How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Thursday, October 16, 2014

Kenapa perlunya nursing cover?

Panduan untuk ibu-ibu baru yang tak tahu apa itu Nursing cover or breastfeeding cover dan kegunaannya.

Apa kepentingan nursing cover atau dalam bahasa melayunya Penutup ketika menyusu kan bayi?
Apa itu nursing cover? Kenapa ia merupakan satu keperluan kepada ibu menyusu pada zaman sekarang?

Untuk yang first time nak jadi ibu tentu pelik dan tertanya-tanya. Dulu-dulu zaman mak aku takde pun nak tutup-tutp ketika menyusukan bayi ni. Selamba je mak aku dulu selak baju bila bayi nak menyusu. Takde heran nak cover line or malu-malu.
Itu dulu, ketika otak para kaum adam tidak terlalu jakun atau kuning, orang dulu tak kisah sangat bab-bab ni, mereka lebih berfikiran terbuka dan menghormati ibu yang menyusu, mereka beralih pandangan dan berlalu pergi memberi ruang dan peluang kepada si ibu menyusu tadi menyusukan si anak tanpa segan silu.

Sekarang menyusukan anak di klayalak ramai dikatakan porno, lucah dan macam-macam.
Sebab itu lah terciptanya Nursing cover ini, ia sama pentingnya dengan pakaian kita jugak. Kita memakai baju dan segalanya untuk menutup aurat kita dari pandangan bukan mahram. Kita gunakan Nursing Cover ini ketika hendak menyusukan di khalayak ramai seperti ketika membeli belah atau ke majlis rumah saudara mara atau ketika menziarah rumah kawan-kawan atau majlis tertentu yang terbuka. Dengan nursing cover tak perlulah kita nak tercari-cari tempat menyusukan atau nursing room atau perlu meminta izin masuk ke bilik tidur tuan rumah semata-mata hendak menyusukan bayi. Kadangkala, ada juga ibu yang terlalu malu ketika berkunjung ke rumah saudara mara yang sanggup membiarkan si anak tadi merenggek renggek kerana malu hendak menyusukan.
Ia tidak seharusnya terjadi, kerana untuk berjaya dalam penyusuan badan anda hendaklah menyusukan on demand.

Tanpa mengetahui adanya Nursing cover, bagi sesetengah ibu menganggap menyusukan bayi lebih banyak menyulitkan dari menyenangkan. Jika kita benar-benar bersungguh untuk memberikan yang terbaik untuk anak kita, tiada alasan untuk tidak menyusukan bayi. Dengan menyusukan bayi, kita memberikan anak kita yang terbaik disamping mengeratkan bonding si anak dengan si ibu dan membina daya ketahanan badan yang tinggi dan mempunyai akal yang bijak tidak seperti susu formula atau susu lembu.

Jangan lah berasa malu untuk menyusukan anak di khalayak ramai sebaliknya berasa bangga kerana anda mampu memberikan yang terbaik untuk anak anda. Dengan nursing cover anda mampu melakukannya di mana sahaja on demand dan melindungi harta kita dari pandangan mata-mata yang jahat.

Di Annie Tay's readymade nursing cover terdapat pelbagai pilihan nursing cover yang cute, menarik dan terkini dengan harga yang berpatutan. Its a worth investment for you and your baby.
Jika berminat, bolehlah PM/WeChat/WassApp to

Annie Tay at 019-2822328





Take care & comb your hair, 
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

No comments: