How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Monday, April 16, 2012

Banana Strawberry Smoothies



[si kecik yang dah tak sabau2 nak makan hoho]

Lagi snek simple and healthy for my darling Abbie
Banana Strawberry Smoothies....idea menggunakan sumber yang terdapat di dalam peti sejuk ku last weekend hoho 

1 Biji pisang yang masak ranum, di buang kulit & dipotong2
5~6 biji korean strawberry, 
1 scoop milk powder <sebab kebetulan kat rumah takde yogurt>
or 
1~2 tbsp plain yogurt
1 tbsp honey
sedikit air masak

Campurkan semua bahan dalam blender & blend sehingga gebus
and serve


p/s- tak perlu nak masukkan ice kang flu pulak si tecik tu, buah-buahan & yogurt tadi kan di simpan dalam peti sejuk, dah sejuk pun smoothie ni... :)

Banana Kiwi Smooties


Snek simple and healthy for my darling Abbie
Banana Kiwi Smoothies....idea menggunakan sumber yang terdapat di dalam peti sejuk ku last weekend hoho

1 Biji pisang yang masak ranum, di buang kulit & dipotong2
1 biji green kiwi, di buang kulit & dipotong2
1 scoop milk powder <sebab kebetulan kat rumah takde yogurt>
or 
1 tbsp plain yogurt
1 tbsp honey
sedikit air masak

Campurkan semua bahan dalam blender & blend sehingga gebus
and serve

p/s- tak perlu nak masukkan ice kang flu pulak si tecik tu, buah-buahan & yogurt tadi kan di simpan dalam peti sejuk, dah sejuk pun smoothie ni... :)

Thursday, April 12, 2012

Are Citrus Fruits Safe for Baby?

Ahli keluarga citrus

Adakah buah-buahan citrus sesuai untuk diberikan kepada bayi? 
Sebelum kita kupas tajuk entry saya kali ini, jom kita kenali apa itu buah-buahan citrus.
Buah-buahan citrus terdiri daripada buah oren/sunkis/lemon/limau nipis/limau purut/tomato/strawberi dsbg.
Buah-buah citrus mempunya kandungan Vitamin C yang tinggi menyebabkan ia mempunyai rasa yang masam dan tajam.

Untuk baby di bawah 12bulan, mereka memerlukan 35miligrams vitamin C satu hari.
Buah cirus sesuai diperkenalkan apabila baby berusia 12bulan ke atas. Ini kerana buah-buahan citrus cenderung untuk menyebabkan allergi seperti ruam,gatal-gatal atau cirit birit especially for sensitive baby.

Sebagai permulaan apabila memperkenalkan buah-buahan citrus, bagi dalam amount yang kecil dan buang membran yang terdapat dalam buah seperti serat oren itu, young baby akan mengalami kesukaran untuk makan buah dengan serat tersebut.
Selepas itu, monitorlah tanda-tanda allergi [jika ada, elakkan memberikan semua jenis buah-buahan citrus termasuk juice]

Gantikan sumber vitamin C dari buah-buahan/sayuran selain citrus seperti bake potato, steam broccoli, bayam, kobis, papaya atau tembikai. :)

Tips menahan diri daripada memarahi anak kecil



Thanks to  Breastfeeding Zone for sharing this good info, baru je semalam ai complain tentang tantrum Abbie, how I terlepas amarah ai kepada si kecil yang tidak berdosa itu huhu
InsyaALLAH ai will change my self to be a patient mommy, memperbaiki diri sebagai seorang hamba ALLAH, seorang isteri, ibu dan juga anak yang baik, InsyaALLAH. 


Ibu bapa pasti ada masanya merasa geram dan hilang sabar dengan kerenah anak kecil yang kadang-kadang menangis, meragam dan sebagainya. Pastinya kita sebagai ibu bapa tidak mahu anak-anak membesar dengan emosi yang terganggu.

Mendidik anak-anak bukanlah perkara yang mudah dan perlu diperhalusi setiap perlakuan kita kepada mereka. Mereka adalah amanah Allah kepada kita dan wajib dididik dengan sebaiknya.

Bagaimana nak menahan perasaan marah kepada anak kecil?

1- Ingat yang kita tak melahirkan robot, tapi seorang manusia. Walaupun masih kecil, anak-anak ini sudah mempunyai emosi yang kadang-kadang ok, atau kadang-kadang merasa tidak selesa dan marah dengan sesuatu. Maka tugas kita sebagai ibu bapa untuk memujuk dan mendidik mereka dengan sebaiknya.

2- Menangis atau meragam adalah cara anak kecil berkomunikasi dan menyampaikan kepada kita sesuatu maksud. Mungkin mereka ingin memberitahu kepada kita yang mereka demam, sakit perut, minta bantuan kita untuk sesuatu dan sebagainya. Sebaiknya periksa dulu apa yang membuatkan anak menangis.

3- Ingat bahawa ingatan anak kecil sangat kuat dan mudah mengikut perbuatan dan percakapan kita. Kita pastinya tidak mahu anak- anak kita membesar menjadi seorang yang pemarah dan emosi yang tidak stabil. Jaga percakapan dan tingkah laku kita daripada melampaui batas.. Elakkan daripada menyebut perkara-perkara negatif kepada anak kecil.

4- Bersyukur yang kita dikurniakan anak. Berapa ramai pasangan suami isteri di luar sana yang tidak mendapat cahaya mata. Bersyukur yang Allah maha pemurah kerana memeberikan kita peluang menjadi ibu dan ayah.

5- Fikirkan yang jika sesuatu yang tidak baik berlaku kepada anak kita, pastinya kita akan merasa terkilan kerana memarahi mereka yang bukan-bukan. Pastinya juga kita akan menyesal yang tidak berkesudahan. 

6- Banyakkan istighfar dan selawat jika kita mula hilang sabar. Jika merasa hendak marah yang amat sangat, biarkan anak seketika. Ambil masa untuk kita tenangkan diri, dan pada masa yang sama anak juga dapat bertenang seketika. Bila sudah dapat menenangkan diri, pujuk anak kembali.

7- Fikirkan adakah kita mahukan anak yang sihat, boleh menangis dan meragam.. atau pun mempunyai anak yang tidak menangis dan meragam, tapi hanya terlantar kesakitan?? pastinya kita akan merasa bersyukur kerana anak-anak masih sihat walaupun kadang-kadang meragam.

8- Banyakkan memperdengarkan anak-anak dengan bacaan Al-quran, supaya hati mereka lembut dan mudah mendengar kata.

9- Bercakap kepada mereka dengan lembut kerana jika kita bercakap kasar dan meninggikan suara, itu langsung tidak akan menyelesaikan masalah. Fikirkan bagaimana perasaan kita jika ada orang memarahi kita sebegitu.

10- Fikirkan yang anak-anak menangis atau meragam kerana mungkin nak mendapatkan perhatian kita. Muhasabah diri mungkin kita kurang memberi masa dan kasih sayang kepada mereka.

Anak-anak anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Sayangi dan didiklah mereka dengan sebaiknya, supaya mereka menjadi saham-saham kita di akhirat nanti.

Chinese Gender Chart


Good morning..... hari ni saya nak share info yang telah dikongsi oleh kawan maya saya, mommy Rani Charlene Jerome. Thanks dear for sharing this interesting method to plan a gender for your future baby.
Even I've married a chinese guy but he not even know about this hahaha, my hubby come from open minded chinese family. Mereka may know about this but mungkin tak percaya kot thats why mereka never inform me hahaha
Neway, dalam usaha saya untuk mendapatkan anak perempuan for our second baby, I follow a medical book yang I beli from MPH, buku tu explain how to get a baby boy & a girl. [faktor kekerapan melakukan xtvt "bersenam" vs waktu subur memainkan perananan yang penting]. Namun melalui Chinese Gender Chart ini, bulan berapa kita melakukan xtvt "bersenam" itu juga memainkan peranan dalam menentukan gender bakal baby kita. 

Okey, 1st of all....sebelum you all nak kutuk saya percaya those such thing, kalau rasa tak sesuai dengan pemikiran u ol baik jangan buka link ini okey.....saya just share for those yang berminat untuk tahu dan take this as a Add On guide especially mereka yang really think baby gender is very important sebab.....
ada keluarga yang sudah mempunyai 5 anak perempuan, and they wanted hardly to have baby boy...tak salah rasanya kalau try this method kannnnn.... :)

