How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Thursday, March 1, 2012

Cheezy Salmon Broccoli Quiche


 Cheezy Salmon Broccoli Quiche, itulah nama diberi olahan dari recipe asal , saya suka menukar recipe mengikut kesesuaian anak saya. Ya, kalau dulu Abbie makan blended porridge senang aja dia makan salmon & broccoli but bila dah start family food,,,,tak de dah nak blend2 ni,...i found that he kurang suka makan this 2 food. Why? Ai rasa sebab tekstur nya yang agak kasar, macam salmon, kalau abbie makan, dia kunyah-kunyah pastu dia luek kan semula.,..ia tak berlaku pada ikan ikan yang lain.
Same goes with broccoli, memang dari baby kalau tak di blend halus, memang dia tak mo makan, so ai found dat, idea dari GB HSFFYB untuk menyorokkan sayur di dalam quiche sangat berhasil.
Sorokkan makanan yang berkhasiat yang tidak menjadi kesukaan anak anda di dalam quiche ini, dan ternyata si kecik makan dengan penuh kenikmatan tanpa menyedari ada salmon & broccoli di dalam...
bahagia sungguh rasanya hati si ibu :)

Okey, jom kita tinjau recipe rahsia di dalam quiche saya kali ini :)

Bahan-bahan:
1/3 slice isi salmon - buang tulang, cut small cube
1 cup grated cheddar cheese
2 tbsp mozzarella cheese (tak letak pun tak pe sebab saja nk habiskan cheese ni )
2 tbsp cream cheese
2 biji telur ayam
1 biji bawang besar/merah di cincang
2 ulas bawang putih di cincang
sedikit daun kucai/daun bawang
sedikit salt & pepper to taste
1 1/2 cup fresh broccoli di potong kecil
sedikit olive oil/sunflower oil/butter untuk menumis

 meh saya nak tunjuk betapa FRESH nye salmon slice yang saya beli di market bukan tesco tau
1 slice ni sudah 1/2 kgs
nak tau harganya? huhu RM18
kalau di tesco u boleh dapat rm8 je...tapi tidak sefresh yang saya beli ini

 potong cube kecik2 ya

Cara-caranya:

- Panaskan butter/oil & tumiskan bawang putih & merah sehingga naik bau
- campakkan isi salmon cube tadi and masak selama 2~3 minit
- kemudian masukkan broccoli tadi & renjiskan sedikit salt & pepper
- disebabkan adanya salmon, saya pun nenambah 1tbsp teriyaki sos bagi menyedapkan lagi rasa salmon tadi
- masak lagi 3 minit sehingga broccoli tadi lembut

- di dalam mangkuk besar, pukul telur, cream cheese & add salt/pepper to taste
- masukkan broccoli & salmon yang kita masak tadi
- masukkan daun kucai/bawang & kacau sebati
- masukkan grated cheese dan gaul sebati

 taburkan grated cheese di dasar pastry ini sebelum menuang bahan-bahan tadi ke dalam pai casing & top with grated cheese (optional)
bake at 175C selama 40~50 minit
and serve hot

tara.....sedap,..tapi step to improve, grated cheese boleh di tabur bila quiche sudah masak baru la tak lebam macam nie...wahahaha
[saya budak juga baru belajar, kalau salah sila tunjukkan hihi]

neway, hasilnya menjadi kesukaan sitecik & sibesar saya
sampaikan saya yang sedang berpantang makan cheese pun memakan sepotong
tak tahan menengok si kecik makan dengan lazatnya

ia sesuai dijadikan menu sarapan or dinner
heavy, tasty & berkhasiat :)

No comments: