How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Thursday, February 16, 2012

Bertukar kepada susu formula


Jika anak anda masih menyusu badan, teruskan lah. Kerana sememangnya terbukti susu ibu adalah susu yang terbaik & teratas di kalangan susu-susu formula yang terdapat di pasaran.
Namun, bagi mereka yang "tidak berkemampuan" untuk meneruskan penyusuan atas faktor-faktor tertentu [tentunya setiap ibu ada masalah dan kekangan yang tersendiri] bertukar kepada susu formula adalah jalan penyelesaian yang terakhir.

Terdapat pelbagai jenis, brand susu formula di pasaran, low end to high end that fit to your budget and tentunya sebagai ibu bapa kita mahukan yang terbaik. Most high end milk berasakan soy base, namun ada juga dari susu lembu dan segelintir dari susu kambing.
Namun disini, saya tidak lah bercadang untuk mengupas susu mana yang terbaik or susu mana yang memudaratkan bayi anda. Terbaik, silalah rujuk Paed masing-masing sebelum bertukar susu terutamanya daripada susu ibu.

Pengalaman sendiri, semasa di hospital sebaik selepas melahirkan, susu badan saya masih belum keluar, piak hospital memberikan anak saya susu formula berjenama SIMILAC. Namun saya tidak bercadang untuk meneruskan penyusuan dengan susu formula, namun saya mendapatkan pandangan dari kakak ipar [memandangkan kedua-dua kakak saya menyusukan anak-anak mereka dengan susu badan sehingga 2 tahun] apa yang saya di beritahu ENFALAC itu terbaik untuk anak saya.

Anak saya menyusu badan selama 4 bulan sahaja, memandangkan saya bekerja & anak saya refuse direct feed. Saya rasa terlalu letih & penat & bekalan tidak lagi mencukupi untuk membekalkan perahan susu ibu.
So kemudian saya mula memberikan anak saya ENFALAC sehingga berusia 12bulan (1tahun).
Namun sepanjang tempoh itu, ada juga saya cuba memberikan susu DUMEX hehehe sebab dumex murah
namun our baby sitter mengatakan susu dumex tak bagus untuk otak [hahahaha.....dulu pun kami membesar dengan susu KLIM hubby DUMEX jadi jugak orang yang berjaya] namun....sebab kami mampu, luahan hati baby sitter tu kami ambil berat jugak, so kami pun bertukar ke GAIN PLUS murah sikit dari ENFAPRO [untuk baby kami 12mos above]

Abbie minum GAIN PLUS sampai 18mos. tapi lepas tu dia sudah mula menunjukkan minat tak mahu menyusu. Menyusu hanya pada malam hari sebanyak 5oz sahaja. Seharian dia tak menyusu. Ye....kami bimbang, namun ramai yang berpendapat kerana Abbie kuat makan. Sememangnya diakui, Abbie berselera makan, kami gelar "Tong Sampah Jr." sebab kami (parent) adalah tong sampah senior HAHAHHA

Memang benar, baby yang makan banyak, mereka berasa kenyang, so mereka kurang menyusu provided mereka minum air /air masak mencukupi untuk mengelakkan sembelit & terdehidrate . Dan haruslah meningkatkan bekalan sumber makanan berkalsium di dalam menu diet mereka such makan 2 slice of cheddar cheese, makan sayur bayam, broccoli and pelbagai sumber alternative kalsium.

Tetapi, lately kami mendapat sample susu Nestle NAN langkah 3, melihat kepada anak kawan suami yang begitu suka meminum susu [he drink PROGRESS milk formula] kami terfikir, mungkin kami boleh mencuba menukar jenama susu Abbie. Yes, kami try dengan susu NAN sebab anak buah suami pun yang minum NAN milk suka minum susu.
Dan ternyata Abbie suka susu NAN, sejak bertukar susu, malam Abbie minum almost 15oz [malam sahaja].
Kalau dulu Abbie tak pernah menunggu kami membuat susu & minum sambil berdiri, but with NAN, Abbie buat all those.

So, moral yang ingin saya share di sini, jika mommy mempunyai anak yang enggan or susah sangat nak minum susu, you may try to change their milk [kalau boleh tunggu la susu lama habis so tak membazir]. bertukar kepada susu apa saja yang anda rasa anak anda akan suka, sebab citarasa setiap anak-anak adalah berbeza. So far NAN works for Abbie. (,")

No comments: