How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Thursday, September 6, 2012

Catatan sepanjang 1st trimester

Pada entry saya yang lepas saya share bagaimana Shaklee Alfafa mengubah hormon estrogen sehingga boleh menghalang dari kedatangan haid? Betapa cuaknya saya bila period saya lewat 3 hari tapi bila saya test menggunakan pregnancy test keputusannya negatif.
Tetapi setelah saya mengesyaki Alfafa punca saya tidak datang period, saya stop makan alfafa & alhamdulillah period saya datang selepas hari ke3.

Sejak itu saya memulakan lagi usaha saya untuk conceive dan hanya mengambil vitamin C, B complex, Iron+folic asid & Vitamin E.
Vitamin E adalah kelainan yang saya lakukan untuk 2 bulan ini. kalau bulan lepas saya makan Vit E wit Alfafa, hasilnya negatif, tapi untuk bulan berikutnya saya mengambil Vit E tanpa Alfafa.
Saya buat perkiraan ovulation bukan jatuh pada hari ke 14 biarpun kitaran period saya 28hari.
Sebaliknya saya mengambil pendekatan,
10 hari period, 10 hari subur & 10 hari tempoh untuk conceive.

My last period is 8-Jun, patutnya kalau nk check kene tunggu 8-jul, tp sebab saya ni kancong sangat nk tahu, malam 6-Jul tu saya dh check, sebab haritu genap 28hari cycle period saya,
dengan rasa yang teruja & berdebar2 lepas dinner pegi la wat pregnancy test,,,,biasanya orang kata terbaik buat waktu pagi, sebab level HCG paling tinggi pada waktu pagi, tapi kali ni pada malam Abbie turn 2, we get good news...berita gembira dengan kemunculan 2nd line yang sangat terang :)
Inilah yang kami nanti-nantikan, wah super happy! :)

                           
Alhamdulillah...
hubby cakap, even your period cycle is 28days, but my ovulation is not on 14days, its on 10days.
Selalu kami bersama pada kiraan 13 atau 15 hari huhuhu
So kali ni saya gunakan startegi yang sama semasa saya nak dapatkan Abbie, macam mana lah saya boleh lupa huhuhu
Kadang2 masalah kita bukan tak subur, tapi kita bersama pada waktu yang salah especially untuk mereka yang bukan main hari2 hahahahhaa

See.....i never missed my period even a day without pregnant, so dalam masa yang sama, ai learn about how alfafa works.
Doakan kali ini kandungan saya sihat sehingga melahirkan, amin~

Perkembangan kandungan saya sejak week4:

week4:
Saya buat pregnancy test 2 hari sebelum dijangka period dan mendapat keputusan yang positif. Sangat la happy, hubby terus pesan jangan bagi tau sesiapa termasuk my mom. Terus kawal pemakanan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Dapat tahu jew preggy, hubby terus belikan susu Anmum untuk saya.
My EDD will be 15-03-2013, hubby cakap kalau lahir 03-03-2013 lagi chantek date tu, macam Abbie   07-07-2010

week5:
Hubby dah mula keluarkan uniform 9bulan saya, so far semasa mengandungkan Abbie saya memang tak ada langsung membeli pakaian mengandung, kesemua lebih 20 helai pregnancy cloth saya adalah pemberian my SIL dari Singapore. Memang tak sabar nak pakai, tapi agak2 la kan, baru 5 minggu.
Masa ni dah mula ada morning sickness sikit2.

week6:
my hubby dah mula inform mom dia, our baby sitter, sebab dia tak mahu saya carry Abbie. Kalau masa week5 saya masih lagi boleh minum susu,tapi masuk week6 ni bau susu & sebut aje nama susu tekak dah mula kembang. Dah mula uweekkk uweekk di awal pagi . Dan memandangkan week ini bermulanya bulan Ramadhan, saya cuba untuk berpuasa namun tak sampai jam 10am saya dah muntah2, mungkin perut berangin. So hubby melarang saya untuk berpuasa, keselematan baby yang dikandung adalah lebih utama memandangkan saya pernah mengalami 2 kali keguguran.
Untuk pertama kalinya kami berjumpa gyne (23-Jul-12) dan gyne mengesahkan saya mengandung 6minggu.
Gyne menasihatkan saya untuk tidak carry Abbie, tidak banyak berjalan & jaga pemakanan.
Dalam masa yang sama gyne memberikan saya 2 kotak ubat penguat rahim untuk diambil selama 20 hari.
1 kotak berharga RM40. Will meet gyne again when week9, seminggu sebelum raya.

pil untuk menguatkan rahim
1st time scan , Alhamdulillah nampak denyutan jantung :)

week7:
morning sickness semakin menjadi2, alhamdulillah, disebalik kepayahan tu saya bersyukur kerana itu tanda janin sedang membesar dengan sihat, tak sabarnya nk intai baby dalam ni, kene tunggu lagi 2 minggu huhuhu
semoga semuanya selamat sehingga melahirkan YA ALLAH, kecuakkan ku ini bukan hanya saya yang merasai, tapi en suami pun merasai kebimbangannya, dia dengan tiba2 memaksa saya memohon 1 bulan unpaid leave, katanya i need to have enough rest for the 1st trimester, nak taknak saya terpaksa le menebalkan muka memohon cuti dari en bos. Alhamdulillah, bos walaupun lelaki sangat la memahami, dibenarkannya saya bekerja dari rumah bermula 1-Aug sampai 30-Aug.
Alhamdulillah, semoga usaha kami tidak sia2.

memo dr my gyne utk memohon cuti :)

week8:
morning sickness saya semakin teruk, ia lebih teruk dari semasa mengandungkan Abbie (terasa macam serik, cukup la 2 anak hohoho). Mungkin sebab kali ini saya ada mengambil pil utk menguatkan rahim, dimana pil itu membantu meningkatkan hormon estrogen. Sebab kadar hormon yang tinggi, saya tak boleh gosok gigi, tak kira pagi atau bila2 mesti termuntah. Kalau sebut nama susu, bayangkan terasa susu Abbie pun terus termuntah, kadang tanpa sebab pun muntah, sepanjang hari pun muntah. Sampaikan maid depan tu tanya saya "kakak, sudah ada isi lagi ka?" saya dengar akak muntah semalam hohoho
mau tak kuat saya termuntah, lembek. Kerja work from home sepatutnya ia bersifat releksi tapi dh bertukar stress, bila saya semakin weak, dan pada masa itu lah someone in office bagi no hp saya kepada orang lain. Memang bos ada cakap, kalau work from home he will call me (tapi itu bos) saya tak expect entah PE or engineer mana2 simply call saya for more than 5x sekali call, katanya saya tak perlu bekerja seperti normal working hours, nanti ada problem clark nak keyin, katanya tak boleh buat time transfer 8jam sehari, so clark inform saya kerja 2~4jam sahaja. Tapi ini saya clock in dari jam 8pagi sampai 530 ptg jugak. saya keluar pegi beli sayur pun kne call huhuhu....saya dah mulai stress. saya harap sangat dapat buat cookies untuk merelesedkan stress saya ni, tapi ai got no time kalau ada masa, mungkin saya pulak yang lembek.huhuhu
I can't wait for week9, nak jumpa my gyne and scan to peep on my lil baby. doa2kan baby dlm ni sihat ya, sempurna YA ALLAH.
mommy dh mula menabung & mensurvey CD...dalam kepala nak beli 10 kpg baby wombie punya CD, harganya?? rm800 hohohohoho

week9:
hari ni genap 9 minggu ada appointment dengan gyne, aduh debornye...YA ALLAH tuhan sahaja yg tahu, saya doa baby dlm ni sihat & membesar dgn sempurna YA ALLAH, saya sangat takut kalau tetiba scan doc ckp berita yg tak elok mcm dulu...kami riang2 nk peep baby tetiba doc ckp baby xde heart beat huhuhu
YA ALLAH saya mmg fobia, ni tambahan saya dh almost a week dijangkiti batuk, teruk la jugak...penat batuk ni sampai sakit kepala, menekan dari perut... :(
Nak makan ubat takuttt, ni sat lagi nak jumpa gyne, saya nk mintak nasihat dari dia, kalau mengambil ubat itu memudaratkan, tak perlu lah,,,,saya sanggup tahan.
Hari ini jugak pil penguat rahim dah habis...syukur dah tak perlu makan lagi...adoiii saya memang tak lalu nak makan ubat2 ni..susu anmum pun saya minum dengan milo, kalau nk suh minum mcm tu alamat termuntah ler nampaknyer huhuhu
Dugaan nak dapat adik , Abbie kuat meragam, tambahan pulak dia pun tak sihat, dah 2 minggu batuk & flu....adoiii benar2 mencabar kesabaran kami, mujurlah daddy seorang yang strong & bertanggung jawap, he help a lot to released house chores , sieh sieh honey :)
okey...dah balik dari check-up dgn doc bedi.... ini lah hasilnya ubat-ubatan yang banyak sampai bil mencecah rm256 huhuhu
ubat batuk, antibiotic, probiotic, ubat kuatkan rahim, vitamin - asid folic & calsium huhuhuhu
yang lebih melegakan ALHAMDULILLAH my dear baby inside sihat & membesar
YA ALLAH nebes nye mommy semasa doc nak scan, tp bila tgk shape baby tu rasa lega sgt, doc kata ur baby healthy....syukur... tapi sebab history keguguran 2x semasa 9w & 10w, doc still want me to continue take ubat kuatkan rahim tu sehingga kandungan 4 bulan, katanya sehingga rahim betul2 kuat.
Apa yg terbaik utk baby mommy sanggup lakukan :)
tetiba EDD doc boleh jadi 10 march pulak hohohoho umur baby pun teradvance bior la betul doc
next visit will be 3-sept (12week @3mos).

week10:
Raya oh raya... tahun ni raya paling tak best, sebab dah la tak beli baju raya, family kami takde tema...hanya Abbie yang memakai baju raya baru, dah tu penyakit batuk ku yang berpanjangan ni menyebabkan hubby suruh ai jaga mulut. Tak boleh makan itu ini, nak makan biskut raya tak boleh, kerepek raya tak boleh, pedas tak boleh, sejuk tak boleh, buah tak boleh, nak makan ayam pun tak boleh (melampau!!) ai buat tunjuk perasaan jugak makan jugak 2 ketul ayam masak merah...kira ai test dia punya patient la nie...kasi bakar.....
mak buat nasi lemak pun x boleh makan, sambal x boleh, telur tak boleh , ikan bilis tu goreng aiiiiii stress tahap dewa....
Pendek kata semuanya tak puas la...dtg beraya umah jiran & sedara dok pakat tengok ja biskut2 raya depa, kalau ada yg hidang macaroni ka, kek ka, soto ka dengan air panas dapat jugak ai makan, kalau yg hidang biskut raya & air sejuk semata2 tu.... T_T
Balik KL hubby paksa ai jumpa gyne utk consult batuk ai yang berpanjangan ni, ai tak mo pegi,...takkan nak amik ubat lagi,...paling2 gyne akan bg ubat batuk jugak.
Dah la last visit gyne bagi ai antibiotic, habis keluar banyak white discharge kat cik V ai,...dengan suasana panas kat kampung, memang tak selesa, sib baik ada probiotic, habis je antibiotic terus ai makan probiotic...ALHAMDULILLAH....kembali normal. Cuak memang cuak, rasa nk g jumpa gyne dah ni, nak kene masukkan ubat kat cik V tapi ai takut kesihatan baby kat dalam tu... kuatkan juga...pantang makan sejuk2.
Abbie menjadi semakin manja & super manja. Dia dah tau dalam peyut mommy ada baby, selalu ai suruh Abbie usap peyut ai & kiss. Dia ikut, sapu & kiss hehehe ai told him dalam ni ada mei mei (adik perempuan) nanti boleh buat kawan Abbie.
HAHAHAHA Ye kalau boleh saye nak anak girl girl... dengan pengalaman 1st trimester mcm ni, ai rasa macam cukup la 2 anak ako...sepasang jadi lah huhuhu
daddy cakap, tengok dulu,,,kalau ai tak masuk tanjung rambutan boleh tambah sorang lagi kua kua kua
memang ai cukup malas sekarang, ai nk rehat jew...baring sambil layan TV, masak malas tapi nak makan sedap2. Dah makan sedap2 muntah pulak tu....MEMBAZIR!
Pengalaman mengandung kali ini, ai tak makan banyak...tak boleh nak makan banyak...makan nasi lemak sebungkus pun dah muntah balik.... kalau time Abbie dulu...2bungkus nasi lemak tu selambe jew ai belasah :D
tu yang time Abbie i gain 20kg, kali ini kita tengok lerr... orang tua2 kata, kalau mabuk tak sama, tandanya gender pun tak sama...hihihi harap2 girl girl.
Okey next visit with gyne is on 3-Sept (12minggu)

week11:
Last work from home, next week dah mula kene masuk opis....aduh bosannya...hubby mcm agreed ajew ai terus resign, tapi macam too sudden la...nak kene menabung dulu....paling2 tunggu la sampai december, kalau boleh tahan lagi.,.sampai nak bersalin nanti InsyaALLAH. Malas betul nak masuk opis... benci kat satu minah cina tu... kalau tgk muka dia meluat sesaje... jangan kenan anak ako ikut muke die sudah hahahaha
Week ni jugak , ako dah mula gegatal survey name baby.... nama baby girl lagi hahahaha
Kalau mase last pregnant yg gugur tahun lepas, lekat jew ai dah buat senarai utk shopping & list of baby name. Tapi bila dah gugur... hancur bekecai semangat tu...so kali ini ai amik pendekatan macam Abbie dulu.. langsung tak shopping hahaha harap orang bagi ajew. Bila baby dah lahir baru beli baju :P
Tapi kali ni, kalau dt boy, pakai ajew baju Abbie, kalau dt girl dah ada 2 kotak besau romper & dress yang menanti, itu semua pemberian my SIL dr Singapore...branded lagi..cumanya 2nd hand item la.
Tapi last week ai ada masuk Mothercare kat Alamanda... wah wah wah... happy, ai told my hubby, nanti dah dekat2 dlm 7 or 8month ai nk shopping sendiri kat situ... hahaha target ai nak beli overall, sebab nampak apa yg my SIL bg byk short sleeve romper, overall & pyjamas xde... so plan nk shop sampai RM600 so boleh terus jd Mothercare member club... kannn.... ha so mulai sekarang, jangan shopping lagi, simpan dulu duit tu, sampai masa kita buat long list to shop :)

week12:
Dah mula masuk keje, 1st day kat opis pagi2 ade meeting, semua org dlm meeting termasuk bos cakap ai look kurus, pipi nampak cengkung. why? ai cakap la ai tak sihat selama sebulan, batuk & morning sickness yang teruk. Tapi... betul ke dah kurus ni? ai tak sabarnya nak gi check-up doc petang tu.
So pada 3-Sep tu lepas balik keje ai pegi la check-up 3mos kat Klinik Doc Bedi, macam biasa, 2nd pregnancy asyik kene masuk bilik doc sensorang huhu, daddy kata takde parking, ingat dia pegi cari parking, rupanya dia pusing ke rumah baby sitter amik si tecik saya, dan tunggu sampai saya habis check-up...
Doc tanya saya sihat ke tak? saya cakap la tak sihat, batuk lagi tapi kahak dah tak hijau cuma lendir jernih ajew... dia pun check la lung macam Paed check baby, pastu dia suh timbang. Kalau tak silap last 3 week berat ai 55kgs, tapi kali ni berat 54.5kg doc kata "noranni, kenapa berat turun?"
ai pun cakap dengan nada manja... muntah la doc, asal makan jew muntah huhu
doc suh baring nak scan baby...aduihhh part ni yang buat ai dedebor ni...
so bila doc scan ternampak la gambor baby kat bawah ni :)

Doc...baby saya sihat?? itulah soalan wajib tanya tiap kali doc scan peyut mommy ni. Doc kata baby u sihat... ni tangan dia, kaki dia, jantung dia, grow very well...
kalau diikutkan kira2 i am 12week, tapi scan ai dah 13week. boleh jadi cenggitu ker?
Apapun ALHAMDUILLAH yang muncul di bibirku secara perlahan...lega~
Gyne bagi ubat batuk, katanya tak perlu antibiotic, boleh makan gula2 mcm halls utk kurangkan batuk.
Masih kene amik ubat kuatkan rahim sampai 4 bulan. Jumpa lagi next 3week.
total bil RM176 hehehe seperti biase daddy akan claim dgn pihak insurance :D

Setakat ni, masih lagi mual, tak boleh gosok gigi, ni dah 2 hari pegi keje tak gosok gigi hahaha
untuk mengelakkan muntah di pagi hari, terpaksa huuhu
mengidam nak makan apa2 tu takde lagi... masa abbie dulu ai mengidam nak makan ikan pekasam (tersangat teringin), pastu tauhu bakar datuk keramat, taiwan beef glass noodles mcm2
tapi kali ni satu habuk takde teringin nak makan apa2, cuma nak makan sedap2 jew... kalau boleh hari2 nak makan sushi hahaha (kopak hubby den).
Ni waiting for Malaysia Day, nak balik BP, nak makan Nasi Brayni Gam Daging Taman Soga.. hanya di taman soga, taman2 lain tak mo... (mengidam ler kottt) hahaha - kes tak puas makan juadah raya la ni.

the journey will begin.... nantikan catatan seterusnya :)

Thursday, August 30, 2012

Semangat Kermerdekaan yang ke-55

 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia negara ku yang tercinta yang ke-55
dari kami Qaseh Ohara Family.....

Semalam pergi makan di tempat biasa yang berdekatan dengan kedai buku, si tecik saya wajib nak masuk dalam kedai buku tu dan wajib nak bawa sesuatu keluar dari kedai tu.
Nah... bersempena menjelang hari kemerdekaan esok , daddy belikan Abbie bendera Malaysia.
Puas la mommy kene nyanyi lagu Kemerdekaan dari Arwah Sudirman tu sepanjang perjalanan dalam kereta balik ke rumah, dan si tecik ni pun belajar perkataan baru iaitu... MERDEKA!

Jom saksi kan aksi si tecik saya yang berpossing dengan bendera & kereta mini cooper barunya itu.

 Merdeka!!!


Wednesday, August 29, 2012

Kentang goreng


Homemade kentang goreng bukan sahaja sedap untuk Abbie tapi untuk seisi keluarga...
Terbaik kalau nak buat, guna kentang yang size giant tu, yang harganya pun lebih giant dari harga kentang biasa tapi memang sedap (sebab dah terai tapi mahal) huhuhu

Ni guna kentang biasa, untuk afternoon tea break si tecik saya, bangun tidur petang tu dah dapat makan. Selalunya bangun tidur susah nak makan, tapi pasai snek sedap punya, terus makan... untuk Abbie macam biase ai suka hidangkan dengan mayonese barulah maveles... boleh tambah weight gain. Tapi untuk toddler yang dah obes tu tak perlu la, makan macam ni atau dengan sos pun okey.

Bahan-bahan nya simple:

Kentang yang di kupas kulit & di potong baji. (berapa biji kentang or jenis kentang ikut suka hati korank)
1tbsp tepung jagung
1/2 tbsp garam
1 tbsp serbuk kari
minyak untuk menggoreng

Caranya:
Gaulkan semua bahan tadi dengan kentang & goreng satu per satu.
Bila warna dah jadi kuning keemasan, angkat toskan & hidang.

Simple kan... yang simple itu lah kegemaran saye :)

Egg nest

Simple breakfast or snack menu for your toddler...
Untuk mommy yang "super rajin" macam ai ni, yang prefer simple but healthy menu, recipe ini memang sesuai.

Bahan-bahan:
1 keping roti
1 biji telur
sedikit garam & pepper
sedikit olive oil/butter

Caranya mudah:
1- Roti tadi di buat lubang di tengah2 berbentuk bulat.
2- Panaskan olive oil di atas kuali leper & letakkan roti tadi.
3- Kemudian pecahkan telur betul2 di dalam lubang bulat tadi, 
4- Renjis kan pepper/garam & sedikit olive oil di atas roti tadi & terbalikkan.
5- Biarkan telur di bahagian bawah masak & angkat,
Sesuai di makan begitu sahaja atau dengan sos atau dengan mushroom soup.
yummy!~
 front view

back view

Kene ganggu

Bila baca title tu korank suspen tak? huhuhu

Ini mengisahkan tentang my lovely son yang sungguh lovely disiang hari tp bila malamnya dia menangis macam orang kene histeria, meracau, habis tangan daddy nya kene cakar & gigit. Mommy Alhamdulillah... i always soothing him even kadang2 ai punya temper kalah gunung berapi Finatubo tu huhuhu

Asal nak masuk maghrib je dia buat perangai, kalau tengah jenjalan kat taman, dia tak nak balik, kalau tengah jenjalan dpn rumah dia tak nak pusing nak terus je even hujan dah turun, kalau jumpa kezennya dia taknak balik, melalak sepanjang2 jalan balik ke rumah, sampai masuk rumah, sampai kene rotan sampai berberkas pun dia melalak yang tahap org kene histeria.

Dengan tabiat baru tak nak berpampers, tak nak tukar baju tidur, dia tidur dengan seluar pendek, baju pendek tak berpampers di hall, kalau masuk bilik melalak pastu ajak turun bawah... tengah2 tidur melalak...asal jam 430pagi je melalak pastu bawa ke hall main2 jam 630pagi baru nak tidur. setiap hari hari2 selama dekat 2minggu.

Itu memang bukan perangai Abbie, kami tahu Abbie seorang yang mendengar kata, mudah di pujuk. Tapi kami ingat sebab Abbie kurang sihat, Abbie batuk flu so dia tak selesa tu yang dia mengamuk.
Bila mak call, cakap dekat mak, mak kata bawaan budak (yer.... saya mengandung 11minggu sekarang) mak kata normal la budak nak dapat adik dia meragam, manja lebih, sebab tempat dia tu dah ada orang lain duduk. So ok kami try bare dengan karenah Abbie.

Sampai kan hubby refuse nak balik raya gara2 Abbie melalak ni, alasan nye abbie kurang sihat. Tapi mak pujuk, katanya kat kampung ada ramai kawan nanti Abbie baik la tak nangis.
So kami balik, 1st day sampai siang tu Abbie memang happy, bermain dengan kezen dia, tapi bila nak masuk maghrib dia mula buat perangai....aiii ingat dah sampai rumah nenek tak buat peragai... dia mulakan dengan tak nak dengan anak buah ai, pastu dia meragam nak naik motor, lepas tu berpanjangan sampai jam 130pagi... dia ngantuk, tak berpampers, tidur2 ayam pastu menangis, tidur kejap nangis.... sampai mak pun tunggu sama, kami macam biasa tidur kat hall, tak boleh nak masuk bilik.... semak jew rasanya...serabut.
Mak tengok cara Abbie nangis, mak kata Abbie nangis takde air mata, dia macam histeria, macam tak sedar, apa kita buat dia tak kisah yang dia tau dia jerit2 jeww....

Pagi2 esok tu mak kata ptg nanti kita jumpa pakcik yang boleh berubat, yang boleh tengok2 kan kot2 Abbie kene ganggu. Kalau dari gayanya tu bukan bawaan budak, mak ingat meragam biasa2 ajew..ni menangis takde air mata. Mujurlah sepanjang malam tu Abbie tak terkencing atas tilam...selamat satu malam tdo tanpa pampers. Pakcik tu orang biasa ajew, tapi dia biasa merawat budak2 yang kene sawan atau menangis malam.

Okey, hubby saya orang cina, dia mana percaya bende2 macam ni, kene ganggu makhluk halus ker apa ker
dia siap warning lagi, jangan bagi pakcik tu sentuh Abbie, makan atau minum apa2 dari dia. adussss
Malam eve sebelum raya, tat kala orang sibuk merendang main mercun, kami berjumpa pakcik ni...
kami bawa sebotol air masak, dengan hanya menggunakan kain hitam & bacaan Al-Quran, di sapukan kain hitam ke muka Abbie beberapa kali, diberikan Abbie air yang telah dijampi tadi...katanya Abbie terkena sesuatu yang dibawa dari mommy atau daddy. Balik nanti bagi minum air tu, dan mandikan dengan air tu dengan duit syiling 10sen dan paku.

Nak tak nak ikut kan la...pagi raya Abbie mandi air paku & duit syiling, 2 hari tu minum air jampi,,,susu pun dibuat dari air jampi...Alhamdulillah malam tu balik dari jampi tu dah tak nangis sampai la sekarang.
huhuhu
Syukur...dan sedih, sebab kami terlambat merawat Abbie, sepanjang kes kerasukan dia tu habis birat jugak kaki & tangannya dirotan daddy,,,,kat rumah nenek berberkas kesan hanger di tangan Abbie gara2 gigit tangan daddy sampai berdarah.
Mak den geleng kepala ajew...garang betul daddy kamu :p
 ini buktinya tangan daddy yang calar balar, baru sebelah

muka yang ensem2 kene calar balar dek cakaran si Abbie

Merawat batuk yang berpanjangan

ginger and dried red dates

Salam & selamat pagi semua... dah lama betul tak memblogging hehehe
Sebenarnya hari2 saya update blog, tapi ada yang belum ready untuk di publish lagi :P hihihi
Entry kali ini saya nak sharekan Chinese home remedy yang baru diberikan oleh mak mentua saya semalam,
risau betul beliau bila menantunya ini batuk tak baik2 dh dekat 1 bulan. 
Sebenarnya batuk dah mulai kebah, cuma asal petang atau malam dia menjadi2 pulak...
So my MIL pun turunkan remedy kat hubby malam tadi, dan malam tadi jugak hubby suruh saya boil ini young ginger dengan dried red dates (ada yang panggil kurma cina).

Cara nak merebusnya senang, rebuskan seketul ginger muda yang di potong kasar mcm saya buat tu, pastu segengam dried red dates atau lebih kurang 2biji saya letak, rebuskan dengan 2 cawan air. Rebus dengan api perlahan sehingga air tadi tinggal 1 cawan. lepas tu tunggu suam/sejuk minum.
Saya lebih suka menggunakan slow cooker, sebab nanti air nya berkurang & akan terasa dried dates tu bila dia pecah...kalau rebus pakai periuk biasa, tak sempat dried date tu nak pecah air dah tinggal separuh, so bila minum air hanya ada rasa halia...huhuhu

Itu lah yang saya buat mlm tadi, nak cepat, rebus pakai periuk atas dapur,bila minum rasa halia ajew sebab dried date tak pecah lagi... tapi memang soothing la tekak tu, tidur dah tak de batuk2.

So sesiapa yang ada batuk berpanjangan tu, nak avoid amik ubat doc boleh terai remedy ni.

Selamat mencuba!

Thursday, August 16, 2012

2 tahun 1 bulan >>> Abbie dah tak pakai pampers/CD disiang hari :)

erm....budak kalau nak dapat adik, atau nak pandai sesuatu mesti meragam kan, betul ker?
Abbie lately memang meragam tahap dewa kayangan, memang menguji kesabaran mommy & daddy nye...ya Ampunnnn..... betul ler kata orang2 tua, kalau baby yang tak meragam masa dalam pantang, bila dia membesar ragamnya bak raja besar...kata dia sahaja yang mau diikuti.

Tapi di sebalik kestressan kami menghandle si kecil ini, Abbie menunjukkan satu progress yang sangat membanggakan. Kalau sebelum ni Abbie memang dah berjaya poo poo di dalam jamban, now he able to shi shi di dalam jamban jugak... Di rumah dia sendiri dah tak mahu berpampers atau berCD. Selalunya berbaju tanpa seluar atau berbaju & berseluar sahaja. Kenapa dia prefer berbaju tanpa seluar? Abbie memang dari kecik tak di ajar berlenggeng, so dia memang tak reti tak berbaju di rumah, kalau di tanggalkan baju atau sengaja tak pakaikan baju,,,,dia akan tanya.... shirt??? shirt leh?
Tapi sejak dah pandai shi shi di toilet, dia nampak selesa berbaju tanpa seluar, senang agaknya nk lari ke jamban & shi shi. Kene pesan, kalau shi shi pull your shirt, kalau tak dgn shirt tu pun basah sekali hahaha
Pastu kalau shi shi di toilet, tangannya nk di pegang dinding, pastu shi shi sambil berjoget2 (goyang2kan punggungnya) hahaha siapa yang mengajar??? daddy la tu :P

Memang happy sangat tengok si tecik saya dah membesar, pandai poo & shi shi di jamban, cuma di rumah baby sitter, nampaknya nanny masih memakaikan pampers, kecuali poo di dalam potty training.
Kata nanny, kadang2 Abbie masi terkencing di dalam seluar. Kami bilang, agar nanny tegur/marahkan la Abbie tu...nanny cakap, Abbie tak boleh kene marah...nantii menangis...
adoiiii manjanya anak ako ni......
So daddy kata tak pe lah dirumah sahaja Abbie tak berpampers. Macam sukar nak percaya kata-kata baby sitter, sebab sejak dah pandai shi shi si toilet ni, tak pernah lagi nampak Abbie terkencing di hall atau mana2.
Tapi tuhan nak tunjukkan, masa mommy tengah leka bermain drawing foot & hand dgn Abbie, tetiba Abbie terkencing & basah drawing tu....Abbie cakap,...mommy shi shi....
hahahaha baru saya sedar, bila Abbie leka bermain, dia akan terlupa rasa nk kencing, sebab tu la berlaku "kemalangan" tu :P

Owh macam mana nak tahu Abbie nak shi shi? Dia sendiri akan cakap, mommy...shi shi sambil pegang bird bird nya....apa lagi, mommy akan ckp, take out your pant and go to toilet,..bukan suruh dia pegi sendiri, saya akan temankan, ON kan lampu & ransang dia dengan membunyikan "shi shiiiiii" sambil menyuruh Abbie to pull up his shirt. Pastu cuci la bird bird & floor tu.

Kalau nk berak, Abbie akan panggil jugak...mommy...pastu diam...dengan menunjukkan raut muka berkerut tu tanda nak poo poo la...
but as a parent, kita kene jugak selalu tanya, Abbie nk shi shi? Abbie nak poo poo or erkk erkk?
Soalan2 tu adalah reminder untuk mereka.

So target mommy untuk Abbie berjaya free pampers by 2tahun 6bulan kira dah berjaya la..teradvance lagi.
Dengan kami, siang tak kira di rumah atau keluar memang Abbie dah tak berpampers atau CD.
Cuma malam masih pakai lagi....sebab Abbie still drink milk 180ml 2x pada malam hari...so dengan minum air yang banyak (nowaday Abbie dah mulai minum air yang dicampurkan dengan Chia Seed) Chia Seed kaya dengan omega 3 yang bagus untuk otak. So makin banyak & kerap la Abbie shi shi.
Mungkin bila Abbie turn 3 kita dah boleh free pampers at night pulak :)

Happy potty training mommies :)
kene banyak2 bersabar & mulakan dari awal baru cepat berjaya!

Tuesday, August 14, 2012

Persiapan Raya 2012

Tak sampai 1 minggu lagi kite dah nak raye yeop...macam mana persiapan raye memasing nie?
shopping sakan kerr? hahaha
Untuk kami, baju melayu daddy tahun ni tak buat, katanya nk pakai baju mase nikah dulu... kaler krim, baju melayu Abbie mokde nye belikan, warna kuning kehijauan katanya, mommy pun tak tengok lagi...
untuk mommy yang fussy ni, puas dah cari baju dok jupe....lastly i told hubby ai taknak beli baju raya... walaupun hubby dh ckp, ai bg u permission to buy cloth dengan harga rm150 wow...tapi tadop yang berkenan d hati...
mommy cuma ada pesankan kat kwn yang akan blk terengganu utk belikan mommy 2 pasang kain sutera disana, kira2 baju lepas raya pun tak kisah la, janji puas hati dengan materialnya kannn.
untuk Abbie mujur kami ada shopping t-shirt masa sebelum puasa, ada 4helai so kira itulah t-shirt raya Abbie, memang masih belum pakai lagi, sebab nak tunggu raya.

Selain itu kain langsir memang kami tak tukar, kain langsir umah kami ni dari tahun 2010 dah 2 tahun, i.Allah kalau nak tukar tahun depan la kottt.... lagipun kami tinggal ditaman perumahan yang majoritynya chinese, kalau melayu ada tapi kaya raya, depa duduk umah banglo...dok campur orang, so kami tak risau ler pasal kompom takde orang nak datang beraye umah kami. Kalau diajak pun kan, kwn2 mommy bagi alasan, umah kami jauh...yelah kami keje d PJ, duduk di Kajang.... jauh sgt katenye (walhal kalau kat Putrajaya or dataran kajang ada event, sampai ajew demo tu....) so untuk tidak mengecilkan hati tuan rumah, memang tiap2 tahun saya tak simpan biskut raya kat rumah....rumah tertutup.
Biskut2 raya saya dah siap2 packed untuk jiran sebelah kiri, maid depan rumah, kakak ipar, baby sitter & kwn2 opis hubby (tahun ni takde peruntukkan utk kwn2 opis mommy sebab mommy cuti lama, sampai 3-sept youuuu jangan jeles :P)

Tahun ni puasa memang mommy duduk ghumah, tapi still need to work, so masa takde la lapang sangat tapi sempat la membuat biskut raya sendiri. Plan ada 3 jenis jew nak buat iaitu biskut makmur kurma, biskut chispmore (mebi esok atau lusa akan buat) & biskut conflakes bermadu.

 biskut makmur & cornflakes bermadu

 kacang ni mommy beli sebab teringin nak mengoyel

4 jenis kuih ni, iaitu biskut chipsmore, kerepek ubi, tart & semperit adalah pemberian dari sister in law yang membeli dr kawannya di Sony Bangi.
terima kasih, dalam mommy tak membeli kuih ni banyak jugak biskut d rumah ni...
rezeki...
bila hari raya mereka hadiahkan biskut, bila CNY kami hadiahkan limau & daging salai pulak :)

Dan....yang paling penting adalah....... duit raya
mesti wajib ada, awal2 lagi daddy dah tukar dengan kawannya yang mempunyai isteri yang berkerja di bank. Duit baru tau....notes RM50 untuk mak & abah, notes RM10 untuk anak2 buah (tahun lepas bg rm5 jeww hahaha) so siapa yang tak balik atau balik lewat tak berjumpa aciknya maap, tahun ni acik tak nak lagi tinggalkan duit raya, mau mesti balik & salam kami ya :P
Notes rm5 untuk anak2 rakan/sahabat/sepupu, notes rm2 utk anak2 cucu jiran & gathering, & notes rm1 untuk budak2 yang sesat...ha kat kampung memang macam tu, ada ajew budak2 yang kita tak kenal dtg beraya, especially bila kita tgh baring tengok TV kan..mereka beri salam...kadang2 mereka bukan nak makan pun, tuang air suku cawan pun tak habis...nak duit sajok katanya...so kalau aciknye yang ada di rumah, siang2 ako bg duit raya, tak yah masuk la dik...kang penat pulok nak cuci cawan hahaha :P


Selain tu dodol dah pun saya tempah di kampung, dodol ni kegemaran mak mertua saya, kalau menjelang hari raya mesti dia tanya, ada bikin dodol kah... sekarang mak abah dah tua, tak larat lagi nak mengacau...so kami beli ajew....khas utk mak mentuaku :)

Menu yang saya request dari mak is lemang...ala lemang jiran sebelah yang buat, rendang daging cili padi of coz la mesti ada...selain tu abah nak masak nasi bryaini katanya...adooiii my abah memang tukang masak di pagi raya....tak sabar betul nak balik beraya, tinggalkan arowana & ikan2 dirumah ni. Mujur jiran ku kiri kanan cina, so blh tolong tengokkan rumah, maid depan rumah tu pun boleh diharapkan plus rodaan security 24jam, buat kami tak gusar untuk meninggalkan rumah.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin, Pandu hati2 semoga selamat pulang ke kampung halaman ya :)

Dari kami: Annie, Jackson & Baby Dhiya Alexander sekeluarga :)

uMist Baby Osim

Sejak Abbie discharge dari hospital disebabkan cirit birit sehari sebelum puasa, lepas seminggu Abbie kene batuk2, so masa follow-up checkup di KPJ, kami suarakan la kerunsingan kami tu, doc ada la bagi ubat batuk untuk Abbie. Ubat batuk ni lain sikit dari yang biasa kita dapat di klinik kanak2 yang biasa nya berwarna warni tu. Ubat batuk ni Abbie tak suka, tak sedap mungkin, tapi kene jugak amik untuk 1 minggu.
So bila sudah 1 minggu batuk Abbie tak jugak kebah, malah dah ada penyakit baru iaitu flu.
Kami rungsing, tapi kami berikan Abbie masa agar antobodi di dalam dirinya mampu melawan bakteria tu.
Tapi ia menjadi semakin serius bila Abbie mula bernafas berbunyi, keluar banyak tahi mata apabila bangun dari tidur, lepas tu tamper dia semakin menjadi-jadi, YA ALLAH sejak discharge dari hospital tamper & tantrum Abbie sangat la mencabar kesabaran kami. Dia kalau datang angin nak mengamuk, tanpa sebab dan alasan macam orang kene sampuk atau histeria, susahnya kami nak tenangkan dia.
Tak tahu apa puncanya, mungkinkah sebab keadaan dia yang kurang sihat tu membuatkan dia mudah naik baran. Bila Abbie mengamuk, dia akan mencederakan diri sendiri, dia cakar kulit kakinya, kulit dadanya, kulit mukanya, kalau geram sangat dia gigit tangannya, kalau bab hantuk kepala kat dinding atau lantai itu adalah perkara biasa. Kalau kami cuba menghalangnya, kami pun menjadi mangsa cakaran & gigitannya.

Memang selalu saya yang hilang sabar berbanding daddynya, kalau mommy hilang sabar, tak cukup dengan mommy menjerit, mommy amik rotan & rotan di tapak kakinya. Geram...sering kali mommy diingatkan oleh daddy untuk bersabar, peluk erat Abbie.
Abbie menjadi stress & frust bila kami sukar untuk memahami baik2 perkataan yang diluahkan. 
Ya kalau dia berbicara dalam bahasa english ok, saya faham walaupun kadang2 tak faham jugak, tapi kadang2 langsung kami tak fahami, mungkin Abbie bercakap dalam bahasa mandrin. adoiiii
itu sering kali membuat dia stress.
Kami tahu,kami harus bersabar, tantrum ini akan mulai hilang bila kami sudah saling mempunyai persefahaman dalam berbicara. Saya memang tak sabar nak hantar Abbie ke sekolah, supaya dia boleh bergaul, dan memantapkan lagi bahasa dia bagi memudahkan kami berkomunikasi.



Okey...berbalik kepada kisah Abbie yang batuk & flu berpanjangan tu, ia sampai la terjangkit kepada daddynya. Yang jadi parah pulak, mommy ni mengidam nak makan snogurt, so malam2 pegi la beli snogurt, makan pun nak kene tunggu Abbie tidur...daddy beli 200grm...banyak la jugak...so kami melantak snogurt malam tu, esoknya mommy pulak mulai cough...cough badly
memang sukar sekali nak handle abbie yang bertantrum tu dengan keishatan mommy yang kurang baik ni.

Pagi Sabtu kami bawa Abbie berjumpa doc Yong untuk di neubulizerkan flame dia... nampak dah berkurang sikit bila Abbie makan ubat doc Yong. Alhamdulilah.
Mommy pun semalam dah jumpa doc mommy untuk dapatkan ubat batuk yang mengantukkan itu huhuhu

Daddy yang over risau, siap belikan kami uMist humidifier by OSIM yang harga nya rm188, adoii dah nak raya ni pun daddy dok shopping cenggini untuk kami.
Katanya supaya kami dapat tidur yang lena... huhuhu
memang semalam saya menitiskan air mata bila, bangun pagi2 nak hantar Abbie ke rumah baby sitter, saya dapati baju yang dibasuh malam tadi dah tersidai, ruang tamu yang bersepah dengan toys Abbie dah kemas & tersusun rapi...semua kelengkapan Abbie daddy dah sediakan & masukkan dalam kereta. sampah & pinggan2 kotor dah dicuci. YA ALLAH....
tak cukup dengan itu, daddy call mommy tanya kabar mommy, daddy call nanny tanya kabar baby.
Petang tu, dengan menggunakan Notes, mommy terbaca email daddy yang menyuarakn kebimbangannya tentang tantrum Abbie kepada abang & kakak iparnya...huhuhu
he really seorang father yg sungguh prihatin, sgt penyayang.....memang menitis la air mata ai semalam.
Tapi takde la nak bagitau hubby, nanti mommy kene leteq, sebab dah dapat suami yang baik pun mommy kadang2 bersifat garang dgn daddy :P

YA ALLAH aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sungguh penyayang & prihatain, semoga jodoh kami kekal ke akhir hayat kami berdua.Amin.

Wednesday, August 8, 2012

Baby Wombie CD's

saya sekarang sedang mengidam nak beli CD's from baby wombie....
adeiiii sekeping regenya rm90 youu...
tapi kalau beli 10 keping regenya jadi rm80 sekeping, memang dalam kepala ni dh plan nak tambah CD's nak jadikan 30 keping, actually ada 13 keping to go.
Dah suarakan hasrat kat en hubby, tapi kalau dia tahu rm80 sekeping mau pekak telinga mommy ni kene leteq....
mommy diam2 menabung duit dlm bank, kat celah dapur pun ada hahaha, bila tiba masa yang sesuai, duit pun cukup, dengan tak sabarnya mommy akan order dengan mommy Jaime tu 10 keping CD's.
haiii happy nye tengok koleksi CD's baby wombie ni, sampai terbawa2 dalam mimpi mlm td...hahahaha

Dalam hati memang ada hajat nk buat sendiri, tapi tulah mesin jahit hanya akan dapat selepas raya, dah tu lepas raya mommy dah mula kene keje, bilenye nak menjahit? mungkin boleh terai buat waktu malam la kottt

sebut pasai raya, ai havent manage to wish all my blog reader, selamat menjalani ibadah puasa & selamat menyambut hari raya, maaf zahir & batin dari kami.
saya ada bercita2 nak buat jugak biskut raya, tapi entah bile la berkesempatan nak buat, I.Allah kalau d izinkan akan ku sharekan biskut2 hasil tangan ku nanti :)

buat masa ni, memang jarang la akan terbit en3 di blog ini memandangkan kesihatan saya yang kurang baik, doa2 saya cepat sembuh & sihat segar semula ya :)