How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Sunday, May 1, 2016

My IG Shop @momatdaycrafteratnight

#igshop @momatdaycrafteratnight
Assalammualaikum....
Saya tahu ramai juga yang singgah blogwalking di blog ini, terima kasih kerana ada juga yg sudi meluangkan masa membaca kisah2  dan perkongsian saya yang sudah2.
Ada yang singgah menimba ilmu, ada juga yang tercari2 barangan preloved, Apa kata anda Follow igshop saya @momatdaycrafteratnight kat situ macam2 ada.

Kami baru berusia setahun jagung, mengambil tempahan jahitan secara kecil2an, ada juga mengambil tempahan sulaman seperti sulaman tuala, sulaman nametag sekolah, keychain mcm2, selain kami menjual barangan preloved kami juga ada menjual halal homemade kimchi dan in sha Allah soon kami akan membuka tempahan kuih raya untuk 2016. dalam perangcangan juga untuk menjual homemade cookies tak kisah la raya ke tak raya. tunggu aja la bilaa ready ya, postage ke seluruh malaysia. apa tunggu lagi, jom la follow igshop kami. @momatdaycrafteratnight



Handmade by Annie Tay ~L.O.V.E in every stitches~

Tempahan Topeng Jerebu

Alhamdulillah, syukur walaupun tak banyak tempahan macam tahun lepas, tetapi tempahan facemask kami tidak putus. Dengan keadaan jerebu di sabah and now di semenanjung, to be specific Kajang sendiri dilanda jerebu walaupun tidak teruk, namun kita haruslah berhati2.
dengan cuaca panas sekarang, keadaan berdebu especially bagi mereka yang tinggal dibandar atau bekerja dibandar yang tercemar dengan habuk dan asap kenderaan.

Cuaca yang panas dan tidak menentu juga memudahkan menularnya penyakit bawaan angin. Especially kalau ada mereka yang kurang sihat, batuk2 terutamanya mereka yang baru pulang dari menunaikan Umrah atau luar negara, menziarah mereka yang kurang sihat, seeloknya kalau mereka yang sakit tu tak pakai facemask, anda yg sihat pakai la facemask untuk mengelakkan berjangkit terutamanya kanak2 yang mana immune system mereka masih tidak kuat seperti kita dewasa.

recenyly my anak yang sulung demam akibat Influanza B, batuk2 menjangkitkan ke saya sendiri dan anak yang bongsu. Akibatnya saya sendiri jatuh sakit - demam dan batuk2 yang memerlukan saya mengambil antibiotic, my youngest baby admited to hospital due to pneumonia akibat jangkitan virus influanza dan abangnya juga admit 3 hari dan demam selama seminggu. ini semua gara2 kami leka untuk memakaikan nya facemask ketika ke sekolah atau ke playground. mungkin ada anak2 atau dewasa yang pembawa virus tersebut. si pembawa tak semestinya sakit teruk, mereka mungkin sahaja mempunyai mild cough atau flu. jadinya berhati2 la.

pakaikan lah anak anda facemask jika anda tahu cikgu atau kawan2nya ada yg kurang sihat. anda sendiri jangan lupa untuk memakai facemask jika anda batuk agar tidak menjangkitkan ke anak2 kesayangan anda. ini hanyalah pesanan khidmat masyarakat berdasarkan pengalaman sendiri.
namun jika anda ingin mencari facemask yang selesa, washable dan mempunyai saiz kanak2, yang sesuai dengan mereka yg hijabis, anda boleh WhatsApp ke 0192822328 untuk tempahan, Kami mempunyai pelbagai design menarik yg sesuai untuk anda.

hanya RM15/1 pc
Buy 3 at RM40

Postage fee RM7 SM/RM10 SS
COD Kajang.

Pilihan design washable facemask untuk kanak-kanak terutamana girls

Pilihan design washable facemask untuk dewasa lelaki dan wanita


Pilihan design washable facemask untuk kanak-kanak terutamanya boy

Tempahan washable cotton facemask ke Sabah
Black Facemask only RM10/each
                                   


Tempahan washable cotton facemask ke Utara Malaysia, customer ini mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan beliau memakai facemask


Facemask kami didatangkan dgn 3 saiz berbeza yang sesuai untuk anak anda dari usia 1 tahun


Tempahan washable cotton facemask ke tengah2 bandar KL



Tempahan washable cotton facemask ke Pantai Timur Malaysia.







My 1y4m daughter wearing washable cotton facemask kids size selepas si abang disahkan demam Influanza b

I am wearing washable cotton facemask untuk menutup mulut akibat batuk yang teruk bagi mengelakkan mengjangkiti anak kecil saya di hospital

My son diagnosis having Influanza B wearing washable cotton Facemask spiderman semasa dihospital bagi mengelakkan mengjangkiti kanak2 lain dan menjangkiti daddy yang menjaganya.



Handmade by Annie Tay ~L.O.V.E in every stitches~

Testimonial Customer yang suka Kimchi kami.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah, kerana sudah batch ke-4 kami membuat Halal Homemade Kimchi kami, yang In sha ALLAH pasti menepati citarasa selera Korea anda.
Sangat2 berterima kasih pada pelanggan kami yang sudi berkongsi testimonial mereka di Facebook dan juga WhatsApp. terima kasih atas sokongan kalian.

Selain memenuhi permintaan Kimchi sekitar bandar Kajang, kami juga membuat delivery ke SELURUH MALAYSIA termasuk Sabah & Sarawak melalui kurier POS LAJU.
Kami akan membuat pengeposan setiap Isnin, dimana anda akan menerima Kimchi anda keesokkan harinya dalam keadaan yang masih baik dan selamat untuk dimakan (jangan risau tak akan leaking sepanjang penghantaran).











Kami sentiasa mengambil tempahan Kimchi, anda hanya perlu WhatsApp ke 0192822328 untuk tempahan.

harga halal homemade kimchi kami, masih terendah di pasaran:

RM13/400gm
RM30/1kg

Postage untuk 1jar RM7 SM & RM10 SS
COD Sekitar Sg Chua, Kajang
Free Delivery sekitar bandar kajang (min 3 jars)




Handmade by Annie Tay ~L.O.V.E in every stitches~

Halal, Homemade Kimchi by Annie Tay

Halal Homemade Kimchi

Homemade Kimchi

from Annies's Kitchen.
Delicious and nutritious.
Halal.
Freshly made.

RM13 /400gm
RM30/ 1kg

COD Bhpetrol, Sg Chua.
Free Delivery sekitar Bandar kajang (min 3 jars)
By Pos Laju every Monday

Postage fee RM7 /RM10 sm and RM10 /RM15 ss

Untuk tempahan WA 0192822328




Handmade by Annie Tay ~L.O.V.E in every stitches~

Thursday, March 24, 2016

Koleksi Shawl Heavy Chiffon terkini

HANA SHAWL 

RM20 /pc
BUY 3 @ RM50
Promotion : Buy 6 get free postage ke seluruh malaysia!
-----------------------------------------
Material : Heavy Chiffon (Gred AAA)
Design : Long shawl with straight cut
Size : 71cm (width) X 168cm (height)
Material kain lembut dan tidak jarang
Jahitan baby seam yg kemas jadi shawl mudah terbentuk
Kualiti tinggi dengan harga berpatutan
Boleh adjust labuh dan panjang ikut keselesaan
Material kain mudah digosok dan digayakan
Warna menarik

Berminat WA 0192822328

shawl kek nis murah

shawl ala kek nis on sale!

selembut warnanya selembut fabriknya.. emerald green, moss green ha apa tema warna raya tahun ni?..

model is wearing hana shawl heavy chiffon gred AAA

hana shawl murah murah

Denim blue shawl

soft lilac and lavender chiffon shawl

Handmade by Annie Tay ~L.O.V.E in every stitches~

Wednesday, March 16, 2016

Resepi Homemade Kimchi yang simple tapi sedappppp

homemade kimchi 

Assalammualaikum...
nak recipe homemade kimchi tak? bagi tenung puas gambar kimchi tu sampai kecur air lioq baru cheq bagi recipe ya hehehehe

okey, sapa yang tak pernah makan maybe wonder apa rasanya, sedap ke tak? kalau yang memang sejak azali tak makan sayur tak yah nak kepo kat sini erk hihihihi
sebab kimchi ni diperbuat daripada sayuran, sayuran mentah lagi...takde masak2.
ade yang cakap kimchi ni homemade probiotic, tang tu cheq tak kaji lagi
yang cheq tau, cheq memang HANTU kimchi.
cheq ratah je makan kimchi ni. selalu pegi makan kat korean restaurant sebab nak makan kimchi ni.

kali ni cheq buat sendiri, so kat sini cheq share recipe mengikut sukatan yang cheq buat. nak buat lebih pun boleh, double kan dan adjust la sos kimchi/bahan perap nanti.
malas nak membebel panjang, jom tengok bahan2 membuat kimchi ni ya...

Bahan2:
1.5kgs kobis panjang (kobis napa)
1/2 cup garam
3/4 cup tepung beras
1/4 cup gula
2 cup water
2 biji bawang putih (bukan 2 ulas tau)
2" halia
1 biji bawang holand
1/2 cup fish sauce (ada macam2 perasa -ikan bilis, ikan bawal atau sotong ikut suka - saya guna sos ikan bawal)
1 cup serbuk cili babas
seikat leek (kalau tak ada atau tak jumpa gantikan daun kucai pun boleh)
seikat daun bawang
1 batang carrot
1 batang carrot putih (radish)

caranya:

1- potong kobis tadi ikut bite saiz...tak mo besar tak mo kecik, sekali boleh ngap masuk molot je. cuci bersih,  buang air, make sure kering.

2- dalam besen besar gaulkan rata dengan garam. make sure gaul rata supaya keseluruhan kobis tadi kene garam. biarkan. ada orang biarkan selama 4 jam untuk keluarkan air dari kobis tadi, tapi saya hanya tunggu dalam 1jam or 1.5jam.

3- buat bubur kimchi. dalam periuk kecil, masak air dengan tepung beras sehingga pekat (dalam 5 minit) , kacau sentiasa dan tambah gula (ikut kemanisan kita nak). sejukkan

4- blend bawang putih, bawang merah, halia dan fish sauce.

5- meanwhile, setiap 30 minit,  gaul semula perapan kobis tadi supaya garam digaul rata.

6-  tambahkan bubur kimchi tadi di dalam bahan kisar dan gaul mesra.

7- tambahkan serbuk cili babas tadi ikut kepedasan yg anda suka. tak makan pedas boleh skip serbuk cili (tapi tak pernah lak rasa yang tak ada cili. kalau nk extra  pedas boleh letak 2 cup , kalau nk super pedas boleh letak 2.5 cup serbuk cili....terbakor bibir jangan marah cheq naaaa hahahaha

8-  ketepikan sos kimchi tadi, now move on to sayuran.

9- cuci leek tdi dan potong serong, begitu juga dengan daun bawang dan daun kucai.

10- mayang halus atau sagat halus memanjang carrot dan radish tadi.

11- gaul kesemua sayuran tadi (kecuali kobis belum lagi). kemudain tambahkan sos kimchi tadi dan gaul mesra.

12- selepas 1.5jam perap kobis tadi, cuci 3 kali untuk mengurangkan kemasinan dan make sure kobis tadi betul2 bersih. toskan.

13- gaulkan kobis tadi serata dengan sayuran lain yg telah digaul mesra dgn sos kimchi tadi.

14- siap. simpan dalam bekas bertutup, make sure untuk tekan kimchi tadi. kimchi tadi boleh dah makan, tapi kebiasaannya afer 3-7 days baru lebih sedap. (jika disimpan dlm peti sejuk) kalau simpan di luar lagi cepat boleh makan.

kalau nk lebih jelas boleh refer video kat sini



selamat mencuba.....

Handmade by Annie Tay ~L.O.V.E in every stitches~

Saturday, March 5, 2016

Nak menang GiveAway bernilai lebih dari RM100?

Giveaway 2016 by @momatdaycrafteratnight

Assalammualaikum...
Dah sedia untuk join #giveaway contest#handmadebyannietaygiveaway2016 ?
Semperna our wedding anniversary yang ke 7 pada 28 February dan harijadi puteri kami , Daisy Amelia yang ke 3 pada 8 march ini, yang jatuh pada Hari Wanita Sedunia, kami dengan sukahati untuk membuat giveaway yang pertama kalinya 😊😅 Anda bakal berpeluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai RM112!!

Hadiah berupa:

1x Daisy Nursing cover
3x Dahlia Facemask (Dewasa 2pcs dan kanak2 1pc)
3x Innisfree real squeeze facemask (original from Korea) 

Hanya seorang pemenang akan dipilih secara RANDOM pada 8 March 2016 nanti.
So apa tunggu lagi, spread this info, start share, repost and tag now.

Caranya mudah ,
1# Follow IG @momatdaycrafteratnight dan LIKE Facebook Page :Handmade by Annie Tay
2# Share & Repost gambar ini dengan hashtag #handmadebyannietaygiveaway2016 (pastikan account anda tidak private and DONT create fake account).
3# Tag 3 orang rakan anda (especially mereka yg belum lagi follow IG kami). Come and join us! 😊

#giveaways #momatdaycrafteratnight#handmadebyannietay #kajang #sgchua #bangi#putrajaya #womensdaygiveaway #handmadebyannietaygiveawy2016 #giveawaytime #giveawaycontestmalaysia#giveawaycontest


Handmade by Annie Tay ~L.O.V.E in every stitches~

Friday, March 4, 2016

Topeng jerebu Dahlia Facemask : Tempahan customer lagi....Alhamdulillah

Set Topeng Jerebu untuk keluarga bahagia anda
2 dewasa 1 kanak2
Rm45 je termasuk postage

Alhamdulillah, saya memang suka membuat facemask, cute sangat, idea asal saya memula buat facemask semasa anak sulung saya batuk koh koh koh
teruk juga batuk dia, so saya jahitkan facemask untuknya, supaya adik2 dirumah tidak terjangkit, dan bila pegi sekolah tidak pula menjangkitkan ke kengkawan. Yelah risau jugak sekarang ni pihak sekolah pun ambil langkah berhati2, kadang sakit sikit batuk sikit depa tak bagi p sekolah kan...
kesian kat budak lain, you cannot be selfish noooo...sell crab ka prawn ka boleh...jangan sellfish hahahaha

bila tengok abang ada facemask, adik pun nak, maka mommy yang excited ni buat la untuk adik tadi, 2 minggu selepas tu negara kita dilanda jerebu, aha masa ni la kengkawan hubby yang pada mulanya nampak mommy buat facemask kat Fb minta buatkan...diikuti dengan kawan yang lain dan lain dan ada jugak yg repeat order dan barulah kawan2 mommy. kawan mommy lambat sikit sebab jauh hehehe

selepas tu mommy ni pun tergerak la nak buatkan facemask untuk mereka yang lain. mommy create IG untuk jual facemask ni....ha dah follow IG @momatdaycrafteratnight ka belum?? kalau belum p lekaih follow!
kesian tau tengok bebudak keluar g sekolah, jalan2 tak pakai facemask, masa tu jerebu teruk sangat, lama jugakkan...
kalau ada washable cotton facemask ni dah la jimat boleh pakai sampai bila bila selagi tak hilang atau dicurik orang la...design comel pulak tu. anak dari tak suka pakai facemask teruih tak mo bukak facemask, betullll tak tipuuu

memula design kain mommy ni more to kids coz i tell u i memang suka buat benda budak2, menjahit untuk anak2. memang itu niatnya dari mula mommy beli mesin jahit.
tetapi bila ada permintaan kaum dewasa ni, mommy tambah la design...
so sejak tu, bermula2 biz jual facemask ni.

masa musim jerebu dulu memang tak tido malam menjahit facemask, nampak mudahkan, tepi renyah dik oiii.. dah la kita menjahit malam saja, namapun mom at day crafter at night. sampaikan ada jugak tempahan yg terpaksa ditolak, kalau yg nak urgent tu memang mintak ampun.
hubby yg jd postmen pun dah merunggut, idea dia lah yang meminta untuk membuat pengeposan isnin dan khamis sahaja. Manager jadi postmen you hahaha
mmg sporting my hubby, amik time lunch tolong poskan parcel ai ngeee

So disebabkan itu, makanya  saya membuat some (tak la banyak tapi ada jugaklah sikit) ready stok facemask untuk mereka yang nak urgent sangat. tak tahu la pasal apa urgent sangat tu huhu
tapi kalau urgent design dan qty limited la. alaa kalau pre-order pun kene tunggu 1-2 hari sahaja bergantung kpd qty.... jangan risau...

makanya, untuk mengelakkan tempahan last minit, tempahan dibuka sepanjang tahun...bukan time jerebu sahaja, tetapi kalau kurang sihat tu batuk, alahan, asma, resdung, ada juga yg baru keluar hospital doc advice to wear facemask boleh la dapat kn facemask kami. 
😊
Belikan utk diri sendiri, anak, suami, mak ayah atau dihadiahkan kepada mereka yg tersayang.. Tanda prihatin tuuuu
Bagi mereka yg Berminat untuk mendapatkan Dahlia Facemask ni, boleh ping kat WA 0192822328 



Macam ni, customer ni belikan set satu keluarga utk dihadiahkan kepada kakak iparnya yang mempunyai anak yg kurang sihat, doc advice untuk pakai facemask. baik sungguh hati dia kan...nun jauh dok penang sana...terima kasih dear.
nak COD pun boleh, kajang area saja naaa :)

Handmade by Annie Tay ~L.O.V.E in every stitches~

Wednesday, March 2, 2016

Tempahan customer : Bag Telekung Safiya & Iqra

Assalamualaikum...
Dah lama tak menjahit bag, recently saya buat bag untuk anak dara ke kelas Iqra. Di kelas iqra she will perform maghrib & ishak prayer, so kena bawakan buku iqra dan telekung solat.
So mestilah saya sediakan Telekung kanak-kanak Safiya ni yang terlajak comel terlajak laris dan terlajak murah. Untuk saiz Daisy yang baru berusia 3tahun hanya RM35 sahaja, pink tentulah menjadi warna kegemaran anak dara ni.
Dan yang paling membuatkan dia happy, bila saya buatkan Beg Princess ini, untuk ke kelas iqra, wah bersemangat sungguh.

Apa kata para ibu2 diluar sana hadiahkan beg telekung macam ni, mesti terlompat2 kegembiraan anak dara dirumah tu nanti hehehe
Sesuai sangat untuk dijadikan hadiah hari jadi atau kecemerlangan akademik mereka.

Bag ini diperbuat daripada 100% designer cotton (apa tu designer cotton? kain cotton yang diimport)
mempunyai design yang sangat menarik dan jahitan yg kemas.
bersaiz 11" x 9.5" yang sesuai untuk membawa telekung safiya dan iqra book kemana2.
Kami boleh sulamkan nama anak sekali supaya tidak mudah dicuri orang hahaha almaklum comel sangat bag ni kannnn
harganya hanya RM30 sahaja. (harga tidak termasuk postage ya)
tetapi jika anda membeli bersama telekung safiya kami, kami akan memberikan FREE Postage untuk bag ini.
menarikkan, apa tunggu lagi...

BERMINAT boleh WhatsApp ke 019-2822328

Bag telekung kanak-kanak safiya
Tempahan bag oleh salah seorang customer telekung kanak-kanak safiya. melompat la anak dia nanti dapat telekung pink dan bag princess ni kannnn


bag untuk ke kelas iqra'


Handmade by Annie Tay ~L.O.V.E in every stitches~

Monday, February 29, 2016

Telekung Kanak-kanak yang murah, menarik dan berkualiti....


Telekung kanak-kanak /Telekung budak murah
Kuning, Ungu dan Putih

Telekung Safiya
Pink

Telekung kanak-kanak terlajak laris, terlajak murah, terlajak comel
Hijau , Kuning, Putih

Telekung mampu milik yang terlajak laris ini didatangkan dengan 6 pilihan warna yang menarik iaitu:
✔Pink
✔Biru
✔Kuning
✔Ungu
✔Putih
✔Hijau

**Terdapat 4 pilihan size (Sila refer panduan size dibawah):
✔S 1-4 tahun RM35
✔M 5-8 tahun RM40
✔L 9-10 tahun RM45
✔XL 11-14 tahun RM50

**Harga tidak termasuk kos Pos Laju

** Panduan size:
✔S : labuh telekung depan =28" , belakang = 33" , labuh kain =30"
✔M : labuh telekung depan =33" , belakang = 37" , labuh kain =34"
✔L : labuh telekung depan =36" , belakang = 40" , labuh kain =38"
✔XL : labuh telekung depan =40" , belakang = 45" , labuh kain =45"

Material: Diperbuat daripadaJersey. Kain yang tidak berbulu,boleh stretch , lembut seperti lycra. Cuma sedikit tebal berbanding lycra namun ia tidak panas dan tidak melekat dibadan. Menjadikan ia sangat sesuai dan selesa dipakai kerana tidak mengikut bentuk badan dan jatuh terletak. Tidak mudah bertahi lalat dan boleh dicuci di dalam mesin basuh.
**Tidak perlu memakai inner or anak tudung.

**Postage : SM RM 7 (1 pc) , RM 9 (2-3 pcs) // SS RM 10 (1 pc), RM 15 (2--3 pcs) .

Urusan postage hanya pada hari ISNIN DAN KHAMIS sahaja. .

Jika berminat, apa tunggu lagi, WA 0192822328 untuk tempahan.


Handmade by Annie Tay ~L.O.V.E in every stitches~