How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Tuesday, June 9, 2015

Resepi marble cheese cake yang marbeles!!



serius mommy ni bukan pencinta butter cake, nenek ye suka makan butter cake. Tapi ni merupakan percubaan pertama membuat butter cake sebab masa ni hubby outstation for 2 weeks, bahan kat rumah banyak yang tak ada, butter tak cukup, most recipe calling for 250fm butter, tp kat rumah ni ngam2 untuk buat kek ni. godek punya godek jumpa satu blog yang share recipe yg mana semua bahan ada di rumah, so apa lagi, laju la malam tu mommy membaking, siap aje bako, puteri sulungku Daisy cepat aja hulur pinggan, terus suam2 tu kami potong kek, OMG serius sedap sangat. terus niat nak buat lagi, in sha Allah nak bake 2 biji untuk bawa balik kampong raya nanti. penat makan biskut raya, tetamu boleh makan kek pulak, lembut untuk budak2 baya daisy makan kan.

meh kita tengok resepi meh yg di copy paste semasa blgwalking.

Bahan-bahan150gm butter
200gm cream cheese
180gm gula aising
4 biji telur saiz A
100ml susu cair
1 tsp esen vanila
2 tbsp serbuk koko
250gm tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat

Cara-cara

1. Ayak bersama tepung gandum, baking powder & soda bikarbonat

2. Pukul gula, butter & cream cheese hingga kembang & gebu

3. Masukkan telur satu per satu. Pukul sebati sebelum telur seterusnya dimasukkan

4. Masukkan campuran tepung dari Langkah 1 td & esen vanila. Pukul sebati

5. Masukkan susu & pukul sebati

6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian biar dengan adunan asal & satu bahagian lg campurkan dengan serbuk koko

7. Tuang adunan asal & adunan koko berselang-seli dlm loyang yg elah digris & dilapik dengan kertas. Kertas tu pn kena gris sekali

8. Bakar pada suhu 150'C selama 45minit @ hgga masak 



We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

No comments: