How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Friday, February 8, 2013

Kisah 50sen

Salam jumaat, hari ni ada beberapa orang sahabat di FB yang berkongsi kisah ini "kisah 50sen"
terpanggil untuk membacanya, memang meruntun hati namun ianya tidak lah begitu memeranjatkan saya, sebab saya sendiri pernah mengalaminya huhuhu

Saya dulu bukan lah dari orang senang, sekarang ajew org kata org FELDA mewah, ada tanah, dapat bantuan itu dan ini. Masa zaman saya, zaman kakak saya, even my kakak dt pangkat 1 dlm SPM pun x dt melanjutkan pelajaran sebab nak bagi peluang kat adik2 meneruskan sekolah, sebab nak bantu ringankan beban mak abah.
Masa tu mana ada PTPTN lagi mcm skrg.

Masa darjah 1 saya ke sekolah tumpang jiran depan rumah, naik moto vespa dia...dah arwah dah pakcik tu huhuhu he help me & my family a lot!  tak terbalas jasa beliau. sebab abah saya keje luar, tak cukup nak harap hasil kelapa sawit felda, masa tu pendapatan sebulan 200 ~300 ajew utk support 6org anak. lepas tolak upah pekerja indon, hutang felda,baja, upah kerat tandan,  mase tu kami belum dapat tanah geran lagi so tiap2 kali dt hasil, mesti kene bayar tanah felda, hutang koperasi felda... hutang lauk2 kat kedai... masa tu kira keluarga kami berhutang utk hidup. dt duit hasil kelapa sawit bayar hutang.

So dijadikan cerita, mak bagi kami rm1 utk 3 hari ke sekolah. kalau sekolah pagi sempat la bersarapan di rumah, so macam mana saya nk bahagikan rm1 utk 3 hari? maknanya 30sen sehari. masa tu nasik lemak harganya sepiring 20sen, air 10sen. walaupun sekolah ada bantuan susu & makanan tambahan (RMT) yg peliknya saya tak dapat bantuan2 tu. Kakak kata, siapa yg bapak berpengaruh ajew yg dt, org kampung , org felda mcm kami yg takde abah di sisi ni ketinggalan.
malah kawan2 kampung yang dapat bantuan RMT tu pulak taknak makan,mereka lebih mewah dr saya, mereka bagi saya makan nasi bantuan di kantin tu dan mereka beli makanan lain. susu bekalan tu mereka bagi kepada saya, sebab saya suka minum susu...huhuhu

Macam mana saya spent duit belanja saya? rm1 saya guna utk 2 hari, 50sen sehari, hari ke3 saya dh takde duit belanja. (sebab tu kwn saya yg dt RMT bg saya makanan). 
Kadang2 memang langsung x makan kat sekolah sebab duit rm1 tu la jugak buat beli pensil or pemadam dekat koperasi.

Selalu kelas ada buat duit kutipan kelas lagi... semua dari duit rm1 tu la.... huhuhu
tapi saya memang terkenal dgn sifat pemurah.... ini saya mengaku bukan masuk bakul angkat sendiri.

Masa tu darjah 4, saya ketua kelas yg menjadi kesayangan cikgu kelas. masa tu dia tengah mengajar, pastu ada budak masuk mintak derma (kan dulu2 selalu ada buat kutipan derma kelas ke kelas), semua budak bagi derma, termasuk lah saya...saya bagi 20sen yg saya ada. saya tak sedar yg cikgu tu perhatikan saya.
lepas tu dia panggil saya, masa tu saya budak2....saya boleh kata dia marah saya la...pasai dia kata, kenapa kamu menderma? sedangkan kamu tak membayar duit kelas? duit kelas tu saya nak kutip buat beli buku bacaan kamu. saya tak tahu nak cakap apa...saya diam ajew... sedih la kene marah, sampai sekarang saya ingat peristiwa ni huhuhu
cikgu tu bagi jam tangan elba kat saya, saya pulangkan balik....saya rasa tak layak terima pemberian mcm tu (bodohkan hahaha)

pastu masa pegi rombongan ke melaka (rombongan yg d taja oleh pihak sekolah kalau x silap), ade la org minta sedekah, duduk kat atas jalan, saya hulurkan 50sen. tau.... sekali lagi saya  kene marah depan2 pengemis tu sebab bagi duit kat dia. adeiii

pastu masa kat UTM pun saya masih lagi dgn sifat pemurah.... bila jalan kat petaling street, saya hulurkan 50sen kat pengemis tu... tapi bila saya perhatikan sepanjang jln tu byk sgt pengemis, baru saya sedar, di bandar ni ada sindikit. so sejak tu saya memang jarang lagi menderma...huhuhu

sebab tu bila keluar kisah2 mcm ni, kisah2 adik2 yang memerlukan pertolongan dr segi kewangan hati saya meronta2 nak membantu. tapi sekarang hubby saya sering menasihati saya, bantulah yg saya termampu, walaupun berdoa. 

memang saya bersyukur, sekarang kehidupan saya agak berbeza, saya kerja kuat utk tidak hidup di takuk lama. saya dah puas susah. alhamdulillah, saya punya suami yg mempunyai income yg stabil, walaupun x mewah, tp insyaAllah anak saya takkan melalui apa yg saya lalui.

Dan itulah anatara sebab kenapa saya BENCI KERAJAAN BARISAN NASIONAL yang rata2 nya makan rasuah, org yg terkenal org yg berpengaruh aje yg mendt perhatian, mereka tidak terlus dlm melaksanakan tanggungjawap mereka. org susah tak d bantu, sebaliknya koata kami di ambil oleh mereka & keluarga mereka yg berpengaruh.
huhuhu
(teremo pulak deh :P)

" Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya. 

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye? 
Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.
Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan sy dgh pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.

Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat? 

Hari ini hari Jumaat. Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah pd hari jumaat yg mulia ini. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kpd anda semua."


Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

1 comment:

Razila said...

Emm saya baru je baca kisah ni pagi tadi =) sedih juga sebab saya tak pernah merasa bawa duit belanja rm0.50 kesekolah...biasanya hari2 akan bawa RM1 per sesi...sekolah pagi rm1, sekolah agama pon rm1. kalau nka beli buku ke pencil ke..minta extra lagi. rasa bersyukur sgt, sesusah2 saya dahulu, ada orang yang lebih susah dari saya.