How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Tuesday, September 25, 2012

week 15

Semalam after work ai pegi check-up kat Klinik Doc Bedi, routine check-up 3minggu sekali... tapi lepas ni jumpa gyne 1 bulan sekali pulak (alamak...windu la mommy nak peep baby adik huhuhu)

Semalam timbang berat dah naik balik, 55kg :) Tekanan darah ok walaupun ada sikit sakit kepala.
Doc kata mommy kene continue lagi amik ubat penguat rahim tu lagi 3 minggu.... alamak! kene amik lagi ker? Daddy kata, amik ajer la mommy, dengar kata doc.
Mommy mengadu dengan doc yang mommy kurang selera makan, makan nasi half ajew tak macam masa preggy kan Abbie dulu... Doc tanya, ada minum susu tak? Mommy  cakap la ade dengan milo (sekali sehari ajew punnn ), doc kata tak apa, janji you minum susu. errrkkkkkkk

Pastu doc suh baring nak scan... seperti biasa... mommy cuak.
Pulak bila memula doc scan tu nampak gelap ajew... erkk.... mana baby???
Bila doc focus baru nampak baby kat bawah ni, baby pusing 180 degree mengadap bawah la....
panic mommy bila tak nampak kaki baby... doc cool aje... dia measure panjang baby dr buttock ke kepala dah 10.13cm Alhamdulillah baby adik membesar sihat.
Doc focus scan kat bahagian kaki/punggung tu... pelik kenapa pulak...
rupanya doc nak intai gender baby.... doc kata saya rasa baby girl, tapi next visit kita confirm kan ya.
Kalau sudah dapat sepasang lepas ni boleh berehat lama... kata doc hahahahha


Masa doc scan ni, daddy & Abbie datang tengok, Abbie nampak baby dan abbie said "baby" hihihi
Kalau sebelum ni ai do share with him inside got baby, now he saw oredi he looked happier.
Mommy rasa nak buat 4D scan tapi daddy kata jangan nak mengada2 la mommy huhuhu

Masa preggy Abbie dulu, 4 month Abbie facing up, kaki pun ke atas so easily doc kata bird2, seawal 4 bulan kami dah tau baby boy. Tapi kali ni baby facing down, kaki berlipat tak mahu kasi tengok...
tu agaknya doc kata baby girl.... pemalu ahaks!

Apa pun gender baby, kami terima dengan hati yang lapang asalkan baby sihat, sempurna & selamat dilahirkan.

So far, daddy stick to his plan agar mommy deliver at Columbia Asia Hospital, Balakong.
Mommy tak pernah masuk hospital tu sebab ia agak jauh dari rumah, biasanya kami pegi KPJ.
Daddy nak gyne mommy ni sendiri sambut kelahiran baby kami kali ini.
Either KPJ or Columbia both are our AIA panel, so claimable. Cuma ai dah tersuka & terbiasa dengan service di KPJ yang peramah, service #1 and sangat la dekat dengan rumah. And I knew KPJ support breastfeeding. Harap2 dah dekat2 nanti, saya mampu mengubah fikiran daddy ngeee~

Sekarang mommy dah boleh gosok gigi, dah takde muntah lagi Alhamdulillah.
Cuma daddy suruh mommy makan lebih banyak demi kesihatan baby kat dalam tu... ya appetite datang la kau... makan sampai termuntah mcm Abbie dulu gaggaga bior berat naik sampai 20kgs ekkkkk :P

Next visit with gyne is next 4week 22-Oct  19week huhuhu lamanya......

1 comment:

Azrina Tasya said...

alolo baby tengah sujud ye..semoga sihat sempurna mummy & baby ye.....