Di chinesegenderchart ,untuk diri saya sendiri [talk about my self la kan] I am 31yrs old oredi huhuhu [walaupun sebenaunya saya maish 29thn huhu] chance for me to get baby girl this year is very bright.... sekarang we are in 3rd lunar month, which mean IF I success conceived previously, I may get baby boy again hohoho [sebab for 1st lunar month is a boy, 2nd lunar month is a girl, 3rd lunar month is a boy but........from 4th lunar month until 11 lunar month I may get a girl! except 12th lunar month is a boy again :P]

So.....apa yang ai excited menunggu hari jumaat esok adalah..........jeng jeng jeng.......
1- I am waiting for my period to due but seems like negara jepun akan menjajah lagi huhuhu :(
2- I nak bake mini pavlova malam ni hehehe tu yang ai happy sangat sebab esok ai cuti okeyyyy

So, bila the symptoms dah ada, ai memang sedey la...ini bulan ke-2 we try after long break lepas keguguran 10 bulan lepas huhuhu, dalam sebulan ni ai memang ambil iron tablet, vit B, vit C and calsium cuma......my hubby said, start next week ai kne makan semua Bak Foong Pills dari Eu Yan Sang [sebab pil itu membantu menguatkan rahim, dulu masa Abbie ai makan pill tu 3minggu terus get pregnant] 
Kenapa ya saya sukar hamil? sudah hamil gugur pulak huhu
antara sebab yang saya rasa ialah I m anemia dan rahim yang tidak kuat. 
Kalau tanya gyne pun diorang akan kata, my rahim is normal sebab I kawen tak sampai 1 tahun pun dh get pregnant and I bukan never had any successful pregnancy...so gyne akan ckp, don't worry, if you nak conceived, you need to take suppliment utk menguatkan rahim hohoho
Both KPJ gyne & Doc Bedi told us this huhuhu

So, untuk mendapatkan aura positive agar ai tak rasa terlalu sedey/kecewa, I told my hubby GOD have plan for us....yes...sebab? We wanted a girl for this time and if I m positive this friday per Chinese Gender Chart I will get a boy! So GOD plan for next month to have a gr8 news so we will have a beautiful healthy baby girl kannnnnn
dengan statement macam tu, ai boleh tersenyum semula....
sambil makan malam tadi, ai told my hubby, we are planning for a second one pun dah rasa kecewa menanti tiap2 bulan, I can imagine how those couple yang wanted and waiting for long time for their 1st baby....huhu
I feel pity for them but my advice, never give up, discuss about it with gyne and friends and hope it will help u.

" Pray to ALLAH, I believed in YOU....I knew YOU have the best plan for us....and we will patient and faith." Ameen.

From my heart:
Mommy Annie

Wednesday, April 11, 2012

Abbie tantrums


Salam Rabu untuk semua pengunjung blog mommy Abbie ni, sedia maklum hari ini merupakan hari cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia kecuali saya dan semua pekerja Freescale (M) Sdn Bhd.
Company kami bukan lah tidak menghormati dengan perjalanan upacara pertabalan Agung kita, namun untuk tidak mengganggu operasi kilang dari segi output dsbg, kami diberikan satu (1) annual leave yang boleh di ambil  pada bila2 masa kami suka [yesss] oleh itu hari ni, dengan hujan lebatnya tersangat la malas nak ke tempat kerja, keluar rumah pun jam 8pagi, ingatkan sampai office 10 or 11pagi tapi memang di luar jangka, sebab semua orang bercuti jalan lengang macam baru lepas perang hahaha...830am kami sempat punch in [ala...830am tu kira dah merah jugak huhu]

Semenjak dua menjak ni memang saya rasa malas sangat nak ke tempat kerja [dalam hati memang nk resign ajew] tapi kuatkan juga semangat demi tugas yang telah di amanahkan huhu

Neway, bukanlah saya nak membebel tentang tugas dan amanah saya di tempat kerja, namun perangai si anak kecil saya tu yang mula menunjukkan tantrum nya [daddy kata bad temper] huhu
Bad temper dia menjadi-jadi kalau Abbie kurang sihat, ya ALLAH....kadang-kadang saya tewas juga melawan amarah & kesabaran saya, saya pukul kaki abbie atau tapak kaki abbie. saya berkasar dengan dia.....
saya tahu, saya tidak sepatutnya bertindak demikian, saya rasa bersalah.....

"......Keep cool. Don't complicate the problem with your own frustration. Kids can sense when parents are becoming frustrated. This can just make their frustration worse, and you may have an escalated tantrum on your hands. Instead, take deep breaths and try to think clearly...... "
sumber: tantrums

Bila saya tersedar, saya peluk Abbie, saya sayang Abbie, saya cium dahi dia dan peluk erat [macam saya carry 2mos baby] sambil menyanyikan lagu lullaby , Abbie tenang, he look sad and lovely hhuhu
maafkan mommy sayang, i love u, i don't mean to hit u huhuhu

Pagi tadi daddy nasihatkan mommy, how he saw me throw my anger to him, Syukurlah hubby saya seorang yang sangat penyabar....he the best hubby and daddy and best person in the whole world.
Dia lah sumber inspirasi saya untuk memberikan yang terbaik untuk Abbie.

Saya berdoa agar saya tak mudah marah & cepat melenting dalam melayan tantrum si Abbie my precious boy:

" Ya ALLAH, sejukkan lah hatiku dengan salji & kesejukan & air yang sejuk, 
   Ya ALLAH, bersihkan lah hatiku dari dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan  baju yang putih dari kekotoran."
(Riwayat al-Tirmizi no.3556)



From my heart,
Mommy Annie

Monday, April 9, 2012

Tiramisu mommy Abbie


Salam sejahtera,
Sabtu lepas ai bikin ini cake, senang je tak perlu baking, saja nak try test buat sendiri memandangkan saya sendiri tak pernah makan cake ni, tengok kawan-kawan makan macam sedap hahaha
ada kawan tu beli 1 tupperware pun sudah RM20 makan tak puas dia buat sendiri, ada juga bagi kat saya 1 bekas tapi at point of time tekak tak rasa nk makan sesuatu yang heavy creamy...so ai just let my hubby makan. Yang hubby saya punyalah bijak, dia makan separuh, lagi separuh di buang! muak katanya wahahaha Kalau kawan saya tau kecik hati dan buah pinggang dia :P

Saya goggle la recipe cake ni, konsep saya mudah je, orang boleh buat kenapa tidak saya?
So saya jumpa simple recipe kat SINI mudah dan jimat kos.

Neway, saya prefer custard filling macam filling fruit tart tu, cuma bezanya fruit tart tak letak mascarpone cheese kan,
So kat  joyofbaking ada recipe yang saya suka, cumanya mascarpone cheese tu agak mahal & ada penggunaan rum, so saya derhakakan mengikut suka hati saya ahaks :D

Bahan-bahan:

Cream Filling:
2 cups (480 ml) fresh milk
3/4 cup (150 grams) granulated white sugar [saya guna 120gm sahaja]
1/4 cup (35 grams) all purpose flour
6 large egg yolks [saya guna 4 biji telur sahaja]
2 teaspoons pure vanilla extract
1/4 cup (57 grams) unsalted butter, cut into small pieces
8 ounces (1 cup) (227 grams) mascarpone cheese, room temperature [tapi sebab tengok mascarpone cheese ni mahal kat C4 Subang, I replace dengan 200 gram cream cheese, ekceli cream cheese and mascarpone cheese is the same]

Ladyfingers:


 28-32 crisp ladyfingers(Savoiardi) [boleh di dapati di bahagian barangan import C4 Subang RM11.++, biasa orang guna sponge cake-mengikut kesukaan masing2]



saya guna 2pack untuk menghasilkan sebiji Tiramisu cake and 1 pack untuk 1 tupperware tiramisu
[satu plastik tu ada 4 pack ladyfinger]

Coffee Soaking Syrup:
1 1/2 cups (360 ml) very strong brewed coffee or espresso
1/3 cup (65 grams) granulated white sugar

Topping:
Cocoa Powder for Garnishing
Strawberry or raspberry for decorations.

Cara-caranya:

Sebab saya malas nak type panjang2, apa kata tengok videoini :


 so...ini lah hasilnya, sebiji Tiramisu cake yang marveles...
memang sedap banget, kami makan ber3 je sabtu lepas dah pun habis :P

slice of tiramisu for my darling abbie

sebab custard filling ada extra, ai buat la dalam tupperware, pun tinggal separuh...lazat banget




Friday, April 6, 2012

Playskool collections

Salam Jumaat,
Ha saja nak share dengan you all our new collection for home schooling.
Bukan nak show off tapi nak bagi habaq ni ai jumpa  website  yang harganya berbaloi2 juga membeli disitu murah2 juga berbanding penjual on9 lain [you can see and compare you self]
contohnya macam Category box tu, ada seller yang juai RM85 but kat sini RM75 jew huhu
Ai put my order & payment on Wednesday afternoon, but semalam Thursday morning around 10am dah si AirPak tu call nak hantar barang, aikkk ai tanya ni barang dari Penang ka? And they said yes,...
walla~ cepatnya mereka hantaq....baik punya service
Pastu setiap pembelian kita akan collect point, RM1 = 1 point, bila dah sampai 500 point boleh dapat voucher RM20



 Abbie punya la happy, macam buka hadiah semalam ada 2 kotak 

 this magnetic board datang sekali dengan ABC magnetic, shape magnatic, cholk, maker pen & duster 

 Ini pulak Category box
suit from 1yr++
try dah malam tadi, tapi kelam kabut sikit naaa...
sebab baru sahaja kenal
lama2 intro get use la tu :)

wooden category box
ada 6 category dalam tu....
nanti ada masa saya share how we use this

ini rakaman malam tadi, budak tecik yang baru berkenalan dengan ABC
nak dia familiar dengan ABC shape, kenal huruf and slowly dia tahu how to arrange that ABC :)
Remember; dont force your child over their limit, nanti dia akan hilang minat
slowly intro and make learning is fun :)

Hasil seni anakku huhu


Malam tadi, my hubby terjerit.....Mommyyyyyyy.......you see this! Thats why I told you not to give him use pen! You don't monitor him and see what happened!
[hubby saya membebel dah macam mak nenek sambil menunjukkan sofa baru kami yang kene conteng dengan Abbie malam semalam]
 huhu really I didn't notice that...bila masa dia ambil pen and conteng kan situ....huhu ai pun sedey sebab its new sofa huhu
Tapi takkan sebab sofa baru tu ai nak pukul Abbie pulak...
ai react : Abbie! see what you have done! [sambil menjegilkan mata dan buat2 terkejut.....point it for him and silent]
dengan Abbie abbie pun silent, dia tahu mommy dia tengah marah, i told him dont do that anymore...cannot paint like this....

sebelum tu, semalam baru ai inform hubby yang ai buy new toys for abbie, hahahaha kann.....
dah beli nak gi collect baru bagi tau...membebel la en suami, kata mommy buat dicision tak discuss dulu bla bla bla... pastu dia ungkit la pasal abbie simply conteng crayon on the floor ect
dah tu tetiba pulak jumpa ini, mau kne batang hidung mommy...huhuhu

neway, what oredi happen we can't undo, but to fix it terus mommy cuba cuci dengan ubat gigi!
hahaha ubat gigi you,.,,,tu je yang terfikir...takkan nk guna clorox kang habis la leather sofa ai tu huhu
tapi tak jalan, mayb only 5% je yang hilang :P
pastu try melaleuca spray pun tak jalan.

ai memang susah hati, al maklum sofa baru huhu
ai goggle malam tadi, and ai found that using hair spray work to remove stain on this sofa leather.
ramai betul yang telah mencuba, so hari ni ai nak cari hair spray and nak cuba.
nanti ai share hasilnya ya
harap2 berkesan la huhuhu

Monday, April 2, 2012

Apple and Orange Smoothies


Salam Isnin mommies.... apa khabar? musim hujan & demam ni harap mommies & babies semua sihat2 hendaknya...begitu juga saya & my lil baby Dhiya....Alhamdulillah
Tengok tu...si kecil saya dah besar...pandai makan sendiri, takut tertumpah di rapatkan molot nya yang tecik tu dekat di cawan, di hirupnya manisan smoothies tu dari sudu dia dengan hati-hati...
tersentuh hati mommy & daddy melihat kaletah Abbie.

Ha, apa yang Abbie dok ralit makan tu? owh....its Apple and Orange Smoothies...memandangkan itu sahaja yang ada dan dalam usaha untuk menghabiskan plain yogurt kat rumah tu yang expired 5-Apr nanti....[lagi 3 hari!]

Bahan-bahan:
1 biji red apple [core & cut into cube] nak peel skin pun boleh, taknak pun tak pe
1/2 biji seedless orange [peel skin]
1 tbsp honey
2 tbsp plain yogurt
1/4 cup water

Cara:
Campakkan semua bahan dalam blender, dan blend halus & serve :)

Apple and Orange Smoothies