How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Monday, February 4, 2013

Sup campuq versi mak buyong yang tak larat :P


Last saturday mak, kakak, adik & adik ipar datang bertandang ke rumah. Mereka datang membawakan makanan yang mommy idam2 nak makan, iaitu Sambal Taun Kulit Lembu dengan terung pipit & Daging Kijang masak kicap...pergghhhh memang meveles...
Tu yang sampai tak sempat nak snap photo tu... makan menambah tak hengat :P
Mommy pulak tinggal masak nasi, masak sayur kailan ikan masin, sayur campur dan ikan selar goreng untuk si budak tecik tu (Abbie & Adam).
Tak cukup dengan itu, mommy buat lagi bubur pulut hitam (ingat nak letak durian, tp sekarang musim limau cina, so durian tadop la...) and kakak bawa pulak cempedak sebiji...wah wah wah...
Sabtu tu dah jadi macam pesta makan.
Mereka balik hari sebab nk p melawat anak kakak kat Karak nun, so sebelum balik kami order 2 keping Dominos Pizza... makan lagikk :P

Esoknya ahad, terus mommy jadi malas nak masak, tapi en hubby ni suka sangat air tangan mommy ni.
Dia sendiri tak pandai masak :P
So mommy ni memang dah tak larat nak berdiri lelama kat dapur nun, sib baik sink rendah, boleh ler buat keje, potong2, cuci pinggan sambil duduk kat kerusi.

Hasilnya, lunch semalam mommy masak nasi, tauki goreng & sup campuq ni.
Kami memang dah lama tak makan pedas di rumah, sebab makanan Abbie, makanan kami jugak..
kan senang....
Daddy kata, sejak Abbie dah besar ni, senang jaga makan dia, makan sekali dgn menu kami hihihi

                             
Mommy potong jagung 4 bahagian, 2 masukkan dlm sup ni, 2 lagi simpan utk masak lain x.
Half carrot potong panjang2 bagi mewakili rumah oren, sejambak broccoli mewakili rumah hijau, jagung tadi rumah kuning, japanese mushroom & japanese tofu mewakili rumah cream & homemade prawn ball sebagai sumber protien makanan laut dalam sup ni
Mommy tambah sikit ikan bilis stok & bawang goreng & secubit garam... perghhhh
lazat, manis & berkhasiat sup ni...
seperiuk habis d makan kami ber3.

Nak buat prawn ball ni sangat la mudah
siang prawn tadi & cincang halus, campuqkan dengan 1 or 2 tbsp tepung jagung  & secubit garam, bila kuah dah mendidih, buat bentuk bulat/ball dan campakkan dalam sup.
Bila dah masak ball tadi akan terapung.
Sama la jugak dengan nak buat crab,fish, or meat ball.
Sebab Abbie adalah hantu fish ball.
Makan dalam bentuk ball nie lebih mudah dari makan udang sebijik2...lambat dikunyahnye hohohoho

Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

No comments: