How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Wednesday, February 20, 2013

Lagi-lagi kes dera budak huhuhu

Ini kes yang terbaru & terpanas di FB, surat kabo or dalam tb.
Amah atau maid yang mendera budak berusia 4 bulan di rumahnya.


Macam-macam orang komen, yang pasti tentulah org keji & kutuk perbuatan amah/maid tu tadi kan....
Yelah kejam dan macam dah sewel pulak tengok maid tu buat baby tu macam tu.
Tapi kan.... orang kata, dengar citer sebelah pihak ajew pun tak boley, cer kalau maid tu dikaunseling kan kenapa dia bertindak macam orang gile macam tu?
Korank rasa apa jawapan atau alasan dia?
Kejadian cenggini boleh dicegah dari mula kalau kita tahu faktor2 yg boleh menyebabkan maid tu jadi perangai mengalahkan binatang ni.
Mesti ada sebab dia buat macam tu.
Sebab setau ai, maid ni kene buat ujian kesihatan dulu sebelum boleh didaftarkan di agensi. Dan kita sebagai majikan perlu juga ada sesi temuduga dgn maid sebelum memilih maid yang sesuai dengan keperluan kita.

Mommy ni dulu pun ada jugak bercadang-cadang nak hire maid, so ada ler bace kat laman web imigresen tentang syarat2 pengambilan maid ni & tugas2 maid ni.
Kalau di ikutkan, tugas maid dah dikhususkan, kalau kita hire untuk jaga budak, keje dia jaga budak ajew. So mase nak interbiu tu kene la tanya - ada pengalaman ke tak? boleh handle budak ke tak? tengok tinggahlaku dia camne, mcm2 la kita nk hire org, kene puas hati kan...jangan main rembat janji murah.
sama juga, kalau nk hire maid utk jaga org tua yg kurang upaya, itu sahaja tugas dia, kene tanya dia blh tahan tak cuci najis org tua yg dah nyanyok dsbg.
Kalau hire maid utk masak, keje dia masak saje, kemas rumah itu satu tugas yg berbeza... kena tanya pandai masak ke tak mcm2 la....
maid tak boleh mencuci kereta (tak caya g masuk web imi)

Sebab tu my hubby fren, ada 2 org maid dlm 1 rumah, sorang memasak sorang lagi mengemas.
my jiran oso same, sorang buat keje rumah, sorang khas utk jaga anak kecil dia.

Tapi kebanyakkan org kita (melayu) mereka fikir nak murah, dari hantar ke baby sitter, katanya baik hire maid, so maid boleh buat keje rumah & dalam masa yg sama jaga anak kecil mereka.
segala tugasan diserahkan kat maid, katanya ako dah banyar ko mahal2, duduk free, jangan ingat ko nk keje senang..... betul tak? rata2 majikan kata mcm tu....
Ada maid yg boleh multitask, but ada yang tidak, sebab kita tahu kebanyakkan maid di malaysia dtg dr indonesia yang datang dari ceruk2 kampung, low educate yang tak tahu mana nak mengadu, yang takut sangat nk luahkan rasa tak puas hati mereka. (tapi ada jugak yang pandai & kuat melawan, nanti ai cerita).
So how they handle the stress? ni la lepaskan kat anak majikan tadi huhuhu

Me plan to hire maid, tapi tak berani nak tinggalkan anak dengan maid kat rumah, takut camni la, is either kene dera or kene bawa lari. Kalaupun letak cctv, tapi benda dah berlaku baru kita tahu, kalau x mati or cedera okey la...kalau perkara buruk berlaku...???
so sebelum terjadi, we think worst case happen first.

So we plan to sent maid & baby to baby sitter house, bila balik baru maid tadi buat keje rumah.
Tapi kami fikir, rumah baby sitter kecil, nanti additional pay pulak utk maid punya food, pastu kalau ada maid, nanti baby sitter pulak buli my maid, suh maid i buat keje itu ini (but at same time maid boleh spy on baby sitter) this is what my sister in law buat dulu. tapi kalau tak buat apa2 tentu maid tu boring. kami pulak kene byr maid & baby sitter...its cost jugak to consider.

kalau i tetap hantar baby ke baby sitter & leave maid at home - alone
lagi bahaya, esp indon maid, kang silap2 dia bawa lelaki balik, mencuri & lari dr rumah, or merayap2 ke rumah2 jiran .... haaa

so many thing yang ai tak percayakan maid membuatkan ai cancel niat utk hire maid. Hubby kata, kalau u resign and stay at home baru boleh hire maid. tapi org kita selalu tanya... la...dah duduk rumah tak kerja buat apa hire maid?
ha...alasan... supaya maid boleh membantu buat keje rumah & mommy have more lovely time play & educate our own child. dalam masa yg sama , maid tadi terkawal :)

macam my bos, she hire maid sebulan rm600 utk tolong jaga baby & buat keje rumah.
Tapi dia tak tinggalkan maid dia duduk dgn baby dia, setiap pagi, dia akan bawa maid & baby dia ke rumah mak dia or in law dia. balik baru dia amik maid & baby tadi & baru maid tadi buat keje d rumah.

jiran saya, betul2 dpn rumah tu sgt le kaya, stay in 2 units banglo lot. he is retired banker yang tinggal dgn isteri yang lumpuh separuh badan & seorang anak perempuan yg dah overdue (andartu la), he hire a maid utk jaga isteri dia & rumah dia.
si maid tadi punya lah terover buat rumah tu dah macam rumah sendiri, dia boleh berjogging di awal pagi (7am bila kami keluar bekerja) i m not sure berjongging dalam taman or berjongging sampai ke deretan kedai kat luar tu & lepak kat stall nasi lemak kawan dia (indon jual nasi lemak).
lepas tu pernah terkantoi dgn uncle tu bila uncle tu kene buka gate sendiri (tp uncle tu very sporting).
she can use handphone, dengar music guna loudspeaker lagu hindi or indon sampai ke rumah kami pun terasa kuatnya lagu tu. boleh berkuku panjang, buat face terapi kat rumah. berjalan2 di petang hari ke rumah jiran2 yang mana ada maid. boleh sesuka hati keluar rumah, bagi apa2 barang kat rumah tu kat kwn dia, boleh guna phone bila2 dia suka, surfing guna wifi tuan rumah.
yang lebih parah, dia juga suka mengumpat tentang isteri majikan & anak majikan.
pernah bergaduh dgn anak majikan, bila anak majikan tegur tingkahlakunya, menjerit2 dia melawan di awal2 pagi, kami semua dengar buat2 tak dengar.
lepas tu dia cerita kata anak majikan tuduh dia curi buku....walhal kami tahu anak majikan tegur perangai dia. mana2 auntie yg try spy on her, dia buruk2 kan auntie tu (she share story with me- but selalunya ai ha ha kan ajew...malas nk campur), pernah nak lari dari rumah tp tak jumpa passport (sebab uncle simpan passport kat fix deposit bank) uncle cakap, dulu maid dia pernah lari, sebab tu dia simpan document penting kat bank.
hahahaha xde chan nk lari :P
she's friendly, talkactive & baik to neighbour (siap tolong tutup & kuncikan gate kami masa kami blk kg & auto gate mulfunction, bila hujan kami jemur selimut and keluar, dia tolong angkatkan)
but as a maid, tindakkan dia agak keterlaluan & terlalu bebas... she should stay inside and look after wife majikan yang lumpuh tu.

Hubby cakap, kalau dapat maid macam ni, parah ler...
dulu memula kenal, rasa cam nak suruh dia sambung work at our house, but bila tengok perangai dia macam tu, eeee mintak la jauh......

so, point yg saya nk cakap kat sini, nak hire maid, make sure u study latar belakang dia, pengalaman kerja dia sblm ni, laporan kesihatan dia mental & fizikal, tanya pelbagai soalan.... jangan sesekali percayakan mereka, jangan sesekali berikan kebebasan kepada mereka nanti mereka akan hilang hormat & sukar d kawal. biar bayar lebih janji dapat service yang terbaik, jangan meletakkan semua beban/kerja rumah di bahu maid, dan fikirkan pro & cont bila kita hire maid.

Semoga kisah macam ini tidak lagi berulang.

p/s-  amah-kes-dera-indonesia-diambil-cara-tak-sah , ini lah nahtijahnya.... tak mengikuti saluran yg betul... berhati2 lah yer huhuhu



Take care & comb your hair,
From Mommy Annie Tay with L.O.V.E

1 comment:

ila si umi areeb said...

setuju sgt..melayu mmg kedekut nk hire 2 maid..pastu suh buat mcm2.dianggap mcm kuli.walaupun x smua yg buat mcm ni,tp majoriti mcm ni.jgn lepaskan semua tggjwb kt maid.tp pada aku, susah mcm mana pun dlm pengurusan kuarga, anak2 adalah tgjwb parents.maid hanya mmbantu.better susah senang sndri tanggung drpd harapkan org luar yg tidak dikenali latar belakangnye.