How to order?

WhatsApp 0192822328 (For fast response)
Email to noranni.othman82@gmail.com

Urusan Postage SETIAP ISNIN & KHAMIS sahaja.

Siapa saya?

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
I am malay with chinese husband, mommy for my precious darling Dhiya Alexander , princess Daisy Amelia and Dahlia Arianna.
“Geniuses are just people who had good mothers.”
― Richard Buckminster Fuller

Followers

Wednesday, March 28, 2012

Makanan /perkara yang harus di elakkan ketika hamil


Saya nak lagi dan lagi baby cute macam Abbie.....tengok muka merah Abbie di hari pertama kelahirannya ke dunia ini....meruntun hati saya, I damn missed pregnancy moment. Kalau boleh sebaik sahaja habis pantang nak pregnant lagi hahaha
Tapi Tuhan tahu kebolehan saya, mungkin sebab itu saya mengalami keguguran 1tahun selepas Abbie lahir....mungkin sebab saya masih belum bersedia....masa tu Abbie belum pandai jalan, masih belum pandai pegang botol sendiri [ekceli Abbie manja teramat manja sekarang, di rumah, Abbie tak mahu pegang botol susu sendiri, he need mommy to hug him, put him on bed, and hold the milk bottle for him and usap2 umbun2 kepala dia, while both his hand dibiarkan macam orang mengeliat sambil bermain hujung bantal!]
Abbie pun dah berlari pun, dah bercakap, menyanyi, dah mula nk berdikari pun dengan nak pakai seluar dan kasut sendiri.
Tau potty for poo poo, shi shi pegi toilet...
So kami rasa, sudah sampai masa Abbie di beri adik, agar he has friend to play with...
Kesian..nampak lonely je anak mommy nih

So memang sekarang kami sedang mencuba, kalau boleh nak jugak baby Dragon, walaupun di last2 minit huhu
Doakan kejayaan kami ya

Sebab dah 2 kali saya keguguran, kali ini saya nak take note and kalau boleh tampal kat pintu peti sejuk [kasi lagi semak peti sejuk saya dengan nota2 makanan baby,mommy & family meal hahaha]

Apa yang saya dapat listkan disini, ada 28 perkara yang harus di elakkan or di ambil berat ketika mengandung especially orang seperti saya yang mempunyai rahim yang lemah [my sister panggil rahim kedekut, sebab lekat tapi gugur]

Makanan yang perlu di elakkan semasa hamil.

1- Air kelapa
2- Tembikai
3- Nenas
4- Durian
5- Makanan pedas
6- Makanan sejuk macam kobis, tebu,
7- Daging mentah atau separuh masak, sushi, ikan atau kerang, siput atau kupang
8- Daging yang telah di prosess seperti "hot dog" dan "daging deli"
9- Kicap
10- Organ dalaman haiwan seperti hati ayam,hati lembu
11- Tapai
12- Keju lembut yang tidak di pasteurkan & keju biru
13- Susu yang tidak di pasteurkan, jus dan 'apple cider"
14- Telur mentah atau makanan yang mengandungi telur mentah termasuk kuih yang berlemak, tiramisu, doh/adunan biskut mentah, ais cream buatan sendiri & caeser dressing
15- Sebarang ubat-ubatan tanpa nasihat doctor
16- Minuman bergas/alkohol/merokok
17- Minuman berkafien/kopi
18- Ikan tuna steak, sea bass, shark atau ikan berukuran saiz besar
19- Makanan terawet seperti jeruk,makanan dalam tin dsbg
20- Elakkan memegang atau menggunakan bahan-bahan kimia seperti racun,semburan serangga atau bahan perosak, cat peluntur dsbg. 
21- Elakkan memegang,memandikan atau menukar pasir najis kucing peliharaan.
22- Jangan amalkan bersaunaatau berendam dalam air panas.
23- Tidak berurut atau menggunakan mesin urut kaki/badan.
24- Jangan guna pencuci wanita yang sebarangan kerana ada diantaranya yang mengandungi bahan yang berbahaya untuk wanita hamil.
25- Tidak melakukan kerja-kerja berat, berdiri terlalu lama,berjalan terlalu lama atau duduk terlalu lama terutama pada trimester yang pertama.
26- Jangan lupa untuk mengambil supliment seperti kalsium [susu,keju,yogurt,jus oren, susu soya, bijirin,bayam, brokoli, tauhu, tempe dsbg], asid folic& iron  [daging merah, salmon, telur,bijirin, tofu, buah-buahan,sayuran & kekacang hijau] .
27- Hentikan kegiatan lasak.
28- Amalkan makan kurma

kalau ada apa yang saya tertinggal, mohon mohon share or comment di sini ya
saya amat2 menghargainya huhu

source: www.primanora.comlelakikuat.com




No comments: