How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Tuesday, June 9, 2015

Resepi Roti Sarang lebah yang sedap giler.


roti sarang lebah
Ni roti kesukaan mommy, selaluuu sangat meroti roti ni, daripada tak cun sampai cun mommy buat, bak kata orang practise make perfect kan. Pasai apa suka roti ni, sebab ia sedap, lembut dan gebu. malah senang ajew membuatnya, bahan pun tak rumit. tak caya, moh mommy kongsikan resepi, as usual, resepi mommy sume mommy cedok masa blogwalking.

bahan-bahan:

300 gram tepung roti
200 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu
1 biji telur
250 ml susu segar
6 gram yis
40 gram gula
40 gram butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt
resepi roti sarang lebah mudah
 
Mommy guna BM, kalau yg takde BM buleh guna mixer or tgn menguli la yer.
 Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker ,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang.
Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.
 
Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar.
Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya.  Sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh, 
 
Akhir sekali  bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.
roti sarang lebah sedap

Nak lebih sedap, selain makan begitu saja, kalau agak anda penternak lemak seperti saya, buleh la buat sos karemel untuk dicurah diatas roti tadi..perghh makan hadap macam tu aje kalau dgn sos ni, serius tak tipu.

bahan-bahan sos karemel:

1/2 cawam gula perang
1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter

Cairkan butter
Masukkan gula dan masak hingga gula mencair
Tuangkan krim, garam dan vanilla
Kacau rata
Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin ok.



We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

No comments: