam hati ada niat nak tengok wayang cerita Hobbit, tapi takut nak booking tickets sebab takut terberanak hahahaha
So plan Jumaat malam nanti nak layan hobbit sebelum due.
Hari tu kata last dah masa tengok Madagascar,  tp since tak keluar lagi, kita sambung lagi la hahahaha

38 weeks pregnancy




We Love, We Care & We Share

 Take care & comb your hair,
 From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

No comments: