How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Tuesday, June 9, 2015

Resepi Red Bean Buns


Resepi roti kacang merah homemade
Seronok sebenarnya meroti ni especially kalau ada Bread Maker (BM), memang sejak ada BM ni mommy rajin sangat meroti, ditambah pula itu lah sarapan mommy hari2, budak2 ni pun pemakan roti, daddy pun ada breakfast yang boleh di tapau ke opis. Maka semakin gian la.
Macam2 jugak dah mommy meroti, roti sarang lebah, roti paun, roti hotdog,roti simpul sosej, pizza, donut doh pun boleh buat dalam BM. Memang berbaloi memilik BM ni.

Mommy tak mo, sembang gebang dalam ni, pasal masa untuk memblogging recently (lepas dapat 3rd baby) memang limited dan kadang2 tak ada langsung. Kalau tak tido malam yang lena, baik menjahit or iron daddy working clothes dari menhadap lappy ni. Siang memang I m fully hadap anak2 dan bermain kecahkan dapo, ha itu adalah sebab kenapa blog ni sunyi sepi dan bersawang lelabah. nak mengamil tempahan menjahit pun tak dan sebab mommy takde masa nak g post opis untuk pos barang, so for time being memang tak ambil order, kalau ada yang tak urgent and willing to COD I will take la.
eh termelalut pulak, jom tengok resepi mudah membuat red bean buns:

bahan-bahan:(bahan asa roti)

250gm tepung roti
50gm butter
50gm gula kastor
1tsp yis
1/2 tsp bread improver
1tsp susu tepung
1//2 tsp garam halus
1 biji telur gred B
105ml air sejuk
red bean paste (buat sendiri or beli siap kat bakery shop)
caranya :

Masukkan semua bahan ke dalam BM mengikut aturan (bawah basah, atas kering).
bila dah siap, tumbukkan buang angina doh tadi.
Measure 10 biji doh dengan berat 50gm setiap satu (dapat 10biji red bean buns).
red bean paste tadi di buat bulat seperti bola ping pong (lebih kurang 35gm sebiji).
canaikan doh tadi, dan letakkan inti red bean paste tadi dan bulatkan seperti bola, letakkan di atas dulang pembakar (yg digriskan) , leperkan doh tadi dan potong seperti bunga dengan menggunakan pisau.
Biarkan doh kembang selama 30-40minit.
Panaskan oven 180C
sapukan kuning telur dia atas roti tadi dan taburkan bijan
bakar selama 15minit
keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega untuk kesan kilat.


We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

No comments: