How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Wednesday, October 22, 2014

Mari membeli sambil menderma


Ahad lepas, kami akhirnya berkelapangan berkunjung ke sebuah Pusat Jagaan Kanak Kanak Yatim /Miskin Rukaiyah di Sg Merab Luar, Kajang. Sebenarnya dari bulan Ramadhan hari tu hubby dah ajak pegi menghulurkan sikit bantuan kepada fakir miskin/anak yatim. Tersentuh hati tiap kali kami terlihat anak2 kecil menyelongkar sampah2 mencari barang untuk dikitar semula/jual. Tapi acap kali bila kami nak menolong tak nampak pula kelibat mereka. Nun my son dah packed satu bag mainan dia untuk diberikan kepada anak2 miskin, (alasan kami kalau nak beli new toys, koko kene dermakan toys yang ada kepada org yang susah, mereka tiada mainan).
Tapi mostly yang saya jumpa di town ni pusat jagaan mereka dah stabil dan majority bukan melayu penghuninya :(
Ada juga yg scam. Sehinggalah baru2 ini one of my Fb fren mereka buat donation barangan jahitan mereka ke beberapa pusat jagaan kanak kanak yatim/miskin ni, i nampak alamat kajang. So pm dia minta alamat, dari sehari ke sehari nak p tak p jugak, till that sunday morning, hubby ajak pegi.
Walaupun kajang-rian tapi kami ni tak tahu jugak tempat tu. adeii pakai waze kemain jauh dia bawa kami pusing, puas jugak hubby menanya nanya orang, mcm dah give up jugak dia, tapi sebab niat kami nak membantu, carik jugak dan Alhamdulillah jumpa.
La dekat sangat dgn kilang Sony Bangi atau lebih spesific lokasinya berdepan dgn pintu masuk AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan).
Kami hanya membawa 1 beg beras dan 2kotak susu tepung, hubby cakap, cukup ke?kot nanti kene gelak huhuhu
I told him, niat kita ikhlas, banyak mana pun, sikit mana pun kita memberi, just bagi, terpulang pada mereka untuk menerima dengan reaksi macam mana. Dan jangan lupa tanya apa lagi keperluan yang mereka perlukan. Focus kami adalah membantu yg termampu seikhlas hati barangan berupa makanan. Sambil2 shopping groceries kt Tesco, tak salah kalau selitkan sekampit beras atau sebotol minyak masak untuk mereka.
Saya tak masuk, sebab meimei tdo dalam kereta, hanya hubby & koko. Katanya penghuninya seramai 29 orang, 11 kakitangan. Mereka amat mengalu-alukan donation barangan makanan seperti beras, minyak masak, bawang, biskut dll. Alhamdulillah, tapi susu tepung kami terpaksa bawa balik semula sebabnya usia kanak2 yang paling muda pun dah darjah 5, kami bawa susu S26 untuk 3 tahun ke atas, ingatkan ada anak kecil :P

Lepas donate, hubby tanya "happy?"
tentulah, rasa lapang dada ni dapat membantu mereka yang memerlukan especially anak2 yatim.
walaupun sikit, tp ia bermakna buat mereka, bagi kita yelah, apa lah dtg jauh2 bawa beras 10kg saje utk 29org budak?
Tapi kalau 10 org berbuat mcm tu ha, tak ke banyak.
Dalam kereta saya berazam untuk membantu mereka lebih lagi.
So saya dapat idea....


Setiap hasil jualan barangan jahitan saya , saya akan donatekan rm2 ke pada pusat jagaan tersebut.
Saya akan wujudkan 1 tabung demi hasrat tersebut. Hubby setuju, mmg niat kami setiap bulan, walaupun sekampit beras, kami ingin mendermakan kpd mereka yg memerlukan. Ini sebagai satu peringatan kepada kami agar sentiasa mengingati mereka yg susah yang kurang bernasib baik.



We Love, We Care & We Share

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

No comments: