How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Monday, July 16, 2012

Kronologi Keguguran kali ke 2

Masa Abbie turn 1, kami mula plan untuk bagi Abbie adik, sejak itu kami berusaha, 2 bulan kemudian, bila Abbie berusia 1tahun 2bulan, Saya disahkan pregnant, sama macam Abbie, cukup kitaran period yang ke 28, ai buat test kat rumah its show positif...punya lah happy, tapi kan....
sebab nak sangat bagi Abbie adik, lepas bersama suami, saya tertidur sampai la ke pagi tanpa sempat mencuci dulu cik V tu.
Akibatnya saya mengalami keputihan yang sangat teruk. So bila di sahkan preggy, saya cepat2 jumpa gyne, nak berubat, so bila gyne sahkan yang saya betul preggy, gyne tak boleh bagi ubat makan, katanya kalau preggy, saya hanya boleh mengambil ubat yang dimasukkan ke dalam cik V.
Kebetulan pula masa tu bulan puasa, cuba banyangkan masalah yang saya hadapi? Berpuasa & risiko jangkita candida tu its really complicated.
Ditambah pula masa scan pertama kali doc tidak dapat melihat denyutan jantung janin.Katanya mungkin sebab saya sudah ke toilet  sebelum scan, menyebabkan keputusan scan tidak jelas.
Doc advice me to come back after 2 week, so after 2 week ai datang lagi, masalah cik V still same & denyutan janin sudah kelihatan.masa tu 6week preggy. glad

sampai la suatu hari minggu(ahad), masa  10week  preggy, saya merajinkan diri untuk membersihkan halaman rumah, mencabut rumput2 di dalam pasu bunga, manakala disebelah petangnya kami ke JJ bersiar2 sambil mommy preggy ni konon2nya haus, nak minum air kelapa,...amik ko sebiji air kelapa tu ako minum...nikmatnya perrghhhh...
pastu isnin tu ada jamuan hari raya, entah macam mana after lunch tu tetiba ai ternampak brown spot kat panties huhuhu cuak tersangat la cuak beb, sebab masa keguguran kali pertama pun early sign is keluar brown spot mcm ni, terus call hubby, balik tu kami terus singgah klinik doc bedi,
doc bedi buat scanning, and found janin dah tak ada denyutan jantung, tapi sebab tak ada tanda2 keguguran, he ask us to wait & come back after 1 week.
masa tu ai dah sebak, ai dah sedih, ai dah diam huhuhu
tapi tak la sesedih masa keguguran kali pertama, sebab kali ini ai sudah ada permata hati, abbie tersayang.

Tapi tak sampai seminggu, keesokkannya sudah bleeding, tapi ai tetap menangis bila bleeding tu datang masa kerja, sakit? tak rasa sakit langsung, tak macam masa 1st dulu.
So kami amik half day, daddy kejarkan mommy ke KPJ Kajang.DISINI kisah ako terpaksa membuat D&C.

Selepas D&C, ako hanya dapat MC seminggu jew...huhuhu
dulu ako dt 2minggu, mungkin kali ini sebab ako nampak sihat jew kott :P
So ako pun berpantang &  bertungku sama seperti orang yang dalam pantang :P


 Selepas buat D&C ai datang jumpa balik doc bedi untuk buat pap smear & doc bedi suggestkan ai amik vaksin for HPV. HPV spt yang you all tahu, ia vaksin yang mencegah kanser rahim.
Alhamdulillah melalui pap smear, ai takde masalah kanser cuma disahkan dijangkiti bakteria candida.

Ingatkan my cik V dah sihat, rupanya infection itu terus menghantui huhuhu
Puas jugak la saya berubat secara moden - dengan mengambil antibiotic, hubby pun tak pasal2 kne makan ubat jugak, kami tak boleh bersama sehingga ai benar2 sembuh .
Dah temui jalan buntu dengan perubatan moden ai terai mengamalkan perubatan India - Ayurvedic untuk 3 bulan, hasilnya alhamdulillah beransur sembuh biarpun tak 100% tapi tak larat nak berpantang you...macam2 tak boleh makan huhuhu
Tapi selepas hampir selama 10bulan ako sensara huhu, ako berkenalan dengan Shaklee Alfafa melalui internet la, tanpa segan silu ai beli pack besar lagi...makan untuk sebulan terus..... perrghhh...cik V ku sungguh la bersih & kering, masalah yang menghantui selama ini terus hilang!

Sangat2 berterima kasih dengan SHAKLEE, :)

Cumanya masalah dengan alfafa ni tak boleh makan kalau plan to conceive sebab bila ako makan alfafa ni, period pun missed, missed bukan positif tapi negatif, So sebulan tu jew la ako makan, lepas stop makan, 3hari kemudian cik P pun datang.

So lepas tu ako terai lagi untuk bagi Abbie adik....

hasilnya......kita tunggu ya :)

No comments: