How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Monday, December 24, 2012

Menu semasa dalam pantang

Sudah 28minggu pregnant, hari yang dinanti semakin dekat, risau dengan hari berpantang nanti, sebab MIL asyik tanya apa melayu orang makan semasa dalam pantang? Entah la...sudah lupa la...mase Abbie mak jaga, mak tak la ikut sangat pantang melayu, kata mak...jaga ko ni flexi sikit... sebab day1 lagi mommy ni dah makan ayam, pastu makan sup2... ikan kering tak meras sebab hubby kata takde khasiat.
So penat jugak dari pagi gugel menu semasa berpantang ni, mak kata kali ni max mak boleh jaga is 2minggu sahaja, min selepas baby tercabut tali pusat... huhuhu
MIL pulak katanya kakinya sakit, bimbang nanti masa i bersalin dia kurang sihat
Katanya kalau ada confinement lady yang boleh jaga, bayar ajew...tapi melayu tak ade la service macam tu kan.... selalu asal bersalin, balik kampung berpantang dengan mak...
Mak pun kata, senang ko berpantang kat kampung ajew,...mak boleh jaga lama, urut pun murah & senang carik....
Tapi ini permintaan hubby, harus hormati permintaan nya utk berpantang di rumah sendiri, tak sanggup dia berpisah dengan isteri & anak2nya... duit tak menjadi masalah baginya....

So meh sini mommy Abbie nk share dengan you all.... menu semasa berpantang :)

Sarapan/Tea break:


#1 - Minuman Milo cereal/milo/horlick yang ditambah dengan halia yang diblender
#2 - Susu + cereal seperti cornflakes
#3 - Roti sandwich/toast
#4 - Biskut jacob, hupseng, biskut lemak
#5 - Pancake
#6 - Waffle
#7 - Red dates boil with dried longan & rock sugar , soya
#8 - Buah seperti apple, orange/limau, pear, plum, kurma, kismis, delima, appricot, strawberry
#9 - Nasi goreng kampung (tak pedas) or nasi goreng cina. (gantikan cili padi dengan lada hitam).
#10 - Roti canai/tosei/capati

Lunch/Dinner: (with nasi putih)

#1 -  Kerabu pegaga 
        Bahan-bahan: Pegaga,1 ulas bawang putih, 1tsp lada hitam, 1" halia muda, 2biji bawang merah, 50grm ikan bilis, 1" kunyit hidup.
        Cara-cara: Tumbuk semua bahan (kecuali pegaga) hingga lumat, goreng semua bahan tanpa minyak,biarkan sedikit kering & angkat, kemudian gaulkan bahan tadi dengan pegaga yang telah dipotong2, makan dgn nasi panas2.

#2 - Ikan tenggiri/Selar/haruan/kerisi/Merah/Jenahak goreng halia
        Bahan-bahan: 1keping isi ikan tenggiri/merah/jenahak, 4" halia (dihiris & digoreng), 2tbsp minyak bijan,1~2tbsp kicap manis, 1/2tsp serbuk kunyit, 1/2tsp garam
        Cara-cara: Lumurkan isi ikan dgn garam & kunyit, perap 20minit & gorengkan dgn minyak bijan td.Atas pinggan, tuangkan kicap & taburkan halia tadi.siap utk di makan.

#3 - Ayam masak bijan
       Bahan-bahan: Beberapa ketul isi ayam, 4" halia (dihiris), 3tbsp minyak bijan, 1/2tbsp kicap manis,sedikit garam & air secukupnya.
      Cara-caranya: Panaskan minyak bijan & tumiskan halia sehingga naik bau, masukkan ayam & kacau rata, tutup kuali & masak ayam dengan api perlahan selama 20minit (tuangkan sedikit air supaya ayam tidak kering) , akhir sekali masukkan kicap & kacau rata, bila ayam masak tambahkan sedikit garam.

#4 - Sup Ikan Haruan/tenggiri/selar/kerisi
       Bahan-bahan: 1 ekor ikan haruan, 2 cawan air, 2tbsp minyak jagung, 1tbsp lada hitam(tumbuk), 3ulas bawang merah(tumbuk), 2 ulas bwg putih (tumbuk), 2" halia (tumbuk), 1 kpg asam keping,  garam, daun bwg & daun sup (dihiris)
         Cara-cara: Ikan dipotong-potong & dicuci dengan air asam jawa utk mengelakkan hanyir, bilas & toskan. Panaskan minyak dlm periuk & tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau, masukkan air & biarkan mendidih. Bila mendidih masukkan ikan & asam keping. Kacau rata & biarkan mendidih. Bila masak masukkan garam, daun sup & daun bawang.

#5 - Ikan panggang halia muda
       Bahan-bahan; A)Perap - sepotong ikan tenggiri/merah/jenahak, sedikit garam & kunyit
                             B) Dihiris - 3" halia muda, 1 biji bwg besar, 4ulas bwg merah, 3 ulas bwg putih, sedikit minyak
       Cara-cara: Lumurkan bahan perap pada ikan & perap selama 1/2jam, Panggang ikan sehingga masak Tumiskan bahan B & taburkan atas ikan. siap!

#6 - Sup sayur campur
       Bahan-bahan; 3ulas bwg putih, 1/4 cube pati ikan bilis/ayam, fish cake, bunga kobis, broccoli, tomato, air & garam secukup rasa.
     Cara-cara: Tumiskan bwg putih hingga naik bau, kemudian masukkan air & cube pati ikan bilis, bila mendidih masukkan fish cake, bunga kobis, broccoli & tomato. tambahkan sedikit garam.siap

#7 - Sawi tumis air
      Bahan-bahan: Sedikit ikan bilis, 3 ulas bwg putih,2biji bwg merah, sawi & air
      Cara-cara: Tumbukkan ikan bilis,bwg putih & bwg merah, Tumiskan bahan tumbuk & masukkan air. Bila mendidih masukkan sawi  & tutup api.


#8 - Haruan panggang halia
       Bahan-bahan: 1 ekor ikan haruan, 1 biji limau nipis(amik jusnya), 2tbsp minyak, 1/2 cwn air, 1 helai daun kunyit (mayang halus) & garam
       Bahan tumbuk- 5ulas bwg putih, 6" halia, 4" kunyit hidup
       Bahan rempah(tumbuk) - 1tsp jintan manis,1tsp jintan putih,1tsp lada hitam

        Cara-cara: Ikan dicuci dengan jus limau nipis tadi, kemudian gaulkan dengan bahan tumbuk & bakar. Panaskan minyak, tumiskan separuh bahan tumbuk & rempah tumbuk sehingga wangi & naik minyak. masukkan air & masak sehingga didih & pekat, masukkan daun kunyit & siram atas ikan bakar tadi.

#9 - Ayam panggang lada hitam
       Bahan-bahan: 1 ketul ayam, 1tbsp lada hitam, 4ulas bwng putih(tumbuk), 1"kunyit hidup(tumbuk), 1/2 labu bwg besar (tumbuk), 2" halia muda(tumbuk), garam secukup rasa
       Cara-cara: lumurkan semua bahan tumbuk pada ayam & perap 30minit, bakar pada suhu 180C selama 50min.  hidangkan bersama steam broccoli & carrot.

#10 - Ikan bilis goreng
         Bahan-bahan: Satu genggam ikan bilis, 2" halia(dihiris), 2 ulas bwg putih(dihiris), 1 ulas bwg merah,1tbsp lada hitam
         Cara-cara: Goreng ikan bilis dengan api sederhana sehingga garing, tumbuk dengan halia, bwg putih, bwg merah & lada hitam. sedap dimakan dengan bening/sup sawi.

#11 - Honeybake chicken wing
          Recipe kat sini

#12 - Serunding daging

#13 - Daging masak lada hitam


#14 - Ikan bawal kukus


#15 - Sup lobak putih

         Bahan-bahan: 1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2cm0, sedikit duan kucai, 2ulas bwg putih, 2 ulas bwg merah, 1tsp lada hitam & garam secukup rasa.
         Cara-caranya; Didihkan air dalam periuk, masukkan semua bahan & masak sehingga lobak putih empuk.

#16 - Mee Suah soup
         Recipe kat sini

#17 - Ikan kering masak halia
         Bahan-bahan: 200gm isi ikan masin talang, 1 cwn santan, 3" halia muda, 2tsp lada hitam, 2 keping  asam keping, 2" kunyit hidup & garam jika perlu.
         Cara-caranya: Bersihkan isi ikan & potong kecil, masukkan dalam periuk bersama semua bahan yg lain & masak sehingga kuah pekat.

#18 - Steam Chicken
          Recipe kat sini

#19 - Hokkien steam fish
         Recipe kat sini

#20 - Sayur kailan ikan masin tenggiri

#21 - Sayur campur

#22-  Macaroni/Spagetthi/pasta goreng

#23 - Green apple salad

          Bahan-bahan: 1 biji apple hijau, 1 biji bwg merag, 1/2 btg lobak merah, 1/2 bunga kantan,1tbsp juice limau nipus & sedikit garam & gula
          Cara-caranya:Hiris kesemua bahan & gaulkan kesemuanya & perap selama 15minit

#24- Bubur nasi

#25 - Tauhu/tempe goreng


Antara makanan yang DILARANG semasa dalam pantang:

1) Sayuran menjalar,sejuk & berangin seperti kangkung, timun, keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, daun keti, kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botol, jeruk maman, petai , jering & terung.

2) Buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang (pendek kata semua jenis pisang), ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, maggis, bacang, kuinin & binjai.

3) Minuman bergas, sejuk & tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda.

4) Jenis ikan yang berbisa & gatal seperti ikan kembung, tamban, cencari atau tongkol serta udang, sotong, kerang, ketam dan sebagainya.


with love

2 comments:

Anonymous said...

hi dear,
skrg orang melayu mmg pakai confinement lady. dah berbelas tahun dear :).within 44 days CL akan take care our makan minum dan weight losing programme

Annie Tay said...

owh really? i heard oso but still minority.... bila tanya kebanyakkan mereka bawa dr kampung... mana nk crai? do u have contact?